MENZIARAHI KAK NORSIAH WAHAB

Petang semalam selepas solat Jumaat kami ke Klang. Dari KL, saya, isteri saya, Mastura dan Hidayah bersama satu kereta dan berjumpa dengan Sahara, suami Sahara, Hanim dan 2 orang puteri Sahara di Tol Shah Alam.

Lebih kurang jam 4.15 petang sampai di rumah Norisah yang sedia menanti kami. Banyaklah yang kami bualkan. Malah ada cerita yang melucukan kami apabila Hanim sendiri lupa bahwa Norsiah Wahab inilah yang membeli rumah Hanin di Taman Ehsan beberapa tahun lalu. Yang ingat ialah Kak Norsiah sendiri. Hanim pun lupa dan kini teringat semula. Apa lagi saya pun berkata kepada Hanim - "apa sudah jadi daa".

Si Mastura pula yang berdekatan dengan kampong Kak Norsiah, rupa-rupanya ada bau durian dengan Kak Norsiah.

Sudah dua tahun Kak Norsiah mengalami komplikasi buah pinggang dan beliau telah pencen awal. Beliau berkhidmat di Kementah kali terakhir.

Sebelum balik kami dijamu dengan nasi minyak pelbagai lauk pauk. Kari kambing pun ada. Mastura bukan main syok meratahnya. Sambal udang pun ada. Kesian Maznah tak dapat merasa.

Semua salam sahabat - dari Juwita dan Sharifah telah disampaikan. Sumbangan sahabat sahabat pun telah disempurnakan. Baru saya terasa reunion pada Mei lalu "tersempurna" selepas dapat menziarahi sahabat yang tidak dapat hadir program reunion kerana sakit. Bagi yang sihat dan belum berjumpa datanglah ke mana-mana program anjuran kita. Atau jemputlah kami makan cekodok di rumah anda. Kita masih menjejak Zaleha Abu, Badariah Lajis, Rohana Mat Jais, Salamah dan Hawa.

Bertemu jangan jemu. Berpisah jangan gelisah. Ikatan sahabat sehingga akhirat.

Esok saya ke Selatan Thailand selama 3 hari. Jumpa pejuang kemerdekaan. Wooo.

29 comments:

maznah said...

Slm, semoga kak norsiah diberikan kesihatan yang baik. Aku tak dapat ziarah semalam kerana ade hal dengan anak2.

Aku masih belum jemu jumpe dengan kawan2. Baru kul 3.00 ptg tadi aku berjumpa Mas Di Jusco Balakong. 2 kali mkn, 2 kali minum, (kedai yang berlainan ) banyak le yang kami sembangkan. Che Pah tak dapat join, pak mertua datang. Insyallah, minggu depan kami bertiga dating lagi sebelum Che Pah pergi Umrah. Terima kasih pada Mas belanja aku makan dan beli buah tangan untuk Pak Usof aku. Semoga hang murah rezeki.

Semoga Pak Ali selamat dalam perjalanan ke Selatan Thailand. Ok.

basir said...

Hati2 dibumi Siam.Sampikan salam kepada pak Dollah CD .

3 mak dara ( mas, maznah, che Pah ) said...

Slm, Basir, kami bertiga dah sepakat nak gi umah hang di Sg Besi.... Kami dah bersedia, tunggu di pelawa aje.....

basir said...

Bila2 ok . 18, 25 dan 1 Jan cuti panjang. Yang pasti Md Jadi n Ali pasti datang nanti.

mastura said...

Salam geng2. Sejak 24hb nov. hingga semalam 11hb dis. Gelisah dan berbaur sedih apabila dilantik menjadi bendahari sementara untuk mengutip sumbangan untuk kak Norsiah.. Lega dan lena tidor saya apabila amanah telah saya sempurnakan. Walaupun sedikit itulah erti sebuah persahabatan. Kata Ali "tak re union lah kalau tak dapat menyenggah kawan" . Re union kita memang santai dan tak de lansung yang berat2. Jauh sekali ada niat yang menyinggong hati kawan2. Makan,ketawa, gembira, bersedih bersama.. Rakan yang lama tak sama dengan rakan yang baru di temui. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan yang menyumbang sehingga semalam. Kak Norsiah dan suami Yusof dan anak2 termasuk Luqman yang berada di U AlAzhar Mesir.. Tabahlah dengan ujian Allah. Allah tak akan menduga lebih dari kemampuan kita....

luqman yusof said...

assalamuaalaiku...
mewakili ibunda saya norsiah bte ab wahab....
mak mengucapkan ribuaan terima kasih diatas lawatan dan sumbangan yang telah diberikan...
semoga Allah membalas segala jasa baik pakcik-pakcik dan makcik-makcik.......segala kebaikan didunia ini akan mendapat ganjaran yang setimpal denga apa yang diusahakan.....terima kasih yang tak terhingga buat semua....

luqman yusof said...

terima kasih buat pakcik makcik....doakan saya agar dapat yang terbaik dalam apa bidang yang saya ceburi... doakan kejayaan saya....

Maznah said...

Slm,
Anakanda lugman, catitkan nombor akaun bonda (Kak Norsiah )dlm blog munshi ni. Mungkin ada kwn2 bonda yg akan memberi sumbangan dari masa kesemasa.

Semuga lugman berjaya dlm pelajaran.

JayJay said...

Assalamualaikum,
anakanda Luqman tanya bonda last kerja kat kementah kat cawangan mana agaknya coz makcik kerja situ tapi tak pernah jumpa pun mungkin tak perasan atau pernah berselisih bahu tapi tak perasan muka. Sampaikan salam buat bonda tercinta

rohana bt.md.dali said...

Asslmkm, Ali saya baru teringat pernah berjumpa dengan Rohana Mat Jais di bangunan DBKL. Kalau tak silap dia bekerja di sana. Cubalah anda merisik-risik kot dia masih bertugas di sana.

majezan said...

Tetapkan iman mu Pak Ali,sbb kominis tetap petualang Islam dan Allah,iaitu perjuangan mereka pd doktrinnya menidakkan Allah dan pada dogmanya menolak semua ugama manusia yg mereka sifatkan ekumenisma tolol.Menggunakan rasionalisasi akal secara total.
Meraka perlu diekstradisi oleh polis dan peguam negara untok menghadapi tuduhan bunoh,walaupun telah bertaubat dan pulang kepangkuan Islam.Jika tidak dipohonkan ektradisi,maka rakyat akan menganggap kerajaan tidak bersedia membela nasib askar dan polis dan orang awam yg terkorban dek durjana kominis.
Maka lawatan memuliakan kominis dianggap tidak tepat,kecuali utk menimba ilmu.
Pak Li,jgn mara

mastura said...

Dr Majezan , Ali tu tak takut sapa2 pun. Kominis lagilah dia tak takut setakat nak ajak menidakkan alam ini ciptaan Tuhan. Masa kami pas f6 dulu belajar pondok di Madrazah Itibah Sunnah Kuala Pilah , Shamsiah Fakih dan pengikutnya ramai yang belajar di pondok yang sama.. Ideolgi kominis da ketinggalan zaman. Yang kita bimbang ideologi menentang Islam oleh orang Islam..Anak ku Loqman kalau lah Muhammad Abduh belajar dari U yang sama(Al Azhar) bawa lah ke Malaysia Ilmu yang Benar...

luqman yusof said...

Terima kasih buat pakcik-makcik yang mendoakan saya......saya akan lakukan yang terbaik dalam melaksanakan misi mencari ilmu ini ilmu ini....

makcik mastura:kalu fahaman yang pelik pelik ni memang saya belajar....dah memang dalam bidang saya...mengkaji ideologi2 yang bertentangan dengan aqidah dan yang membahayakan islam serta umat islam.....doakan saya agar kelak menjadi orang yang dapat berbakti pada agama bangsa dan negara....

makcik jay jay:mak saya last kerje di bahagian veteren.....medan tungku...

mastura said...

Anakanda Luqman tahun 6Oan dan 7Oan dulu bila gelombangan Islam mula menyinar Malaysia maka mak cik dan ibu mu tak terkecuali dari era itu (mulalah bertudung dan berdakwah) .Yang peliknya ulama dari mesir (U AlAzhar} pula membawa idelogi kedunian terutama amalan menutup Aurat. Sekarang ini banyak Ulamak yang berasal dari U yang sama ,ilmu yang sama bercakaran dalam menegakkan Islam. Mak Cik bangga Luqman dari U yang menjadi Idola semua aliran di dunia. Mak Cik pernah melawat mesir dan pernah melawat tempat2 sejarah piramid, makam para ambiak, melayari sungai nil...Orang2 muda seperti Luqman kembali dengan ideologi yang benar dan iklas bukan kerana kedudukan dan pangkat...

al majele said...

Masturah,
Gelombang komunisma masih diguna pakai dibarat dlm bentuk globalisasi,pakatan utara dan selatan,sekatan2 perdagangan,perjanjian unilateral,perundangan,polisian dunia dsbg.Topeng2 ini dijelmakan dlm bentuk metamorfosis demokrasi(sesuatu yg tak terfikir oleh Stalin,Trotsky,Lenin,Frederick Engels boleh berlaku), dan yg pastinya demokrasi adalah haram dlm Islam.
Haram kerana dlm demokrasi,konsep gerrymander perlu diwujudkan utk menang dan mendapat kuasa.
Dlm sistem demokrasi,kebenaran tidak bagitu penting katimbang kemenangan.
Dlm Islam,kebenaran yg utama sbb ianya haq mutlaq yg punya dunia ni,WHA.
Jadinya,mesti kita tolak secara total isme2 karut ni.
Utk M.Abduh kita tengok Al Manar,utk gurunya Al Afghani kita tengok polemik Earnest Renan.

ALI MAIDIN said...

Musuh utama kita ialah islam yang keliru yang mendominan dalam masyarakat kita masa kini. Kalau nak tau, kena ngeteh dengan saya. Ha ha.

mastura said...

Kalau Syed Naquib berkuliah , dia kata jangan tinggal satu patah pun perkataan dia kalau mahu yang betul2 ilmiah mengikut fahaman dia. Begitu juga aliran yang dipelajari, tahu tetapi tak membenarkan dan ada yang tak tahu lebih baik.. Ini yang terjadi cerdik pandai yang belajar ideologi yang bertentangan tetapi menyembunyikannya. AlQuran itu sebenarnya sejarah kerana ianya benar. Tak perlu ada aliran2 lain yang keliru. Kutip lah semua dari AlQuran dan hadis.. Kalau ia bertentangan tolaklah. Isme2 yang lain wahai Al Malee manusia sendiri telah menolaknya.. Tombang patung Karl Mark di lakukan oleh rakyat Rusia sendiri tak payalah kita orang Islam nak meyokong. Al Afghani da boleh jadi ikutan yang kembali ke Tanah Melayu membawa Reformasi dari U Al Azhar..

luqman yusof said...

Pada zaman sekarang banyak pihak cuba untuk menjatuhkan islam tidak kira dari luaran mahupun dalaman. Maka munculah pelbagai doktorin yang bercanggah dengan asas dan prinsip islam itu sendiri.Dari luaran kita dihentam dan di serang oleh golongan zionis dan sekutunya....kalau dari dalaman oleh orang islam yang buat-buat pandai dan pakar dalam islam,walhal mereka hanya mengetahui sedikit sahaja dari jutaan lembaran menuskrip asal islam
seperti mendatangkan hadith yang belum tentu kesahihannya sebagai hujah dalam menegakkan pendapat mereka..ada yang katakan islam itu tidak releven untuk zaman yang serba canggih ini maka perlu diubah mengikut peredaran zaman...jadilah islam yang berkiblatkan barat....islam liberal,islam itu dan isalam ini...ambil sebahagian tinggalkan sebahagian....
Kita sebagai umat islam perlu memperkuatkan diri dengan ilmu yang benar...ilmu yang berpaksikan sumber yang benar dan tidak lari dari landasan Alquran dan sunnah....
Musuh kita pula menanti saat dan waktu menyerang..melaksanakan rancangan yang telah lama dirancang....rancangan sebelum datangnya islam....mereka melancarkan serangan...serangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar... serangan saraf....perlahan-lahan mengikis aqidah dan fahaman islam....menjadikan mereka jauh dari islam yang asal...kekuatan umat tercalar,hilang,hampir sirna....hancurkan kesatuan...hilangkan kasih sayang sesama muslim...tanamkan isme2 yang memudaratkan...semangat kau kau,aku aku.Jiran tertindas tidak terbela....dibiarkan merana....
umat harus bangkit dan bangun dari tidur yang nyenyak....sedar dengan apa yang terjadi...Agar musuh tahu yang kita peka dengan rancangan mereka.....

mastura said...

Syabas anakku Luqman. Jiwa Muhammad Abduh da di dalam dirimu. Rasa Mak cik di Zaman 78 dahulu bila Mak Cik dan Pak Cik Ali dan ibu mu mula mendapat nur dari Allah mengupas reform ideologi pejuang2 islam semasa kami dalam Persatuan Islam. Luqman boleh ganti Pak Cik yang perjuangannya tak berkesudahan itu. Cabaran Islam sampai dunia kiamat. Kita belum ada pelapis yang benar2 faham dari akar umbi . Betul apa yang Luqman katakan itu. Musuh Islam berada di antara kita juga. Bab2 ibadat pun main ikut2 je , akhirnya penuh dengan Bidaah. Bila ada golongan yang nak membetulkan mereka pula dikatakan sesat dan ajaran baru. Come back anak2ku yang sudah ada kesedaran...

al majele said...

Al Mastoorah,
Komen mu akan kuliah Naquib Al Attas tu tak berperenggan,jadi samar,mungkin boleh terangkan dgn membuatkan ianya berperenggan-perenggan,sbb beliau gunakan bahasa Arab dan Inggeris.Dlm tulisan beliau hujjatul sidiq li daf il in dafiq(sukar dijawikan),juga dlm historical context,beliau begitu perihatin supaya tulisannya diberi titipan dgn ihsan(trademark,mungkin tak tepat).Lihat juga hentaman maut beliau terhadap Doerenbos(ejaan mungkin tak tpt sbb budak ni Belanda).Begitu juga dlm Prolegomena.
Kesimpulannya,fahaman dan pendapat adalah tidak sama dgn kebenaran.
Tq ,WHA

mastura said...

Wahai Dr Majezan 1979 saya mengambil Islam dan Falsafah . Mengapa pulak saya tak faham bahasa dia. Dia menggunakan 3 bahasa .Bukunya pun saya masih ada. Saya kan dari UKM. Dr Majezan dari Universiti London ye ? he he. Tahun Akhir Kepujian saya Mejor dalam Sejarah Islam.. Di bawa bimbingan Dr Mahayuddin Yahya. Saya menjurus sejarah Islam dan Dunia. Thesis saya mengenai Madrasah dan sekolah pondok yang di gelar Kaum Muda. Ia berasal dari fahaman Muhammad Abduh dari Mesir.. WHA

luqman yusof said...

waaaaaah makcik mastura amik ijazah dalam islam dan falsafah....kalau dekat sini Aqidah dan falsafah...kos yang saya ambil sekarang....segan lah saya dengan makcik...saya budak baru belajar kalau salah tolong-tolong tunjukkan....

majezan said...

Mastoorah,
Bgus klu mcm tu.Yg saya utarakan ialah 3 ayat yg ditulis,baik diperenggankan,takut tersalah faham apa yg S.M.N AlAttas maksudkan,hehehe.
Semua insan boleh terkhilaf,tersasar,tertipu dgn kebijaksanaan.
Al Farabi dan Ibn Sinna yg genius pun boleh khilaf dan salah bila emosi dan kebijaksanaan aqal mengatasi naqalnya dlm memahami sesuatu makna(Al Ghazzali,munkidh min al dalal).

mastura said...

Semasa Mak Cik memilih bidang itu di Tahun akhir, hanya 1O orang sahaja yang berani mengambil tajuk itu 2 orang saja perempuan yang 8 lagi lelaki. Takut sebab , takut tersasar, Dr Mayudin sangat tegas dan ilmiah.. Dia sekepala dengan Sq Naquib. Kumpulan sepuluh orang itu semuanya menjadi orang ternama dari perbagai parti , kawan Pak Cik Ali pun ada. Ada yang berkobar2 di Parlimen. Mak Cik saja yang menjadi guru. Sekarang ini Mak Cik memegang jawatan guru tingkatan 6 yang di naikkan taraf. Megajar sejarah Islam, Dunia dan Malaysia. Selalu terlibat dalam ceramah motivasi sejarah yang orang tak minat. Tahun 1 mak cik ambil sains politik juga. Pandai jugalah aliran2 politik sebagai asas. Masa di UKM mak cik suka ambik elektif dari falkulti Islam.. Berkawan dengan Bebudak Usuludin, Syariah, Falsafah , Sejarah dan Sunnah. Boleh cakap sikit2 pasal Islam.

luqman yusof said...

minat-minat....saya memang minat bidang ni tu yang ambil...tapi memang dulu ada doktor saya cakap kalu nak ambil bidang ni kene yakin dan jangan sampai terpesong jauh.....meminta pada Allah taala agar kekalkan dalam aqidah yang benar lagi hakiki.....oooo dua nama tu saya kenal tapi tak pernah jumpa....sekadar mengatahui hasil-hasil ilmiah mereka....kalau kat sini Aqidah dan falsafah bawah fakulti usuluddin....jadi tahun 1 dan dua tahun am...belajar lah semua bidang...syariah ada,hadis,sejarah,bahasa arab....cuma tahun 3 dan 4 dalam pengkhususan sendiri....

mastura said...

Semasa Mak cik melawat Mesir seronoknya meyusuri nil biru dan nil putih. Masa itu awal Muaaram (hari ini)..Mak cik hanya beberapa orang saja yang berani masuk Piramid dan melihat 1O dari 11 firaun. Masa Mak cik melawat ibu di kelang Mak Cik nampak gambar Luqman di Mesir. Bagi orang yang terlibat dalam sejarah Mesir adalah negara yang Mak Cik suka lawati.. Kaherah dan Laut Medeternean menjadi tempat idaman Mak Cik. Siapa tak kenal Iskandar Zulkarnain.. Makam Imam Syafie sudah macam di pinggirkan..Tak tahu lah sekarang Makcik pergi 2oo6. Orang Mesir sangat sayang sejarahnya , tak ada pun mengubahsuaian kerana nak mengekalkan Tamadun nya berbanding negara lain.. Kalau di Malaysia sumber sejarah tak penting, yang penting apa yang mencakar langit, padang gof yang luas, bangunan kristal, sungai yang dah dimandulkan... Sungai Nil masih menjadi nadi Mesir.. Mak Cik berdoa akan ke sana lagi...

luqman yusof said...

apa yang makcik tengok dulu sama sahaja....tiada perubahan....mesir tetap mesir...kekalkan budaya dan bangunan...baik yang positif mahu pun negatif...cuma sedikit pembaharuan dari segi pengangkutan dan lapangan terbang.....tamadun yang ada di kekalkan...makam imam syafie tetap macam dahulu....kalau di iskandariah....tetap cantik seperti pertama kali saya jejaki....di sebalik debu-debu terselit juga mutiara yang berharga yang perlu diambil oleh sesiapa yang datang belajar disini....Ulama' mesir....berada didalam kelas pengajian mereka terasa diri terlalu kerdil jika dibandingkan dengan lmu yang mereka ada....

luqman yusof said...

makcik pakcik mak saya kirim salam pada semua.....dengan lafaz assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu

mastura said...

Anakanda Luqman, Ilmu Allah ibarat bueh di lautan. Carilah dibumi, didarat, di laut dan di angkasa.Janganlah rasa rendah diri sangat apabila berana di antara mereka yang tinggi ilmunya. Ulama dan Ilmuan Islam adalah ranting2 dari Nabi. Allah sudah memilih Luqman untuk meneruskan perjuangan ulama. Kalau Mesir bumi para Ambia' Luqman dan rakan2 adalah Mutiara yang kami nantikan... Kembalilah dengan ilmu yang boleh di manafaatkan.