CORETAN RAMADHAN YAHAYA GHANI

Pepagi lagi saya menerima emel tazkirah dari Yahaya Ghani kita. Saya turunkan dibawah untuk hidangan minda di Ramadhan yang mulia ini.

Salam,

Begitu cepat masa berlalu sehingga kita telah memasuki hari ke7 ramadhan.

Bagi saya, telah saya jangkakan bahawa ramadhan kali ini akan berlalu cepat. Perasaan begitu kerana kesibukan dan tekanan kerja. Mungkin semua org tertekan dgn kerja tetapi bila kerja berasaskan projek dan deliverables, tekanan kerja paling tidak 2 kali ganda dari biasa. Beruntunglah bagi mereka yang bekerja yg tidak berasaskan projek, deliverables, time-based dan melayan kerenah setengah client yg lupa diri.

Tapi ramadhan tetap perlu dijalani dgn baik. Jalan mudah ramadhan ialah dengan melakukan seperti majoriti muslim iaitu jaga sembahyang dan jaga puasa disiang hari dan ianya habis disitu. Tapi saya percaya ramai dari kita yg tidak mahu membuat setakat itu. Dalam alam pekerjaaan, kita tidak mahu di katakan sebagai mempunyai prestasi memenuhi keperluan. Kerana memenuhi keperluan bermakna bonus kita adalah rendah dan silap silap tiada bonus. Memenuhi keperluan bermakna kita sekadar cukup makan.

Ada beberapa perkara mudah yang perlu kita cuba terutama jika kita seorang lelaki. Ianya tidak mudah tetapi ianya tetap perlu dilakukan. Perkara perkara tersebut adalah:-

1. Sembahyang terawih, sebaiknya berjamaah dan paling tidak buat sendiri dirumah. Hari ke 7 kita telah mula melihat 75% jamaah terawih malam pertama telah hilang. Adakah kita sebahagian dari 75% tersebut.

2. Membaca satu juzuk quran sehari. Bagaimana prestasi anda. Bukan mudah utk melakukannya kerana satu juzuk memerlukan lebih kurang 60-90 minit. Terdapat purata 20 mukasurat utk satujuzuk maka 20x5minit adalah 100 minit. Kita perlu membahagi masa tersebut dgn teratur atau kita perlu pandai mencuri masa ditengah keletihan untuk membaca tersebut. Setakat ini, kita sepatutnya sudah habis 6 juzuk. Jika belum, jadikan sabtu ahad ini utk cover antara 4 hingga 7 juzuk.

Kenapa tidak, ditengah tengah kesibukan isteri anda menyediakan berbuka puasa, anda duduk dimeja makan untuk membaca alquran. Alangkah indah dan tenteramnya hati isteri mendengar anda membaca quran.

3. Bersembahyang tahajud minima 2 rakaat sebelum bersahur. Sembahyang tahajud ini perlu dibuat sebagai ringan ringan sebelum kita sampai ke climax mengejar lailatulqadar. Jika kita tidak mula dgn ringan ringan ini, kita takut badan tidak warm up untuk peak pada 10 malam terakhir.

4. Bersembahyang Dhuha. Sembahyang ini perlu kita lakukan kerana ia adalah antara sunnah rasullulah yang nyata. Ianya amat ringkas dan mudah. Ia juga penting utk melancarkan rezeki kita, Insyallah.

Pada hari ke 7 ini, kita perlu melihat kembali prestasi kita. Kerana kalau prestasi kita lemah, kita masih ada masa utk recover. Jangan terlalu cepat menyanyikan lagu raya seperti yang saya dengar nyanyian seorg staff di sebuah pejabat agensi kerajaan pada pagi semalam.

Malang jika kita seorang lelaki tidak mencuba melakukan yg terbaik utk perkara diatas. Malang jika suami anda tidak melakukan perkara diatas. Jika anda seorang perempuan, cabaran utk melakukan diatas lagi besar tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mencuba.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dgn kalian.

Mohon fwd kepada network circle anda.

Ya, panduan terbaik dari Yahaya kita. Satu panduan yang praktikal.

7 comments:

noorsir said...

Assalamualaikum.
Terima Kasih Sahabat. Saling ingat mengingati.Kekadang kita pun terleka sebentar akibat dok kengkawan yang dah mula dok sedia keperluan Hari Raya.Kita terlupa masih banyak perkara perlu dilakukan untuk Ramadhan ini. T.Kasih ingatkan kawan.. aku khasnya.T.Kasih

majezan said...

domo arigato,Guru Yaya

Yag said...

Salam sahabat2ku...

Aku bercuti & baru je samapai dari kampung Sungai Rambai ni...Al-maklum ingin mengumbirakan ayahanda_82. Tanpa ayahanda siapalah kita...

mastura bachik said...

Jual kueh pun ibadat juga bulan puasa ni. He he Islam suruh kita berekonomi juga supaya boleh bayar zakat fitrah , boleh bantu ekonomi orang lain , tak gitu Ali.. Membaca Quran tanpa mengetahui makna dan syiar nya lebih baik dari memasakkan suami makanan kegemarannya. Masuk syurga terus. Ibadat puasa untuk semua perlakuan berbeza dari bulan lain. Ada orang berbuka di Masjid tinggal anak isteri kepiluan dirumah, adaorang memabaca dan berzikir sepanjang masa anak menumpang berbuka di rumah gurunya.. Jawaplah whai geng2 ku?

ALI MAIDIN said...

Isunya bukan berbuka di masjid tetapi lelaki lebih afdhal berjemaan di masjid. Aziz ada 100 hadis yang menyokong hujah ini. Berbuka di masjid untuk mudah berjemaah sahaja. Jika nak kenyang dan enak makan - bukalah di rumah. Ha ha. Yang ini 100% aku tak setuju dengan kau Mastura oi.

ALI MAIDIN said...

Memang wanita kena ditinggalkan apabila suami solat di masjid, keluar jamaah tabligh, pi berjihad, amar makruf, malah pi keja cari makan. Apa yang nak dipilukan. malah kena bersyukur kerana yang ditinggalkan pun dapat pahala.

mastura bachik said...

Jangan lah berbuka di Masjid je sesekali bersama keluarga.. Air tangan isteri tu mesti nak di rasakan .. Bab sembahyang jemaah pula pergi aje ke Mekah . Satu waktu berimam di Masjidil Haram beribu2 pahalanya dengan di masjid lain.. Tapi ada orang simpan duit n cari duit untuk melancong ke tempat lain.. Menunaikan Haji yang rukun tidak diberi keutamaan.. Jawap geng