BERBUKA DI MASJID

Saya tinggal di Sentul dan berpejabat di Jalan Pahang. Keliling rumah dan pejabat saya banyak masjid yang boleh berbuka puasa berjemaah.

Jangan pelik, jika orang Melayu tak ramai buka bersama. Sebaliknya geng Nepal, Bangladesh dan India yang ramai. Ha ha.

Terasa berbuka di luar Malaysia pula.

Geng KL jika nak joint, boleh berbuka di Masjid Pekeliling, di bulatan Jalan Pahang. Sederhana, meriah dan masjidnya pun sejuk beraircond. Ini masjid rakyat kerana diuruskan oleh kakitangan pejabat yang berada di sekitar Jalan Pahang.

Wahai Dr Majezan, jika tersekat jem jalan raya, boleh singgah di sini ya...

10 comments:

majezan said...

Pak Ali,lebih baik kau meriahkan masjid kau dari masjid org.Aku sangkut jam kalau masuk jln sentul je,jln melati,platinum tak.

maznah said...

Pak Ali... berbuka bersama keluarga lagi best, ape tah lagi masak sendiri....Klu nak sedap lagi Mastura ade jual ikan keli bakar.. memang sedap, aku masak lomak cili api campur asam belimbing, klu nak sedap lagi campor daun kesom. Masak pekat2.... Klu majezan baca mesti dia tak berapa setuju gulai ni sbb tambah kolestrol.....

ALI MAIDIN said...

Jika semua orang ikut petua maznah, kosonglah masjid nampaknya...

ALI MAIDIN said...

Dr majezan, semua masjid adalah masjid kita.

majezan said...

Ali Maidin(Muh yii uddin),kau memang bersemangat waja,semangat 1Malaysia,1Masjid.

sahara said...

Salam Maz, ambik lah peranan dan fungsi masjid, untuk dapat pahala solat berjemaah, makan dirumah lepas terawih atau klau rumah dekat masjid baliklah makan berjemaah dengan keluarga selepas Magrib bagi si suami. Kan baik berpuasa dengan alah kadar saja. Tapi sekali sekala nak berbuka bersama keluarga dan cepat solat magrib jemaah itu pun boleh. Tapi jangan tinggalkan masjid tak ada jemaah nya. kasihan pak Imam dan AJK masjid . Itu belum lagi orang yg sibuk mcm Pak ali dan Pak Majizan yg berbuka-dimana-mana ada kesempatan kalau dah melewati waktu.

maznah said...

Slm, sara... aku tak kata tinggalkan masjid, cuma berbuka puasa dirumah,itu pandangan aku aje... Mungkin aku ade masa utk masak dirumah kerna tempat kerja dan rumah aku dekat cuma 10 minit aje...terawih pula dimasjid.. dirumah bersama suami dan keluarga pun boleh berjemaah. Ape2 pun semua ibadat dan amalan baik yg kita lakukan semua dapat ganjaran dari allah. amin.....

Karim said...

Tok Ali lain dia nak jumpa kawan kawan negeri asal dia.Dia orang berniaga semua urusan ada peluang berniaga.Musim ini jual Carpet cukup baik.Bagi saya berbuka dimana pun serupa tapi lagi seronok sama keluarga.

Mansor said...

Jom join Ali, saudagar mata wang; dengan membeli Dinar Iraq. Maklumat lanjut.. boleh kontek Ali...

majezan said...

Mansor,bila kau jadi agen si Ali ni.
Jual beli duit ni ada pandangan berbeza dlm mazhab Hanafi kalau tak salah aku!!!!!!
Kalau kopi power,kau belasah jer.