TIPS MOTIVASI DARI YAHAYA GHANI -1

Jaga kesihatan - berhenti merokok ye










Periksa kesihatan berkala












Tenangkan fikiran dan relaxs sekejap









Mandi jangan tak mandi le







Jadilah diri sendiri dan berbangga dengan kemampuan diri sendiri










Jangan menunjuk-nunjuk atau alim kucing









Bekerja seikhlas hati











Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah


Ada lagi, hari Isnin saya saya posting ya. TQ Yahaya.

13 comments:

yag said...

Salam saudaraku Ali yg budiman...

Bila hang nak cerita pasal aku punya CNN - Hot chilli - khitan huk...huk...huk

mastura said...

Hai yahya dulu masa kat ukm kau belajar pakar buat bom kan? Kalau budak2 sains kajian nuklear lalu kami yang aliran sastera bukan main takut lagi. Kot2 meletop. Cubalah keluarkan gambar bom kot2 ada yang malas berblog muncul dengan ledakan nukeliar. He he heran saya mana juru nikah Imam Razak dan tukang2 urut dari melaka. Ali pernah mengutip pendapat para sahabat, kehilangan seorang sahabat sudah terlalu banyak.. Tapi pada saya perempuan tua yang sensitif ni 3 atau 4 orang sahabat ni da cukup untuk berjoging di blog ni.. Air mata bukan pengukur kasih lagi kau hantar boom je yahya..

Jebat said...

Ada kekawan kita nak tiru cra Z,saya terkejut juga bila ada kekawan kita kata si ??? nak masuk persatuan Z supaya ada kawan juga Z dalam persatuan baru.

Tun Tijah said...

Hai jebat sungguh derhaka kamu, persahabtan mu dengan Hang Tuah sudah cukup membuatkan kau mendrhaka kepada sultan tetapi nak mengandu domba Munshi 78 dengan cra Z . Ayat tentang berpersatuan itu perlu di faham dengan betul.Kalau tidak keluar lah ayat "Allah itu maha pengasih dan penyayang tetapi maha hebat seksaannya". Tak pasal2 ada yang kena bunuh...

mansor @ mbk said...

Maaf kerana mungkin keluar dari tajuk perbincangan.

Untuk renungan kekawan, disertakan sebuah puisi nukilan saudara Taufik Ismail untuk sama-sama kita hayati. Mungkin Mastura, Dr. M dan YAG serta kekawan lain boleh beri ulasan nanti...

Renungan dan Doa Untuk Bangsa

"Sebuah rumah sakit kedatangan seorang pasien pria,
Dari kartu penduduk ternyata 64 tahun umurnya,
....
Karena terbiasa suap menyuap terbentuklah ilusi,
Bahawa harta orang lain tak apa diambil menjadi milik sendiri,
Dan disuapkan ke mulut sendiri,
....
Rabbana,
Karuniakan kepada bangsa kami,
Kemampuan membedakan antara benang putih dan benang hitam,
Didalam hutan ditengah malam,
Kemampuan membedakan rezeki halal dan rezeki haram,
Sehingga akhlak bangsa menjadi cemerlang...."

mastura anak bongsu said...

Salam Mansor dan geng yang membaca blog usang ini,Tkasih kerana mengahantar puisi ini. Usia 64 dalam puisi ini teryata sudah hampir sebaya dengan kita. Bezanya kita masih ada masa lebih panjang sedikit untuk bertaubat..Dalam Islam kita mencari rezeki bukan mencari wang. Rezeki berbeza dengan wang kerana rezeki adalah subur. Bila ia subur ia perlu dibajai dengan baja yang baik, di usahakan dengan baik. Allah pula memberi kita akal yang membezakan kita dengan haiwan.. Bagi orang Islam yang baik Allah juga memberi nur kepada akal kepada sesiapa yang ia pilih dengan kehendak sendiri . Kalau akal yg Allah sudah sinari yang baik maka kehidupannya baik lah kalau ia memilihnya. Begitu lah sebaliknya. Rezeki yang halal dan haram dipilih oleh manusia. Allah juga bagi kita Usaha dan Tawakkal .. Tawakkal bererti doa yang dirangkap akhir itu.. Kalau individu sudah memilih yang halal secara tak lansung bangsa pun jadi cemerlang. Tak gitu Mansor? Puisi ini kalau dapa t dibaca oleh Rani dan diiringi oleh sipemain gitar Razak Kanapiah ia lebih puitis dan syahdu...

noorsir said...

Wahai sahabat sekelian.Ambillah ilmu dari apa saja yang kawan kita sampaikan.Baik dari Yahya,Mastura atau Mansor... atau Zek..Kalau dah molek jadikan lebih molek,jambu dan terus menawan..jangan pecah belah..sorri ye lama tak masuk blok..salam buat semua ,nampak ada perubahan baik..baguslah tu asalkan jangan bertingkah... sudah.. sampai jumpa lagi,,,

majezan said...

Emha Ainun Najib,sering membacakan doa/puisi Taufik Ismail ni,baik juga kalau bebudak sastra yg dpt menggarap kembali karya beliau.Taufik,sbg seorang eksistensialist pada pandangan saya sering mendahului zaman nya ,yang jarang2 dapat ditandingi poet/puitis/pemuitis negara kita katimbang ilmiah beliau yg lebih bersifat akademia.
Semoga karya beliau dapat bolos dalam kolej mu hai Sang Kasim yg arif.

pembaca syair perahu said...

masturah,
dlm Islam rezki memang tak payah dicari,memang dah dianugerah Allah,tertulis bila janin dlm kandungan ibu mulai usia 4 bulan.
Dlm Islam,rezki secupak tak kan menjadi segantang,adalah benar.

mastura said...

pembaca puisi perahu yang pemalu, memang benar rezeki sudah ditentukan kepada insan yang di lahirkan tetapi bentuk, banyak dan cara mana rezeki itu ditentukan oleh umat itu sendiri. Rezeki secupak tak jadi segantang hanya perpatah melayu yang takut kepada riak dan takbur. Pepatah ini sering melegakan orang melayu supaya tidak mencari rezeki yang lebih dan bertawakal sedangkan kita boleh berusaha lebih dari sepatutnya sehingga kita boleh berzakat. Berzakat bereti memberi lebihan dari pendapatan yang sepatutnya.. Sinonim pula dengan "tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah". dan perpatah lain berusaha lah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi.. T. Kasih keran respon pada pendapat saya.

ct nuur said...

Makna rezeki ni luas, bukan dlm bentuk wang ringgit sahaja.

Kesihatan yg baik pun rezeki,
Anak2 yg sihat dan mendengar kata2 ibubapa pun rezeki
Kejayaan yg kita perolehi pun rezeki
Ape2 jugak kebaikan yg tuhan bagi pada kita semuanye rezeki.

Kita semua kena usaha..... baca puisi dibawah:

PETANG HARI MAIN LAYANG-LAYANG,
HAMPIR SENJA BARU BALIK,
YANG PIPIH TAK KAN DATANG MELAYANG,
YANG BULAT TAK AKAN DATANG BERGOLEK,

mastura bachik said...

ct nuur, jiwa yang tenang juga satu rezeki. Jangan lupa bila kita mendapat rezeki kesyukuran perlu kita panjat kepada Allah contohnya kita Solat Syukur 2 rakaat. Hikmahnya ialah sepaya Allah akan tambah dan luaskan rezeki kita. Allah selalu bertanya kita"Nikmat apa yang kamu tidak syukuri?"Allamdullilah Blog kita da mula meriah! Rindu saya terubat dengan rakan yang jauh tapi dekat di PC .. Tak tercapai tangan... hati kita disatukan dalam tulisan. Blog ini adalah Muara Pertemuan.. Semua hati, perasaan, kata-kata tersimpul ikatan persahabatan yang kekal..

ct nuur said...

Kita asyik cerita psl pendidikan dan isu2 semasa yg kadang2 tak perlu kita fikir. Adakah pernah terlintas di hati kita ada dikalangan kwn2 kita yg memerlukan bantuan... dari segi kewangan apabila mereka dilanda musibah dengan tiba2. Kdg2 kwn2 yg boleh kita anggap seperti saudara lebih memahami masalah kita, boleh membantu dalam urusan ini. Aku harap jika ade kalangan kwn2 kita memerlukan sesuatu pertolongan bantulah dengan seadanya. Banyak pahala yg kita dapat jika dapat melapangkan insan yg dalam kesusahan. Coretan hidup manusia tak siapa yg dapat menduga samada dlm susah atau senang.