Pejam celik, lebih kurang sebulan lagi Maznah Asnawi akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya iaitu pada 10 hb Mac 2012, Sabtu, di No 39, Jalan Chengal 3, Taman Impian Ehsan, 43300 Belakong, Selangor.
Dengar khabar Maznah sudah mula sibuk membuat persiapan. Saya datang makan sahaja. Ha ha.
Kalau nak ke rumah Maznah dari highway, kena lalu The Mines. Detailnya tanyalah ke Maznah terus.
2 LAGI PROGRAM 2012
Posted by
sokongpr
on Tuesday, January 31, 2012
/
Comments: (0)
Ada dua berita baru kali ini:
1. Kenduri akikah cucu kedua Rohaya Rahmat akan diadakan di rumahnya di Batu 14 1/2, Kg Kelemak Alor Gajah, Melaka pada 5hb Februari 2012, Ahad. Sahabat sekeliling Alor Gajah dan Tampin, silalah hadir jam 12 tengahari. Rohaya dah siapkan rumah nginap di kampong selepas pencen nanti. wooo
2. Saudah Rahmat, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis perkahwinan anak perempuannya pada 28hb April 2012, Sabtu, di Dewan Bestari, Air Keroh, Melaka.
Jangan lupa!!!!!
PROGRAM 2012
Posted by
sokongpr
on Wednesday, January 18, 2012
/
Comments: (0)
Pertama:
Kedua:
10 hb Mac 2012, Sabtu, kenduri perkawinan anak perempuan Maznah Asnawi Sabri, bekas Tkt 6 sastera 1, di No 39, Jalan Chengal 3, Taman Impian Ehsan, 43300 Belakong, Selangor
Kedua:
7 hb April 2012, Sabtu, kenduri perkahwinan anak perempuan Rashid Ahmad, bekas Tkt 6 Sastera 2, di Lot 582-1, BT. 11 1/2, Kg paya Rumput jaya, Sungau Udang, Melaka
PERJUMPAAN YANG DIRINDUI
Posted by
sokongpr
on Thursday, January 12, 2012
/
Comments: (1)
Ketika di kenduri Hayati pada Disember lalu, sempat saya merakam gambar geng Munshi 78 yang seasrama. Adam, Kamarudin dan Basir - merupakan AJK Asrama. Putera. Saari pula lambat masuk asrama.
Teka siapa yang kelihatan lebih muda. Yang tua tahu dah. Ha ha.
Teka siapa yang kelihatan lebih muda. Yang tua tahu dah. Ha ha.
SUDAH ADA 2 PROGRAM KENDURI KAHWIN
Posted by
sokongpr
on Wednesday, January 11, 2012
/
Comments: (0)
Sudah ada 2 program kenduri kahwin akan diadakan pada tahun ini. Pertama, bulan Mac dan kedua bulan April. Insyaallah saya akan maklomkan pada akhir bulan ini. Ha ha. Kok lupa pula jika terlalu awal diberitahu. Wooo
Menjelang pilihan raya umum ini ada macam-macam cerita. Yang sedang menjadi YB, mungkin bertanding lagi Ada juga suami bekas pelajar Munshi 78, akan bertanding pada PRU 13 nanti. Tekalah siapa dia. Yang pasti saya tak bertanding, Ha ha.
Sesiapa yang menjadi AJK masjid atau surau, bolehlah menghubungi Zakaria Osman untuk dapatkan peruntukan beras fakir miskin pada bulan Ramadan akan datang.
Jika kenderaan anda rosak baikilah di bengkel kereta milik Zaini di Taman Merdeka, Melaka. Ada diskaun kot. Ha ha. Ini promosi percuma. Zaini sudah siapkan bisnes untuk pencen segera. Wooo. Tahniah!!!!
Jika nak makan capati percuma, ajaklah Dr Majezan minum.
Jika nak belajar main saham, tanyalah kepada Zakaria Osman juga.
Jika nak tingkatkan IT sekolah, tanyalah Cikgu Zolkaply Yunus
Jika nak tingkatkan iman, tanyalah Aziz Md Yasin atau Amin.
Ada juga petua lain, tetapi saya rahsiakan siapa yang pakarnya. Belanja teh dulu, baru diberitau. Woooo.
AKSI DI KENDURI HAYATI
Posted by
sokongpr
on Monday, January 9, 2012
/
Comments: (1)
BILA MAU KENDURI DAAA
Posted by
sokongpr
on Thursday, January 5, 2012
/
Comments: (3)
Masuk 2012, saya dah delete beberapa nombor talipon dalam hp saya. Ha ha. Dah penuh dan dan masukkan nombor baru yang aktif sahaja di persada bumi. Kira-kira macam mengemaskini faillah.
Tahun baru - azam baru, kawan baru, projek baru, strategi baru, gaji baru, gaya baru. Hanya baju lama dan isteri lama. Ha ha.
Makin lama makin berusia kita. Kalau dulu sering bertanya bila mau kahwin dan berapa anak, Kini bila jumpa akan bertanya sudah berapa menantu, berapa cucu dan bila mau pencen. Ha ha.
Sesiapa ada kenduri kahwin eloklah diberi tau awal agar mudah kita merancang program. Maklomlah sekarang zaman meronda-ronda dunia. Kalau tak ke Bali, mau ke London. Paling kurang makan sate kambing di Bandung, Indonesia. Jika ada duit lebih, saya nak makan sireh di Colombo, Sri Lanka. Katanya, jemaah solat Subuh seramai solat Jumaat. Teringin nak tengok sendiri. Wooo.
Siapa dah habis idea menjamu selera, bolehlah menjamu talipia bakar di Central Market. Takkan orang Malaysia tak hendak menjengah Central Market? Setakat seorang dua, saya boleh belanja. Jika ramai-ramai, bayar sendirilah. Tapi jika ada Dr Majezan, kita tak sempat membayar!!!! Woooo.
Suhdi, kau apa khabar. Aku cari kau untuk merojak di Tampin, Isnin lalu.
SEMOGA BERBAHAGIA RAMLAH
Posted by
sokongpr
on Tuesday, January 3, 2012
/
Comments: (2)
Blog Munshi 78 mengakhiri Tahun 2011 dengan acara gemilang apabila Ramlah melangsungkan perkahwinannya dengan Mohd Rosli Iskandar pada 31hb Disember jam 10 pagi di Seremban 2.
Mastura dan Juwita menjadi pengapit istimewa hari tu. Wooo
Maznah juga turut hadir.
Moga perkahwinan Ramlah diberkati Allah swt
TOUCH N GO
Posted by
sokongpr
on Monday, December 26, 2011
/
Comments: (2)
Kenduri di rumah Aziz kali ini ibarat Touch n Go. Ha ha.
Adam, Bashir, Marhamah dan Norsir dilaporkan sampai awal. Apabila depa balik, Cikgu Yaakob, Maria dan Mohd Han pula yang sampai. Bila Han balik, saya, Karim, Md Jadi dan Zakaria Osman tiba. Kemudian diikuti Shaari, Hayati dan Mokhtar.
Apabila saya, Md Jadi, Zakaria dan Shaari nak balik, Zaini pula yang tiba.
Yati lepak lama di kenduri ini, hingga menjengah dapur. Bila dia balik, Hasnah pula yang sampai. Hasnah bertembung dengan Razak Husin. Razak Husin muncul dari Pulau Pinang tu. Wooo.
Betul- betul "TNG" kali ini.
CUTI WEI
Posted by
sokongpr
on Friday, December 23, 2011
/
Comments: (5)
Menjelang berakhir tahun 2011, ramai yang bercuti. Ada dalam negeri dan ada juga ke luar negara. Ada yang berrahsia ada yang memberitahu. Apa pun moga selamat semua. Ada duit eloklah cari pengalaman berjalan-jalan. Tak ada duit belilah buku novel travelog. Syok juga membaca pengalaman orang berjalan dan meronda dunia. Tambahan pula cerita meronda dunia dengan wang yang sedikit.
2 hari lalu jumpa Lft Kolonel Rashid di Restoran Haslam, Jalan Pahang. Pekena sup tulang. Tak sempat memanggil Dr Majezan atau Lft Kolonel Basir kerana tak tau bila Rashid boleh tamatkan mesyuaratnya di Jalan Semarak.
Oh ya, Tuan Pengetua kita Zulkaply Yunus telah menerima Anugerah Kebangsaan dalam IT peringkat sekolah Menengah. Syabas. Kira-kira budak Munshi hebat juga di dunia kerjayanya.
Dengar khabarnya agenda kenduri kahwin akan berterusan pada 2012. Eloklah diberitau awal supaya mudah kekawan mengatur rancangan.
Kepada Dr Majezan, sudah habis ke "menyembelih". Ha ha.
AHAD INI RUMAH AZIZ
Posted by
sokongpr
on Wednesday, December 21, 2011
/
Comments: (0)
Jangan lupa:
Aziz Md Yassin dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 78 untuk hadir ke kenduri perkahwinan anak lelaki dan perempuannya pada Ahad, 25hb Disember 2011, jam 12 tengahari hingga 4 petang di alamat J 9523, Kg Jasin Hilir, Jalan Cincin, Jasin, Melaka.
Ini round kedua kenduri kahwin rumah Aziz. Sebelum ini rumah Shaari dan Rosnah. Wau.
Teh tarik jangan lupa Aziz oi. Wooo
SELAMAT SUDAH KENDURI HAYATI
Posted by
sokongpr
on Sunday, December 18, 2011
/
Comments: (8)
Alhamdulillah, selamat sudah kenduri perkahwinan anak Hayati petang semalam. Walaupun sudah 30 tahun lebih saya tak berjalan-jalan di Kg Paya Dalam, saya tak sesat atau terlajak mencari rumah Hayati. Kagum saya dengan diri sendiri. Ha ha. Dengar kabar Adam Ahmad sahaja yang terlajak jalan. Ha ha.
Menurut beritanya Aziz dan Hidayah datang paling awal. Kemudian diikuti oleh group Mastura, Juwita, Ramlah, Saari Mat Jelas, Zakaria, Basir, Kamarudin Arshad, Sahara, Imam Zulkefli, Razak Lajis, Jaamat, Rosnah Mat Isa, Rohana Md Dali, Mansor Kasim, Cikgu Yaakob dan saya. Sempat kami bergambar di pelamin. Harap Hayati hantar gambar tu ya.
Yang lain saya tak dapat berita. Mungkin dia orang datang lewat atau datang melalui alam ruh agaknya. Woooo.
Insan yang jarang hadir ke program kenduri kahwin tetapi menjelma pada kali ini ialah Adam dan Razak Lajis. Syabas.
Rosnah Mat Isa hadir bersama cucu pertamanya. Wooo.
Selepas kenduri saya ke Jasin melalui entah apa estet namanya. Jumpalah Kolej Profesional Mara di tengah-tengah estet getah tu. Ha ha.
Ahad depan kita bergerak ke Jasin pula rumah Aziz. Jam 1 juga ya!!!.
Abang Roslan (suami Sahara) jangan lupa bawa gudang garam. Boleh saya menumpang merasa. Woooo.
SABTU INI DI RUMAH HAYATI
Posted by
sokongpr
on Monday, December 12, 2011
/
Comments: (1)
Jangan lupa Sabtu ini jam 1 tengahari kita berkumpul di rumah Hayati sempena kenduri perkahwinan anak perempuannya. Haris Bahari yang nun jauh di Panggerang, Johor datang ke? Haris ada bau-bau durian dengan suami Hayati rasanya. Ha ha.
Saya bagi hadiah buku kepada siapa yang datang awal sekali. Ha ha. Yati kena sahkan siapa yang pertama sampai ya. Wooo.
25hb pula kita ke rumah Aziz pula. Kayalah PLUS bulan Disember ini.
Yati dan Aziz: jangan lupa talipon TUAN HJ JOHARI NYALAS. Dia tak buka blog. Woooo
KAD JEMPUTAN HAYATI PADA 17HB DISEMBER 2011
Posted by
sokongpr
on Monday, December 5, 2011
/
Comments: (2)
Kad jemputan dan peta lokasi ke rumah Hayati dilampirkan untuk rujukan semua sahabat Munshi 78:
Klik untuk lebih jelas.
Klik untuk lebih jelas.
2 MEMPELAI RUMAH AZIZ 25HB DISEMBER!!
Posted by
sokongpr
on Sunday, December 4, 2011
/
Comments: (0)
Aziz Md Yassin dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 78 untuk hadir ke kenduri perkahwinan anak lelaki dan perempuannya pada Ahad, 25hb Disember 2011, jam 12 tengahari hingga 4 petang di alamat J 9523, Kg Jasin Hilir, Jalan Cincin, Jasin, Melaka.
Rasanya ini kenduri penutup 2011. Ha ha. Hebat. 2 mempelai sekaligus.
Sebelum itu, jangan lupa kenduri Hayati pada Sabtu, 17hb Disember 2011.
Wau, berarak kita ke Melaka menjelang akhir tahun 2011 ini!
Kita jumpa di rumah Hayati dan Aziz jam 1 tenghari pada hari kenduri tersebut.
Teh tarik jangan lupa. Kalau tidak saya tak balik KL semula dan bermalam terus di rumah pak pengantin.
Wooo
TERIMA KASIH DARI KHATIJAH
Posted by
sokongpr
on Friday, December 2, 2011
/
Comments: (0)
Khatijah Kasim mengucapkan terima kasih kepada sahabat Munshi 78 yang hadir ketika majlis perkahwinan anaknya tempoh hari.
Moga Khatiah segera dikurniakan cucu!!!!
AKSI DI KENDURI KHATIJAH KASIM - 2O NOVEMBER LALU
Posted by
sokongpr
on Tuesday, November 22, 2011
/
Comments: (0)
JEMPUTAN ROSNAH MOHD ISA 27 NOVEMBER
Posted by
sokongpr
on Monday, November 21, 2011
/
Comments: (1)
Dengan hormatnya dimaklomkan Rosnah bt Mohd Isa, bekas Tingkatan Enam Sastera 1, menjemput kita semua ke majlis perkahwinan anak lelaki bongsunya pada 27hb November, Ahad, mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di JA 8728, Taman Pahlawan Umbai, Merlimau, Melaka.
Harap orang Melaka berduyun-duyun ke majlis tersebut.
KENDURI KHATIJAH 20 NOVEMBER OI
Posted by
sokongpr
on Friday, November 11, 2011
/
Comments: (1)
Adalah dimaklomkan Khatijah Kassim, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 menjemput kita semua ke kenduri perkahwinan anak perempuannya pada Ahad, 20hb November, jam 12 tengahari hingga jam 4 petang di Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
No Tel Khatijah 019-6035442.
Walaupun selalu melalui Jalan Bangsar, tak perasan saya akan Kompleks Sukan TNB tu. Ha ha
Harapnya Khatijah menalipon dan sms kepada rakan rakan Munshi kerana ramai yang tidak menjengah blog ini secara kerap.
Kita jumpa jam 1 tengahari di sana.
AMAL YANG BAIK
Posted by
sokongpr
on Thursday, November 3, 2011
/
Comments: (2)
Mokhtar menyampaikan pesan melalui emelnya seperti berikut:
Sahabat ku Ali Maidin, untuk dikongsi dalam blog…
Subject: Kecelaruan/Kesempitan Hidup: Pohonlah pertolongan dengan Allah melalui ........
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Wallahualam bissawab
SANG KEMBARA MALAM
Posted by
sokongpr
on Sunday, October 30, 2011
/
Comments: (8)
Teringat saya pada awal 2009 apabila kita sama-sama menjejak bekas pelajar Tinglatan Enam Atas SMMA 1978. Antaranya ialah Rani Embi, sahabat pertama yang saya jumpa ketika mendaftar diri di Munshi pada awal Januari 1978. Terpegun saya apabila mendengar kesah beliau dan isterinya melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di USM selepas menjadi guru. Saya memang kagum dan bangga dengan sesiapa sahaja yang sanggup belajar lagi selepas zaman bekerja. Zakaria Osman, Maria Ibrahim dan Kharis Bahari adalah orangnya yang saya tahu. Ya lah terpaksa meninggalkan anak-anak ketika hadir kuliah di hujung minggu, bebanan tugas dan bebanan kewangan dalam pengajian.
Tetapi dalam kes Rani Embi, bukan itu yang melucukan saya. Ha ha. Lucunya ialah Rani tidak mesra IT.pada awal 2009. Puisi yang dia hantar saya bukan dihantar melalui emel tetapi secara pos. Sajaknya ditaip melalui typewritter, bukannya dengan laptop atau komputer. Gambar yang dihantar pun yang ori punya, bukan di scan macam Mansor atau Basir lakukan.
Namun kini, Rani bukan Rani 2009. Beliau telah ada blognya sendiri untuk merakam puisi-puisinya. Jom kita layari sajaknya di sini. Syabas Raniku!!!!! Bolehlah Juwita melawan sajak Rani ini. Woooo.
.
SYOK APABILA SESEKALI BERJUMPA
Posted by
sokongpr
on Saturday, October 29, 2011
/
Comments: (0)
Satu aksi ketika reunion lalu. Tak tahulah apa yang Sahara, Rohana Md Dali, Umi dan Hidayah sedang berbual.
SEJAHTERA KAU AMIN
Posted by
sokongpr
on Thursday, October 27, 2011
/
Comments: (2)
Hari ini ulang tahun Amin yang ke ? mungkin 52 atau 53 agaknya. Ha ha
Sebelah, gambar beliau di Kudat, Sabah.
KAK UMI DAN SAHARA SELEPAS 33 TAHUN
Posted by
sokongpr
/
Comments: (0)
Walaupun kak Umi kita tu tak boleh bawa kereta, beliau tidak melepaskan peluang hadir ke majlis reunion lalu di Uniten.
Umi (kanan) sempat bergambar dengan Sahara, rakan sekelas di USA 2 pada 1978!!!!
Dulu, tak sempat bergambar agaknya. ha ha.
RAZAK PENYELAMAT UMMAH
Posted by
sokongpr
on Wednesday, October 26, 2011
/
Comments: (0)
Kalau Razak Kanapiah tak hadir ke program kita, maka tak adalah tukang baca doa. Ha ha. Imam Zul pun tak hendak baca doa lagi dah. walaupun dia imam asrama putera dulu. Wooo
Bila Razak baca doa, Darussakam macam tak percaya. Ha ha.
Apa pun doa Razak begitu puitis sekali...
AKSI REUNION MUNSHI 2011 LALU - 2
Posted by
sokongpr
on Monday, October 24, 2011
/
Comments: (0)
Zakaria Jaafar akhirnya dapat datang ke majlis reunion ke 3, selepas Maznah memaksanya berkali-kali. Wooo.
AKSI REUNION MUNSHI 2011 LALU
Posted by
sokongpr
on Sunday, October 23, 2011
/
Comments: (0)
Sekilas foto ketika reunion Munshi 2011 lalu - Hidayah dan Marhamah.
Marhamah bertanya Dayah - dah timang cucu ke?
Woooo.
Marhamah bertanya Dayah - dah timang cucu ke?
Woooo.
SAJAK KHAS YANG KE MEKAH
Posted by
sokongpr
on Saturday, October 22, 2011
/
Comments: (0)
Sahabat Munshi yang menggelarkan dirinya Kembara Malam, menyampaikan sebuah sajak khas untuk rakan rakan kita yang ke Mekah musim ini
DATANGILAH RUMAH ITU
Engkau langkahkan kakimu ke rumah Baitullah
yang pasti engkau mencari keredaan Allah Rabbuljalil
mencari ruang tafakkur dan ruang zikir
memuji kebesaran mencari cinta suci
mencari kerinduan Rasullah kasihnya terpahat
yang tak pernah terbayang di ruang mata
cuma merasa bertapa dekatnya kecintaan
bagai laut yang salju dengan angin mendayu.
Setelah engkau huni Masjid Nabawi dengan empat puluh waktu
dengan air mata rindu yang tidak pernah padam
apakah rindumu masih jauh atau semakin dekat
hingga tak mampu tubuh menanggungi kasih yang bersemi
atau semakin jauh dengan ketebalan kedegilan
abu Lahab dan abu jahal
nafsu amarah dan lawamah yang membungkam pada kalbu yang kelam.
Seandainya telah engkau temui embun cinta
maka bertasbihlah memuji-Nya dan lafaskan kalimah
"Labaikallahu Malabbaik Labbaikala sarikalakalabaik
Innalhamdah Wannikmata Lakwallahmuk Lasarikala"
pasti kerinduan berabad pasti terubat
pasti mimpi kasih terlerai dengan manik-manik
kesayuan.
Kau carilah cinta Illahi
kerana cinta itu paling hakiki
berbanding dengan cinta di duniawi.
Abisalleh (blog kembara malam)
buat rakan-rakanku yang berada di Madinah dan Mekkah
dengan ucapan CARILAH CINTA ALLAH DAN BERMESRALAH DENGAN SAYANG RASULLAH
JOHARI DAN ROHANA KE MEKAH
Posted by
sokongpr
on Friday, October 21, 2011
/
Comments: (0)
Pertama, Rohana Mat Dali. Rasanya beliau telah bertolak. Saya pun sudah lupa tarikh yang diberitau oleh Hayati. Tuan tubuh pun tak menyatakan kepada saya tarikh bertolaknya.
Kedua, Johari Mohamad, bekas Tk 6 Sains, orang Nyalas yang akan bertolak pada 26 Oktober jam 1.30 pagi.
Kita doakan agar pemergian mereka selamat adanya dan berjaya meraih haji nan mabrur. Amin.
DIA YANG PERGI - BUAT KAK NORSIAH WAHAB
Posted by
sokongpr
on Wednesday, October 19, 2011
/
Comments: (2)
DIA YANG PERGI...
setelah pemergian salam sambut pasti tiada lagi
semilir meniup kenangan yang entah bila hadir
pasti menggingatkan kembali saat-saat kehadiran
senyum ramah dan tawa hanya wajah yang terbias
pada cermin kehidupan.
pastinya rakan yang pergi hanya
meninggalkan pelabuhan hidup
yang berpindah dari pelabuhan dunia
ke pulau kekal abadi
dan tasbih yang mampu bergerak
ke dalam balang kaca barzah
yang menjaganya adalah ketentuan Allah.
kita yang tinggal akan meneruskan perjalanan
pada layaran yang tak tahu sempurnanya
atau terkoyakkah pada perjalanan musafir duniawi
menuju lorong dan lohong
dalam fikrahkah atau luar jendela
yang tahu hanya Rabbulizzati.
Amin!
(Puisi ini saya titipkan setelah salah seorang rakan semasa bersekolah menemui Illahi)
Selamat Bersemadi Rakanku
Moga Allah mengampuni.
From: Kembara Malam
setelah pemergian salam sambut pasti tiada lagi
semilir meniup kenangan yang entah bila hadir
pasti menggingatkan kembali saat-saat kehadiran
senyum ramah dan tawa hanya wajah yang terbias
pada cermin kehidupan.
pastinya rakan yang pergi hanya
meninggalkan pelabuhan hidup
yang berpindah dari pelabuhan dunia
ke pulau kekal abadi
dan tasbih yang mampu bergerak
ke dalam balang kaca barzah
yang menjaganya adalah ketentuan Allah.
kita yang tinggal akan meneruskan perjalanan
pada layaran yang tak tahu sempurnanya
atau terkoyakkah pada perjalanan musafir duniawi
menuju lorong dan lohong
dalam fikrahkah atau luar jendela
yang tahu hanya Rabbulizzati.
Amin!
(Puisi ini saya titipkan setelah salah seorang rakan semasa bersekolah menemui Illahi)
Selamat Bersemadi Rakanku
Moga Allah mengampuni.
From: Kembara Malam
BERSYUKURLAH!!!!
Posted by
sokongpr
on Monday, October 17, 2011
/
Comments: (0)
Bagaimana hendak bersyukur? Kata para filasof - lihatlah disekeliling, ramai lagi yang lebih malang dari kita!!!
If your society is unfair to you, how about her?
If you complain about your transport system, how about them?
If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?
When you feel like giving up, think of this man.
If you think you don't have many friends
If you think your salary is low, how about her?
If you think you are unhappy, look at them.
Terima Kasih kepada Hidayah yang menghantar emel akan kesah diatas pada 28 Mei 2009 lalu. Ha ha. Hidayah memang suka bersyukur. BN suka rakyat macam tu. Woooo
WAJAH BARU PERSEKITARAN MASJID ANNABAWI MADINAH
Posted by
sokongpr
on Saturday, October 15, 2011
/
Comments: (0)
NORSIAH MENINGGAL DUNIA
Posted by
sokongpr
on Friday, October 14, 2011
/
Comments: (3)
Juwita melapurkan kepada saya pada dini hari tadi bahwa Puan Norsiah Wahab, bekas Tingatan 6 Sastera 1 telah pun meningglkan kita buat selama-lamanya pada tengah malam tadi. Beliau meninggal di Hospital Melaka.
Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi di Kg Gelam, Melaka.
Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi di Kg Gelam, Melaka.
Moga Allah mengampunkan dosanya dan menghimpunkan ke golongan solihin jua. Al Fatihah untuknya. Amin.
Allahyarhamah Norsiah sekeluarga mulai berpindah dari Klang ke Kg Gelam, Melaka semula sejak 1hb Oktober 2011. Beliau dirawat di Hospital Melaka sejak seminggu lalu Demikian berita yang dilapurkan oleh Maznah dari Juwita yang sempat menziarahi jenazahnya pada pagi tadi.
Allahyarhamah Norsiah sekeluarga mulai berpindah dari Klang ke Kg Gelam, Melaka semula sejak 1hb Oktober 2011. Beliau dirawat di Hospital Melaka sejak seminggu lalu Demikian berita yang dilapurkan oleh Maznah dari Juwita yang sempat menziarahi jenazahnya pada pagi tadi.
TANDA TANDA HATI MATI
Posted by
sokongpr
on Thursday, October 13, 2011
/
Comments: (0)
Saya menerima satu artkel melalui emel Maria Ibrahim mengenai TANDA-TANDA HATI MATI. Dipaparkan untuk ingatan kita semua:
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
MAKAN MALAM DI RESTORAN PAKISTAN
Posted by
sokongpr
on Tuesday, October 11, 2011
/
Comments: (1)
Antara tempat utama saya bersantap ialah di Restoran Pakistan, Jalan Ipoh, KL.
Semalam Juwita berada di KL kerana program Halal Hub di PWTC pada hari ini. Maka Juwita pun mengajak Mak Ram dan saya berbual sambil makan malam. Oleh kerana saya pemandu jalan, maka saya bawa mereka ke Restoran Pakistan. Sengaja saya tak mengajak Dr Majezan, takut beliau order tairu setong. Ha ha.
Nak ajak Maznah, takut menyusahkan Pak Yusof di malam hari. Ha ha.
Moga yang mendengar jangan jealous ya....
DI MANA 11 NOV INI?
Posted by
sokongpr
on Monday, October 10, 2011
/
Comments: (4)
Sebulan lagi 11hb November 2011 atau 11.11.11. Yang suka keindahan nombor akan membuat sesuatu yang istimewa. Kita nak buat apa ya?
Kenapa Hayati tak ambil tarikh berkenaan buat kenduri kahwin anaknya? Ha ha. Biar anak yang kahwin, jangan ayah yang kahwin. Betul tak Zek? Woooo
Hayati Harun menjemput kita semua ke kenduri perkahwinan anak perempuannya, pada 17hb Disember 2011, jam 11 pagi - 4 petang di KM 12, Jalan Masjid, Kg Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka.
Pelan rumah akan di susuli kemudian supaya orang Melaka tak sesat di bumi sendiri macam saya. Ha ha.
Menurut berita angin, ada lagi kenduri kahwin sahabat yang lain pula. Tetapi saya tak menerima jemputan secara muktamad.
Maka jangan ada sesiapa yang buat kenduri lain pula pada 17hb Disember agar kita dapat bersantai lebih lama di kenduri Hayati nanti. Kueh "bakau" jangan lupa tau.
AKSI DI KENDURI MASTURA
Posted by
sokongpr
on Sunday, October 9, 2011
/
Comments: (1)
Pada 1 hb Oktober lalu, selepas makan di kenduri Mastuta, saya terus berangkat ke kenduri Mansor pula. Tetapi Dr Majezan dan Basir tetap menunggu ketibaan Raja Sehari. Depa berdua telah sempat merenjis dan bergambar. Tengoklah aksi Dr Majezan tu, bersiri tegak semacam menerima tabik hormat, mengalahkan Lft Kolonel Basir!!!!
Woooo.












































