RAZAK BERMENANTU

Biasanya Zakaria Osman mengsms saya pada dini hari mengajak ibadah malam. Bagus ingatan Z tu. Itulah amalan Rasulullah mengejut dan mengajak ahli keluarganya beribadah malam.

Tetapi pada sahur tadi ada sms dari tetamu baru iaitu Hj Razak Lajis yang mengajak saya ke kenduri kahwin anak perempuannya pada hari Sabtu 26hb September di Seremban. Agaknya yang lain pun ada menerima jemputan itu.

Kebetulan saya akan ke Kelantan pada 23 atau 24 hb September dan beberapa hari di sana kerana urusan ladang tembikai yang telah mulai memetik hasilnya. Bashir pun ke Kelantan pada tarikh itu kerana kenduri kahwin dan berjanji untuk berraya di ladang tembikai juga. Ha ha.

Pandai-pandailah membawa diri ke Seremban tu bagi sesiapa yang dijemput.

Esok Rohaya kita genap 50 tahun. Moga berkat hidupnya, bahagia keluarganya, murah rezekinya dan terus istiqamah dalam iman dan islam. Amin.

3 comments:

Yag said...

Salam Ramadhan semua....
saya pun mendapat jemputan

Saya pun cuti raya ambik extra 1 hari je 23/9 wed) coz nak simpan sikit cuti utk ke London_oct ikut wife & Ireland_Dec dgn family visit anakanda disana maka saya dah berangan2 dgn wife utk hadir majlis ni insyaallah

Hj Razak Lajis_0196290131

Address: No. 453, jln palas 1,
taman perwira, sikamat,
(batu 3 , jln seremban/jelebu), Seremban

Jebat said...

Kenapa Razak Tak Jemput Kekawan Lama Sekolah Ya Tak kan dah lupa.

Jebat said...

Tok Ali bulan ini tembikai mahal masuk lah Taukeh Tembikai.