Fasa kedua Ramadan

Mulai maghrib ini kita akan memasuki fasa kedua Ramadan. Sekejap sahaja telah berlalu 10 hari. Yang sudah berlalu memang pantas sekali rasanya. Tetapi yang kita tunggu - terasa lama pula.

Semalam saya menziarahi jenazah isteri seorang sahabat saya di Seremban yang terkena wabak HINI. Sejak beberapa tahun ini saya sering menerima kematian kekawan saya pada setiap bulan Ramadhan. Dah 6 orang. Terasa seolah-olah Allah memberi khabar atau ingatan kepada saya juga. Dalam keadaan telah berusia setengah abad, bila-bila masa sahaja kita akan dijemput oleh Allah swt.

Oh ya pada 10hb September ini, akan ada seorang sahabat kita lagi yang genap setengah abad. Teka siapa dan tolong siapkan kek selori tau.

3 comments:

maznah said...

Slm, Pak Ali... aku pun bulan September cukup setengah abad. tarikhnya di hujung nombor hp aku...jng lupa hantar kurma ye... sbb kurma menjadi resepi utk keluarga aku... kurma dibuang bijinya dan di kukus bersama santan dan disi sedikit garam. Nak sedap lagi isi daun pandan.
Ok.. Selamat berbuka puase.

hayati said...

Hari ni 1hb birthday Pah. Tak lupa juga pada 4 orang lagi kawan kita, Norliah 7hb, Roy 14hb, Juwita 23hb dan Maznah 28hb. Yg 10hb tu siape ye, atau Ali silap tengok kot.

basir said...

semuga selamat dan panjang umur kepada semua mak dara. Mungkin 10 sep bday Z kot.