MAKAN MAKAN DI PD


Geng pompuan 6 Sastera 2 bermalam di Tiara Beach Resort PD malam tadi sambil makan-makan. Hayati dan Hasnah Mohamad dari Melaka serta Mastura, Sharifah Nuri dan Sahara dari KL bersantap di tepi laut malam tadi. Depa hantar gambar malam tadi kepada saya supaya saya jealous. Wooo.

Tengahari ini depa masak-masak dengan pelbagai menu - steamboat, sambal bilis Melaka, chickenchop. Maznah Asnawi dimpot khas pagi ini untuk meramaikan krew masak.

Jam 1, saya dan isteri, Basir dan isteri serta Lft Kolonel Rashid Ahmad datang khas dengan ikhlas untuk makan sahaja. Ha ha. Mana ada sahabat yang datang dari KL ke PD hanya untuk makan sahaja. Wooo. Kalau naik perahu macam Dr Majezan, alamat tak sampailah. Ha ha.

Sebagai kenangan, Rashid menghadiahan cenderamata khas kepada kami. Tengoklah apa yang depa tunjuk kat tangan tu.

Saya balik jam 3 dan yang lain sempat melawat Muzium Tentera.

5 comments:

maznah said...

Slm, aku harap Mas, Pah, Sara selamat sampai ke KL and Yati, Senah sampai ke Melaka. Insyallah jumpe di lain lokasi.....

mastura said...

Last kita orang bersantai di tepi warung kelapa muda, minum cendul dan megeteh. Makan goreng pisang . Baru terang biji mata nak memandu balik. Hasnah dan Yati meghala ke melaka ,kita orang blah ke kl. Indahnya pertemuan persahabatan kita. Tak sama pertemuan di dewan2 dan di hotel2 mewah.. Pada yang sama ke PD itulah Aura yang Allah bagi pada Insan yang iklas. Masa sentiasa ada walau sibuk mana pun...

hasnah said...

sara mohon dapatkan phone nombor esah keling leh tak?.. sbb ada kawan sekelas dia nak ctc dia le...

nanti aku ceta lain kali....

mastura said...

Hasnah 31 tahun baru kita dapat tidur sekatil. Masa f6 dulu kau ingat kita pergi rumah sedara Bakar kawin kita tidur setikar.. he he masa tu ramai yang megurat kita kat guma orang kawin.. Kau slim dan malu2 .. Aku pun....

suhdi tampin said...

salam utk rashid LT.Kolonel x kan yang datang PD aje dapat cenderhati aku pun nak, ok kalu turun Melaka sila bawa cenderhati tu dalam kereta dan bagi kat aku tau, jgn marah