Perjumpaan terakhir geng Munshi 1978 bagi tahun 2012 berlangsung meriah sempena kenduri perkahwinan anak Hayati Haron pada Ahad, 23 Disember.
Seperti biasa Karim, Jaamat dan Marhamah datang dan balik paling awal sekali. Saya sempat berselisih dengan Marhamah di tempat letak kereta.
Geng yang mematuhi jadual pertemuan jam dua ialah Mansor Kasim, Saari Mat Jelas, Hj Rashid Ahmad, Suhdi Abdulah, Kamarudin Arshad, Hasnah Mohamad, Hj Md Jadi, Hajjah Rosnah Md Isa, Juwita Hassan, Zainab Abu Bakar dan Zaini Samani.
Puan Lily bekas pelajar Tingkatan Enam Sastera 2 pun ada. Tak tahulah kesahnya macam mana Hayati boleh menjejak dan menjemputnya sekali hadir ke majlis semalam.
Hasnah sempat melayangkan kad jemputan perkahwinan anak lelakinya pada 27 Januari 2013 di batu 4, Klebang. Ha ha. Sudah ada jadual tahun 2013...
Kami sempat bergambar dengan pangantin. Apabila balik dibekalkan nasi berserta lauk oleh Hayati. Itulah untung orang yang balik lambat. Ha ha.
Aziz Yasin pula datang ketika khemah nak dibuka kerana beliau ada ahwal di KL. Maka dia makan sorang-sorang sahaja dan menjadi tetamu terakhir Hayati.
Walaupun semua ahli tetap Munshi 78 datang, tetapi rasanya macam tak cukup korum apabila geng Mak Cik Kajang tak datang. Mereka ialah Sharifah Nuri, Mastura, Maznah, Sahara dan Ramlah. Konon ceritanya mereka akan mengiringi anak Hayati ke Putrajaya esok.
Demianlah adanya cerita tahun 2012. Awal Januari 2013, saya akan paparkan kad jemputan Hasnah pula.
1 comments:
Salam. Saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang dapat menghadiri majlis kami. Geng Kajang tiga serangkai datang ke majlis di Putrajaya pada 25 Disember, dan insyaallah saya akan hantar gambar mereka posing di Putrajaya. Gambar di Melaka juga akan diuruskan bila dah dapat dari fotografer.
Post a Comment