NOSTALGIA 78

Reunion Munshi 78 pada 10 Mei lalu sesuatu yang bersejarah bagi saya.

Tak terfikir saya akan berjumpa dengan Zaini Samani yang menghilang dari saya sejak 1986 lalu. Selepas keluar Munshi, saya berjumpanya semula pada Januari 1983 dan sempat bermalam sehari dirumah sewanya di Kg Baru, KL, sebelum saya berangkat ke Jitra Kedah bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi. Apabila balik ke KL pada 1986, saya hanya dapat berjumpa beberapa kali sahaja. Selepas tu, apabila saya aktif dengan parti, masa memburu sahabat tak sempat lagi dah. Zaini hilang entah ke mana, rupa-rupanya balik ke kampong sendiri.

Si Mastura yang sama dengan saya di UKM pun terus ghaib sejak 1983. Top-top jumpa di Beijing pada 2001 semula.

Mat Aris saya jumpa dan hanya sempat berbicara sekejap sahaja apabila beliau singgah makan d Restoran Haslam pada tahun 1990 an dan selepas tu tak jumpa langsung.

Si Mokhtar Ahmad sempat berjumpa sekali di rumahnya di Wangsa Maju pada 1986 dan selepas tu hilang entah ke mana sehinggalah berjumpa semula pada reunion.

Oleh kerana arwah Tajuddin dan Juwita tinggal di kawasan Tampin, maka selalulah saya jumpa dengan mereka.

Berita Hidayah pula saya perolehi dari abang iparnya yang sama bertugas dengan saya di JPK Malaysia.

Nama-nama lain langsung saya tak jumpa sehinggalah reunion pada Mei lalu. Bagi budak-budak 6 Sains, yang tak tinggal seasrama, manalah saya tahu nama mereka untuk diingat dan dijejak semula. Tetapi kini, mereka seolah-olah sahabat yang amat rapat semasa 1978. Pokoknya kau bekas Munshi 78. Ha ha.

Selepas pemergian Tajuddin Othman, berita sahabat-sahabat mulai sukar diperolehi. Nasib le Suhdi, Shamsudin, Hayati, Juwita, Sharifah Nuri, Basir menjadi sebahagian agent James Bond menjejak semua rakan Munshi 78. Kejayaannya hampir 100%. Nun jauh di Kota Tinggi dan di Baling pun dapat kita jejak sahabat-sahabat kita. Sharifah hampir disaman kerana membuat panggilan misteri untuk menjejak sahabat-sahabat Munshi.

Tidakkah kita sedih apabila Hayati menjejak sahabatnya yang akhirnya diketahui sudah tiada lagi. Si Rohana pula menjejak Fauziah Hashim dengan mendengar berita sedih, Fauziah yang telah kehilangan suami tercinta.

Demikianlah memori 78 sehingga terjadinya perjumpaan terbesar Munshi 78 di Melaka, Mei lalu. Bukan mudah nak berjumpa semula sebegitu. Yang indah datang sekali sahaja.

13 comments:

rohana said...

Berjump terus berjumpa

mastura said...

Salam geng , da setahun re union kita. Gembiranya bila saya, pah, maznah, sarah, hanim, yati, asnah, kak umi, roy, milah, ana dan lain bertemu tidur sekatil, makan bersama.Macam di asrama 78. Makanan jadi sedap bila bersama kawan. Tak terasa kita da tua. Kenduri, jamuan, di hospital, ziarah menziarah adalak aktiviti kita yang santai. Terasa kita macam sekeluarga. Re union sangat bereti bagi saya..Suka dan lara bersama.

maznah said...

Peluang yg baik selalunye dtg sekali dlm hidup.....Bertemu pada renion 10 Mei cukup indah.....

Ok....insyallah kita bertemu di majlis Puan Hajjah Jamaliah binti Hj Yusof

mastura said...

Maznah, aku rindu sangat dengan Pah yang sedang mengelilingi kaabah atau pun saie safa marwa.. Aku bayangkan kakinya yang sakit. Mudah2an Allah bagi kesihatan fizikal dan mental mengerjakan Umrah. Semoga beliau sekeluarga selamat kembali dan boleh join kita berbondong2 ke rumah Jamaliah pula. Kau siapkan baju batik yang mengelip2 tau maklumlah kenduri di Balroom bukan bawah penangah kampong kita(pulau). Kasut mesti ada hill tak mahu selipar seret...Roy pastikan kau jadi penyambut tetamu tau.. bunga rossed di dada. Maznah nak tumpang aku siapkan duit toll . Kalau tak aku hantar kau di tepi jalan je.. He he

sahara said...

saya punn gembira gak mastura!!

maznah said...

Slm, Aku pun ingat kat Pah, semoga dia sihat disana. Sejak bila kau dah pandai berkira dengan aku ni... setakat duit tol aje... kecik punye hal. Kau ambil aku kat umah, kau hantar juga depan umah.....

Mansor said...

Kekadang aku rasa hairan jugak. Manalah perginya kekawan yang sering memeriahkan blog kita dulu. Tak taulah apa dah jadi dengan Md Jadi, Razak K, Kharis, Md Amin, Yati, Imam .. (sekadar beberapa nama); tenggelam.. senyap.. Sempena kedatangan tahun 2010 diharapkan kekawan dapat sama-sama memeriahkan blog kita ini. Bagi aku, insyaallah selagi blog ini masih aktif dan selagi jejari ini terdaya menaip dan membuka blog, walaupun hanya tinggal aku seorang yang memberi komen; aku akan terus menyumbang untuk blog kita.Kepada guru-guru selamat memulakan alam baru persekolahan 2010. Kepada tuan moderator, aku doakan agar tuan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan usaha murni ini.

Anonymous said...

Slam Mansor . Dalam dunia ni tak ada ape yg hendak diherankan .Doakan saja untuk mereka ,mungkin sibuk agaknya. Mungkin ada yg suka baca saja tak ada masa nak coret./ tak suka nak luahkan . Itukan hukum karma. Tapi kalu ada ilmu yg berguna sampaikanlah. Kalau Pak ali lainlah dia terjjun dengan labunya .Musim mengutip dah datang.

mastura said...

Mansor betul cakap kau. Saya siap beli laptop baru taknak berebut dengan dengan anak dan suami nak berblog. Kharis , imam razak, mat jadi , mat Amin gamaknya takut di tahan dik fru atau ISA kot2 cakap lebih2 dalam blog ni.. Tak pe lah mansor yang sembunyi itu rindunya dalam gaknya. Dulu saya tak percaya kata2 Moderator "kehilangan seorang sahabat sudah terlalu ramai"...Hari ini baru saya tahu rindu pada sahabat tak sama dengan rindu pada kekasih...

basir said...

Saya masih teringat kata-kata Md Amin Rohani sebelum REUNION dulu, tapi dimana kamu Md Amin dah sekian lama menyepi.Saya boleh sahaja kemanapun, PERSAHABATAN TAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.

Mansor said...

Betul cakap kau Mas dan Basir, amat sukar rasanya untuk kembalikan semangat sebelum reunion. macam Mas, aku jugak beli netbook baru dan siap pasang wireless router lagi kat rumah supaya aku punya masa yang tiada had untuk berblog dan tidak berebut ngan anak-anak. kepada sahabat-sahabat munshi aku harap semangat sebelum reunion akan diteruskan walaupun reunion telah berlalu.

ALI MAIDIN said...

Wah, engkorang dah berlaptop untuk berblog ye. Hebet2....

hayati said...

Salam kawan2 semua. Hampir tiap hari saya buka blog, bukan sekali tapi beberapa kali dlm sehari. Cuma... tak tergerak nak beri komen. Saya kol kawan2 kalau ada perkara yg nak dibincangkan. Tapi Mansor, si Senah ni satu hal juga. Kalau kol atau sms, jarang dia respon, sibuk bebenau dia tu. Sebab tu saya lambat dpt pasang wireless, minta borang bulan 10, pertengahan bulan 12 baru dia bagi borang. Program saya dgn Senah nak pergi rumah Juwita dalam bulan satu ni, tak tau le bulan dah jadi berapa baru dpt pergi rumah Juwita. Oii Senah..... entah2 blog pun dia tak sempat nak tengok.