SELESAI SUDAH KENDURI HASNAH

(Hasnah sempat bergambar dengan Maznah dan Mokhtar)
Kini Hasnah Mohamad boleh lena dengan enak. Selepas kenduri perkahwinan anaknya pada Ahad lalu, barulah  beliau "lega". Ha ha.

Katanya,  Karim,  Mokhtar Ahmad, MaznahDatin Saodah dan Rashid Ahmad  yang pertama sekali sampai. Si Mokhtar datang dengan baju rasmi Petronas kerana masih dalam tugasan. Woooo.

Kemudian diikuti oleh  kumpulan Rohaya, Jaamat, MasturaMarhamah, YB Mat Sirat  dan Cikgu Mohd Amin.

Kumpulan yang datang selepas jam 2 ialah saya, Suhdi, Sharifah Nuri, Hidayah, Saari Mat Jelas, Cikgu Kamarudin, Cikgu Alias, Aziz Mat Yasin, Zaini Samani  dan Rohana Mat Dali.

Kumpulan terakhir sempat bergambar dengan pengantin. Tunggulah fotonya nanti dihantar oleh Hasnah.

Mansor sudah datang awal sehari sebelum kenduri. wau.  Basir ada kes di Ipoh.

Terima kasih kepada Maznah yang memberi laporan penuh kepada saya.

Selepas itu saya ke Pasaraya Mydin MITC. Mak oi ramainya orang. Itulah kali pertama saya masuk. Ha ha.

Kenduri berikutnya di rumah Jaamat. Get ready!!!!

Mastura sempat berfoto dengan Roy. Hebat baju Makcik2 Munshi. Zaman dahulu kala,  depa berdua  tu  "freindly enemy".   Wooo



1 comments:

Mansor said...

Rasa terkilan kerana tak dapat berjumpa dengan sahabat2 Munshi. Terpaksa datang awal (malam langsung) kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan pada hari Ahad 27.01.13. Insyaallah .. semoga dapat berjumpa dengan sahabat2 pada majlis yang akan datang.