Apabila berjumpa banyaklah yang dibualkan. Tetapi sekadar cerita-cerita ringan sahaja. Info bertukar dari mulut ke mulut. Maka banyaklah cadangan yang dilontarkan.
Dengar kabarnya beberapa orang kawan Munshi akan ke Mekah menunaikan ibadah ziarah dan umrah pada bulan Februari dan Mac ini. Antaranya Ramlah, Sharifah Nuri, Mastura dan Hayati. Jangan terkena hari mengundi sudah le. Ha ha.
Ada yang mencadangkan geng Munshi buat umrah bersama. Semua setuju kecuali saya seorang sahaja. Ha ha. Apa punya tur da. Nak tau fasal apa? Saya tak jamin kita mendapat ibadah yang sempurna. Jika saya berjumpa Suhdi, Mokhtar dan Zaini, mesti seronok berbual. Yang pasti perli, gurauan, kutok mengutok ala Melaka akan terjadi. Oleh kerana kawan lama, bukan dikiranya, habis ditibai dan dibalunnya. Ha ha. Lebih selamat pergi dengan orang yang tak dikenali, selamat sikit mulut kita tu. Itu sahaja. Bukan ada hal lain pun. Ya le, bab mulut ini bukan senang nak dijaga... Woooo.
Kalau melancong selain Mekah, saya setuju sangat. Ke mana? Ada idea?
2 comments:
Setuju sangat dengan pendapat Ali, soal nak G buat ibadat ni lebih 'syuuk' lah rasenya G sorang2 atau berdua dengan suami/isteri/anak2. InsyaaAllah akan lebih tumpuan dan lebih kusyuk.
salam...nak maklumkan menantu suhdi Abdullah telah kembali kerahmatullah pada 12/02/2013 akibat kemalangan jalan raya...Al Fatihah...
Post a Comment