KENDURI PUASA BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah kenduri menyambut Ramadhan selamat berjalan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin serta doa selamat dan arwah yang diketuai oleh Mohd Razak Kanapiah di rumah Sharifah Nuri di Sg Ramal Dalam, Kajang pada jam 3.30 petang tadi.

Sahabat-sahabat dari Melaka yang turut hadir ialah Zakaria Osman, Mokhtar sekeluarga, Mansor sekeluarga, Hasnah bersama suami, Hayati, Jaamat, Dr Hanipa, Marhamah dan Karim serta sahabat Karim, Khairul.

Sahabat dari sekitar KL ialah Md Jadi, Darussalam dan isteri, ASP Redhuan dan isteri, Ali, Mohd Razak Kanapiah, Lt Kolonel Basir dan isteri, Hidayah dan suami, Rohaya Rahmat, Jamaliah Jamian, Jamaliah Yusof, Norlida Baba, Rohana Md Dali dan suami.

Yang bertindak sebagai tuan rumah ialah Mastura, Sharifah Nuri, Maznah dan Sahara beserta suaminya. Mereka tak nampak penat pun walau bekerja keras masak sup tulang!!!!

Walaupun ada adegan sesat jalan, tetapi terhibur kerana dapat berjumpa dengan sahabat sekali sekala. Yang datang semuanya kelihatan ceria, muda dan manis sekali terutama Rohaya. He he. Yang rambut putih, Mansor kata bukan uban tetapi rambut matalic. Ha ha.

Ok jumpa lagi masa raya pula. Tunggu pengumumannya.

Kepada semua sahabat yang hadir diucapkan terima kasih. Yang tak dapat hadir, jumpa di agenda lain pula.

22 comments:

Sharifah Nuri said...

Salam semua,

Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar walaupun program terlewat.Doa dan tazkirah begitu menyentuh perasaan.Terima kasih pada semua terutamanya yg dtg dr jauh Yati,Senah,Marhamah,Jaamat,Mokhtar ,Mansor,Zek,Hanipah(Tin) dan tidak ketinggalan yg dr KL/Selangor Ana,Jamaliah,Jamilah,Dayah,Basyir,Darussalam,
Ridhuan,Ida,Roy,Md Jadi,Ali,Razak K dan yg dtg bekerluarga.Tuan rumah Mas,Maznah,Sara dan saya rasa amat berbesar hati.Rasanya semua nama saya dah sebut kalau ada yg tertinggal jgn kecil hati.HB saya telefon kejap td tanyakan kelancaran majlis. Terima kasih pd semua.
Salam Takziah untuk Nyarose.
Buah cempedak dibuat inti
Inti dimakan bersama roti
Roti dibeli dari pekan sehari
Selesailah majlis sebentar tadi
Salah dan silap harap dimaafi
Semoga kita berjumpa di lain hari

maznah said...

Slm, terima kasih kpd semua yg hadir... Walau pun penat, tapi terhibur bila kwn2 dtg. Minta maaf kalau layanan tak memuaskan. Pada Yati dan Senah terima kasih banyak2.

Pah, mas dan Sara nampaknya kata2 Ali terlebih pinggan dari orang tidak menjadi kenyataan.

Terima kasih pada Ali kerna tunggu kwn2 di Tol Kajang. Ape2 pun majlis berjalan dng lancar.

Mansor said...

Kepada tuan rumah, sorry terlewat. Sbb tunggu 'mem' balik dari sekolah ganti cuti Deepavalli. Nak jadikan cerita.... aku pun tak tau macamana aku boleh terlepas tol Kajang. Terpaksa lah keluar di Tol Sg. Besi dan buat U-turn. Sampai di Tol Kajang pulak tu silap lagi masuk simpang... terpaksa balik kepangkal jalan... gi balik ke Tol Kajang. Walau bagaimanapun, terima kasih banyak kepada Bashir kerana telah menjemput di Stesyen Shell. Kalau tidak, mungkin jugak tak sampai. Apa-apa pun tahniah, syabas dan terima kasih kepada Cik Pah, Mastura, Sahara dan Maznah serta lain lain yang telah berusaha mengumpulkan rakan-rakan yang tidak berpeluang hadir di Melaka tempohari(Salam & Ridwwan). Moga berkesempatan berjumpa dalam program yang lain.... insyaallah.

HASNAH said...

Saya dan Yati selamat sampai kat melaka jam 8.00 malam. terima kasih pada Ali dan Sarah yang bertanyakan kabar dah sampai ke belum sebab takut kami tersesat pulak nak cari jalan balik.
Pada Syarifah, Maznah,Sarah dan Mastura tahniah dari saya kerana berjaya mengumpulkan rakan-rakan kita dalam perjumpaan utk kali ini.
Pah sediakan tempat perjumpaan, Maznah uruskan makanan, Mastura penat bakar satay dan sarah lak sudi tolong kemaskan apa yang patut lepas saya dan yati balik.
Lepas ini kita tunggu lak jemputan lain, dengar kabar dah ada rakan2 yang sudi offer diri utk perjumpaan seterusnya.
Akhirnya saya ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DIBULAN RAMADHAN YANG PENUH DENGAN KEMULIAAN INI pada semua rakan2 Munshi78.

Sharifah Nuri said...

Salam,
Alhamdulillah kau berdua dah sampai.Aku pg ni gi kenduri dekat ghumah dan sebentar td baru habis kenduri dkt ghumah juga .Gantung periuk nampaknya hari ni.Maaf pd Karim kerana nama tertinggal disebut semalam bukan apa sbb dia tak bawa anak kecik dia.Dr Hanipa agaknya sampai ke Saujana Impian.Tunggu juga kalau Mas dtg semula kat ghumah selepas hantar Tin tp sampai mlm tak muncul2.Maaf sekali lg sekiranya ada perbuatan dan tingkahlaku yg menyinggung perasaan semua.Tok Besan dah sampai lega hati.

maznah said...

Pah, Mas ade hal lepas antar Teen ke Saujana Impian. Itu sebab dia tak dtg semula ke umah kau ptg tu. Ape2 pun majlis kita dah selamat. Pah, lepas ni aku nak belajau masak spegetti,,,untuk menu berbuka puasa dan umah terbuka Hari Raya...Insyallah

mastura bachik said...

Pas ni giliran Melaka, Asam pedas lepas raya ye Hasnah.. Kita dari Kajang nak bermalam di rumah2 Urut atau Rumah orang tua2 . Jaamat da setuju.. Aku tetap jadi supir pada maznah, pah dan sarah.. Yang lain datang lah sendiri. Kalau orang Melaka tak setuju kami berempat nak lari ke Kota tinggi menumpang gumah Uji .. Kharis kau juga tunggu.. Kata Razak K , makan tu tak penting.. Pahalanya dari yang lain2... Aku tak dapat baca yassin mengejar mana yang sesat dan halau lalat yang mengurung makanan.. Itu dapat pahala kan Razak?.. Kami berempat lega.. Pah maafkan aku aku sek hari tu.. Megelat buat keja di dapor..

basir said...

Terima kasih Mas Cik Pah Sarah dan Maznah. Ramai juga kawan2 dari jauh (Melaka) dan yang tak disangka datang .Tapi mane ye kwan2 dari Seremban tak mai?.Meka sibuk kot.

maznah said...

Slm, lepas ni kita tunggu majlis RUMAH TERBUKA HARI RAYA L Kol Basir...

Ye le Basir, aku pun tak sangka ramai yg dtg, aku buka blog, tengok ada no tel kwn2, yg aku kenal tau tidak semua aku sms,syukur dtg juge mereka, termasuklah org yg aku tak sangka hadir Prof Hanifa.....( Guru Besar SK Lubuk Cina - Maimunah Baba tak dpt hadir -- tak sihat

Wakil Seremban.... Ana sms, katenya dia habis sek kul 2.00 ptg - takut tak sempat ke Kajang..
Kak Umi - sms tak dtp dtg - ada urusan mendadak..
Staf Nurse Zainab sms - kerja shif petang
Adam - kerja di P.Pinang
Dr Majezan - ade tugas yg tak dtp dielakkan
Nyaros Alias - mak mertua meninggal dunia
Rosni Hashim - post master (Pejabat Pos Brickfields) - bertugas
Aziz kate nak dtg dengan Amin tak muncul... ade urusan agaknya..
Tapi mereka semua kirim salam kepada semua yg hadir.

Ke umah Cik Pah makan sate,
Sate di sponsor oleh Mastura,
Kami berempat semua dah letih,
Ceria semula lihat kwn2 begitu mesra.

SELAMAT BERPUASA, SOLAT TERAWIH, SOLAT TAHAJUD, SOLAT DHUHA, MEMBACA AL- QURAN, BERSELAWAT DAN ZIKIR.... INSYALLAH KITA SEMUA DIBERKATI.

JayJay said...

Assalamualaikum,
maz,mas,pah n sara terima kasih atas layanan. Walaupun sesat dan lapar sangat masa tu tapi bila sampai dan jumpa kawan-kawan lama hilang rasa lapar timbul terharu pula melihat 4 rakan bekerja keras bagi menjayakan majlis kesyukuran menyambut ramadhan dengan makanan sedap-sedap belaka hingga tak tau nak makan yang mana dulu. Sekali lagi terima kasih.

mastura bachik said...

Mad Jadi ada beritau nak belanja berbuka puasa, Mari kita serang dia.. Niat tu da dapat pahala.. Lebih2 lagi belanja kita semua ramai yang anak yatim piatu. Ali dan Basir tolong ingatkan Ushawan kita tu. Bab memboking tempat kita orang berempat masih boleh larat lagi..

Roy said...

Salam,
Pah , mas, Maz dan Sara ribuan terima kasih diatas layanan dan hidangan juadah yang sedap-sedap pada hari tersebut. Terima kasih juga diatas bekalan yang diberi...ada yang dapat bekal 2 hari tak perlu nak masak.hehehe....Terima kasih sekali lagi kepada 4 sekawan dan taukeh yang sponsor... Jumpa dilain kali Selamat Menyambut RAMADHAN Moga Amalan diberkati Allah.....

mastura bachik said...

Roy, bila pulak aku nak tengok kau memandu kereta? Kau lesen gantung juga ke? Kau boleh sebumbung dengan Maz, sara, yati, senah, hanim... Azab aku menjemput dan menghantar kau orang balik.. Da tua2 tak pandai baca plan.. Basir pulak ala tentera.. Beri arahan tak diplomasi... Garang.. Bertambah sesat orang di buatnya.. Sampai restoran GearBox kau orang sesat.. Walaubagaimana da selamat semuanya. Syukur, last aku mengantar pulang Frof Hanipah ke Saujana Impian rumah kembarnya... Ali dan Imam Razak memandai2 Jalan Teratai pun tak pandai mengeja..

Roy said...

Mas, aku lesen DYMM la, balik melaka dari AU3 Keramat aku bolih sampai 1 jam je apalagi kalau ke kajang 10 minit je...tapi kawan kita Milah suka drive jadi aku duduk sebelah dan tekan brake angin sepanjang jalan.bila dah sesat Jamaliah nak belanja makan gear box sbb mila dah terlalu hungry & angry.tp gear box tutup... basir pula arahan lebih keras dari tentera jepun..nasib baik kita org tak sensetif...nak jumpa sahabat punya pasal.......... :)=

basir said...

Salam dan sorry le wahai mak dara semua,yang mana terkasar dan ter.... tu. Ada hikmah juga kau orang sesat. Selalunya kalau tersesat akan dingati sampai bila2. Jamaliah Yusof kata 'Rembau den tak sosek inikan kajang'.Ini asam garam yang kita sama2 akan kita ingati bersama. Selamat berpuasa semua.Roy kalau aku tentera Jepun ada orang yang kena potong kepala. Bunyi arahan je macam jepun tapi hati aku ikhlas

mastura bachik said...

Dulu sebelum majlis sya nak berderai air mata kalau2 sate 400 cucuk tu kami nak baham berempat.. Sara pulak gigi dak lose, cik pah alahan gatal2 makan ayam.. nasib aku dengan maznahlah menghabis sate...Alhamdullilah semuanya beres. Jangan tak tahu ada orang puji Soup Tulang tu bes.. Kita orang berempat baik punya rezepi.. Belum lagi spgeti cik pah tak main sos dalam botol.. Masak sendiri tau...Satu lagi Rahsia Sabun dalan box tu cik pah Masak dan proses sendiri.. Basir bila pulak nak tunjuk gumah baru tu...?

Maznah said...

Slm, wahai kwn2..Sabun tu Pah proses semula, masak dan isi minyak wangi serta pewarna, isi dlm acuan belbagai bentuk. Norlida baba tel aku, dia ingatkan coklat... nasib dia tak makan. Sabun tu baik utk cuci muka dan untuk alahan kulit. Cik Pah jual berbagai jenis sabun, salah satunya sabun susu kambing. Murah, baik untuk kulit...wakil penjualnya aku le maznah...
Dapatkan harga yg istimewa untuk promosi Ramadan dan Hari Raya... RM 3.00 satu kotak. Beli banyak dpt lagi diskaun....

maznah said...

Pah, Mas.... untuk cari duit raye, aku jual sambal tumis bilis, popia, karipap dan cucur badak. Siape yg order aje... biasenya aku jual dng cikgu2 kat sekolah aku. Berminat tel atau sms aku.....
Tak payah susah2, balik kerja buka peti ais.. kueh dah ade goring aje...

ALI MAIDIN said...

Tolong bagi profail sabun tu. Kok kaya dengan jual sabun.

mastura bachik said...

Sambil menyelam minum air.. Itu lah sebenarnya perniagaan dalam Islam berniaga sambil menjalin siratulRahhim, Ada orang takut membuka blog kerana takut di ajak biznes.. Dangkalnya kawan2 kita .. Tak pe sapa yang suka teruskan.. Bznes suatu pekerjaan yang mulia.. Pekerjaan Nabi sekiranya mengikut lunas2 Islam. Tak begitu Zak? Membantu ekonomi islam juga satu Ibadat dan jihat.. Ada orang suka ceta halal dan haram tetapi tak nak berusaha membuat perniagaan yang halal dan makan yang halal Bila ada yang yang membuat macam2 kritikan.. Fikir2kan lah

Sharifah Nuri said...

En Ali,sabun yang saya order tu sabun susu kambing HR marketing.Harga sekotak kalau yang besar RM 6.00 kotak kecil harganya RM 3.00 tapi Maznah jual mungkin RM 5.00 yang besar dan RM 2.50 yang kecil.Sesuai untuk kulit saya yg alergic tu.Tp jual sabun tak bolehle sekaya Tauke Metro Driving.Maznah taukeh Metro mungkin ada gerai kecil untuk di disewakan ditempat baru (Puchong).Kalau ada boleh cuba business gerai makan/gerai sorvenir.Isteri Kol Basir pandai gubahan dan kau pun apa kurangnya.

maznah said...

Pah, aku org kecik2, pandai nye pun tak seberape... klu ade pun cerdiknya untuk diri sendiri aje...

Insyallah, Sabtu pg aku gi umah kau ambil barang2 aku yg tak sempat aku ambil. Nanti aku bawa ayam perap seperti yg aku janjikan, boleh buat buka puasa....