SELAMAT SUDAH KENDURI MANSOR

Walaupun hujan agak lebat, namun mereka tetap merempuh ke kenduri rumah Mansor Kasim pada 3 November lalu di Masjid Tanah.

Mastura, Juwita, Hayati, Norsir  Mokhtar,  dan Jaamat hadir. Yang lain tak ada beritanya. Saya sangkut di Seremban sahaja. Ha ha.

Ini adalah kenduri anak perempuan kedua Mansor. Anak sulong lelakinya masih solo lagi.

Foto ini saya curi dari FB Juwita. Ha ha.

Suhdi masih belum menghantar gambar perkahwinan anaknya kepada blog ini lagi.



Jangan coba-coba Mokhtar oi...


Hujan...cobaannnnn

1 comments:

Mansor said...

Assalamualaikum sahabat-sahabat Munshi '78..
Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang yang mendoakan kelancaran majlis. Walaupun hujan telah turun dgn lebat, sahabat-sahabat yang hadir nampaknya tetap ceria. Tu yang buatkan saya amat berbangga dengan rakan-rakan semua. Selain nama yang tercatat ada jugak sahabat-sahabat lain yang sama-sama meraikan majlis tersebut. Basir adalah antara yang paling awal yang datang. Selain itu Suhdi dan Hasnah serta Makram jugak adalah antara yang hadir. Mana-mana yang terlupa nak sebutkan pohon dimaafi. Moga kita dapat berjumpa dilain majlis. Terima kasih semua.