Kata orang, tak sama jumpa ibunda, kekawan dan balik kampung menjelang awal Syawal dengan jumpa di hari-hari lain. Walaupun selalu jumpa ibunda, tetapi pada awal Syawal wajib sekali. Yang sudah tiada ayah bonda pula, ingatan ketika Syawal mampu mengalirkan air mata.
Hari ini Jumaat, siapa yang tinggal jauh dari kampung mula menyusun jadual balik ke kampung masing-masing. Saya harap sangat agar semuanya balik dengan selamat. Tak sanggup mendengar cerita sedih ketika nak raya ini, macam yang terjadi kepada keluarga sahabat saya di Tampin semalam.
Saya tak kirim kad raya atau sms tetapi memadailah menulis di blog ini. Sebagai moderator, sayalah yang paling banyak bersalah dengan sahabat semua. Salah lapur ke, tak lapur ke, kurang lapur ke, tersindir ke, terkutuk ke, terguris hati ke, tak ingat langsung kawan ke dan 1000 macam kesalahan saya kepada sahabat sekalian. Apa yang yang boleh saya cakapkan kecuali memohon ampun maaf dari sahabat sekalian. Terima kasih terlalu banyak atas dorongan, kerjasama, pujian, respon dan pelbagai budi yang sahabat tanamkan sehingga tumbuh timun, tembikai dan serai di bumi ini sepanjang blog Munshi ini wujud. Entah mengapa saya beralih bidang hidup pula ketika umur 50 ini. Kelakar juga rasanya. Ha ha.
Jika terbuat open house, smslah kepada sahabat lain. Jika sempat kita menjengah sama. Mat Aris ada cuba telepon saya tetapi tak sempat bercakap. Mansor entah mana ghaib. Yahya sibuk kerana maidnya masih di wad. Adam dah bersiap ke Bagan Pinang. Basir sibuk dengan tugas khasnya. Yati tengah merancang menghabiskan baget latihan Akademi Kastamnya. Woo, sibuk sekali.
Ya, moga Syawal dilalui dengan suasana harmoni dan dalam keredhaan Allah swt jua. Jika sempat, saya menulis dari kampung. Tak jadi pi Kelantan pada raya ketiga kerana terlalu jem di sana. Kalau ada masa saya singgah rumah Juwita, Suhdi, Rohana dan Mastura.
Akhirnya SELAMAT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

15 comments:
Slm, selamat hari raye pada semua kwn2 Munshi, maaf zahir batin, Pak Ali, klu ke rumah Mastura singgah le umah aku di kampong, nak gi umah Mastura mesti lalu umah aku dan Maimunah dulu. Aku ade sehingga Hari Selasa, Rabu dah balik ke KL, mungkin ke Teluk Intan....
Alamat Kampong Aku
Batu 21, Kg Pulau,
Jalan Bakti,
Masjid Tanah,
Melaka.
Cari Masjid Kg Pulau, sebelah Masjid umah aku...
Sebelah kg pulau rumah demo ya,saya tahulah macamtu,saya pernah gi rumah kawan kenduri kawin dulu.Ok selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya untuk puan sekeluarga serta sahabat 1978.
Maaf zahir dan batin kepada semua kekawan, terutama kepada moderator yang tidak mengenal penat dan jemu dalam merapatkan hubungan antara rakan-rakan munshi 78. Ternyata blog munshi 78 telah dapat menjalinkan kembali hubungan yang telah terputus sekian lama. Reunion yang telah diadakan pada 10 Mei 2009 telah membuktikan segala-galanya. Syabas dan tahniah sahabat semua.
Kepada Ali khasnya, maaf kerana lama tak berblog... namun perkembangan sentiasa diikuti.
Akhirnya SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga Munshi '78. Kalau datang ke Masjid Tanah, singgahlah ke:
Lot 2107,
Bukit Apit,
Masjid Tanah, Melaka.
Batu 16,Solok Duku,
Masjid Tanah.
Aku asal sana gak,
tapi dah tinggalkan kampung laman,
setapak jer jauhnya.
Salam Aidilfitri kepada semua rakan taulan Munshi 78 semuga Selamat Berhari Raya dan Selamat Di Jalan Raya..Salam maaf zahir dan batin.Untuk membasah tekak sebelum masuk ke tol Simpang Ampat/Alor Gajah singgahlah kerumah saya di alamat
No.9104 Taman Koperasi Naning,Melekek,78000 A.Gajah.
Salam semua sahabat2 SMMA Munshi78...
Saya sekeluarga mengucapkan selamat hariraya maaf zahir & batin muga kita semua selamat & dilindungi Allah sentiasa....
Salam Hari Raya untuk semua sahabat Munsyi.
Maaf zahir dan batin. Semoga Allah panjangkan umur serta dimurahkan rezekidalam mentaatinya.
Kalu sahabat2 berkunjung ke bangi sudi2lah kiranya berkunjung kerumah kami di No 84 jln 8/7 sec 8 bandar baru bangi (berhampiran dgn masjid hassanah bbbangi, pkns building, restoran san fransisco, restoran gearbox & mengadap kampung sg ramal tu). Kita sama2 makan biskut raya hahaha. Apa2 pun kalu tersesat tu sila hubungi:
YAG_0193564397 / 0132132112
Selamat Hari Raya maaf dzahir dan batin utk semua rakan-rakan MunshiAbdullah78 yang masih mengenali saya, mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang pertemuan kita semua tempuhhari (di Hari Reunion). Kalau kawan-kawan balik kampung jemput ke rumah dialamat;
Lot 566-1, Batu 4, Klebang Besar 75200 Melaka.
...beraya je..nak bersantai kat pantai klebang dah tak le lagi... abis dah ditambaknya..
Salam Kharis bagi lah alamat , kot saya ke kota tinggi boleh lah menumpang mangambil api.. He he
Oklah Mas, ini alamat aku.
Lot 1690, Kampung Sungai Kapal,
81600 Pengerang, Johor.
hadiah dari kerajaan negri,
untok org2 kelebang besar,balik buloh,btg 3,lereh dn pantai kundor,kerajaan negeri dh sediakan duit RM1600 utk setiap keluarga nelayan,sbg ganti kerugian mereka tak dpt menangkap ikan,melanggai dan menyungkor geragau utk buat belacan sampai qiamat.Sayugia diingatkan yg pampasan itu sungguh lumayan dan kalau disimpan dalam bank,insyAllah takkan habis sampai qiamat jua adanya.
Majezan.. mana nak ada keberkatannya kalau yang tak pernah ke laut pun, mengaku buat kerja sebegitu.. Agaknya bagi diaorang ni duit punya pasal apa pun boleh.....
kerajaan yg buat,bukan rakyat yang mintak tu.
semuanya ada makna tu.
Saya kamaruddin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat Munshi.Tidak ketinggalan kalau klik Melaka kabau-kabau dan singgah-singgahlah di Air Pa'Abas,Alor Gajah.
Post a Comment