ADAT DAN IBADAT

Apabila saya jumpa orang, saya ucapkan selamat hari raya. Ha ha. Depa pun terkejut, kenapa cepat sangat ucap selamat hari raya.

Sebenarnya saya selalu memperli dan "bergaduh" dengan Fatimah, anak saya - mengapa orang Melayu terpaksa menunggu raya untuk segalanya.

Minta maaf, ziarah orang tua dan jiran, open house, ziarah kubur, balik kampung, shopping, makan-makan, dan 1000 macamlah termasuklah yang "lagho' di program tv - semuanya ketika dalam bulan Shaawal.

Yang ibadah dalam syaawal ialah solat aidil fitri dan puasa 7 hari. Yang lain boleh bikin bila-bila masa sahaja.

Yang nak kita pulunkan sekarang ialah mencari lalilatul qadr!!!

Banyak yang adat jadi ibadat dalam Syaawal. Entahlah...

Z, tolong bagi tau apa yang afdal di Ramadhan dan Syaawal ini. Wooo

2 comments:

Karim said...

Bagi saya semua bangsa serupa,Melayu Serupa,India Serupa,Pakistan serupa,Cina serupa kerana mereka memakmurkan bulan Ramadhan.Semua bangsa saya lihat sangat kuat beramal dalam bulan ini kerana ianya lebeh banyak fadilatnya saperti yang terkandung dalam hadis dan Al-Quran.Bulan lain mereka beramal juga tapi cara yang tersendiri.

Sharifah Nuri said...

Salam,
Rasanya saya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan2.Nak bukak blok sekarang ni kena lepas kul 10.00 malam faham2 ajelah macam Ali kata perbanyakkan amal di bulan puasa.Jalan di KL ni Karim kalau bulan puasa macam cuti nak balik kampong semasa raya,masing2 sebok nak beli belah di Pasar Ramadhan bukan setakat orang muslim aje bangsa asing pun tumpang sekaki.