بسم الله الرحمن الرحي م
السلام عليكم
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)
3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... . walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )
4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
7. sedekah pisang kat masjid......
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri. Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doalah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..
Ambil iktibar dari lampiran di bawah:
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabirradhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya .." (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi…Selalu kata tak sempatlah…apa lah…tapi buat benda-benda pelik banyak masa…esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak…lu buat orang so lu kena la plak…moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan…
(Moderator: TQ Yahaya. Jika ada yang kontraversi, hang jawab sendiri le)

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)
6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa
7. sedekah pisang kat masjid......
8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!) Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?" Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri. Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doalah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..
Ambil iktibar dari lampiran di bawah:
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabirradhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya .." (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi…Selalu kata tak sempatlah…apa lah…tapi buat benda-benda pelik banyak masa…esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak…lu buat orang so lu kena la plak…moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan…
(Moderator: TQ Yahaya. Jika ada yang kontraversi, hang jawab sendiri le)
6 comments:
Salam geng2 . Esuk hari yang ditunggu oleh umat Islam yang sudah berkumpul di Mekah untuk bergerak ke Arapah. Perjalanan penuh erti menuju ke perhimpunan yang Allah sudah mula uji sebelum ke hari penghitungan Padang Masyar.. Semua berpakaian putih seperti kapas bertaburan di bukit2 Arapah. Ia membezakan lawatan umrah ziarah, lawatan seluruh dunia , (selatan Thai} juga.. Ini adalah Wukuf menentukan Haji seseorang yang di tuntut sebagai Rukun Islam. Saya menyeru Rakan2 ku jangan leka sementara kita belum nyayok, belum di sorong dengan kerusi roda.. Jangan anak2 kita buatkan haji setelah kita mati...
anak anak adalah permata yang berharga buat ayah dan ibu.....ayah dan ibu sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak tapi.......anak-anak macam mana???adakah sama????kadang ada yang tahu dan sedar tapi....yang leka dan alpa???semoga kita menjadi ana-anak yang soleh....anak-anak yang menjadi salahsatu daripada 3 perkara yang dibawa oleh ibi bapa kita disana.....ma ridho Allahu illa fi redho walidaini......tidak Allah taala redho keatas hambanya melainkan hambanya itu di redhai kedua ibubapanya.....renung-renungkan
Syabas Anakku Luqman , namamu juga sudah cukup hebat. Bertuah ibu yang mengandongkan anak jika sudah menyedari peranan sebagai anak yang soleh dan soleha. Bagi Ibu bapa anak2 adalah anugerah Allah dan amanah menjaga dan mencorakkannya. Bagi anak pula tanggung jawap menjaga diri dan membalas jasa dan pergorbanan ibu sejak dari kecil lagi. Jangan biarkan ibu bapa bersalah kerana tidak dapat menunaikan tanggung jawap. Jangan sekali2 anakku menyalahkan ibu bapa apabila Allah sudah beri akal fikiran apabila dewasa. Sebaliknya anak yang saleh dapat mendoakan ibu bapa sejahtera dunia akhirat. Makcik masih ingat usrah dan kursus dengan ibu mu di Masjid Negeri Seremban. Sembah salam untuk shabat ku Norsiah.
Guru Yaya,
Kami cadangkan benda mcm ni diemail ke JAKIM,supaya adakan forum perdana utk bincang dan sbarkan pada kaum mukmin Malaysia.Mereka diJAKIM makan gaji buta,lepas tu panggil ustadz2 bukan UMNO bincangkan,baru betul.
Masalah Malaysia skrg ialah,kita ramai ustadz2 moralis dan rasionalis lagi hedonis yg dibenar keluar dlm TV.Yg lain2 digam tak bg tauliah.
Dulu kalau ada forum perdana,mat rempit pun terpaku tengok TV,skrg ni mreka tengok Nabil jer buat lawak.(ada gak nabil pelawak forum perdana,mcm sepupu dia jer).
Maaf,ampun.
Besok dah puasa tok!!!
Salam Dr Majezan, sekarang dunia IT tanpa sempadan Apa pun program tak kira sapa penganjornya tapi perlu tahu siapa pengucapnya dan aliran ilmunya. Blog yang murni boleh menyalurkan apa saja bahan yang berguna. Blog kita da cukup kuat untuk menyalurkan apa saja ilmu.. Yang salahnya blog di jadikan bahan untuk menfitnah, megorek rahsia, manjatuh dan memalukan sesama insan.. Bercakap benarlah apabila berbelog.. Blog ni santai dan bermoral. Kita sudah melepaskan tingkatan 6 paling rendah pun. Kita sudah melalui tahap kematangan. Lebih2 lagi semuanya sudah berusia setengah abad , sudah beranak dan bercucu.. Biar anak2 kita kalau ia terbaca blog ini ia menghargai usia kita. Luqman teruskan mengahantar komen2 mu. Biar makcik dan pacik teruja dalam dunia IT.
terima kasih makcik pakcik......
saya hanya menghantar sekadar apa yang saya tahu
masih muda dan perlukan bimbingan.....
jadi apa yang salah dan silap hendakya di teguri...agar tidak menjadi kesalan di belakang hari....makcik mastura saya akan sampaikan salam buat ibunda saya..salam
Post a Comment