KENDURI MOKHTAR SALLEH

Sms Mokhtar Salleh, 6 Sains 1978 ke Mansor Kassim :

Salam. Saya Mokhtar Salleh dengan segala hormatnya mempersilakan tuan/puan ke majlis perkahwinan puteri saya Mastura pada Sabtu, 2 Januari 2010. di KM 32, Kg Pulau, Masjid Tanah Melaka.

Mansor mengesahkan Mokhtar menjemput semua rakan Munshi ke kenduri ini.


11 comments:

Anonymous said...

Mastura wajib pi, sedara dia tu

Mansor said...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara moderator atas perubahan templat baru blog munshi. Info sahabat munshi diharapkan akan dapat merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat. Tahniah juga kerana cepat bertindak atas kesukaran yang dihadapi oleh kekawan untuk menghantar komen.

ALI MAIDIN said...

Mansor, setiap template ada kelebihan dan kekurangannya. Kita guna template yang mudah diguna oleh orang tua2 aja. Ha ha

mastura said...

Tua bukan sebarang tua tau. Mansur tu kecil2 boleh memanjat Kinabalu lagi. Blog kita ni ramai yang memuji. Dalam suka ada duka. Gambar gila2. Kadang kala berbondong2.. Ke hulu ke hilir bersama. Kl ke Melaka da rasa dekat sejak re union. Saya dah jumpa Moktar hari tu di kenduri kawan saya kawin di Masjid Tanah. Dia bersungguh mengajak kita. Mansor yang dekat jangan tak pergi pulak. Masjid tanah ke kg pulau tu merangkak pun boleh sampai..

Anonymous said...

Eleh si Mastura tu, dah naik berita dalam blog, baru nak habak ada jemputan si Mokhtar tu. he hehe

mastura said...

Tadi saya menghubungi Maznah nak ajak ke Rumah Mokhtar bersama malangnya CC maznah kita sejak naik pangkat sampai patah cermin mata mengira duit sekolah hujung tahun. 2hb dia kena oudit akaun sekolah. Sikit punya setia.. Maznah dan saya sekampong dan sedara bertali-tali dengan moktar tu. Kami tahu cerita panas Mokhtar masa bercintan2 di kampong.. Sekarang da nak menerima menantu kau Mokhtar... Bukan cinta monyet ... Selamat menerima menantu. Dengar kabar anak2nya pandai2 dan berjaya...

maznah said...

hei mastura, ngape cermin mata aku patah n pecah pun cerita dlm blog, aku tak boleh kerja ari nie, tak jelas nak baca dan tulis,blik kerja gi kedai cermin mata, cerita punya cerita tak jadi tukar, cuma tukar cermin sebelah dan bingkai yg patah, kena le RM75.00, nak ganti baru rupiah tak cukup....
Hai Pak Ali boleh bantu ke.....

basir said...

sahabat2 di Melaka jangan lupa serang rumah Hang Mokhtar tu

ALI MAIDIN said...

Maznah, untung labu tak lama lagi. Ha ha

maznah said...

Pak Ali oii. rezeki tahun 2010, syukur.....amin

mastura said...

Macamana Ali suruh aku dan Pah turun 1Okg 2010 asyik gi kenduri je. Rumah Mokhtar memang sedap gila masakannya . Rugi sapa tak datang. Sempat mengusik Mokhtar mengapa rupa dia tak berubah sedih je sejak dulu. Dia kata , itu sebab orang takut jumpa dia. Walaubagaimana pun kenduri rumahnya meriah . Malam siap bunga api lagi... Shaari pun nak kawinkan anaknya.. makan lagi aku..