Menjelang cuti aidil fitri, semua orang makin sibuk. Antara mengejar lailatul qadr dan persiapan cuti memang memengahkan kita. Tambahan pula Hj Razak yang nak bermenantu. Ha ha.
Saya hanya mampu keluar dua kali sahaja dari KL sepanjang Ramadan ini - itu pun ke Seremban sahaja.
Seronok sekali melihat masjid makmur sepanjang Ramadhan ini. Di daerah Gombak banyak masjid yang mengadakan program iktikaf beramai-ramai. Ada satu masjid tu dihadiri seramai 800 0rang. Siap dengan makan sahurnya. Satu kelainan sejak 2008, disamping program tetap tazkirah yang menyegarkan para jamaah masjid. Tak tahu kat Melaka macam mana?
Nampaknya malam 23 dan 25 Ramadan - lain macam suasananya, Ada hujan. Adakah itu petanda lailatul qadr. Zek, apa komen?
Ok, kita mengeteh semula selepas raya ni. Dr Majezan nak mengkadha capati di restoran di bawah opis saya tu. Ha ha.
Dengar kabar Si Mansor dah bakar kotak rokok sejak 1 Ramadan. Wooo.

9 comments:
kalau kita tgk hujan turun adalah malam 23 ramadhan yg lepas..malam tadi tgk tak hujan pun ...wallah u alam...kita cube tgk lg pd mlm 27 pulak....3 ketentuan akan d turunkan pd mlm lailatul qadr iaitu ajal /usia seseorg , rezeki seseorg akan dtg dan juga kesihatan seseorg....semuanya akan berlaku pd mlm lailatul qadr...krn itu dlm al quran ,allah menurunkan khas sebuah surah hanya utk menceritakan apa itu lalilatul qadr......insy allah ...
Pagi tadi saya bagun sahur memasak saya rasa sejok dan seram.. Diikuti hujan yang dinggin.. Zek itu tanda lailatulkadar ke? Kalau boleh saya mahu semuanya usia yang manafaat, rezeki yang murah dan kesihatan sepanjang hayat.. Mudah2an lailatulkadar dirasa oleh semua orang walaupun tak tepat. Amin . Zek raya datang lagi ke kajang ye.
ustat kata mastura , kalau mlm lailatul ni berlaku ,kebiasaannya ada hujan sedikit ,bumi basah dan matahari pagi semcm merahx2 an dan dingin...kata ustat lagi , malaikat jibril akan turun ke bumi dan memberi salam kepada semua manusia yg sdg beribadat samada yg sdg baca quran ,solat ,zikir dan sebagainya...tapi yg pasti tidak akan dapat malam lailatul ni ialah orgx2 yg kekal peminum arak , memutuskan silatul rahim antara individu .....ingat lah mastura ,syurga itu rindu pada pembaca quran , membantu org yg susah dan org yg berpuasa ..... raya ni ? insy allah sy akan dtg ke kajang jumpa dan ziarah awak mastura jika ada masa...salam
Taniah kepada Ustaz Zakariah kerana berjaya menhidupkan Blogspot ini .Kalau semua kawan-kawan bolih dihubungi dan berbincang melalui blog ini kan mudah.
Selamat Hari Raya Dan Maaf Zahir Dan Batin kepada semua Warga Tingkatan 6 Atas Tahun 1978.
Nak tanya Ustadz,
Org yg malas kerja asyik nak minta MC jer,amalan mereka diterima tak?
Org yg makan dan bg rasuah pulak mcm mana?
Ustaz mana pulak ni! Haru lah blog ni.. Mana pergibudak hotel california Razak K da lama tak berbelog. Kongsi lah ilmu tu .. Ada pensyarah tersohor Mansor diam jugak.. he he saya nak memasak udang dengan peria nak elak kencing manis he he.. Selamat berbuka. Maznah dan pah lansir dah gantung ke belum?
Mas, kau jangan kacau Razak tu. Dia sedang cari idea untuk mengarang teks khutbah raya nanti. Yang lain-lain tu mungkin sibuk kot. Mungkin lepas raya ni mereka aktif semula agaknya.Walaubagaimanapun aku tetap mengikuti perkembangan kekawan melalui blog ini setiap hari. Salam aidil fitri untuk semua.
Salam Aidilfitri untuk semua. Jangan fikir buruk orang sahaja, tapi renungkan diri kita sendiri. Apakah yang kita lakukan hari ke hari itu lebih baik dari hari semalamnya? Tak kira siapa kita, tugas kita adalah untuk menjadikan agama, bangsa dam maruah kita sentisa terbela dan dihormati manusia di dunia.
Post a Comment