NOSTALGIA 78

Reunion Munshi 78 pada 10 Mei lalu sesuatu yang bersejarah bagi saya.

Tak terfikir saya akan berjumpa dengan Zaini Samani yang menghilang dari saya sejak 1986 lalu. Selepas keluar Munshi, saya berjumpanya semula pada Januari 1983 dan sempat bermalam sehari dirumah sewanya di Kg Baru, KL, sebelum saya berangkat ke Jitra Kedah bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi. Apabila balik ke KL pada 1986, saya hanya dapat berjumpa beberapa kali sahaja. Selepas tu, apabila saya aktif dengan parti, masa memburu sahabat tak sempat lagi dah. Zaini hilang entah ke mana, rupa-rupanya balik ke kampong sendiri.

Si Mastura yang sama dengan saya di UKM pun terus ghaib sejak 1983. Top-top jumpa di Beijing pada 2001 semula.

Mat Aris saya jumpa dan hanya sempat berbicara sekejap sahaja apabila beliau singgah makan d Restoran Haslam pada tahun 1990 an dan selepas tu tak jumpa langsung.

Si Mokhtar Ahmad sempat berjumpa sekali di rumahnya di Wangsa Maju pada 1986 dan selepas tu hilang entah ke mana sehinggalah berjumpa semula pada reunion.

Oleh kerana arwah Tajuddin dan Juwita tinggal di kawasan Tampin, maka selalulah saya jumpa dengan mereka.

Berita Hidayah pula saya perolehi dari abang iparnya yang sama bertugas dengan saya di JPK Malaysia.

Nama-nama lain langsung saya tak jumpa sehinggalah reunion pada Mei lalu. Bagi budak-budak 6 Sains, yang tak tinggal seasrama, manalah saya tahu nama mereka untuk diingat dan dijejak semula. Tetapi kini, mereka seolah-olah sahabat yang amat rapat semasa 1978. Pokoknya kau bekas Munshi 78. Ha ha.

Selepas pemergian Tajuddin Othman, berita sahabat-sahabat mulai sukar diperolehi. Nasib le Suhdi, Shamsudin, Hayati, Juwita, Sharifah Nuri, Basir menjadi sebahagian agent James Bond menjejak semua rakan Munshi 78. Kejayaannya hampir 100%. Nun jauh di Kota Tinggi dan di Baling pun dapat kita jejak sahabat-sahabat kita. Sharifah hampir disaman kerana membuat panggilan misteri untuk menjejak sahabat-sahabat Munshi.

Tidakkah kita sedih apabila Hayati menjejak sahabatnya yang akhirnya diketahui sudah tiada lagi. Si Rohana pula menjejak Fauziah Hashim dengan mendengar berita sedih, Fauziah yang telah kehilangan suami tercinta.

Demikianlah memori 78 sehingga terjadinya perjumpaan terbesar Munshi 78 di Melaka, Mei lalu. Bukan mudah nak berjumpa semula sebegitu. Yang indah datang sekali sahaja.

KENDURI MOKHTAR SALLEH

Sms Mokhtar Salleh, 6 Sains 1978 ke Mansor Kassim :

Salam. Saya Mokhtar Salleh dengan segala hormatnya mempersilakan tuan/puan ke majlis perkahwinan puteri saya Mastura pada Sabtu, 2 Januari 2010. di KM 32, Kg Pulau, Masjid Tanah Melaka.

Mansor mengesahkan Mokhtar menjemput semua rakan Munshi ke kenduri ini.


HIJRAH - PANDANGAN SEKILAS

Tahun baru Hijrah dan Masehi agak rapat tahun ini. Muharam bagi umat Islam banyak sekali perspektifnya. Saidina Umar ra yang menjadikan Muharam sebagai bulan pertama di dalam kalendar Islam dan menjadikan Hijrah Rasulullah sebagai tahun asas bermulanya Tahun Pertama Hijrah.

Apa-apa yang diperkenalkan oleh sesiapa selepas Rasulullah tidaklah dianggap sebagai ibadat tetapi merupakan sebahagian budaya ummat Islam. Selagi budaya itu tidak bertentangan dengan akidah dan syariah, bisa sahaja disambut. Soalnya apakah tafsiran kepada sesuatu sambutan.

Sambutan Hijrah memberi implikasi besar kepada ummah. Ia menggambarkan bagaimana Rasulullah disingkir dari Mekah kerana perjuangannya menyampaikan dakwah Islam yang ditolak oleh kaum keluarga dan bangsa sendiri. Selepas Hijrah, Rasululah berperang banyak kali dengan golongan sebangsa dan wilayah sejiran kerana mahu membebaskan manusia dari perhambaan kepada ideologi ciptaan maanusia. Rasulullah masuk semula ke Mekah dengan bala tentera, menyerang negeri asalnya, negeri sanak saudaranya. Kalau zaman sekarang Rasulullah akan dikatakan sebagai pengkhianat negara!!

Itulah Islam, ianya melampaui darah daging, negeri, negara dan wilayah. Perjuangannya kerana nilai kebenaran Islam yang sejagat.

Sempena Hijrah, kita masih belum mendapat jawapan - mengapa negara-negara ummat Islam yang paling tinggi kadar kemiskinan dan kadar rasuahnya. Walaupun amalan ritual seperti solat, puasa dan haji begitu tinggi kadar kesedarannya, tetapi etika dalam pengurusan dan perkhdmatan awam jauh lebih teruk dari negara barat yang sekular.

Entahlah, pensil kecil yang hilang pun kita sedar, inikan jet yang besauuuu.

Yahaya, bila kau nak balik. Jangan lupa tanah air sendiri...

JAMUAN SAMIAH SALIM

Mastura melaporkan bahwa yang hadir ke kenduri Samiah Salim pada Sabtu lalu ialah beliau sendiri, Zaini, Juwita, Adam, Hayati dan Rosnah Md Isa.

Maznah ponteng ke datang lewat?

Katanya bukan main enak kari kambing.

Sementara itu Zakaria Osman bermalam pada sabtu lalu di KL bersama familinya.

Saya meronda ke Kelantan, Kuala Terenganu dan sampai di KL menjelang malam ahad. Banyak sungguh kenderaan sepanjang perjalananan.

Agenda 2010 yang pertama ialah kenduri Jamaliah Yusof di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa. Kalau nak bersantai, orang Melaka tidurlah di KL.

KE KELANTAN LAGI

Saya ke Kelantan pada jumaat ini. Ada majlis kahwin di rumah mertua adik saya di Machang. Oleh kerana sudah 3 orang anaknya berkahwin, saya tak pergi; maka kali ini kena pergi juga. Nanti ditudoh tak bersedara lak. Ha ha.

Jika sempat, saya ke ladang labu di Pasir Mas. Kok ada yang boleh dimakan, saya akan angkut ke KL. Sedap jika dibuat cekodok labu. Wooo.

Bagi kekawan yang tak ke mana-mana, jangan lupa majlis kenduri kahwin anak Samiah Salim di SM Datuk Naning pada Sabtu ini. Tak salah tidur di A famosa sambil menonton perarakan beburung. Yang tak tahan apabila sang gadis Aladin pun berarak dengan pakaian Arab Jahiliah. Hal kecil ini pun tak boleh dibuat peraturan oleh Pihak Berkuasa yang memberi lesen.

Oh Malaysiaku.

Jumpa Isnin depan ya...

JAUHNYA AZIZ BERBESAN

Dua tiga hari lalu Aziz Mat Yasin ke Rantau Panjang, Kelantan kerana urusan pertunangan anak sulongnya. Mak oi, jauh sekali sahabat kita ni nak berbesan, dah dekat dengan Thailand tu. Nasib baik selamat dari banjir.

Dah balik dari majlis bertunang, barulah Aziz bagi tau saya. Kalau tak boleh juga saya mengikutnya. Saya ada adik yang tinggal di Pasir Mas.

Aziz sibuk dengan kerja dakwah di musim cuti sekolah. Manalah saya sangka Aziz yang pendiam pada 1978, kini rajin buat kerja ziarah menziarah mengajak orang ke masjid. Nampak senang tetapi belum tentu Basir yang berjuang di Afrika sanggup buat kerja tu. Ha ha. Dr Majezan lagilah tak mahu buat kerja tu fasal dia sibuk dengan falsafah syair perahunya. Wooo.

Sementara tu, Yahaya Ghani sedang jalan-jalan di London. Jenuh beliau minum kopi memanaskan badan. Ini emelnya yang saya terima Sabtu lalu:

Salam sahabatku......
Apa khabar????? semalam kami sekeluarga di London snow tebal giler airport heathrow pun snow nasib pesawat MAS bisa mendarat syukur.....
Kami sekeluarga sekarang melepak di rumah anak di Dublin Ireland....nampaknya kat sini pun adalah sikit2 snow & temp pun - 1 deg C ni sejuk UUUUU
Kalu ada berita2 menarik saya akan cit-cat nanti OKKKK

KENDURI SAMIAH SALIM SABTU DEPAN

Puan Samiah Salim, 6 Sastera 1, menjemput kita semua geng Munshi 78 ke majlis kenduri anak perempuannya pada Sabtu, 26hb Disember 2009 bertempat di Dewan SM Datuk Naning, Simpang Empat, Alor Gajah, mulai jam 12 tengahari.

Oleh kerana lokasinya dekat sangat dengan tol Simpang Empat Tampin, maka taklah payah kita nak ke sana.

Puan Samiiah dan suaminya tak berapa sihat la ni. Elok sangatlah kita menjengah mereka sambil berjamu selera. Beliau tetap hadir program reunion pada Mei lalu walaupun kurang sihat.

Rasanya inilah program pertemuan terakhir kita pada tahun 2009 ini. Datang jangan tak datang.

No Tel Puan Samiah 013-656 0993.

Saya tak dapat hadir kerana ke Kelantan lagi untuk majlis kenduri di rumah adik saya di Machang, Kelantan. Harap Mokhtar dan Zek melayan kekawan Munshi yang datang nanti. Disamping tu panjangkan jemputan ini kepada kekawan yang tak mampu menjengah blog ini. Al maklomlah...he he he.

KENDURI AKIKAH DI ALOR GAJAH

Tengahari tadi geng pompuan Munshi 78 sahaja yang meronda pula. Kali ini mereka berkumpul di rumah Rohaya Rahmat di Alor Gajah sempena kenduri akikah cucunya Rohaya.

Maznah, Sharifah Nuri dan Mastura dari Kajang. Manakala Rohana Hashim dan Umi Kalsom dari Seremban.

Dengar cerita ada orang sesat kat Negeri sendiri. Ha ha.

Tak bagitau Suhdi dan Kamarudin Arshad ke?
















SAHKAN KEHADIRAN KE KENDURI JAMALIAH


Peta ke lokasi majlis jamuan perkahwinan anak Jamaliah Yusof. Sila klik.

Insyallah saya suami isteri akan hadir. Bab makan mana boleh tolak. Nak makan dengan tangan boleh tak?. Ha ha. Dr Majezan biasa dah membedah orang, maka senanglah makan dengan garpu. Wooo.
















Kad jemputan majlis perkahwinan anak Jamaliah Yusof. Sila sahkan kehadiran anda ini samada melalui blog ini atau sms ke HP Jamaliah 013-341 7740.


JALAN JALAN MENCARI TUHAN

Hidayah Bahari ke Mekah pada Jumaat, 18hb Disember bersama suami dan 2 orang anaknya.

Sharifah Nuri pula akan berangkat pada 23hb Disember, juga bersama suami dan 2 orang anaknya. Mungkin depa berdua akan bertembung di baitullah agaknya jika dizinkan Allah.

ASP Redzun telah pun selamat tiba dari Mekah 2 hari lalu.

Mengikut rekod di Amerika, kadar penceraian paling tinggi ialah pada bulan Disember kerana sang isteri tak puas hati kepada sang suami yang tak membawa mereka cuti jalan-jalan cari makan. Begitulah senario di barat. Nasib baik di Malaysia suaminya pengasih - bukan sahaja jalan jalan cari makan tetapi jalan-jalan berjumpa Tuhan. Wau.

Kalau tak bawa anak isteri ke luar negara - pi lah ke Taman Templer pun ok. Boleh terbayang sajak T.Alias Talib berkaitan dengan Taman Templer. Tasik Kenyir pun ok juga. Boleh memancing ikan kelah yang besar-besar. Sedap oi.

Saya dok memikir - dimanakah reunion tahun depan yang terbaik tempatnya. Kali ini kita bermalam makan steamboat buatan Mastura. Cadanglah tempat kesukaan anda. Kali ini bersantai sahaja supaya tak penat Zakaria Osman dan Mokhtar Ahmad bermesyuarat mengatur program. Kita bagi tau tempat dan tarikh aja dan masing-masing tempahlah tempat tidur mereka sendiri. Wooooo.

TRANSIT DI KB

Saya berada di Kota Bharu kini. Esok pagi ada di KL, insyaallah.

Kepada Zek, maaf kerana tak ajak ke rumah Norsiah tempohari.

Dua minggu terakhir ini saya sibuk dengan program luar, walaupun kaki berbungkus. Ada beberapa jemputan sahabat yang saya tidak dapat hadir.

Syok juga membaca ulasan dan sms kekawan berkaitan lawatan saya ke Selatan Tahailand. Secara mudahnya saya ingin menjawab bahawa sejarah perlu dilhat secara adil dari pelbagai perpekstif ketika ianya berlaku. Sejarah 10 tahun sebelum merdeka adalah satu dekad yang begitu pantas, gawat dan komplikated. Hanya kepala yang dingin sahaja, mampu memberi pertimbangan yang adil kepada para aktivis sejarah ketika itu.

Kalau Dr Majezan berada pada era pasca perang dunia kedua, barangkali beliau pun akan diISAkan oleh pemerintah British dan menyertai mana-mana golongan penentang British.


MENZIARAHI KAK NORSIAH WAHAB

Petang semalam selepas solat Jumaat kami ke Klang. Dari KL, saya, isteri saya, Mastura dan Hidayah bersama satu kereta dan berjumpa dengan Sahara, suami Sahara, Hanim dan 2 orang puteri Sahara di Tol Shah Alam.

Lebih kurang jam 4.15 petang sampai di rumah Norisah yang sedia menanti kami. Banyaklah yang kami bualkan. Malah ada cerita yang melucukan kami apabila Hanim sendiri lupa bahwa Norsiah Wahab inilah yang membeli rumah Hanin di Taman Ehsan beberapa tahun lalu. Yang ingat ialah Kak Norsiah sendiri. Hanim pun lupa dan kini teringat semula. Apa lagi saya pun berkata kepada Hanim - "apa sudah jadi daa".

Si Mastura pula yang berdekatan dengan kampong Kak Norsiah, rupa-rupanya ada bau durian dengan Kak Norsiah.

Sudah dua tahun Kak Norsiah mengalami komplikasi buah pinggang dan beliau telah pencen awal. Beliau berkhidmat di Kementah kali terakhir.

Sebelum balik kami dijamu dengan nasi minyak pelbagai lauk pauk. Kari kambing pun ada. Mastura bukan main syok meratahnya. Sambal udang pun ada. Kesian Maznah tak dapat merasa.

Semua salam sahabat - dari Juwita dan Sharifah telah disampaikan. Sumbangan sahabat sahabat pun telah disempurnakan. Baru saya terasa reunion pada Mei lalu "tersempurna" selepas dapat menziarahi sahabat yang tidak dapat hadir program reunion kerana sakit. Bagi yang sihat dan belum berjumpa datanglah ke mana-mana program anjuran kita. Atau jemputlah kami makan cekodok di rumah anda. Kita masih menjejak Zaleha Abu, Badariah Lajis, Rohana Mat Jais, Salamah dan Hawa.

Bertemu jangan jemu. Berpisah jangan gelisah. Ikatan sahabat sehingga akhirat.

Esok saya ke Selatan Thailand selama 3 hari. Jumpa pejuang kemerdekaan. Wooo.

LAGI AKSI DI KENDURI JAMILAH HASHIM

Ini gambar geng 6 Sastera 2 lagi yang hadir ke majlis kahwin anaknya Jamilah Hashim. Datuk Kamaludin, Kamariah, Hanim, Datin Saodah, Shamsudin Yusof ada dalam gambar ini.

Saya tak pasti suami Hanim, suami Jamilah atau suami Saodah di bahagian belakang tu. Yang pastinya di kiri sekali ialah suami Kamariah. No 2 dan no 5 tak kenal.

Yang depan tu saya kenal Kamariah -no 1 dari kiri,No 2- Saodah, no 3 - Hanim, no 4- Jamilah, no 6- isteri Shamsudin.

Sahara - please fill in the blanks. Ha ha.

Menurut empunya cerita, Sham, Datuk K, Jamilah, Sahara, Saodah dan Hanim pernah sekali sekala bertemu selepas keluar Munshi.

YATI TERBANG KE MIRI ESOK

Biarlah Zakaria dok terperosok di Bernas Alor Gajah tu. Tolong jaga bekalan beras di musim banjir. Kekawan lain mula terbang sana terbang sini.

Petang esok Hayati Harun terbang ke Miri, Sarawak pula untuk berkursus atau memberi kursus selama 5 hari. Kalau sempat mungkin beliau menyusup gua Niah mencari sarang burung. Ha ha. Demi keselamatan, Hayati menyediakan pengawal peribadinya. Siapa lagi kalau bukan kakanda Hj Hamsa. Wooo.

Nampak gaya habislah beras bukit di bawa balik oleh Yati kita nanti. Kalau tidak, ikan masin terubuk. Maznah dok nunggu tu. Ha ha.

MANSOR KEMBALI DARI PUNCAK KINABALU

Petang semalam Mansor dan pelajar puteri IPPM selamat kembali ke Melaka dari puncak Kinabalu.

Katanya, "Akhirnya dengan penuh kepayahan dan kesukaran, cabaran Kinabalu berjaya diharungi. Terasa betapa kerdilnya diri ini".

DR MAJEZAN NAK HARUNG BANJIR PANTAI TIMUR

Mulai malam ini Dr Majezan akan bermusafir ke pantai timur selama 4 hari. Ada misi khas katanya. Beliau dijemput khas untuk menyembelih. Tetapi sembelih bukan sebarang sembelih tau.

Nak tau sembelih apa, taliponlah beliau 019-9078 511. Tak gamak saya mendengarnya. "Kejam" sungguh Dr kita ini. Ha ha.

JAMILAH KURSUS DI JB

Bulan Disember ini, ramai orang habiskan masa dengan jalan-jalan cari makan. Malangnya Jamilah Jamian terpaksa berkursus di JB sehingga jumaat ini. Kesian dia.

Kalau sempat beliau akan menjengah Cikgu Jaafar kita yang tinggal di BB Uda.

MAKAN MAKAN DI PD


Geng pompuan 6 Sastera 2 bermalam di Tiara Beach Resort PD malam tadi sambil makan-makan. Hayati dan Hasnah Mohamad dari Melaka serta Mastura, Sharifah Nuri dan Sahara dari KL bersantap di tepi laut malam tadi. Depa hantar gambar malam tadi kepada saya supaya saya jealous. Wooo.

Tengahari ini depa masak-masak dengan pelbagai menu - steamboat, sambal bilis Melaka, chickenchop. Maznah Asnawi dimpot khas pagi ini untuk meramaikan krew masak.

Jam 1, saya dan isteri, Basir dan isteri serta Lft Kolonel Rashid Ahmad datang khas dengan ikhlas untuk makan sahaja. Ha ha. Mana ada sahabat yang datang dari KL ke PD hanya untuk makan sahaja. Wooo. Kalau naik perahu macam Dr Majezan, alamat tak sampailah. Ha ha.

Sebagai kenangan, Rashid menghadiahan cenderamata khas kepada kami. Tengoklah apa yang depa tunjuk kat tangan tu.

Saya balik jam 3 dan yang lain sempat melawat Muzium Tentera.

DI PUTRA JAYA KASIH BERTAUT

Geng 6 Sastera bertemu kembali selepas 31 tahun berpisah. Sempena kenduri kahwin anak Jamilah Hashim, enam mak dara bertemu di Dewan Seri Hendon, Putrajaya tengahari tadi.

Dari kiri - Mastura, Sharifah Nuri, Sahara, Jamilah, Maznah dan Norlida Baba.

Katanya Hanim Mohd Esa, Kamariah, Datin Saudah, Datuk Kamaludin dan Shamsudin Yusof pun pi juga tetapi tak sempat bersekali bergambar.

Menurut empunya cerita- Sahara, Hanim dan Jamilah tu member kamcing sejak remaja lagi. Hanya berpisah kerana suami lain-lain aja. Ha ha.

Nampaknya banyaklah mini reunion sempena majlis kahwin anak-anak kita agaknya ye menjelang 2010 nanti. Siapa agaknya? Yang pasti di rumah Jamaliah Yusof pada 9 Januari.

YAHAYA GHANI KE LONDON WEI

Yahaya Ghani akan terbang ke London pada 18 Disember ini untuk menghabiskan hari-hari terakhir 2009. Jenuhlah dia minum salji di sana. Beliau akan lepak di London sehingga 31 Disember.

Saya pula akan lepak di Kg Londah, Gemas, NS. Ha ha. Orang Kg Londah mengaku Londah tu London. Itulah pengalaman saya ketika pilihan raya 1995.

Sudah pasti Yahaya akan menghantar berita dari masa ke semasa kepada kita. Wau.


DUA SAHABAT BERTEMU



Shamsudin Md Yusof ke Melaka pagi semalam kerana urusan kerjanya. Malamnya dia pekena ikan bakar di Muara Duyung bersama Zakaria Osman. Langsung depa berdua tak ajak geng Munshi yang lain. Kesian Jaamat dan Karim. Ha ha.

BASIR CUTI SAKAN





































Basir sekeluarga cuti sakan di Pulau Sipadan. Katanya " memang jiwa tenang tengok ikan, deruan ombak, lautan yang membiru ciptaan Ilahi, bestnya snokeling tengok berbagai warna ikan, karang dan habitat laut yang tidak diganggu oleh manusia".

Yang paling hebat walaupun pulau ini 30 km dari daratan tetapi terdapat kemudahan internet dan tel 3 G.

Kita harap Basir jangan lupa balik ke Semenanjung semula. ha ha

Tahun depan Basir nak bawa kita ke sana beramai-ramai. Jaamat - saya tak jamin boleh timbul di sana kecuali di Laut Mati Jordan, gerenti timbul.

DAYAH KE MEKAH JUGA

Pada 18hb Disember ini, Hidayah Bahari, suami dan 2 anaknya akan menunaikan ibadah umrah juga seperti Sharifah Nuri dan Dr Majezan. Pah dan Dr Majezan masih tak bagi tarikh yang tepat kepada saya lagi. Apa punya kawan da...kok boleh sempat mengeteh lagi.

Menurut sumber FBI, anak kedua Hidayah bertunang dalam bulan Disember ini. Tahun depan bermenantulah Hidayah. Tahun 2011 ada harapan beliau jadi tok wan pula macam Rohaya dan Norjan.

Begitulah giliran hidup dan pusingan alam adanya...

Mastura pula tengah mengintai calun menantu.... hati- hati siapa ada anak dara. Ha ha ha.

JEMPUTAN KAHWIN JAMALIAH YUSOF


Jamaliah Mohd Yusof, bekas pelajar 6 Sains, SMMA 1978, menjemput semua rakan Munshi 78 ke majlis perkahwinan anak lelakinya Muhammad Ashraf bin Ab Rahim pada Sabtu, 9 Januari 2010, JAM 8 MALAM, bertempat di Dewan Centrum Setiawangsa, Taman Setia Wangsa, KL

Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat sebelum 20 Disember ke Jamaliah 013-3417740.

Ingatan saya, kena sahkan kehadiran anda supaya meja makan disediakan. Ha ha. Ingat, sebelum 20 Disember 2009 tau. Jamaliah telah memberi notis yang cukup untuk kita merancang hadir ke majlis ini.

Orang Melaka boleh datang satu bas le. Datang jangan tak datang kerana ini jamuan pertama tahun 2010. Wooo.

Sila klik kad jemputan

BASIR KE PULAU IMPIAN

Dalam diam-diam Tuan Basir kita akan bertolak ke Sabah lebih awal dari Mansor and geng. Mansor mendaki tetapi Basir akan menyelam di Pulau Sipadan. Dah lama saya berhajat kesana tetapi belum kesampaian.

Ya, Basir akan ke Sabah pada esok pagi. Tak payah bagi nasihat sama dia kerana para tentera memang diajar semua aspek keselamatan dan taktikal. Ha ha. Hanya ingatlah kehebatan Allah apabila sampai di sana. Bak kata suami Sahara, Brother Roslan, Pulau Sipadan adalah antara 10 syurga Malaysia. Baru saja bersembang dengan beliau tadi di pejabat saya.

Wau, makin seronok cuti-cuti ini nampaknya. Aku juga terperap kat pejabat. Huk huk, bak kata Yahaya. Kau dengar aja le Yahya yang Basir akan menyelam di Sipadan tu. Lanun datang pun tarak hal punya. Basir ada C4. Ha ha.

MANSOR KE GUNUNG KINABALU?

Jika Yahaya sibuk memancing udang, rakan kita Mansor Kassim orang kuat IPGM sedang bekerja keras mempersiapkan sekumpulan pelajarnya untuk mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Disember ini. Tarikhnya saya terlupa. Tak tahu pula, adakah Mansor ikut sama atau tidak.

Eloklah mendaki gunung Kinabalu tu supaya selamat dari banjir. Ha ha.

Kita harap Mansor selamat pi dan balik. Jangan tersesat dan tercedera. Dan jangan lupa bawa kopi dan rokok daun untuk pemanas badan. Wooo.

Dan siap sedialah kita untuk hadir ke majlis kahwin seorang lagi sahabat kita. Nampaknya kini musim sambut menantu. Siapa agaknya?



CUTI OH CUTI

Musim cuti sekolah ini, majoritinya sibuk dengan kenduri kahwin dan bercuti "jalan-jalan cari makan" dengan anak bini.

Namun Norsir Sharif masih meneruskan agenda ritualnya iaitu menghadiri kursus "koko"nya. Semalam, masih berkampung di Air Keruh. Kali ini dia cepat respon sms saya. Si Rani tenggelam di alam puisi mana, tak taulah. Ha ha.

Dr Majezan, Mohd Razak Kanapiah dan Sharifah Nuri dikhabarkan akan menunai ibadah Umrah selepas musim haji ini.

Zakaria Jaafar terlalu sibuk berulang ke PPUM kerana anak saudaranya berada di ICU.

Mak Cik Mastura, Sharifah, Maznah, Hasnah Mohd dan Hayati sedang memikir resepi apa nak masak di resort kat PD pada 6 hb Disember. Kalau ada orang serbu nak makan, cukup ke makanannya? Wooooo

SELAMAT AIDIL ADHA UNTUK SEMUA. Yahaya Ghani emel ke saya mengucapkan selamat aidil adha juga kepada anda rakan Munshi.

AMIN KE THAILAND

Petang semalam sahabat kita Mohamad Amin naik keretapi ke Thailand atas urusan tablighnya. Itulah jadual tahunan beliau setiap tahun iaitu keluar dakwah selama 40 hari.

Disamping beliau mendapat ganjaran Allah swt, isteri dan anaknya juga memperolehinya kerana bersabar atas ketiadaan suami dan ayah sepanjang musim cuti sekolah ini.

Beliau kirim salam kepada kita semua - asslamualaikom.

ZIARAH SAHABAT SAKIT

Kita bercadang menziarahi seorang sahabat kita yang sakit buah pinggang. Sebagai tanda simpati kita berhajat menyampaikan sedikit sumbangan.

Sesiapa yang ingin menyumbang sila bank in ke akaun CIMB Mastura Bachik no akaun: 1219 0008 3840 59. Selepas bank ini maklumkan kepada Mastura - no hpnya 019-3856673.

TQ atas sumbangan sahabat semua.

EMEL JAMILAH


Wahai sahabat sekalian.

Saya bersama suami ingin menjemput ke saudara/saudari ke majlis perkahwinan puteri kami pada 06 Disember 2009 bersamaan hari Ahad bertempat di Dewan Seri Endon, Bangunan Puspanita Puri, Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya.

Semoga dengan kehadiran saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Sekian, terima kasih.

Jamela Hashim sekeluarga

BAKI PELARIAN MUNSHI DI JEJAKI

Basir meneruskan kerja menangkap baki pelajar 6 Sastera 2 yang degil tampil ke muka pengadilan. Ha ha.

Tengahari tadi beliau dan keluarganya lunch dengan Jamilah Hashim dan anak-anaknya di KLCC. Sikit punya ex. Kalau saya, di kedai mamak bawah opis saya aja.

Si Jamilah menyerah diiri ada sebab le tu. Nak ajak kita ke majlis kahwin anaknya pada 6 Disember ini.

Alamat tempat kendurinya ialah di Dewan Seri Endon, Bangunan Puspanita Puri, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya.

Rasanya jika kita datang, dia pun tak kenal siapa kita. Nasib le...

(Gambar Atas: Jamilah dan anak-anaknya no 4 dari kiri).

TAZKIRAH JUMAAT

Ini tazkirah jumaat yang dikirim oleh Yahaya melalui emelnya:


بسم الله الرحمن الرحي م

السلام عليكم

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... . walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!) Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?" Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri. Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doalah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah:

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabirradhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya .." (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi…Selalu kata tak sempatlah…apa lah…tapi buat benda-benda pelik banyak masa…esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak…lu buat orang so lu kena la plak…moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan…

(Moderator: TQ Yahaya. Jika ada yang kontraversi, hang jawab sendiri le)

AFTER 50

Dalam usia melepasi setengah abad ini, jarang benar orang meneroka bidang baru. Bidang baru penuh cabaran, menempuh ranjau onak dan duri dan memerlukan kekuatan tenaga fizikal dan mental.

Ketika melepasi usia 50 ini, kita mahu hidup selesa bib, mau banyak masa beribadat, mau banyak masa dengan keluarga, mahu jalan-jalan cari makan sahaja. Ha ha.

Tetapi pernahkah kita fikirkan apakah satu amal jariah yang perlu kita tinggalkan sebelum mati. Apa ke dia agaknya?

KORBAN JANGAN TAK KORBAN

Mengenang geng Munshi ini duduk berjauhan antara satu sama lain, maka sukar nak kita buat ibadat berkorban bersama. Saya pernah berkorban di rumah ibu sendiri, rumah mertua, bersama geng parti di Tampin dan di Kedah serta jarak jauh di Kemboja.

Nak rasa juga berkorban dengan geng Munshi sebelum mati ni. Siapa nak lead. Bab memegang dan menyembelih lembu bukannya kepakaran saya. Ha ha. Syok juga tengok geng jantan Munshi melapah dan Mak Cik Munshi masak sup ye. Apa kata kita buat pada tahun depan. Kumpul duit dari sekarang. Lokasi korban kita cari yang terbaik nanti.

Kalau lembu degil, Dr M boleh bius sama dia. Ha ha....

Reunion cara berkorban bersama ni pun seronok juga. Rani tetap boleh baca puisi hal korban kan..

KE SELATAN THAILAND

Saya akan ke Selatan Thailand pada 14hb Disember ini untuk menziarahi Pak Abdullah CD dan rakan-rakannya.

Ketika belajar sejarah awal Tanah Melayu pada 1978, saya memang teringin nak berjumpa dengan mereka ini. Jadual temu janji telah dibuat. Harapnya tidak banjir ketika itu.

Sesiapa nak kirim sejadah atau kain pelekat bolehlah melalui saya.

Harap Lft Kolonel Basir tidak menghalang saya di sempadan. Ha ha.

TIPS MOTIVASI YAHAYA - 2


Rancanglah matlamat kita












Senyumlah selalu. Ianya sedekah dan menenangkan jiwa kita











Berehat secukupnya ya..









Kawal berat badan tu











TQ Yahaya. Marhamah dok tunggu posting ini sejak pagi tadi. Ada bahan nak goreng kat murid-muridnya.. Ha ha

TIPS MOTIVASI DARI YAHAYA GHANI -1

Jaga kesihatan - berhenti merokok ye










Periksa kesihatan berkala












Tenangkan fikiran dan relaxs sekejap









Mandi jangan tak mandi le







Jadilah diri sendiri dan berbangga dengan kemampuan diri sendiri










Jangan menunjuk-nunjuk atau alim kucing









Bekerja seikhlas hati











Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah


Ada lagi, hari Isnin saya saya posting ya. TQ Yahaya.

TERKENANG

Saya ke Afrika Selatan dua kali. Kali pertama pada 1997 kerana menghadiri seminar anjuran akhbar Crescent International. Sempat ke Cape Town, melihat dua laut bertemu dan makan kambing bakar dijamu oleh rakan-rakan dakwah di sana. Saya juga sempat berjumpa dengan seorang tua keturunan Melayu yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Yang saya kagum ialah kebersihan dan keindahan kawasan taman perumahan mereka. Dan tambah mengkagumkan saya ialah kawasan perkuburan muslimnya begitu bersih dan ibarat taman bunga. Kalau dibandingkan dengan kubur di Batang Melaka, jauh sekali perbezaannya.

Apabila saya mendengar ceramah sesiapa yang menceritakan kemunduran Afrika Selatan, tentu orang tu tak dapat fakta sebenarnya kerana Afrika Selatan adalah pengeluar emas terbesar dunia. Negaranya kaya tetapi kes apartheid telah memburukkan nama Afrika Selatan.

Jika ada kesempatan lawatlah Cape Town - satu tempat yang indah, melihat laut dari kaki bukit sepanjang jalan. Jangan ada yang nyanyi hindustan sudahlah. Wooo.

PEKENA MAZLAN

Bukan mudah nak pekena Mazlan kita tu. Sejak Sabtu lalu dia call saya. Sengaja saya tak tak jawab. Dia mahu korek rahsia dari saya. Takkan mudah saya nak bagi opinion politik kepadanya. Kena nasi biryani dulu le. Ha ha.

Kerja Mazlan round satu Malaysia. Orang Jabatan Penerangan tentu kita tahu tugas rahsianya. Woo.

Dia memang tak reti masuk blog ini. Ha ha. Kalau orang Jabatan Penerangan tak leh memantau blog, macam mana nak tahu persepsi semasa rakyat negara ini. Wooo.

Saidina Ali mengatakan ajarlah anak kamu ilmu masa hadapan....

YB DATUK MAT SIRAT KE MEKAH

YB Datuk Mat Sirat Abu akan berangkat ke Mekah menunaikan fardhu haji pada 18hb November jam 7 pagi. Beliau akan berada di Kelana Jaya pada jam 3 pagi. Sesiapa yang nak hantar sambal ikan bilis dipersilakan.

Kita doakan beliau selamat pergi dan balik, sihat walafiat sehingga berjaya mendapat haji yang mabrur. Amin.

POTFOLIO AMAL

Pengurus pelaburan atau pemain saham biasa sekali dengan perkataan potfolio pelaburan. Maknanya jangan melabur pada satu tempat sahaja. Kena banyakkan tempat melabur. Jika tak berjaya satu pelaburan, maka ada pelaburan lain yang boleh back-up.

Bagaimana dengan potfolio amal kita? Jarang orang sebut hal ini. Jangan buat satu amal sahaja. Kena banyakkan potfolio amal. Jika banyak amal fardhiah (personal) yang dibuat, kena seimbangkan dengan amal jamaiy(kemasyarakatan). Kerja di majlis kahwin, mati, gotong royong mungkin dah biasa. Buatlah sesuatu yang jarang orang buat. Apa dia. Berilah idea.

Kawan kita, Dr Majezan membantu bekas pengidap HIV/AIDS. Maka tak sempatlah beliau berMLM. Ha ha. Mastura bolehlah hantar pengat ubi kat Banduan Kajang tu. Wooo.

MALAYSIA - DARI MEE HALAL KE TAHAJUD CINTA

Pada awal 70an dikatakan zaman permulaan dakwah. Isu utama ialah aurat dan mee halal. Ha ha.

Pada 80an naik setingkat lagi - zaman bank islam, takaful, pajak islam(al-rahnu).

Pada 90an naik semartabat lagi - saham islam, hutang islam, bon islam dan pelbagai instrumen kewangan Islam

Kini zaman 2009 - era novel dakwah/islam pula. Ada macam-macam tajuk. Antaranya "Bila Cinta Bertasbih" dan "Tahajud Cinta". Hai, kalau zaman sekolah dah pasti lumat saya membacanya. Tetapi kini, susah sungguh nak perabis satu bab. Ada novel buah tangan Fatimah Busu dan Azizi Abdullah saya beli pada awal tahun, setakat membaca suku buku sahaja. Langsung tak ghairah nak tahu penghujungnya. Masuk stor sahaja.

Entahlah, masuk 50an ini, dah tak minat dengan cerpen dan novel pula. Ha ha. Tetapi saya tetap merasa bahagia apabila mengulangkaji sajak-sajak Usman Awang dan A. Samad Said.

Ada sekali saya berkereta dengan A. Samad Said dari KL ke Jasin, sempat juga saya bersembang hal pengalamannya menulis sajak yang berlatar kehidupan di Durian Tunggal - zaman kanak-kanaknya. Oh ya Rani lagi rapat dengan A. Samad Said kerana banyak program sastera beliau menjemput A. Samad Said.

Kalau saya sebelah rumah Rani, tentu saya akan bersajak selalu dengan beliau agaknya. Ha ha. Ketika saya singgah di rumahnya pada April lalu, sempat beliau membaca syair lama kepada saya. Ha ha. Tetapi jangan tak tahu, Rani alergik dengan blog ini. Wooo. Kalau kita mengata dia dalam blog ini, mungkin tahun depan baru dia tahu. Tak percaya tanyalah terus kepada dia. No tel beliau 017-6144950.

Oh ya, Rani menjadi pengulas sajak di RTM Melaka tu secara percuma sahaja. Baik punya orang kan....Tetapi Allah bagi dia macam-macam pertolongan dalam urusan kerjanya kerana RTM Melaka pun tahu ada ubi ada batas. Hanya Yahya Ghani sahaja tak nak panggil kita makan pengat ubi lagi, dok asyik ajak masuk MLM aja.... Woo, gurau aja Yahya oiii.


KERJA LEBIH DARI UPAH YANG DIBAYAR

Dah tak ada kerja ini, saya membaca buku motivasi yang anak saya beli. Lebih kurang macam buku yang saya baca ketika mula-mula masuk kerja kerajaan dahulu. Syok juga. Teringat zaman lama - bagaimana nak memotivasikan diri sendiri, sehingga terlajak - letak jawatan dan bertanding di pilihan raya 1995. Ha ha.

Antara nasihat penting sang motivasi ialah - buatlah kerja lebih melebehi upah yang kita terima. Insyaallah akan ada balasannya di kemudian hari. Sebenarnya kata-kata motivasi ini selaras dengan Islam. Setiap kerja kita akan dicatat oleh Allah, diganjari bila sampai masa kita memerlukannya. Tak semestinya ganjaran itu kepada kita secara langsung. Mungkin kepada anak kita.

Saya ada seorang kawan di Gemencheh, tak sempat tamat SPM kerana kematian ayah ibu ketika beliau berumur 16 tahun. Beliau bekerja untuk parti sepenuh masa. Beliau banyak habiskan masa untuk parti dan hanya sedikt masa untuk mencari rezeki menampung hidup. Alhamdulillah, ada sahaja rezekinya menampung hidup.

Walaupun beliau berusaha berniaga sendiri bermacam-macam tetapi tak menjadi. Kekadang menjadi bahan lelucuan kami pula. Bila saya renungkan kehidupannya kini, ada sesuatu yang Allah anugerahkan kepada kawan saya ini. Anak-anak beliau memang baik dalam soal akhlak dan kesemua anaknya cemerlang dalam pelajaran. Ada yang telah graduan dan bekerja. Agaknya rezeki beliau disalurkan melalui anak-anaknya. Wallahu a'lam

EMEL OH EMEL

Hari ini hantar emel ke beberapa orang kekawan Munshi. Saja nak test siapa yang buka emel setiap hari.

Ada yang sebulan baru tau ada emel.

Ada yang kena sms dulu, bagi tau emel dah dihantar.

Z yang paling cepat balas emel pun dah tidur juga la ni. Rupa-rupanya bertapa di Gunung Rembau.

Yahaya ada di tengah laut - memancing sambil menghirup pengat ubi. Katanya ada bisnes baru lagi.

Mansor dah terbeku di IPPM

Macam-macam ada. Yahoooo.

LAGU MUNSHI

Ketika berhimpun di dewan SMMA pada 1978 dulu, ada slot menyanyi lagu Munshi. Sepatah saya tak tahu senikatanya. Ha ha. Buat-buat nyanyi aja.

Bila reunion pada Mei 2009, barulah saya melihat senikatanya. Ha ha.

GEDUNG UBAT

Dihadapan saya penuh pelbagai ubat moden dan herba/alternatif. Ramai kawan, maka banyaklah ubat yang disyorkan makan. Ha ha. Ini belum termasuk yang Maznah, Mastura dan Rohana suruh makan lagi. Esok ada pula kawan nak bawa garam buluh ajaib pulak. Susu yang Dr Majezan bagi pun saya tak larat makan. Manisnya. Ha ha.

Di era banyaknya syarikat MLM ini, pelbagai produk yang dijual. Semuannya ada testomoni yang hebat-hebat.

Saya memang kaki makan ubat alternatif. Kekadang tak tahu mana satu ubat yang berkesan. Yang penting jangan ada jari atau kaki saya kena potong dek kencing manis. Setakat ini jika terluka, ianya baik. Ketika di hospital minggu lalu, pemeriksaan menunjukkan jantung, darah tinggi dan buah pinggang saya ok. Mata dah mula terang semula. Pada 2 hari terakhir bulan Ramadan lalu, saya balun cendul, terus kabur mata dibuatnya. Padan muka. Taubat dah.

Katanya orang barat buat pemeriksaan kesihatan sebulan sekali. Kita nak periksa setahun sekali pun payah kan.

Setakat ini yang saya lihat, Basir cukup jaga makan minum. Payah dia nak menyentuh teh tarik. Mana nak umphh berborak kalau tak pekena teh. Kaki rokok macam kekawan kita tu, memang syok dengan teh tarik. Ikut masing-masinglah ye. Kalau minum bersama Z dan dia isap udang garam, saya pun tumbang sekali. Tetapi jika ada geng pompuan, saya warak bukan main. Woo.

ABANG KANDUNG ROHANA MENINGGAL

Abang kandung Rohana Hashim, Abd Razak, 52 tahun, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Melaka petang tadi. Jenazahnya telah di bawa pulang ke Pulau Sebang, Tampin maghrib tadi.

Jenazahnya akan dikebumi pada esok pagi, sebelum Zohor.

Moga Allah mengampunkan dan merahmati rohnya jua. Al Fatihah.

RADUAN MOHAMAD KE TANAH SUCI

ASP Raduan Mohamad dan isteri akan berlepas ke tanah suci pada 29hb Oktober ini. Beliau memohon maaf jika ada salah silap dan dihalalkan makan minum dari kita semua.

Kita doakan suami isteri ini selamat pergi dan balik. Moga mendapat haji yang mabrur.

Rosnah Md Isa pun nak pergi tahun ini juga tetapi tak dapat kuota. Katanya 2013 baru ada kekosongan.

Yang lain-lain, cepatlah mendaftar supaya tidak terlewat menunaikan rukun kelima ini.

DR HANIPA DI SK LUBUK CINA

Maznah Asnawi melapurkan bahwa Dr Hanipa (digelar Tim) memberi ceramah motivasi di SK Lubuk Cina hari ini. Guru Besar SK Lubuk Cina ialah Maimunah Baba. Kedua-duanya bekas 6 Sastera 1.

Kira-kira kawan jemput kawan beri ceramah le tu. Free katanya. Baguslah tu.

Hangpa tak nak panggil aku ceramah ke? Kok ramai yang bangkit berjuang menentang rasuah. Ha ha. Kalau tak nak aku, panggillah Dr Majezan. Bukan kuliah kesihatan tetapi kuliah falsafah yang akan disampaikannya nanti. Wooo.

RUMAH RAZAK DICEROBOH

Mastura satu sekolah dengan adik ipar Razak Lajis. Beliau mendapat berita rumah Razak diceroboh oleh 5 orang perompak Indonesia bertopeng. Habis segala barang kemas, hp dan wang tunai dirembatnya. Razak dan anggota keluarganya diikat.

Kita berharap Razak bersabar dengan ujian ini dan diganti oleh Allah akan segala miliknya yang hilang.


KAWANKU OFFICE BOY

Tahun 1986 saya dipindahkan 24 jam ke Ibu pejabat JPK Kuala Lumpur dari Jitra, Kedah.

Seronok bertugas di Ibu Pejabat JPK kerana ramai pegawai besar dan staf sokongan di sini. Saya pun suka berkawan dengan beberapa orang budak pejabat. Bila saya berbual dengan mereka, perlahan-perlahan saya masuk jarum dan menghasut mereka - buatlah niaga kecil-kecilan dan jika berjaya, eloklah berhenti kerja kerajaan. Entah macam mana ada seorang budak pejabat tu memonteng kerja dan terus berhenti. Ha ha. Namanya M.

M mulakan kerja mengedar biskut Shah. Hanya biskut Shah sahaja biskut kering Melayu pada masa itu. Lepas itu M buat kilang baulu dan kek pisang. Ada 20 orang pekerjanya. Beliau letih membuat kerja pemasaran. Pelan-pelan beliau buat rumah sewa pula diatas tapak tanah milik ibunya di Greenwood dan Kg Sg Ara, Damansara. Rumah sewanya berkos rendah, maka kadar sewa rumah sewanya agak murah - antara RM 200-300 sahaja. Kini beliau telah ada 200 buah rumah sewa. Pendapatannya antara 20ke 30 ribu sebulan, mengalahkan pendapatan kita. Ha ha.

Setiap kali saya berjumpa dengan M dan bersembang dengan kawan-kawan lain, maka beliau akan mengulangi ayat - En Alilah yang mengahasut saya berhenti kerja kerajaan dahulu. Dan setiap kali kami berjumpa, cepat cepat beliau belanja saya. Dia kata - cukuplah En Ali belanja saya ketika di JPK dahulu. Ha ha.

SELAMAT TINGGAL SYAWAL

Bulan Syawal dah habis. Kalau nak berjamu juga lagi - carilah sebab lain pula. Jangan kerana tambah cawangan sudah le. Mengamuk geng pompuan nanti. Ha ha.

Kurang lebih tinggal 70 hari lagi berakhir 2009. Tentu banyak agenda yang perlu dihabiskan. Eloklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

Kini masuk musim haji. Kenduri haji pula kita. Makan lagi. Hantam saja le...


SIHAT TETAPI LETIH

Seminggu saya tak update blog ni. Bukan sahaja nak berehat fizikal tetapi nak berehat minda sekaligus. Banyak call dan sms dari sahabat Munshi, saya tak jawab. Maaflah. Banyak juga jemputan open house yang saya tak pergi - nak elakkan terlebih makan. Hanya open house Mat Aris saja yang saya pergi dan saya melanggar pantang makan bermacam-macam. Rohaya dan Rohana yang bising mengomelnya.

Ingatkan lepas puasa ini nak aktif merayau memantau projek serai, timun, tembikai dan labu. Tetapi dengan kaki yang sedikit luka menghalang saya untuk bergerak aktif. Saya hanya berkubu di pejabat sahaja. Berkubu dengan baring. Ha ha.

Sesiapa terlajak ke KL, datanglah terus ke pejabat saya.

Biasanya di hujung tahun, kami sekeluarga berjumpa dengan rakan di Jakarta sambil shoping buku-buku terbaru. Nampak gaya macam tak boleh aja tahun ini.

Sekali lagi saya mohon maaf kerana gagal menjawab tel dan sms dari sahabat-sahabat yang ingin bertanya khabar saya. Yang penting saya dah pulih demam 100%. Kini sihat tetapi hanya badan saja terasa letih dan tak boleh berlari laju. Memang tak layak pi demonstrasi untuk menyusahkan Adam kita. Wooo.

Kalau ada berita emel saja kepada saya.

BERAYA DI METRO AKADEMI


Seperti dijanji tepat 12.30 tengahari kita orang berkumpul di Tol Kajang dan berkonvoi ke Open House Mat Aris Bakar, tauke Metro Akademi Driving di Puchong. Ketua konvoi ialah Basir. Kalau orang lain gerenti sesat. Ha ha.

Anggota kereta konvoi ialah Rohana Hashim (bersama Kak Umi), Dr Majezan (bersama isteri lama), Mastura (bersama Sharifah dan Maznah pot pet) dan saya (bersama isteri dan anak Fatimah).

Tepat jam 1 petang, kami pun bersantap dengan pelbagai menu yang mengancam selera. Walaupun baru keluar wad - saya balun semua. Kalau masuk hospital lagi pun, paling lama 7 hari aja. Ha ha.

Kumpulan yang datang awal ialah Sahara sekeluarga.

Kumpulan berikutnya ialah Norlida Baba, Rohaya Rahmat dan ASP Redhuan.

Zek tak dapat hadir kerana mesyuarat di Kuala Terengganu. Kalau ada beliau lagi meriah kan..

Setelah pasti geng lain tak datang khususnya Mokhtar, Karim, Jaamat - maka kami pun pulang jam 2.15. Kenyang sehingga malam ini oi!!!

Tahun depan kita buat reunion masa open house Mat Aris aja le. Wooo

(klik gambar untuk lebih jelas)

TUNGGU DI TOL KAJANG

Sesiapa yang nak ke Open House Mat Aris Bakar di Puchong dan tak reti nak ke sana, sila tunggu di Tol Kajang jam 12.30 tengahari esok, Sabtu, 10 Oktober. Kita konvoi beramai-ramai dari sana. Insyallah Basir dan saya akan menunggu anda. TEPAT 12.30 TENGAHARI YA!!!.

Ajak kekawan lain sama.

Kita akan berada di open house mulai jam 1 hingga 2-30 sahaja sahaja. Jika nak jumpa ramai-ramai hanya pada masa itu sahaja.


Rumah Terbuka Mat Aris

Dari Uncle Basir :



Sahabat2 semua Saudara Mat Aris Bakar menjemput semua bekas penuntut MUNSHI 78 ke majlis Rumah terbuka METRO DRIVING DI Puchong. 300 jemputan dikhaskan hanya untuk sahabat2 Munshi.


TARIKH : 10 Oktober 2009 ( Sabtu )

MASA KHAS UNTUK GANG MUNSHI : 1.00 PM - 3.00 PM

TEMPAT : METRO DRIVING LOT 3579 JALAN MERANTI, JALAN AKADEMI, PULAU MERANTI 47120 PUCHONG.

TEL : 03 80618989 Mat Aris Bakar : 0196626866
Layari web metrodriving.com.my. Dimaklumkan saudara Mat Aris Bakar telah menyediakan goodies khas untuk kita semua. Rugi kalau tak datang beb.
Tuan/puan dijemput hadir bersama keluarga. Kita kotakan kata2 Mohd Amin Rohani bahawa kesinambungan REUNION ini tidak akan berakhir dan akan terus menjadi memori kita semua,
Rakan2 di Melaka akan diketuai oleh Zakaria Osman dan tentukan aturkan pergerakan Sudhi, Hayati, Hasnah, Saari, Hj Zulkifli, Zaini, Kamarudin Arshad, Johari Mohamad, Abdullah Nyalas dan Abdullah Bomoh, Jaamat, Karim, Yaakub dll.
Seremban Pn Rohana Hashim, Zainab, Razak, Lajis dan ASP Adam.
Kajang - Mastura, Norhizan , Darulsalam, Razak K, Syarifah Nuri dan Maznah ASnawi
KL dan Selangor saya, Basir, Md Jadi. YAG dan razak Husin pasti akan hadir.
Rohaya Rahmat, Hidayah Bahari, Norlida Baba, Sahara, Jamaliah Jamian, Jamalian Yusof, ASP Baharudin Baba, Asp Raduan , Shamsudin Yusof, Mazlan Ahmad anda semua tolong luangkan masa untuk majlis keramat dan FOC ni. Persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Moderator berehat

Salam, uncle2 dan auntie2 semua.. ni Fatimah yg menulis..

Abah pesan, beberapa hari ni moderator berehat dari mengupdate blog. Abah sekarang di HKL Wad 26. Doakan supaya abah segera sembuh dapatlah kembali jarinya menari di atas keyboard ni lagi untuk tatapan semua..

Terima Kasih.
-Fatimah-

IBUKU PERGI SELAMANYA

Ibu saya Sukini Abdullah, 72 tahun 1 bulan meninggal dunia pada kurang lebih jam 2.30 petang , Isnin, 28 September di rumah adik saya Mohamad di Felda Sertng Hilir 7, Jempul, NS. Dia sedikit sesak nafas dan di bawa ke klinik tempatan dan meninggal dalam perjalanan.

Ibu saya tinggal bersama saya sejak Mei lalu hingga ke raya kedua.

Sepanjang bersama saya, sesungguhnya Allah yang menjaga beliau kerana kami 3 beranak banyak menghabiskan masa di opis. Hanya salah seorang dari kami akan bertugas menyediakan minum pagi, makan tengahari dan makan malam setiap hari. Fasal itulah banyak program luar yang saya tidak dapat libatkan diri. Ibu saya banyak menghabiskan masa seorang diri.

Alhamdulillah selama hampir lima bulan bersama saya beliau terlalu sihat, malah lebih sihat dari kami kerana beliau tidak pernah demam, batuk, sakit kepala, hatta selsema pun. Dalam keadaan beliau ada sedikit stroke di tangan kanannya, beliau mampu mengurus diri dan tak tidak pernah terjadi apa-apa yang merisaukan kami. Sesungguhnya Allah menjaga beliau.

Semua orang akan melalui masa-masa sebegini. Kini giliran saya. Bukan mudah saya nak mengalir air mata. Keras betul hati saya ini. Tetapi kali ini saya tewas, air mata itu mengalir sendiri tanpa dipaksa dan disuruh-suruh.

Terima kasih atas ucap takziah, doa dan hadiah al Fatihah dari sahabat semua. Kita teruskan baki hidup ini dalam rangka mengabdikan kepada Allah swt jua. Amin.

OPEN HOUSE NORLIDA BABA DAN MUNSHI 78

Sabtu ini 3 Oktober jam 12 tengahari hingga 3 petang, Norlida Baba buat open house. Jemput hadir ke alamat No 13, Jalan PP20, Seksyen 2, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan.

Yang tak tau lokasinya, bolehlah pinjam atau beli alat GPS dari Mansor Kassim ye.

Manakala itu grand open house Munshi 78 akan di buat di Akademi Metro Driving di Puchong, jam 12 hingga 4 petang, 10 Oktober 2009. Saudara Mat Aris menaja kesemuanya. Detail lokasi akan saya paparkan dalam blog ini. Tunggu siarannya. La ni sibuk buka opis tak sempat nak nulis blog panjang-panjang. Ha ha.

MINGGU BERAYA

Hari ini ada open house di rumah Hj Zolkaply Yunus di Tangkera, 11 pagi-4 petang.

Sabtu ini ada open house di rumah Datuk Mat Sirat, 11 pagi - 4 petang.

Sabtu ini juga ada kenduri kahwin di rumah Hj Razak Lajis di Seremban.

Pakat-pakatlah pi ye. Bashir dan Mokhtar boleh jadi pemandu jalan.

Saya on the way ke Kelantan.

SELAMAT AIDIL FITRI

Kata orang, tak sama jumpa ibunda, kekawan dan balik kampung menjelang awal Syawal dengan jumpa di hari-hari lain. Walaupun selalu jumpa ibunda, tetapi pada awal Syawal wajib sekali. Yang sudah tiada ayah bonda pula, ingatan ketika Syawal mampu mengalirkan air mata.

Hari ini Jumaat, siapa yang tinggal jauh dari kampung mula menyusun jadual balik ke kampung masing-masing. Saya harap sangat agar semuanya balik dengan selamat. Tak sanggup mendengar cerita sedih ketika nak raya ini, macam yang terjadi kepada keluarga sahabat saya di Tampin semalam.

Saya tak kirim kad raya atau sms tetapi memadailah menulis di blog ini. Sebagai moderator, sayalah yang paling banyak bersalah dengan sahabat semua. Salah lapur ke, tak lapur ke, kurang lapur ke, tersindir ke, terkutuk ke, terguris hati ke, tak ingat langsung kawan ke dan 1000 macam kesalahan saya kepada sahabat sekalian. Apa yang yang boleh saya cakapkan kecuali memohon ampun maaf dari sahabat sekalian. Terima kasih terlalu banyak atas dorongan, kerjasama, pujian, respon dan pelbagai budi yang sahabat tanamkan sehingga tumbuh timun, tembikai dan serai di bumi ini sepanjang blog Munshi ini wujud. Entah mengapa saya beralih bidang hidup pula ketika umur 50 ini. Kelakar juga rasanya. Ha ha.

Jika terbuat open house, smslah kepada sahabat lain. Jika sempat kita menjengah sama. Mat Aris ada cuba telepon saya tetapi tak sempat bercakap. Mansor entah mana ghaib. Yahya sibuk kerana maidnya masih di wad. Adam dah bersiap ke Bagan Pinang. Basir sibuk dengan tugas khasnya. Yati tengah merancang menghabiskan baget latihan Akademi Kastamnya. Woo, sibuk sekali.

Ya, moga Syawal dilalui dengan suasana harmoni dan dalam keredhaan Allah swt jua. Jika sempat, saya menulis dari kampung. Tak jadi pi Kelantan pada raya ketiga kerana terlalu jem di sana. Kalau ada masa saya singgah rumah Juwita, Suhdi, Rohana dan Mastura.

Akhirnya SELAMAT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.



SEBENTAR BERSAMA SUHDI

Antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari tadi saya menziarahi satu lagi kes kematian. Kali ini anak seorang sahabat di Tampin yang berumur 21 tahun, meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Sempat bersama Suhdi dari masjid Tampin hingga ke tanah perkuburan. Suhdi akan beraya di Melaka kali ini.

Sampai KL jam 1.30 keletihan. So, tak mahu cerita banyak le.

MENCARI CINTA ALLAH

Alhamdulillah, promosi memakmurkan ramadan melalui kuliah subuh, zuhur dan tazkirah di celah solat tawawih cukup memberi kesan akhir-akhir ini. Pelbagai pendekatan yang diberikan oleh ramai para ustaz muda dan tua. Ada yang lucu, keras, mudah dan banyak akademiknya.

Diam tak diam tinggal 3 malam lagi kita akan berterawih dan berqiam di malam ramadan ini.

Seperti kata Ustaz di kuliah zohor tadi, carilah lalilatul qadr pada 3 malam terakhir ini dan bukannya lailatul kamdar. Ha ha

Kepada semua teman - teruskan baki ramadan ini dengan ibadah kepada Allah dengan sabar dan gigih - dengan niat mencari cinta dan redha Allah jua.

MINGGU YANG SIBUK

Menjelang cuti aidil fitri, semua orang makin sibuk. Antara mengejar lailatul qadr dan persiapan cuti memang memengahkan kita. Tambahan pula Hj Razak yang nak bermenantu. Ha ha.

Saya hanya mampu keluar dua kali sahaja dari KL sepanjang Ramadan ini - itu pun ke Seremban sahaja.

Seronok sekali melihat masjid makmur sepanjang Ramadhan ini. Di daerah Gombak banyak masjid yang mengadakan program iktikaf beramai-ramai. Ada satu masjid tu dihadiri seramai 800 0rang. Siap dengan makan sahurnya. Satu kelainan sejak 2008, disamping program tetap tazkirah yang menyegarkan para jamaah masjid. Tak tahu kat Melaka macam mana?

Nampaknya malam 23 dan 25 Ramadan - lain macam suasananya, Ada hujan. Adakah itu petanda lailatul qadr. Zek, apa komen?

Ok, kita mengeteh semula selepas raya ni. Dr Majezan nak mengkadha capati di restoran di bawah opis saya tu. Ha ha.

Dengar kabar Si Mansor dah bakar kotak rokok sejak 1 Ramadan. Wooo.


RAZAK BERMENANTU

Biasanya Zakaria Osman mengsms saya pada dini hari mengajak ibadah malam. Bagus ingatan Z tu. Itulah amalan Rasulullah mengejut dan mengajak ahli keluarganya beribadah malam.

Tetapi pada sahur tadi ada sms dari tetamu baru iaitu Hj Razak Lajis yang mengajak saya ke kenduri kahwin anak perempuannya pada hari Sabtu 26hb September di Seremban. Agaknya yang lain pun ada menerima jemputan itu.

Kebetulan saya akan ke Kelantan pada 23 atau 24 hb September dan beberapa hari di sana kerana urusan ladang tembikai yang telah mulai memetik hasilnya. Bashir pun ke Kelantan pada tarikh itu kerana kenduri kahwin dan berjanji untuk berraya di ladang tembikai juga. Ha ha.

Pandai-pandailah membawa diri ke Seremban tu bagi sesiapa yang dijemput.

Esok Rohaya kita genap 50 tahun. Moga berkat hidupnya, bahagia keluarganya, murah rezekinya dan terus istiqamah dalam iman dan islam. Amin.

KHUTBAH HARI INI

Hari ini solat jumaat di masjid INTAN. Surau tempat saya solat ketika berkursus 11 bulan di sini pada 1990 dulu, kini dah diupgrade menjadi masjid. Beraircond dan nyaman suasananya. Imam pun sedap khutbahnya dan bacaannya.

Mula-mula terpampang di skrin akan tajuk khutbah - JUALAN LANGSUNG. Hati berdetik ''pada 10 hari terakhir Ramadan ni pun nak cerita hal dunia juga ke". Apabila khutbah isinya sekitar apa perlu dibuat pada 1o Ramadan terakhir. Ha ha. Tajuk lain, isi lain rupanya...Alhamdulillah.

TASAWUR AKIDAH

Lazimnya kita berfikir bahawa menjadi orang baik ialah dengan beramal dan komited dengan ibadat khusus dan menjauhi yang haram.

Dalam Islam yang paling didahulukan ialah kepercayaan atau akidah kita. Akidah kita membentuk world view atau tasawur kita terhadap Allah swt, Rasulnya dan Kitabnya. Ia bukan sekadar kata lahiriah 'percaya" sahaja. Ia memerlukan satu revolusi pemikiran kita terhadap konsep kehidupan kita dan sekeliling kita. Ia memerlukan satu koreksi terhadap anutan pemikiran kita samada benar, keliru atau salah.

Maka pilihannya ialah BELAJAR DAN TERUS BELAJAR DENGAN PELBAGAI GURU. Tetapi bukan dengan "Guru Yahya". Ha ha ha.

Untuk Zakaria Osman - MOGA ALLAH MEMBERKATI USIAMU SETENGAH ABAD. Bak kata PRamlee - biarlah mati dalam iman dan jangan lupa wasiatkan harta dikau dengan bertulis. Wau!!!

CABARAN KAUM HAWA

Simpati sungguh melihat kaum hawa ya. Menjelang akhir Ramadan ketika orang lelaki sibuk mencari keberkatan lalilatul qadr, mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti persiapan menyambut Syaawal.

Apa pun jangan tinggal yang wajib dan setiap urusan rumah tangga tetap diganjari oleh Allah swt. Entah-entah dapat lebih lagi dari kaum lelaki. Ada dalilnya tetapi tak kuasa nak memanjangkan cerita.

Biasanya bila raya dan balik kampung, saya sempat singgah rumah Suhdi dan Juwita kerana on the way aja. Tetapi tahun ini tak tau lagi kerana ibu saya bersama saya di KL. Masih belum buat keputusan samada nak balik atau tidak. Dah separuh abad ini tak ghairah nak kemana-mana dah. Cukup le sekadar makan tairu dengan Dr Majezan. Ha ha.

Si Suhdi kita tu kalau sms pun lambat jawab. Entah apa yang sibuk tak tahulah....

MAKNA ALLAHU AKBAR

Bahagia rasanya melihat masjid penuh dengan anggota jemaah solat Isyak dan tarawih berjemaah. Mengapa ini tidak berlaku ketika di luar bulan Ramadan?

Sebabnya semua orang, akhbar, radia, tv, ibu bapa, para ustaz dan guru sekolah mewar-warkan kelebihan amalan di dalam bulan Ramadan. Walaupun solat tarawih itu sunat - ia direbut oleh semua orang. Walhal solat fardhu di masjid di luar bulan Ramadan pun hebat kelebihannya tetapi tidak diwar-warkan. Jika diwar-warkan, kita akan melihat makmurnya masjid walaupun di luar bulan Ramadan.

Jika di negara Islam lain, setiap pasaraya memiliki musolla yang besar untuk menempatkan jemaah bersolat khususnya pada waktu maghrib yang singkat masanya. Kita, lihat di Sogo KL - keluasan tempat solatnya ibarat sel penjara. Jenuh tunggu bergilir. Apa punya turr dah. Bagaimana kita nak uruskan budaya pasar malam supaya kita di lihat tidak meninggalkan solat maghrib....

Bagaimana kita nak rasakan makna Allahu akbar jika kita tak mampu meninggalkan urusan dunia untuk menyahut panggilan solat berjemaah di tempat kita bekerja dan bershopping. Kita mungkin boleh berzikir Allahu akbar 100 kali, tetapi belum tentu sanggup meninggalkan tugas sementara waktu untuk menyahut pangilan azan ke masjid sebagai tanda Allah Maha Besar. Dalam hal ini saya merindui suasana di Mekah dan Jeddah - seruan azan bisa menutup perniagaan sementara.

Wallahu 'alam

MULAKAN PADA MALAM 19 RAMADAN

Hari ini 17 Ramadan. Maghrib ini masuk malam 18 Ramadan

Esok, selasa 18 Ramadan. Malamnya di kira 19 Ramadan. Bagi sebahagian pendapat, disini bermulanya malam-malam lailatul qadr. Ia dikira dari malam 19hb. Bagi sebahagian pendapat bermula pada malam 20hb. Saya mengambil langkah selamat - mulakan dari malam 19hb. Tak ada ruginya bermula segera. Ha ha.

Umur seseorang pada zaman sekarang tak sampai 80 tahun. Maka jika beribadah pada malam lailatul qadr ibarat beribadah lebih 80 tahun. Itulah istimewanya umat Nabi Muhammad saw.

Inilah peluang yang sama yang akan kita perolehi jika kita beribadah sepanjang 10 hari terakhir pada bulan Ramadan ini. Rakan-rakan jamaah tabligh mengambil peluang untuk keluar dakwah pada 10 hari terakhir untuk dapat beribadah dan beriktikaf dalam salah satu malam lailatu qadr.

Oleh kerana janji Allah melalui Rasulnya bahawa lalilatul qadr itu ialah pada salah satu malam di 10 malam terakhir, maka barang siapa beribadah setulusnya sepanjang 10 malam itu, maka dapatlah ganjaran pahala seperti yang dijanjikan walaupun kita tidak tau malam manakah dikatakan malam lailatul qadr itu.

Carilah sahabat sekeliling dan ajaklah mereka beriktikaf di masjid yang berhampiran rumah anda. Inilah satu amal yang jarang diburu oleh umat Islam di negara ini. Ayah Md Jadi pun sama-sama iktikaf dengan saya di masjid Batang Melaka ketika saya tinggal di kampung masa persekolahan dulu... ha ha . Saya lebih kamcing dengan ayah Md Jadi berbanding dengan Md jadi sendiri tau.

SELAMAT BERTEMU LAILATUL QADR. MOGA IBADAH KITA DITERIMA ALLAH.

PELUANG YANG SAMA

Di dunia ini tak semua orang mendapat peluang yang sama. Contohnya sahabat-sahabat munshi 78.

Bashir berkesempatan ke Sierra Lonne - sempat mengenyit mata mak hitam di sana.

Rashid bernaung di Turki selama 4 tahun - kita setakat 4 hari aja, kena bayar pula tetapi Rashid dibayar dalam USD dollar.

Mastura meronda negara Eropah dengan percuma. Saya setakat meronda India dan Pakistan sahaja dan berbayar pula.

Hanya seorang sahaja pelajar 78 jadi doktor perubatan yang "gila" kat Syed Naguib Al attas. Wooo, siapa lagi jika bukan Dr Majezan.

Tak semua orang yang minat ugama tetapi diamanahkan menjadi imam surau macam Razak K kita tu.

Ramai jejaka handsome, macam Aris dan Majezan tetapi seorang sahaja dari kita yang bertuah mendapat teman baru, muda dan comel lote. Ha ha. Yang lain berangan sahaja.

Ya, bukan semuanya dapat peluang yang sama. Tetapi ada satu hal yang kita boleh dapat peluang yang sama. Apa dia. Tunggu esok jawapannya. Sambil tu, tekalah apa jawapannya melalui ruangan comment.

TERKENANG YANG SUDAH TIADA

Entah mengapa setiap Ramadan, ingatan kepada orang yang sudah tiada di di dunia ini begitu kuat sekali. Ayah, sahabat, pak cik-makcik jiran di kampong menghimbau ingatan saya. Maka saya memohon Allah merahmati mereka semua.

Kekadang saya terasa tak sanggup menerima jika kekawan yang ada ini pergi dahulu dari saya. Biarlah saya mengadap Allah dahulu.

MENUJU KE ILAHI

Apabila berjalan-jalan ke Jakarta, seronoknya dapat shopping buku-buku terbaru. Ada sebuah buku bertajuk Makna Kematian oleh Jalaludin Rakhmat yang sempat saya beli dan hadam membacanya.

Ada satu pandangan lain yang penulis buku ini lontarkan kepada pembaca. Beliau menekankan bahawa kita akan melalui fasa demi fasa sebelum berjumpa Tuhan. Dan setiap fasa itu merupakan proses pembersihan dosa sehingga membolehkan kita memasuki jannahNya.

Sudah pasti proses pembersihan dosa itu akan bermula di dunia. Banyak yang Tuhan lakukan kepada kita untuk membersihkan dosa kita tanpa kita sedari. Antaranya mungkin kerugian atau kehilangan harta, kesukaran dalam mencari rezeki dan derita sakit berpanjangan -semua ini merupakan proses pembersihan dosa. Dengan ini apabila kita menuju ke alam kubur(barzakh), maka kita telah bebas dari dosa dan hidup penuh kenikmatan.

Jika ada dosa yang tak sempat dibersihkan lagi di dunia, maka ianya akan dibersihkan di alam kubur pula. Beliau tak gunakan istilah seksa kubur tetapi mengatakan sebagai proses membersihkan dosa kita sehinggalah tak berbaki lagi. Agak positif Jalaludin Rakhmat mengupas kehidupan di alam barzakh ini. Membacanya - menimbulkan keberanian kepada kita untuk menuju ke alam barzakh.

Allah mahu menerima hambanya sebagai insan yang bersih. Maka cucian dosa terakhir ialah di neraka. Maka selepas bersih, maka mengadaplah kita ke hadapan Tuhan dengan diredhai....

Satu kupasan makna kematian yang cukup positif.

SETENGAH ABAD

Saya memang tak pantau tarikh lahir kekawan kita kecuali diberitahu. Tahun ini ramai yang telah genap dan bakal genap setengah abad.

Hari ini Sharipah Nuri genap 50 tahun.

Manakala yang lain ialah Norliah pada 7hb, Rohaya 14hb, Juwita 23hb dan Maznah 28hb.

10hb tu ialah Zakaria Osman

Kepada semua didoakan agar baki umur kita ini digunakan untuk mentaati Allah swt sahaja. Yang kek tu buat sendiri dan makan sendirilah ye. Ha ha ha.

TQ kepada Hayati kerana memaklomkan dalam komen blog ini.

Fasa kedua Ramadan

Mulai maghrib ini kita akan memasuki fasa kedua Ramadan. Sekejap sahaja telah berlalu 10 hari. Yang sudah berlalu memang pantas sekali rasanya. Tetapi yang kita tunggu - terasa lama pula.

Semalam saya menziarahi jenazah isteri seorang sahabat saya di Seremban yang terkena wabak HINI. Sejak beberapa tahun ini saya sering menerima kematian kekawan saya pada setiap bulan Ramadhan. Dah 6 orang. Terasa seolah-olah Allah memberi khabar atau ingatan kepada saya juga. Dalam keadaan telah berusia setengah abad, bila-bila masa sahaja kita akan dijemput oleh Allah swt.

Oh ya pada 10hb September ini, akan ada seorang sahabat kita lagi yang genap setengah abad. Teka siapa dan tolong siapkan kek selori tau.

SMS PALSU

Mazlan, Mokhtar dan Mastura mengsms kepada saya akan hal Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia. Lazimnya saya akan percaya berita kematian tokoh Pas dari kekawan yang rapat dengan Pejabat PAS Pusat terlebih dahulu.

Rupa-rupanya semalam syarikat talipon di negara untung besar kerana banyaknya sms khabar angin hal Ustaz Ismail kamus ini. Seorang rakan blogger saya, menerima tak kurang 700 sms.

Kekadang ada juga sms yang meminta kita memanjangkan sms berkaitan dengan kelebihan sesuatu zikir atau ayat al quran. Memang zikir dan ayat itu ada fadhilatnya tetapi jika diberi ugutan kena hantar sms kepada 10 orang lain, itu dah lain maksudnya. Entahlah. Dr Majezan tentu ada jawapannya...

CORETAN RAMADHAN YAHAYA GHANI

Pepagi lagi saya menerima emel tazkirah dari Yahaya Ghani kita. Saya turunkan dibawah untuk hidangan minda di Ramadhan yang mulia ini.

Salam,

Begitu cepat masa berlalu sehingga kita telah memasuki hari ke7 ramadhan.

Bagi saya, telah saya jangkakan bahawa ramadhan kali ini akan berlalu cepat. Perasaan begitu kerana kesibukan dan tekanan kerja. Mungkin semua org tertekan dgn kerja tetapi bila kerja berasaskan projek dan deliverables, tekanan kerja paling tidak 2 kali ganda dari biasa. Beruntunglah bagi mereka yang bekerja yg tidak berasaskan projek, deliverables, time-based dan melayan kerenah setengah client yg lupa diri.

Tapi ramadhan tetap perlu dijalani dgn baik. Jalan mudah ramadhan ialah dengan melakukan seperti majoriti muslim iaitu jaga sembahyang dan jaga puasa disiang hari dan ianya habis disitu. Tapi saya percaya ramai dari kita yg tidak mahu membuat setakat itu. Dalam alam pekerjaaan, kita tidak mahu di katakan sebagai mempunyai prestasi memenuhi keperluan. Kerana memenuhi keperluan bermakna bonus kita adalah rendah dan silap silap tiada bonus. Memenuhi keperluan bermakna kita sekadar cukup makan.

Ada beberapa perkara mudah yang perlu kita cuba terutama jika kita seorang lelaki. Ianya tidak mudah tetapi ianya tetap perlu dilakukan. Perkara perkara tersebut adalah:-

1. Sembahyang terawih, sebaiknya berjamaah dan paling tidak buat sendiri dirumah. Hari ke 7 kita telah mula melihat 75% jamaah terawih malam pertama telah hilang. Adakah kita sebahagian dari 75% tersebut.

2. Membaca satu juzuk quran sehari. Bagaimana prestasi anda. Bukan mudah utk melakukannya kerana satu juzuk memerlukan lebih kurang 60-90 minit. Terdapat purata 20 mukasurat utk satujuzuk maka 20x5minit adalah 100 minit. Kita perlu membahagi masa tersebut dgn teratur atau kita perlu pandai mencuri masa ditengah keletihan untuk membaca tersebut. Setakat ini, kita sepatutnya sudah habis 6 juzuk. Jika belum, jadikan sabtu ahad ini utk cover antara 4 hingga 7 juzuk.

Kenapa tidak, ditengah tengah kesibukan isteri anda menyediakan berbuka puasa, anda duduk dimeja makan untuk membaca alquran. Alangkah indah dan tenteramnya hati isteri mendengar anda membaca quran.

3. Bersembahyang tahajud minima 2 rakaat sebelum bersahur. Sembahyang tahajud ini perlu dibuat sebagai ringan ringan sebelum kita sampai ke climax mengejar lailatulqadar. Jika kita tidak mula dgn ringan ringan ini, kita takut badan tidak warm up untuk peak pada 10 malam terakhir.

4. Bersembahyang Dhuha. Sembahyang ini perlu kita lakukan kerana ia adalah antara sunnah rasullulah yang nyata. Ianya amat ringkas dan mudah. Ia juga penting utk melancarkan rezeki kita, Insyallah.

Pada hari ke 7 ini, kita perlu melihat kembali prestasi kita. Kerana kalau prestasi kita lemah, kita masih ada masa utk recover. Jangan terlalu cepat menyanyikan lagu raya seperti yang saya dengar nyanyian seorg staff di sebuah pejabat agensi kerajaan pada pagi semalam.

Malang jika kita seorang lelaki tidak mencuba melakukan yg terbaik utk perkara diatas. Malang jika suami anda tidak melakukan perkara diatas. Jika anda seorang perempuan, cabaran utk melakukan diatas lagi besar tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mencuba.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dgn kalian.

Mohon fwd kepada network circle anda.

Ya, panduan terbaik dari Yahaya kita. Satu panduan yang praktikal.