MULAKAN PADA MALAM 19 RAMADAN

Hari ini 17 Ramadan. Maghrib ini masuk malam 18 Ramadan

Esok, selasa 18 Ramadan. Malamnya di kira 19 Ramadan. Bagi sebahagian pendapat, disini bermulanya malam-malam lailatul qadr. Ia dikira dari malam 19hb. Bagi sebahagian pendapat bermula pada malam 20hb. Saya mengambil langkah selamat - mulakan dari malam 19hb. Tak ada ruginya bermula segera. Ha ha.

Umur seseorang pada zaman sekarang tak sampai 80 tahun. Maka jika beribadah pada malam lailatul qadr ibarat beribadah lebih 80 tahun. Itulah istimewanya umat Nabi Muhammad saw.

Inilah peluang yang sama yang akan kita perolehi jika kita beribadah sepanjang 10 hari terakhir pada bulan Ramadan ini. Rakan-rakan jamaah tabligh mengambil peluang untuk keluar dakwah pada 10 hari terakhir untuk dapat beribadah dan beriktikaf dalam salah satu malam lailatu qadr.

Oleh kerana janji Allah melalui Rasulnya bahawa lalilatul qadr itu ialah pada salah satu malam di 10 malam terakhir, maka barang siapa beribadah setulusnya sepanjang 10 malam itu, maka dapatlah ganjaran pahala seperti yang dijanjikan walaupun kita tidak tau malam manakah dikatakan malam lailatul qadr itu.

Carilah sahabat sekeliling dan ajaklah mereka beriktikaf di masjid yang berhampiran rumah anda. Inilah satu amal yang jarang diburu oleh umat Islam di negara ini. Ayah Md Jadi pun sama-sama iktikaf dengan saya di masjid Batang Melaka ketika saya tinggal di kampung masa persekolahan dulu... ha ha . Saya lebih kamcing dengan ayah Md Jadi berbanding dengan Md jadi sendiri tau.

SELAMAT BERTEMU LAILATUL QADR. MOGA IBADAH KITA DITERIMA ALLAH.

3 comments:

perindu malam dari Barus said...

Oleh kerana nak sangat tahu bila malam ajaib tu,maka nabi pun katalah mungkin malam 10 terakhir.Tak siapa tahu.Sbb malam itu,Allah yg punya,bukan Ahmad Albab yg punya.
Sesiapa yg beramalibadat utknya sendiri kerana Allah,InsyAllah,dapat lah dia malam ajaib itu.Sesiapa beramalibadat utk Allah kerana dirinya sendiri,maka terlepaslah dirinya dari malam ajaib itu.

Hang Jebat said...

Sama-Sama kita mencari dan beramal malam tersebut semuga dapat bekalan untuk akhirat nanti.Selamat beramal dan beriktikaf.

mariah ibrahim said...

Assalamualaikum,
InsyakAllah semoga kita mendapat malam lailatulkadar yg berkah..