JALAN JALAN MENCARI TUHAN

Hidayah Bahari ke Mekah pada Jumaat, 18hb Disember bersama suami dan 2 orang anaknya.

Sharifah Nuri pula akan berangkat pada 23hb Disember, juga bersama suami dan 2 orang anaknya. Mungkin depa berdua akan bertembung di baitullah agaknya jika dizinkan Allah.

ASP Redzun telah pun selamat tiba dari Mekah 2 hari lalu.

Mengikut rekod di Amerika, kadar penceraian paling tinggi ialah pada bulan Disember kerana sang isteri tak puas hati kepada sang suami yang tak membawa mereka cuti jalan-jalan cari makan. Begitulah senario di barat. Nasib baik di Malaysia suaminya pengasih - bukan sahaja jalan jalan cari makan tetapi jalan-jalan berjumpa Tuhan. Wau.

Kalau tak bawa anak isteri ke luar negara - pi lah ke Taman Templer pun ok. Boleh terbayang sajak T.Alias Talib berkaitan dengan Taman Templer. Tasik Kenyir pun ok juga. Boleh memancing ikan kelah yang besar-besar. Sedap oi.

Saya dok memikir - dimanakah reunion tahun depan yang terbaik tempatnya. Kali ini kita bermalam makan steamboat buatan Mastura. Cadanglah tempat kesukaan anda. Kali ini bersantai sahaja supaya tak penat Zakaria Osman dan Mokhtar Ahmad bermesyuarat mengatur program. Kita bagi tau tempat dan tarikh aja dan masing-masing tempahlah tempat tidur mereka sendiri. Wooooo.

1 comments:

Sharifah Nuri said...

Salam,
Hari Sabtu tu kita orang ada juga berbincang untuk reunion akan datang.Kalau rasa nak bersantai cadangan kami berlima hari tu seeloknya di Ulu Bendul.Kalau yang rasa nak bermalam dialu-alukan kerana menurut Cikgu Mas dan Cikgu Ana tempat tersebut amat menarik sekali.Saya tak pernah lg bersantai di Ulu Bendul tp selalu juga lalu di situ sb nak ke Kuala Pilah antar anak ke Matrikulasi dua tahun yang lepas.Memang tempatnya menarik sekali.