DI PUTRA JAYA KASIH BERTAUT

Geng 6 Sastera bertemu kembali selepas 31 tahun berpisah. Sempena kenduri kahwin anak Jamilah Hashim, enam mak dara bertemu di Dewan Seri Hendon, Putrajaya tengahari tadi.

Dari kiri - Mastura, Sharifah Nuri, Sahara, Jamilah, Maznah dan Norlida Baba.

Katanya Hanim Mohd Esa, Kamariah, Datin Saudah, Datuk Kamaludin dan Shamsudin Yusof pun pi juga tetapi tak sempat bersekali bergambar.

Menurut empunya cerita- Sahara, Hanim dan Jamilah tu member kamcing sejak remaja lagi. Hanya berpisah kerana suami lain-lain aja. Ha ha.

Nampaknya banyaklah mini reunion sempena majlis kahwin anak-anak kita agaknya ye menjelang 2010 nanti. Siapa agaknya? Yang pasti di rumah Jamaliah Yusof pada 9 Januari.

1 comments:

maznah said...

Slm, Pak Ali dan kwn2. Meriah majlis kahwin anak si Jamilah. Kami tak dapat berbual panjang kerna Jamilah sibuk layan tetamu. Lepas makan kami bersantai diluar dewan sambil menikmati teh tarik dan bermcm2 jenis kueh-mueh.
Mas, terima kasih antar aku balik sebelum kau, Pah dan Sara berlepas ke Tiara Beach Resort, Pord Dickson. Semoga Happy di sana.....

Panjang umor berjumpa di majlis kawin anak si Jamaliah pada 9hb Januari 2010.