JALAN-JALAN KE ALOR GAJAH

Saya berada sekitar Alor Gajah pada jam 4 hingga 7 petang tadi kerana menemankan kawan buat bisnes MLM. Leceh betul bisnes kena merayau-rayau ini. Fasal kawan, temankan juga le.

Z sibuk dengan lori beras, maka tak dapat makan cucur udang bersama dengannya.

Teringat Hasnah tetapi tak mau ganggu beliau.

Rasa nak tunggu Zaini Samani balik ke Alor Gajah tetapi tak mau kacau beliau hari ini.

Maka saya singgah di Seremban menziarahi isteri kawan yang kena H1N1. Alhamdulillah dah terlepas dari fasa bahaya.

Rupa-rupanya hari ini tengok anak bulan rupanya...Nasib puasa pada hari Sabtu. Ha ha.

Z dah update hal puasa pula di blognya.

Klik di sini untuk beberapa isu puasa

5 comments:

hamzahfansur said...

Pak Ali,kalau kau nak makan cucok udang,kau makan sorang2,jgn rekomen kat org luar dari Melaka,malu kita sbb tempat tu kotor dan berbau wangi walau tanpa serai engkau.
Ini diakibatkan wakil rakyat disana belum dpt gaji agaknya.

ALI MAIDIN said...

Hamzah fansuri mana ni. Ingatkan dah mangkat abad 15. ha ha

basir said...

Biasa le tu orang kita ni bila dah hebat lupa soal kebersihan. Suruh meka tu gi melawat kuching /miri mcam ne bersihnya bandar tu.

Mansor said...

Pak Ali, awat dah sampai Alor Gajah tak kontek aku. Rumah aku di Masjid Tanah, bukannya jauh sangat.. cuma lima belas minit aje. Next time kalau sampai jangan lupa call. Selamat berpuasa.

maznah said...

Slm, memang betul tempat tu tak berapa bersih, pernah aku singgah sebelum reunion bersama anak2, dan cucur udang dan sosnye tak sesedap tahun 90 an dulu.... masa tu aku kerja di Pejabat Tanah Alor Gajah.... Walau pun gerainya buruk,tapi ciri2 kebersihan tu tetap ade... ditepi jalan... tapi original resepi....