Katanya, "Akhirnya dengan penuh kepayahan dan kesukaran, cabaran Kinabalu berjaya diharungi. Terasa betapa kerdilnya diri ini".
MANSOR KEMBALI DARI PUNCAK KINABALU
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, December 9, 2009
Katanya, "Akhirnya dengan penuh kepayahan dan kesukaran, cabaran Kinabalu berjaya diharungi. Terasa betapa kerdilnya diri ini".
12 comments:
'well done' Mansur. Tahun depan kita cuba bawa Jaamat, Abdullah Bachik dan Marhamah. Tentu ramai kawan2 yang sponsor nanti. Tunjuk sekali gambar pegang bendera IPMM di puncak tu. Berapa kotak rokok hang bawa ke puncak gunung. Selalunya makin sejuk makin banyak rokok dihisap. Gurauan ya jangan marah ba.
Hebat kau Mansor. Dalam usia begini kalau dapat memanjat bukit dah kire ok.Ini kau dapat mendaki gunung...Gunung tertinggi di Malaysia pulak tu..Kalau si Basir tu tak heran le,dia asoka..memang biasa lasak .Kami tabik spring betullah kat kau...Memang paling hebatlah tu..Kira bonus untuk kau Mansur..Tahniah..!
Sebenarnya yang hebat bukannya Mansor, Basir, Ali atau lain-lain. Yang hebat adalah ex-munshi'78.
Memang betul Mansor, Ex munshi hebat dengan bidang masing2.. Ada yang mengintai blog kita dan memuji.. Kalau boleh dakilah gunung everest yang tertinggi di dunia.
Rasanya tak payah lah nak daki gunung Everest. Takut kehilangan jari pulak, akibat gangren. Kalau minat 'adventure', aku cadangkan kita semua ikut xpdc Gunung Stong, di Dabong, Kelantan. Boleh jelajah gua, ada air terjun dan boleh jugak mendaki. Kalau yang tak pernah naik keretapi, ini adalah peluang yang terbaik, kerana perjalanan dari Tampin ke Dabong adalah dengan keretapi. Pakej keseluruhan cuma RM 280.00 aje. Amacam Mas, Ali dan lain-lain; ok tak?
Mansor , saya ok je takut yang lain2 kaki da condem semuanya he he. Kalau tak dapat mendaki semua sekerat jalan je lah. Kaki gunung . Da lama betul tak naik keretapi. Nanti kita meting. Basir boleh urus kot.
Ok BISA DIATUR TETAPI SEMUA YANG TERLIBAT KENA BAWA DOKTOR PERIBADI MASING2, AL MAKLUM SEMUA SENDI2 KITA DAH LONGGAR.
Basir, kalau tak dapat panjat gunung, mak2 dara mandi dekat air terjun jadilah.. Kami masakkan untuk mendaki2 handalan.. He he .
Satu cadangan yang baik tu Mas... yang larat lagi, bolehlah gi mendaki, manakala mak-mak dara yang dah tak larat tu bolehlah berendam sampai kembang.
Aku dok panjat bukit dpn umah aku jer,bukit Santa Fe Maria.Ada makam pejuang Melayu lama dipuncaknya,tak bernama.Kalu menuruni lembah maka sampailah belakang umah Karim yg lama.Aku rasa budak Karim ni tak pernah panjat,takut jatuh.Dari denai barat daya,boleh kita jumpa kekura dan ikan lembat yg mendaki cari makan sebelah ptg.Ada lg makam dibarat laut bukit ni tapi dek arus pembangunan,hilang saja tapaknya.
PS.Karim kau tau tak dpn umah lama kau dulu ada 6 kawah bekas bom Jepun???
Dr M. cuba kaji sejarah kenapa bukit tu dinamakan bukit Santa Fe Maria, sedangkan ada makam pujuang Melayu di puncaknya. Tak ade ke nama melayu yang boleh diagungkan pada nama bukit tersebut.
Mansor, nak wat camne ianya da jadi sejarah.. Kalau nak ubah, kena ubah Bukit Cina dan Tanjung Ke... Baru betul2 Melayu tak hilang di dunia. Melaka dulu dianggap pelabuhan antara bangsa maka ia pun mempunyai nama belbagai bangsa..
Post a Comment