Which route would you take?

Paling rajin  menghantar emel kepada saya ialah Basir. Yahya no 2. Mokhtar no 3. Ha ha. Boleh bagi hadiah kat depa ini semua. Tapi tunggulah dinar Iraq meletup. Wooo.
Antara emel Basir yang menarik ialah bertajuk "which route would you take?
Tatapilah koleksi jalan mana pilihan anda. Yang pasti banyak jalan ke syurga. Antaranya sambungkanlah silaturahim....






AIRMATA SANG ISTERI

Sesekali Mansor mengemel kepada saya, lain macam ceritanya. Sempena musim pengantin baru, eloklah saya masukkan satu karya kiriman Mansor kepada saya pada  bulan Mei 2010  yang lalu. Tatapilah:


 
Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
 



Wahai suami2, 


jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2, 


jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini? 


Dibalik KELEMBUTANYA  dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
 katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
 adalah SEMANGAT  bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
 bisa memberi KEHANGATAN  bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM  bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS  bila melihat KESENGSARAAN  pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM  dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA  melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
 air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI  kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sebarkan ini ke SELURUH
 ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2  yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI  mereka begitu BERHARGA.  dan sangat BERHARGA.
  



(Nota: Saya tak edir pun dari kiriman asalnya)

BAYANGAN YANG INDAH

Maria Ibrahim hanya  dua kali sahaja menghantar emel kepada saya  sejak selepas kita semua berjumpa kembali pada tahun 2009. . Punyalah lokek bak kata orang Melaka. Ha ha. Tetapi ada satu emelnya yang mengsyahdukan hati saya. Tatapilah cerita bergambar yang beliau kirimkan kepada saya:
 

 

 
 
  

 
 

 

 
 
 

 

 

 

 
 



HALF MAN

Sahabat Munshi 78, Yahaya Ghani rajin menghantar emel kepada saya.  Ada emel bisnes. Ada emel pelik wal ajaib. Antaranya kesah seorang pemuda  "half man" di negara China  yang berjaya dipulihkan  oleh sekumpulan pakar  di Hospital Shenzen, China, dalam tempoh dua tahun sehingga insan tersebut mampu berdikari dengan membuka sebuah kedai "separuh harga" - ha ha , mengalahkan kedai 1 Malaysia agaknya. Wooo.

Terima kasih wahai sahabatku Yahaya Ghani.

Ikuti detik-derik permulihannya sehingga boleh berjalan...










12 TENGAHARI 1 OKTOBER DI KAJANG

Katanya orang Melaka nak datang ke majlis Mastura dahulu pada 1 Oktober ini. Selepas itu baru ke majlis Mansor  pula.

Kalau begitu, kita jumpa di Dewan LLM jam 12 tengahari.

Harap Mansor dan Mastura menalipon atas sms ke kawan Munshi lain kerana ramai geng Munshi tak mesra IT dan menjengah blog ini. Ha ha.


MAKAN WEI!!!!

Sabtu ini, orang KL amat padat dengan program. Open house  raya bersekali dengan jamuan kahwin. Tengahari, petang dan malam  - padat dengan jemputan. Kira boleh gantung periuk di rumah. Ha ha.

Lagi banyak komuniti kita join, lagi banyaklah program yang kita kena libatkan diri. Kalau tak join, macam kera sumbang lak. Ha ha. Maka, selagi larat badan, selagi tu kita penuhi jemputan!!!

Apa pun, geng Munshi jangan lupa kenduri kahwin anak Mastura dan anak Mansor pada Sabtu, 1hb Oktober. Masjid Tanah dan Kajang kita harung sekali sahaja.

Yang di Kajang tu, tepi highway sahaja. Selepas  keluar tol Kajang, jumpa lampu trafik,  belok kanan. Tak jauh mana sampailah di Dewan Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Rumah Mansor kat tiang letrik no 141,  Kg Bukit Apit,  Masjid Tanah.  Jangan terlajak lebih dari tiang letrik 141. Ha ha.  Kalau sesat kat Masjid Tanah, kira kiamatlah!!!!!

Jam 12 TENGAHARI, 1 OKTOBER saya terpacak di dewan LLM, Kajang.  Jam 3 di rumah Mansor pula.

Kita jumpa di sana!!!!



SEKILAS DI OPEN HOUSE MAT ARIS BAKAR




Jarang benar kita menyaksikan Rohaya datang sekeluarga jika ke program kekawan Munshi. Pada tempoh hari, Rohaya datang sefamili ke majlis open house Mat Aris Bakar. Rupa-rupanya suami Rohaya sekelas dengan Mat Aris ketika di Tingkatan Lima dahulu. Wooo.


Md Jadi, Sahara, Mastura dan saya turut hadir juga. Yang lain tak dengar khabar. Ha ha




KAD JEMPUTAN MANSOR KASIM

Kad jemputan Mansor Kasim.

Klik untuk lebih jelas.

KENDURI KAHWIN MANSOR PUN 1 OKTOBER 2011

Kenduri perkahwinan anak lelaki Mastura Bachik pada 1 hb Oktober di Dewan Lembaga Lebuh Raya Malaysia,  Kajang.

Insyaallah kenduri perkahwinan anak perempuan Mansor Kassim pun akan diadakan pada tarikh yang sama, 1hb Oktober 2011,  mulai jam 11 pagi hingga 4 petang.  Alamat rumah Mansor ialah:

di Lot 2107,
Bukit Apit, 
78300 Masjid Tanah,
Melaka. 

 Pelan rumah Mansor:


Orang Melaka bolehlah merancang ke rumah Mansor dahulu dan kemudiannya ke Kajang pula, kendurinya Mastura.  Sebaliknya orang KL ke Kajang dahulu dan kemudiannya ke rumah  Mansor. Ha ha. Kita jamak makan malam le nampaknya.



OPEN HOUSE HJ ZOLKAPLY YUNUS SABTU INI

Salam Sejahtera.

Saya Haji Zolkaply Bin Yunus dengan sukacitanya mempersilakan tuan/puan dan keluarga ke rumah saya untuk majlis tersebut di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 17 September 2011
Hari : Sabtu
Masa: 11.00 pagi - 5.00 petang
Alamat: 522B, Jalan Kenanga 1/2, Taman Kenanga Seksyen 1,
             Kampung Lapan Tengkera
             75200 Melaka
             (Pelan rumah disertakan)
Kehadiran tuan/puan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Ikhlas


Haji Zolkaply Bin Yunus.
Tel: 012-309 9438

Klik 2 kali untuk lebih jelas.

OPEN HOUSE ZAINI SAMANI

 Mesej dari Zaini Samani:

 Salam..Selamat Hari Raya kpd warga Munshi78..saya dan keluarga menjemput Warga Munshi yg berkesempatan utk datang kerumah saya di alamat:

No 9104,Tmn Koperasi Naning,Melekek, Alor Gajah

Pada 10 Sept 2011(Sabtu) 

Jam 3.00 ptg hingga 10.00 mlm

Kalau nak buat mini reunion pun tak ape..


OPEN HOUSE YB MAT SIRAT DAN MAT ARIS BAKAR

Orang KL baru nak beraya mulai minggu ini. Setiap Sabtu dan Ahad  banyaklah open house. Boleh gantung periuk kat rumah. Ha ha.

Sabtu ini, 10 hb September  ada dua open house oleh rakan Munshi 78:

1. Rumah YB Mat Sirat Abu, jam 10 pagi hingga 3 petang. Alamat rumahnya:  No 25, Jalan M 14, Taman Merbok Bukit Katil, Melaka.

2. Pejabat Mat Aris Bakar, jam 12 tengahari hingga 4 petang. Alamat pejabatnya: Metro Driving Academy, Lot 3579, Jalan Akademi,  Pulau Meranti, Puchong.

Mat Aris akan menyediakan 10 ekor kambing bakar. Wau.
Insyaallah saya akan berada di Metro Academy jam 12 tengahari.   Harap datang pada jam yang sama supaya     meriah dengan kedatangan   serentak oleh semua geng Munshi di KL. 

Yang  di Melaka eloklah ke rumah YB kita tu. Tentu ada angpau 1 Malaysia agaknya. Ha ha