Beberapa hari lagi rayalah kita. Macam biasa sempena aidil fitri yang mulia, saya mohon ampun dan maaf sepanjang kita bersahabat dan mengendalikan blog Munshi ini.
Jika sempat saya singgah rumah Suhdi, Juwita, Ramlah dan Zaini. Air sirap pun jadilah.
Moga-moga jangan ada yang sedih dan pilu ketika raya ini. Semua orang akan mengharungi saat-saat kehilangan orang tersayang. Hanya bezanya cepat atau lambat sahaja.
Lepas raya jangan lupa ke majlis perkahwinan anak Md Jadi Larut. Saya nak bermalam di Bantinglah, nak melihat pantainya yang banyak ketam nipah.
Yang memeranjatkan saya pada bulan puasa tahun ini ialah Rohaya Rahmat cuti tanpa gaji selama sebulan, mencari lailatul qadr...
Dan paling penting, Mansor Kasim terselamat dari bom di Masjid Tanah. Ingatkan di Iraq sahaja yang kena bom. Rupa-rupanya Masjid Tanah pun ada letupan bom.
Dr Majezan pun dah ada beberapa projek baru untuk saya selepas puasa ini. Ha ha. Majezan pun bertukar majikan pada tahun ini. Lagi tua lagi laku nampaknya. Woooo.
Yang paling syok ialah Shamsudin kita yang sekali lagi berhijrah ke jawatan baru. Kali ini destinasi terakhir kot. Woooo.
Bagi orang politik, raya ni adalah open house terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Ha ha. Jika nak jadi YB lagi kenalah buat open house juga ya. Ha ha.
Mastura beraya sakan kerana dapat cucu pertama !!!
Ok, sekali lagi SELAMAT AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ok, sekali lagi SELAMAT AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
1 comments:
Assalammualikum wm.wb.Saya mengucapkan selamat hariraya, maaf zahir dan batin pada semua sahabat2 munshi78 yang berkesempatan membuka blog ini.
Post a Comment