Bukan mudah nak pekena Mazlan kita tu. Sejak Sabtu lalu dia call saya. Sengaja saya tak tak jawab. Dia mahu korek rahsia dari saya. Takkan mudah saya nak bagi opinion politik kepadanya. Kena nasi biryani dulu le. Ha ha.
Kerja Mazlan round satu Malaysia. Orang Jabatan Penerangan tentu kita tahu tugas rahsianya. Woo.
Dia memang tak reti masuk blog ini. Ha ha. Kalau orang Jabatan Penerangan tak leh memantau blog, macam mana nak tahu persepsi semasa rakyat negara ini. Wooo.
Saidina Ali mengatakan ajarlah anak kamu ilmu masa hadapan....
Kerja Mazlan round satu Malaysia. Orang Jabatan Penerangan tentu kita tahu tugas rahsianya. Woo.
Dia memang tak reti masuk blog ini. Ha ha. Kalau orang Jabatan Penerangan tak leh memantau blog, macam mana nak tahu persepsi semasa rakyat negara ini. Wooo.
Saidina Ali mengatakan ajarlah anak kamu ilmu masa hadapan....
34 comments:
Raya Haji ni aku nak masuk MLM,Melayu Lawat Melayu,iaitu lawat dan sampaikan daging qurban mana yg dapat khas kpd pesakit AIDS dan yg nazak.
Kpd kawan2 yg lain,elok kalau kit buat Qurban utk warga Mukmin daif Kemboja,rumah peliharaan nak yatim(bukan rumah ternak anak yatim),rumah orng tua(rumah buangan sisa hidup) e.g. di Cheng Melaka dsbg,se ala qadarnya.
Dulu ada org kaya2 import unta Australia buat qurban,skrg dah takda lg selepas dah dpt tau yg sembelih unta mcm tu,pahalanya sama mcm pahala sembelih ayam jer.
Jumaat hingga Ahad dalam sibuk saya sempat membawa 16 remaja f6 lelaki dan perempuan ke Port Dickson Sewa 2 banglo terpisah lelaki dan perempuan.. Saya mendengar kelohan mereka , tak siapa ibu bapa yang boleh mendengar kelohan hati seorang remaja.. Kalau kita dulu 78 tidak kah menjadi remaja sebelum tua? . Bila kita tua bangka tak pernah nak memenuhi kehendak dan perasaan mereka. Bila berlaku jambatan gantung putus tak mengangkat muka guru di persalahkan.. Siapa ibu bapa yang faham kehendak anak mereka? Alam indah ciptaan Allah di biarkan tidak di terokai dan hargai... Ayuh kawan2 ku yang seusia anak2 adalah anugerah Allah . Nabi pernah berkata bimbing anak2 bukan sama seperti kita di bimbing oleh ibu bapa kita. Ia berbeza. Raya Haji raya kita berkorban untuk semua perkara..
kawan ni orang teknikal tak berapa faham bunyi cerita macam sajak je kot.....hehehe
Kenapa gambar moderator blog ni dah x ade eh..agaknya tengah pilih gambar yang paling hensem utk gantikan gambar yang lama kot?..
Yag,
Jambatan gantung yg runtuh tu disebabkan tak di piling cerucuk,sbb kos beli cerucuk mahal.Lagi pun nak kena bayar rasuah dan CF approval.Itulah secara teknikal nya.
Ada bnyak tempat lg yg secara teknikalnya tak selamat sbb cincai buatannya,hehehe.Nampak gayanya,cikgu kena pastikan jambatan yg nak digunakan,dibuat dgn sempurna.
Jambatan Tamparuli lg kuat sbb ia adalah jambatan besi,maka bawalah murid2 kesana saja,selamat.
Mana pergi jurutera bertopi besi yang tak clear dengan piling jambatan gantung tu. Bila berlaku guru yang berkorban membawa anak2 murid ke kem tersebut.. Kalau berlaku jambatan gantung itu putus bila keluarga yang terlibat pula sapa nak di salahkan? Ibu bapa pun tak berani nak membawa anak2 ke kem2 siapa lagi kalau tidak guru Koko . akhirnya semuanya takut pada Alam Semesta ciptaan Allah.
Mas,
Kalau guru yg mati,barulah kerajaan ambil peduli,sbb guru adalah anak emas kerajaan.
Murid pula hanya anak kpd ibubapa sahaja.
Paling teruk mcm guru besar anak saya,asyik kegenting highland hadiri kursus dan seminar,tapi blurr.Kalau tanya apa2 ttg sekolah,jawapannya standard SRP.
Masalahnya,dia ni ber alma materkan Munshi gak.
Munshi78,thou simply the best.
Slm, DR Majezan, aku setuju ape yg kau komen. Dari Guru Besar, Guru Penolong kanan dan Guru-gurunya selalu dihantar berkursus, seminar dan mcm2 lagi. Elaun pulak mcm2 dia orang dapat termasuklah BISP 5% dan 10% untuk mengajar Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris. Aku tengok mengajar dalam bahasa Melayu jugak. Aku rase le pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan, baru le boleh skor markah cemerlang dlm Sains dan Matematik.
Untuk guru-guru Munshi yg mengajar tahun 6, semoga anak murid anda berjaya dalam UPSR yg akan dijangka keluar pada minggu depan.
jng marah, sekadar nak memeriahkan blog Munshi78
Kita jaga anak 2 orang pun dah tak sanggup kami ni menjaga 18OO orang wahai maznah dan Dr Majezan. Kalau murid berambut panjang dan perang siapa nak disalahkan? Tidak ke murid itu berasal dari rumah ibu bapa yang bertanggung jawap tapi guru juga yang bersalah. Guru selalu di pinggirkan dalam perkara kebajikan dan maruah profesyen kami.
Salam,
Mas Maznah tu saja nak provoke tengok apa komen cikgu2 bekas Munshi 1978 tapi keputusan cikgu Mas jugak yang balas provoke dia.Mana suara cikgu-cikgi yang lain.Tak apa kita ubah topik pulak Maznah dah tetapkan dating kita minggu depan ya sbb minggu ni biasale.... umur dah meningkat kena pergi overhaul.
Slm Mas,
Rambut panjang tak ape, janji cantik diurus,
Rambut perang kau jual shampoo noni,hitam le rambutnya,
Kau dapat untung, murid kau nampak bergaya,
Baru le apa yg kau ajar mudah diterima.
Ape2 pun semoga murid tingkatan 6 yg kau ajar berjaya dlm STPM nanti. Aku nak tanye kau ape beza PELAJARAN DAN PENDIDIKAN cuba kau komen dlm konteks pembelajaran masa kini.
Ini karya Razak Lajis(BUDAK LEMBAGA) masa dia form 2,
...Citacitaku
Sejak dari kecil lagi
...Mahu jadi guru
Bilang A jadi 1
...Sampai Z hingga 1000
Citacitaku
...Mahu jadi guru
Mahu mendidik anak bangsaku
...Bakti guru dikenang selalu.
Aku ingat sajak budak ni sbb aku nak juga rasa jadi cikgu mcm Cikgu Rashid,cuma ditolak UKM dari program pensyarah pelatih,tanpa analisis pun,kriteria pilih pensyarah pun blurr masa tu.
Ttg Mas pulak,aku kagum sbb dedikasinya sbg guru dan ibu yg dpt pula beri perhatian pd anaknya.Betapa sukarnya tanggungjawab,beliau saja yg tahu.
Masa f6 dulu saya benci sungguh kat cikgu kamisah{tapi bukan sekarang ye} Dia selalu pilih kasih pada muri perempuan , dia suka pendapat budak lelaki tapi saya terpaksa melawan arus, lagi dia tak suka lagi saya belajar bersungguh2 akhirnya paper dia saya dapat 1 . Moral from story hidup ini perlu flexsi.. Tak gitu DR Mazlan? kalau Razak lajis budak sains bercita2 jadi guru akhirnya menjadi jurutera, Saya yang menyampah cikgu sejarah menjadi guru sejarah sekarang. Saya berjanji tidak akan pilih kasih pada sesiapa pun.. Coretan guru kecil ..he he
Maksud saya Dr Majezan. Tersasul pulak. Saya puji Dr Majezan ni ingatannya kuat sepatutnya dia boleh jadi Syed Naguid Al Attas. Malu nak cakap masa saya f4 saya kelas sains Satu konon bercita2 nak jadi Dr jugak tapi.. Kun Faya kun Aku kata jadi jadilah dia.. Hehehe membawa budak sekolah je keja saya tapi bukan kat jambatan gantung..
Tak kira apa pun yang kita jadi, semuanya telah ditentukan. Kita semua ada peranan untuk menjadikan anak bangsa kita anak-anak yang soleh dan solehah. Mainkanlah peranan kita setakat yang kita terdaya. Yang penting janganlah salahkan cikgu... kalau murid rambutnya perang... sebabnya mandi air karat... so, salahkan kerajaan.
Kepada kekawan,jangan kita sesekali mengkritik cikgu kita, kerana apa yang ustaz beritau.. orang yang mengkritik gurunya.. akan cepat mati.. hatinya akan mati dahulu sebelum badannya mati.. wallahualam.
Ilmu dibahagi dua bahagian.
Ilmu pertama ialah ILMU PENGENALAN,berkenaan dgn Pencipta alam semesta dan hukum2nya.Ilmu ini tidak boleh dikritik sbb ianya pasti,tiada konjektur,haq ul yaqin.Argumennya bersifat naqal.
Ilmu kedua ialah ILMU PENGETAHUAN,yang dipelajari dari lahir hingga keliang lahat.Ilmu pengetahuan bersifat makhluk,jadi ia boleh dikritik sbb boleh timbul konjektur,keraguan,penemuan2 baru(bersifat hadits pengalaman hidup dsbg.Argumannya bersifat aqal.
Kesimpulannya ialah guru boleh dikritik sbb guru tidak maksum mcm rasul.
Kritik tak sama dgn kecam.
Kritik akan menghasilkan pengetahuan baru dan bertambahlah ilmu kpd guru tersebut.Guru akan jadi lebih pandai sbb bertambah ilmunya.
Ustadz yg mbk jumpa tu mungkin terkhilaf istilah.
Wallahualam.
Salam kawan2 bila musim haji ingatan saya sentisa kepada kaabah, arapah manusia putih seperti kapas memohon keampunan kepada Allah sewaktu ukuf.. Relatif pada ilmu pula, siapa yang ke mekah perlu ada ilmu supaya kita tahu amalan yang kita buat ada makna dan hikmahnya. Selesai saie dan tawaf kita disunat meminum air zam2. Antara doa yang saya hafal apabila minum air zam ialah "berilah aku ilmu yang manafaat, rezki yang meluas dan penawar segala penyakit". Begitu pentingnya ilmu, begitu pentingnya rezki yang murah dan berkat dan tidak ada penyakit yang tak boleh di ubat..dan keberkatan air untuk menyembuh penyakit.. Kesimpulannya Ilmu, Amal , Rezeki dan Ibadat perlu seimbang..
Terima kasih Dr. M atas pandangan, bagi saya, berdebat, berbahas dan bersoaljawab tentang ilmu tidak ada masalah.. kerana ini akan membuatkan otak dan minda kita 'berjoging'. Ini juga akan membukakan lagi minda kita, kerana minda kita ini kan ibarat 'parachute', .. yang hanya akan berfungsi bila terbuka. Saya cuma ingin menyampaikan mesej supaya disampai kepada anak-anak kita supaya hormatilah guru walaupun mereka mengajar kita sepatah perkataan.
Cuma mungkin istilahnya yang silap. Terima kasih kerana membetulkan...
Apa2 agama pun guru di tempat yang teratas selepas ibu bapa. Bagi agama Hindu yang saya pelajari guru berada di bawah taraf ibu bapa kerana ia perlu di ikuti. Guru bermakna orang yang menyampaikan pekara yang benar. Jika guru itu berdusta bereti ia juga gagal dan tidak perlu di ikuti. Brahmin adalah guru berhampiran dengan Tuhan. Begitu juga dengan Agama Islam Tok Guru adalah Ulamak yang perlu di contohi kata2 dan perbuatannya di ikuti. Saya bersetuju dengan Mansor walaupun istilahnya silap tetapi faktanya betul.. Saya bahagia menjadi guru kerana saya sentisa mengahargai orang lain dan saya juga sentisa di hargai.. Rohana tolong!!!Ada doktor nak serang kita.
Sahabat sekelian,
Seharusnyalah guru dihormati.Jika tiada guru tak tahu siapa kita sekarang. Insan yang tidak menjadi orang itu adalah kerana antaranya tidak mendengar kata guru dan tidak hormat guru.Jika ada kadang kala berita salah laku guru,itu adalah kes yang terpencil..kita harus sedar guru pun manusia jua.Contohnya berita se orang ustaz memukul seorang muridnya baru2 ni.Saya dapat bayangkan bagaimana geramnya ustaz tersebut semasa itu kerana saya juga pernah mengalami situasi di mana seorang murid saya terlalu kurang ajar,mencarut sesuka hati dan selalu bertindak liar. Puas saya menahan sabar. Malangnya ibu bapa mendapat anak begitu.Herannya ibu bapa murid itu menyebelahi anaknya bila dipanggil ke sekolah.Bagaimana anak ,begitu jugalah ibu bapanya.Sahabat2ku yang bukan guru tak tahu bagaimana guru2 sekarang saban hari berdepan dengan beribu murid di sekolah dengan pelbagai ragam.Walau bagaimanapun masih ramai juga anak2 yang cemerlang pelajaran dan sahsiahnya,sejuk perut ibu yang mengandung.Yang pasti selalunya murid yang cemerlang itu sangat hormat dan mendengar kata gurunya....
Slm, kwn2 ....kita semua ade tanggungjawab dalam kerjaya dan tugas kita walau ape pun jawatannya. Dari pegawai atasan, kerani, budak pejabat, kerja sendri semua ade peranannya. lps ni aku cuma baca blog aje, tak minat lagi nak bagi komen... ade pulak yg terasa hati.
Pokok Keladi, pokok Dedalu,
Tak kan sama pokok Rambutan,
Sampai sini aku berhenti dulu,
Salah silap harap maafkan,
Hai cc maznah jangan lah berkecil hati, saja suka2 untuk menenangkan hati. Maklumlah tak lama lagi kita nak bercuti.. Teruslah berblog , perpuisi, berpantun dan berresepi..
Anak tiong anak kedidi
Hingap mari atas perigi
Jangan lah cc berkecil hati
Kan kita da janji nak pergi PD
Salam geng2 perempuan, baru jap senah dari melaka teruja juga dengan plan kita. Pah dan Maznah bila nak meting tingkap? Rumah pah ada air terjun bole minum kopi kurang gula sambil meting. Kedai saya pun boleh , maznah bole bawa raga nasi lemak. Kalau tidak lepas meting boleh ke kedai mamak pekena teh 3 layer.. Senah da nak joint, Sara , Hanim, Norlidah sudah2 lah membelik rumah tu , jom kita berjumpa.. Tukang supir da ready.
Baguslah blog ni,
boleh mengasah minda kita.
Harap Mas.Mansor.Maznah,,Alidll teruskan menguja/stimulate minda supaya kita lambat tua.
Falsafah Pendidikan Islam sangat berbeda dari Falsafah Pendidikan Negara.
Dalam Falsafah Pendidikan Islam,matlamatnya ialah utk melahirkan individu mukmin yg akan menjana keluarga,masyarakat dan seterusnya negara kearah mentauhidkan Allah dan selamat dunia dan akhirat.Proses yg digunakan amat berbeza,iaitu memupuk kebolehaturan diri dan pekerti supaya faham dan akur akan kedudukannya katimbang Allah dan lain2 makhluk dari atas kebawah(meletakkan dirinya sesuai dgn kedudukannya.E.g aturan Allah,Rasul,Ibu,Ibu,Ibu,bapa,guru,DIRINYA,raja,wakil rakyat...dll.Jadi kedudukan guru dlm konsep pendidikan adalah masih dibawah ibubapa.
Dlm Falsafah Pendidikan Negara,matlamatnya ialah melahirkan masyarakat yang dpt membina dan memacu negara kearah kejayaan dan kemajuan.
Perana ugama disini alah bersifat budaya warna sbb falsafah yg digunapakai meletakkan semua agama adalah sama,berbentuk ekumenisma(ecumism) dgn menolak konsep eskatologi berbagai(plural eschatologism).
Kesimpulannya,falsafah pendidikan dinegara kita berada dlm keadaan kebingungan akibat ketolaktolakfaham kebenaran.Elemen penting pendidikan ialah guru-guru yg senantiasa menimba ilmu dan darjat guru semacam ini memang tidak dinafikan,tinggi.
Syabas kepada kawan2 kita yg memilih menjadi guru.
Yang pasti - Msia dok tumpu result exam yang cemerlang-bukannya melahirkan insan bertakwa. Sekolah tak risau pelajarnya tak solat.
Pendidikan bukan hanya untuk guru je. Segala yang berbentuk ilmu, perbuatan boleh di contohi ia boleh menjadi asas manusia sudah terdidik. Dr Majezan juga seorang pendidik secara tak lasung dalam bidang masing2. Jangan hanya guru saja boleh menjadi galas dalam pendidikan . Blog juga saluran untuk membantu pendidikan . Sesiapa saja penyumbang tak kira mengenai solat , exam , kerjaya dan sebagainya. Falsafah Pendidikan negara juga sma seperti Falsafah lain . Nilainya sama dengan apa yang kita tafsirkan sekular atau tidak bergantung kepada masayarakat.
Isu Pendidikan Negara ni klu dibahaskan tiada penghujungnye.... Cuma aku selalu fikir mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia ditukarkan kepada kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi aku Pendidikan dan Pelajaran jauh bezanya. Adekah cukup murid2 diberi pelajaran sahaja tanpa ade pendidikan.... ape2 pun selamat bercuti wahai guru2 khasnya guru Munshi 78. Maaf klu tersilap komen.
Salam Rakan Sejawat dan geng2 lain.. Pendidikan juga bermula dari Rumah. Letihnya kita orang guru nak ceta pasal pendidikan. Al kesah saya seorang Ajk PIBG (wakil guru) buat lah program Keibubapaan untuk memupuk kesdaran ibu bapa terhadap pendikan. Kami menjemput pakar motivasi yang hebat Elias Muda dan seorang frof India konon nakkan Satu Malaysia. Nak tau berapa orang ibu bapa yang datang? Tak sampai 2O orang dari 18OO orang murid. Lupakan! Mari kita berblog cerita lain.. Saya sms Ali, kata saya Blog kita da meriah. Ali jawap. Ramai yang Anon. Saya kata tak kesah yang suka bersembunyi itu rindunya mendalam dari kita yang terang ini... Ha ha Air mata gembira pula yang gugur pada Pc buruk tapi lajunya Strymix saya membalas...
mas,,, guru yg cemerlang tak pernah jemu dalam perjuangan PERGURUANNYA. Klu dah letih, kau boleh bercuti begitu lama mulai 21hb Nov hingga awal Januari tahun 2010, tapi dlm cuti klu guru dipanggil bertugas wajib hadir sbb gaji dibayar masa cuti sekolah...jika tak nak kena panggil masa cuti, kau kena siapkan semua tugas dengan baik, supaya kau and the geng happy bercuti DI Pord Dickson,
Terima kasih. Sapa yang nak faham masalah kita dalam usia 5O ni. Anak2? Suami? Saaudara mara? Sensitif kita sama ingin perhatian dan dihargai. Jom kita bertemu ketawa sepuas2nya, makan dengan kawan lama begitu nikmatnya, berborak gila2.. Pada yang nak join dialu alukan. Lelaki boleh datang sebagai tetamu.. Pah dan Maznah da ayat ke pak we masing2 untuk meninggalkan rumah, nanti tak masuk syurga kita..
PD kat mana? Manalah tau kalau terlajak nanti boleh jugak join sembang-sembang.
Cadangan awal Tiara Resort. Pah ada syer condo tu. Dasyat tak kawan2 kita. Terdekat ni kami nak mesyuarat tingkap dulu, hanya nak tunggu Pah yang sibuk memanjang mengira orang incomtax tak bayar hutang. Saya dan maznah on je, bila2 free. Pada yang nak joint untuk sembang2 kita akan ataurkan. Mansor kalau nak datang bawa cucur udang .. he he
pd maznah dan rakan sejawat...
Pelajaran adalah salah satu aspek pendidikan.Pendidikan amat luas,merangkumi konsep adab yg seterusnya menjadi abdul/abid/abdi kpd Allah dlm ilmu pendidikan pengenalan,dan menjadi manusia berguna kpd alamnya sendiri dlm ilmu pendidikan pengetahuan.
Kedua2nya ada pula ilmu pelajaran didalamnya,iaitu ilmu pelajaran pendidikan pengenalan,dan ilmu pelajaran pendidikan pengetahuan.
Bebudak yg belajar epistemologi dan ontologi pendidikan tiada masalah nak fahamkan.
Cuma negara kita tak nak gunakan falsafah ni sbb zaman dulu,thinktanks kementerian pendidikan dilantik dari kalangan pendidik,skrg dilantik dari kalangan ahli politik.
Dr Majezan,
Terima kasih diatas ulasan anda mengenai Isu Pendidikan dan Pelajaran. Anda memang berbakat besar dan punya idea yg begitu bernas dan mantap dlm semua segi iaitu perubatan, politik, isu2 semasa dll. Bagi kwn2 munshi yg lain, khasnya guru2 penuhkan masa anda dalam cuti sekolah ni dengan perkara2 yg berfaedah. SELAMAT BERCUTI
Post a Comment