KERJA LEBIH DARI UPAH YANG DIBAYAR

Dah tak ada kerja ini, saya membaca buku motivasi yang anak saya beli. Lebih kurang macam buku yang saya baca ketika mula-mula masuk kerja kerajaan dahulu. Syok juga. Teringat zaman lama - bagaimana nak memotivasikan diri sendiri, sehingga terlajak - letak jawatan dan bertanding di pilihan raya 1995. Ha ha.

Antara nasihat penting sang motivasi ialah - buatlah kerja lebih melebehi upah yang kita terima. Insyaallah akan ada balasannya di kemudian hari. Sebenarnya kata-kata motivasi ini selaras dengan Islam. Setiap kerja kita akan dicatat oleh Allah, diganjari bila sampai masa kita memerlukannya. Tak semestinya ganjaran itu kepada kita secara langsung. Mungkin kepada anak kita.

Saya ada seorang kawan di Gemencheh, tak sempat tamat SPM kerana kematian ayah ibu ketika beliau berumur 16 tahun. Beliau bekerja untuk parti sepenuh masa. Beliau banyak habiskan masa untuk parti dan hanya sedikt masa untuk mencari rezeki menampung hidup. Alhamdulillah, ada sahaja rezekinya menampung hidup.

Walaupun beliau berusaha berniaga sendiri bermacam-macam tetapi tak menjadi. Kekadang menjadi bahan lelucuan kami pula. Bila saya renungkan kehidupannya kini, ada sesuatu yang Allah anugerahkan kepada kawan saya ini. Anak-anak beliau memang baik dalam soal akhlak dan kesemua anaknya cemerlang dalam pelajaran. Ada yang telah graduan dan bekerja. Agaknya rezeki beliau disalurkan melalui anak-anaknya. Wallahu a'lam

14 comments:

fantasia para u gentile hombre said...

Menyesal ker letak jawatan?
Masa kau bertanding,aku kerja diBrunei,jadi takleh nk bg undi pada parti kau,lg pun aku condong pd parti PKM;adik Shamsiah lak jiran aku.
Bila Pak Mat nak pi Betong,teringat kisah lama,,,,,inilah suara revolusi malaya!!!!!!!!

Sahara said...

Jiwa Orang Yang Bahagia.
orang yang bahagia itu akan selalu meluangkan masanya untuk:
-Membaca kerana membaca itu sumber hikmah
-Tertawa kerana ketawa itu muziknya jiwa
-Berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan
-Beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan
-Bersenda kerana bersenda itu akan membuatkannya muda selalu
-Beribadatkerana beribadat itu ialah ibu untuk segala ketenangan jiwa.
di riwayatkan Is'adul-Mar'ah, Dr. "Aidh bin Abdullah al-Qarni
dari buku Tebitan Telaga Biru -bagus isi kandungannya tapi tajuk tak sama isinya.

ALI MAIDIN said...

Saat bahagia ialah kita tidur ketika orang pi keja. Ha ha

majize said...

Saat bahagia ialah bila kita pindah dudok Kelantan tahun depan sbb kerajaan negeri dpt royalti minyak.Menteri Besar pulak tak paandai tipu dan curi duit negeri(bodoh rasuah),jadi mewahlah rakyat.Bila negeri ada bnyk duit,maka kita jadi bahagialah,sekian!

sahara said...

Betul wang adalah segala-galanya ,tapi segala-galanyanya bukan hanya wang.

mastura said...

Saat bahagia ialah bila kita tidor setelah penat berkeja dan membantu orang lain bahagia. Awas tido banyak tu meningkatkan kadar gula... Jangan suruh isteri suruh buat pilihan untuk hospital Tawakkal atau GH.. He he

Sahara said...

Salam, masa jumpa Rosnah Md Isa kat Kelana Jaya katanya dia bahagia baca blok bukan melahirkan catitan. Hei kawan kasihanlah Pak Ali dan Dr M, Cikgu Mastura dan sape lagi yg banyak beri kita ilmu hanya dihujung jari. Jadi carilah masa sikit berkongsi ilmu . Akhirnya banyak yg kita tak tau orang boleh bagi tau. Itukan boleh mecipta bahagia dan jgn kasi meke yg tak keje gomen banyak tidoook.Tapi kok Pak Ali tidook sama fikir tak tau juga.

kashaful mahjub said...

Pak Ali ni kasyaf jer,tak yah mimpi dlm tidor untok tulis blog.

luqman yusof said...

salam
p pakcik....
ader jer orang yang nak wat kejer sikit tapi nak wang yang banyak.........

luqman yusof said...

indah hidup dalam keberkatan...
segalanya dipermudah tuhan
selagi Islam jadi pedoman
hidup di rahmati tuhan

seksa dalam kesenangan
sesat dalam kebatilan
jika Islam di belakangkan
hidup di murkai tuhan....

asrar said...

Org Islam masuk neraka.
Org Mukmin jer yg masuk syurga.

mastura said...

Wahai anak2 ku yang baru berblog , indahnya bahasa mu.. Uncle dan untie semua da nyanyok dan banyak penyakit luar dan dalam.. Thanx kerana meraikan blog orang2 tua ni.. Teruskan menghantar komen pada pak cik dan macik yang baru nak sedar diri. He he maznah dah menyepi dari resepi2 mautnya. Yati da tak bayar bil strymix kot.. he he Hasnah kilang komputernya da tutup.. Pah tangan da kebas menaip lap top...Aku je mehgadap blog ni , cikgu kalau tak berkata2 sehari tumpul ilmu...

luqman yusof said...

terima kasih banyak untie mastura yer.....
sekadar aper yang ader jer.......tapi masih perlukan bimbingan orang lamer.....

mbk said...

Kita masih bertuah, kerana masih ramai orang-orang baik yang ada didunia. Kalau tidak, kita tidak akan dapat berkongsi ilmu melalui internet dan blog. Oleh itu, jadilah sebahagian dari orang-orang yang baik dengan menyumbang melalui blog sepertimana rakan-rakan munshi78 e.g. Ali, Dr.M (bukan dr Mahathir), YAG, Mas, Sahara dan lain-lain. Yang tidur tu, sila bangun, untuk berjogging minda melalui blog ini....