SEMBANG KENDURI RAMADHAN - 2

Ketika makan-makan di rumah Pah Sabtu lalu, Hayati berkata orang Melayu kesian sangat kat orang dah mati. Walau pun masa hidup seseorang tu berhutang dengan kita dan kita beria-ia menuntutnya tetapi bila orang tu meninggal dunia, kita dengan mudah menghalalkannya. Ha ha. Kesian kat ruhnya...

Begitulah manusia yang digelar insan ini. Dalam keras ada lembutnya. Dalam marah ada sabarnya. Dalam susah ada redhanya.

Tetapi janganlah ada hutang tak hendak bayar kerana nak harap dihalalkan hutangnya pula ya...

6 comments:

hayati said...

Sharipah, duit ais dah bayar ke pada Md Jadi. Saya beritau Md Jadi yg Pah minta tlg beli ais RM 10/=, duit beri kemudian. Masa tu kita tengah sibuk hidang makanan, tak sempat nak beri duit. Kena bayar ni Pah, takkan nak tunggu Md Jadi halalkan pulak.

Razak Kanapiah said...

Oo.. Yati, Md Jadi mati besok dia halalkan le....

mastura bachik said...

Jangan razak , mesti tuntut dari urus setia bila da mati nanti... Kita berempat tak mahu di hempap air batu..

Karim said...

Apa pun terima kaseh banyak-banyak kepada Mak Cik Pa kerana sambutan yang begitu hebat termasuk kepada mak cik yang lain.

Sharifah Nuri said...

Salam,
Alamak Yati betui kata kau ,saya lupa bayar duit ais kat Md Jadi.Md Jadi minta maaf bebanyak kalau tak jumpa dan tak dapat bayau dlm masa terdekat harap halalkan.Bukan apa terlalu excited sampai lupa hingga baca blok ni baru teringat.Kalau kita jumpa lepaih raya atau bulanpuasa kau orang bertiga kena ingatkan tau nanti macam mas kata kena hempap air batu lak.

hayati said...

Pah, saya dah kontek Md Jadi, dia kata tak payah bayar, kira dia belanja. Reunion dulu dia sponsor RM 500. Kali ni dia belanja air batu 500 sen je.