TRANSIT DI KB

Saya berada di Kota Bharu kini. Esok pagi ada di KL, insyaallah.

Kepada Zek, maaf kerana tak ajak ke rumah Norsiah tempohari.

Dua minggu terakhir ini saya sibuk dengan program luar, walaupun kaki berbungkus. Ada beberapa jemputan sahabat yang saya tidak dapat hadir.

Syok juga membaca ulasan dan sms kekawan berkaitan lawatan saya ke Selatan Tahailand. Secara mudahnya saya ingin menjawab bahawa sejarah perlu dilhat secara adil dari pelbagai perpekstif ketika ianya berlaku. Sejarah 10 tahun sebelum merdeka adalah satu dekad yang begitu pantas, gawat dan komplikated. Hanya kepala yang dingin sahaja, mampu memberi pertimbangan yang adil kepada para aktivis sejarah ketika itu.

Kalau Dr Majezan berada pada era pasca perang dunia kedua, barangkali beliau pun akan diISAkan oleh pemerintah British dan menyertai mana-mana golongan penentang British.


17 comments:

Mansor said...

Sejarah biasanya ditulis oleh orang yang menang. Itulah sebabnya masa sekolah dulu kita sibuk menghafal bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light dan Singapura dibuka oleh Stamford Raffles. Dan juga tidak ada pejuang-pejuang kemerdekaan dari kalangan kumpulan yang satu lagi... betul tak rakan-rakan pakar sejarah?

mastura said...

Betullah Mansor masa f6 kita dok marah Dol Said, Dato Maharajela, Rahman Limbong, Tok Janggut, Dato Bahaman, Rentap dan lain2 sebagai penderhaka.. Sebabnya mereka mati terbunuh , dihukum dan dibuang negeri..Bila buku anak2 kita sekarang baru ada istilah perjuang dan penyelamat maruah bangsa. Tapi bila tiba bab politik pula kesian Parti Islam hanya menang satu kerusi yang lain semuanya menyokong Barat dan menang majority kerusi. Akhirnya kita yang tua ni pun keliru siapa penyelamat Agama dan bangsa.. Budak2 sekarang pun menerima sejarah yang da diolah2 sampai fakta pun kadangkala salah. Barat masih dianggap penyelamat kemanusian dan membawa tamadun.. Cuba buka buku f5 mengenai penaklokan British di Tanah Melayu. Ia di tulis oleh orang melayu.. he he

MAJEZAN said...

Pak Li,Kalau ISA British tak mengapa sbb soru sapada tarak miss.
Pak Mansor,Sejarah biasanya ditulis oleh org yg menang dan yg khayal,lihat Ibn Khaldun,Muqaddimah,filsafat.Sejarah dlm konteks sekolah kita merupakan rentetan kejadian peristiwa saja dan kurang munafaat pd kita.
Kak Masturah(gantinama ni korup sbb yg betulnya Mak Mas),Sejak bila pulak ada formula kata kita dijajah British(Khoo Kay Kim).Harap Kak Mas dah bawak bebudak pencinta sejarah menjadi ahli persatuan sejarah dan melawat makam Tok Janggut(pnjg lalang dimakamnya),Mat Kilau(bnyk kilauan tahi lembu dipusaranya),Tun Datu Mustafa(pagar dah runtuh),dan makam2 lain yg tak terurus.Kontroversi Datok Maharajalela cuma Allah saja tahu siapa benar.Ikut jurnal harian Birch juga anaknya Birch junior(KSU Negeri2 Selat),lain pulak sbb mereka menebus maruah org Melayu dan polemik percukaian dan Birch tak nak bg gula dan candu tiap2 minggu yg diminta Raja Abdullah.
WHA

mastura said...

Dr Majezan, 26 tahun saya mengajar sejarah saya ikut buku teks je supaya anak2 elite berjaya dalam exam pas tu jadi somebody. Faktanya sama tapi pendekatannya berbeza. Eloklah da 5O tahun ini belajar dengan otak yang dinggin tentang sejarah. Otak orang2 sain ini terlalu tinggi akhirnya tak tercapai malahan keliru. Alhamdullilah saya mengajar murid2 ilmu yang benar2 je. Yang benar tu selalunya lebih mudah dari yang sonsang. Bila sejarah di wajipkan kepada semua murid yang banyak menentang golongan cerdikpandai sains marah2 kerana di anggap sejarah itu tak penting. Akhirnya mereka tak minat jadilah pemimpin yang di tertawakan kerana nak cakap tentang Malaysia pun salah.. Di tv selalu kita lihat pemimpin cakap berkobar2 tetapi salah fakta sebabnya sejarah tak berguna bagi mereka....

majezan said...

Laaa,kenapa awak sindir menteri sendiri?Kesian mereka.
Sejarah tu patutnya bidang sains juga,sbb zaman nenekmoyang saya,sains namanya natural history.Fakta sejarah tak sama,ikut falsafah dan penulisnya.
Negara membangun spt Korea menulis kembali sejarah mereka.Jepun pula membetulkan khilaf masa lalu.
Kita patutnya dah contohi mereka.Tulis kembali sejarah kita,dptkan maklumat tanpa warna falsafah utk diolah.
PS,pd 1914 british bunuh askarnya sendiri yg terdiri dari org2 melayu dan india muslim disingapura(takut puak2 ni memberontak) selepas mendesak mufti negeri2 melayu keluarkan fatwa,bahawa membantu Turki dlm perang dunia adalah haram,membantu british adalah jihad.
Fakta ni takda dlm teks anak2 kita,tapi ada dlm teks keluarga yg teraniaya.Mcm kes kominis,yg takda dlm teks anak2 kita,tapi tetap ada dlm teks ingatan keluarga askar,polis dan pejuang kemerdekaan.Seqadar senaman minda(kata Mansor).
I pun tak skor sejarah sbb cikgu sejarah dulu malas dan tak pandai.Tak tau lak siapa dpt A dulu?

mastura said...

Dr Majezan saya guru sejarah yang rajin bukan dr yang tertidor lalu di saman kerana kematian dan kecuaian... Ha ha dulu budak2 sain tak diwajibkan ambik sejarah.. Sekarang ni semua di wajibkan. Suka ke , cikgu tak pandai ke , cikgu malas ke? Dr tak ada anak sekolah menengah ke ? Cuba tanya dia sejarah macam mana . Kalau dia tak skor memang dia tak pandai atau cikgunya malas.. Saya melopong bila mendengar ceramah Muhamad Sabu bila dia datang ke kajang sebab fakta sejarahnya betul ,tepat , iklas .. Bila semuanya benar dia boleh bercakap dengan petah dan berani. Berbanding dengan pemimpin lain sejarah Petronas pun tak tahu siapa pengasasnya. Buat malu Yahya je...He berucap dalam forom TV pulak tu...

majezan said...

Hehehe,betul lah,cikgu kami dulu tak rajin.Nak bg penampar saja dari skolah menengah rendah lg,sbb mereka tak pandai mengajar.
Memang anak saya tak suka belajar sejarah disekolah,membosankan dgn fakta yg tak penting dan yg penting bercampuraduk.
Masturah,awak perlu jadi guru sejarah yg cemerlang.

al majele said...

al majele,
Dlm manifesto komunis malaya,dari revolusi malaya tiada menyatakan 3 perkara pokok.Iaitu haq-haq org melayu , juga ugama islam sbg ugama rasmi malaya/semenanjung tanah melayu,dan ke3nya kedaulatan sultan2 melayu dimana ini sangat bersesuaian dgn aspirasi komunis mau mewujudkan kesamarataan sejagat.
Kesimpulannya,komunis PKM jelas antiMalaya,dan kita jelas menolaknya,hehehehe.

mastura said...

Menjadi guru sejarah sama seperti mejadi Hakim. What,when,why, Were,Who dan How. Mesti semuanya tepat dan benar. Itu sebab Nabi mengingatkan kalau jangan memilih jawatan Khadi (hakim) jika tidak boleh adil. Itu sebabnya anak Dr Majezan tak layak ambil Law kalau ia tak dapat A sejarah. Kan betul Dato K kita dia memang dapat A stp dulu. Saya terbaik geografi. Sajarah Malaysia saya dapt 1. Displin sejarah ialah fakta tak boleh di ubah. Kalau dia hitam dia menjadi sempandan tapi kalau dia PKM tak mungkin dia menjadi UMNO. Abdullah CD , Shamsiah Pakeh, Chen Peng adalah orang sejujur2nya kerana tidak menyembunyikan sejarahnya. Bukan macam kambing hitam dan hakim2 di Malysia yang terpaksa menutup muka.. Orang yang benar dia tidak takut dengan Kamera. Orang yang penakut akan mengujung ke bomoh2 untuk membantu syaitan menghilangkan dia..

Anonymous said...

Orang Melayu syok dengan hak istimewa melayu, Raja melayu dan Islam agama rasmi. Hakikatnya .....malas nak khabor

mastura said...

Betul Anonymous, di Perak siapa ahli sejarah yang berani nak membuka sejarah sistem giliran dalam Penganti Sultan. Raja Muda, Raja Bendahara dan Raja di Hilir. Ia mesti berganti mengikut Undang2 Tubuh Negeri Masing2. Yang menentang dan menyokong di Perak tak tahu hak raja Melayu , hak istemewa, hak Islam sebagai Ugama Rasmi. Hairannya orang2 bukan Melayu pula tahu perlembagaan raja2 dianggap kurang ajar pula. Itu lah kena tanya anak2 f5 tentang sistem beraja di Malaysia. Tanya saya pun boleh....

majezan said...

Mas,klau nk Lihat sjarah Salasilah Kesultanan Perak,cuba lihat JMBRAS Vol LXXIV pt 2,2001,.Lepas tu,u tengok Barbara Watson Andaya,The abode of grace,ms17,Sejarah awal Perak pulak,u tengok W.E.Winstedt JSBRAS,2,1871.Dlm JMBRAS, ada ulang cetak 1974,ms 82.
Anak I dpt A1 Sejarah.

al majele said...

Pak Ali,
Asal bermula dgn Comte,merealisasikan sosiologi mengikut sintesis ilmu pengetahuan.Marx dan Engels pulak membuat rumusan akan bolehkerjanya sistem baru , sistem miliknegara produktiviti dan mempastikan nasib kaum proletar dijaga dgn sistem ekonomi dan sosial yg baru.Sistem mereka amat berbeza dgn Maoist yg lebih bercorak gerila.
PKM pulak cenderung dgn Maoist,entah mcm mana ada pulak org Melayu Islam yg terpikat,tanpa usul periksa,sdgkan kedua2 sistem ni amat berbeza sintesisnya mulai dari primordial doktrin(tauhid monis lwn athisma total) yg berbeza.
Maka empati kita terhadap mereka adalah bahaya.
Kita panjangkan doa mohon Allah bg petunjuk pd kita dan mereka sbb kita sayangkan mereka,dan mereka dpt ampunan dari Allah.
WHA.

mastura said...

Anggota PKM (orang Islam) asalnya dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya komponennya dari berbagai parti politik nak menentang British . Ketika itu tidak ada sentemen agama yang menyesatkan mereka joint Pkm semata2 kerana politik bukan mereka menyekutukan Tuhan. Mereka tidak ada plihan. Barat tak mengiktiraf pejuang2 yang berjihat..Mereka dianggap haluan kiri. Selepas merdeka mereka tak pernah menukar agama sehingga mereka meninggal. Sekarang ni mereka da lama bebas dari idelogi al majele risaukan tu. Sekarang kita risau orang Islam tidak menyokong Islam..

al majele said...

Puak awal Melayu PKM,sangat tidak berhati-hati dlm memilih jlan utk berjihad,wlupun mereka berpendidikan agama.
Kalau mereka menyesal dan taubat nasuha,maka mereka perlu tinggalkan segala bentuk kenang-kenangan,spt gambar,uniform,kawan,ceritera,dan apa2 saja yg membolehkan org mengingati PKM.Ini yg dikehendaki feqah.Empati dan simpati kita sgt tidak membantu mereka.
Kalau tidak ditakuti mereka mati dlm kesesatan.
Org Islam mati masuk neraka,org mukmin saja yg masuk syurga dibawah rahmatNya.
WHA.

mastura said...

Salam Al Majele, Kominis dianggap jahat kerana tindak tandoknya yang ganas, cara, pakaian dan propagandanya.. Lebih malang lagi penjajah barat menghina perjuang2 Melayu seperti Dato Janggut (lihat gambar mayat dato janggut di seksa dan di arak keliling bandar) . Yang sesat bukannya kominis tetapi mereka yang tidak menyokong Parti Islam yang berjuang dan berjihat. Allah amat mengetahui Ummatnya yang benar dan yang sesat. Shamsiah Pakeh dan Rashid Maidin tidak pernah menukar agamanya walaupun dia berada ditengah kominis sehingga beliau meninggal dunia. Ada orang Melayu (Islam) yang masih berkiblatkan barat walaupun negara kita sudah bebas. Itu yang patut bertaubat. WHA

al majele said...

Ya betul,
Adalah menjadi tugas seluruh umat Muhammad berpesan pesan akan kebenaran dgn sabar.
Yg patut bertaubat,maka segerakan bertaubat,semoga mendapat keampunanNya.