Rasanya perjumpaan terakhir sahabat Munshi 78 bagi tahun 2012 ialah di rumah Hayati Haron pada Ahad ini, 23 hb Disember 2012. Setakat ini tidak ada notis lain yang diterima. Moga dapatlah kita berjumpa dengan Md Jadi dan Rosnah Md Isa yang baru balik dari Mekah menunaikan ibadah Haji. Ambil berkat kata orang. Ha ha.
Saya akan sampai jam 2 petang dan duduk lama sikit sehingga jam 4 petang, dengan syarat ada teh tariklah. Ha ha. Takkan nak bergudang garam pulak. Wooo. Harap Zakaria Osman dan Mokhtar sanggup menemankan saya. Kalau tak ada korum, saya balik awallah.
Dengar khabar kenduri 2013 pun sudah ada jadualnya. Hasnah Mohamad mungkin orang pertama yang akan memulakannya. Woooo.
Saya bercadang ke Jakarta pada Februari akan datang untuk shoping buku lagi. Siapa nak join sama, jomlah sekali. Cadangan perginya 6 Februari. 3 hari di sana sudahlah. Kos sendiri tanggunglah. Ha ha. Saya belanja makan sate kambing sahaja.
Tahun depan umur kita kebanyakannya 54 atau 55. Ha ha, kalau zaman dulu, sudah bersedia untuk pencen. Tetapi sekarang ini boleh sambung sehingga 58 atau 60. Apa pun pencen 60% dari gaji sudah ada dalam tangan.
Ok, jumpa di rumah Hayati pada Ahad ini.
0 comments:
Post a Comment