MANSOR KE GUNUNG KINABALU?

Jika Yahaya sibuk memancing udang, rakan kita Mansor Kassim orang kuat IPGM sedang bekerja keras mempersiapkan sekumpulan pelajarnya untuk mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Disember ini. Tarikhnya saya terlupa. Tak tahu pula, adakah Mansor ikut sama atau tidak.

Eloklah mendaki gunung Kinabalu tu supaya selamat dari banjir. Ha ha.

Kita harap Mansor selamat pi dan balik. Jangan tersesat dan tercedera. Dan jangan lupa bawa kopi dan rokok daun untuk pemanas badan. Wooo.

Dan siap sedialah kita untuk hadir ke majlis kahwin seorang lagi sahabat kita. Nampaknya kini musim sambut menantu. Siapa agaknya?



15 comments:

Karim said...

Saya dengar cerita Sahari Md.Jelas tak lama lagi nak terima menantu,mugkin awal tahun depan agaknya.Bolehlah orang KL turun ramai-ramai.Tok Ali boleh tolong angkat air dalam guni.Dr M bolih bawa ubat takut tok Ali makan gula banyak nanti.Z dan Jaamat boleh bawa beras bagi makan cukup orang KL tu biar dia orang teringat nak datang Melaka Negeri yang maju 2010.

ALI MAIDIN said...

Karim boleh bawa saki baki tembakau LTN ye. ha ha

mansor@mbk said...

Insyaallah, saya dan, beberapa orang rakan dan srikandi2 ippm akan mengharungi cabaran Kinabalu dari 4 hingga 8 Disember 09. Doakan kejayaan kami. Kepada rakan-rakan yang turut menyumbang, terima kasih diucapkan. Kalau boleh nak julang banner para sponsor tinggi2, menunjukkan betapa tingginya penghargaan kami kepada dermawan sekelian. Kepada Mastura dan rakan-rakan, maaf tak dapat join meeting kau orang kat PD pada 6 Dis nanti. Walaubagaimanapun saya mendoakan keselamatan dan kelancaran program yang telah dirancang. Kepada yang lain-lain selamat bercuti dan selamat makan kenduri.

basir said...

Hai Mansur sahabat separuh abad. Mengikut rekod lebih 5000 warga emas khususnya dari Eropah dan Jepun/Korea dah berjaya panjat gunung tu. Orang Sabah jangan kira lah mereka tu pikul tong gas ke puncak dua kali sehari sebagai pendapatan tetap.Ini tips sebelum mendaki.

Tentukan mental dan fizikal dlm keadaan terbaik.
Bawa beg galas yang sederhana berisi makanan ringan dan air, sedikit ubatan asas, insect repelen ,baju hujan yang nipis/ringan, lampu picit,kamera nipis, pakai kasut sukan yang berkualiti dan ringan serta baju tebal.
Jangan risau pasal makanan sebab kamu akan berhenti/tidur sebentar pertengahan (Labanrata).Disitu ada kantin dan banyak makanan dijual.
Jam 3 -4 pagi kamu akan memulakan perjalanan kepuncak.Hati2 kamu akan lalui lereng2 batu yang curam/licin. Kalau cuaca baik antara jam 0600-0630 kamu akan dapat lihat cahaya matahari terbit dan bandar Kota Kinabalu boleh dilihat dari puncak Kinabalu.Disini kamu akan merasa kebesaran Ilahi dan gembira yang tak terkata.
Selamat berjaya Hai kawan 50an .Aku dah naik 4 kali sejak tahun 1983.Sekadar memberi panduan dan semangat.

ALI MAIDIN said...

Mansor, dengar dan ikut nasihat Lft Kolonel tu. Pak Hitam Afrika pun tabik dengan dia. wooo.selamat berjaya. Aku harap sangat kau orang semua selamat. Amin Ya allah..

mastura bachik said...

Saya suka gak panjat bukit2 rendah2 je Gunung Jerai, Kaki gunung Ledang, Berkela di Pahang, Latar kijang, Bukit Maxwell Larut. Ali jangan sangkat geng2 munshi hanya dalam dewan je.. Mansor teruskan usaha mendaki dan mengembara menikmati keajaiban Allah.. Saya teringat kata2 Nabi Barangsiapa yang suka menziarah dan mengembara Allah akan panjang kan usianya. Maknanya semakin kita lihat nikmat dan kehidahan ciptaan Tuhan semakin tak puas kita mengembara.
Geng2 perempuan terkilan tak dapat bersama mengeteh dan menikamati cucur udang bersama Mansor. Selamat mengembara...

mansor said...

Terima kasih atas nasihat dan tips dari rakan-rakan. Semoga segala perancangan berjalan lancar.

mastura said...

Mansor jangan lupa kutip periok kera. Orang Masjid Tanah suka periok kera buat ketupat pulut dalam daun periok kera tu. Raya Haji baru ini kenalan kakak saya menghantar pulut tu sedapnya. Bila saya bawa budak2 kelab kembara sekolah saya suka pergi ke puncak kerana di sana ada kolam air panas dan baik untuk kesihatan.. Selamat berjuang..

mansor said...

Hari ini 1.12.2009 hingga 3.12.2009 terpaksa menghadiri meeting di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang, KL. 4.12.2009 hingga 8.12.2009 pulak akan ke KK bagi menghadapi cabaran Kinabalu. Terpaksalah tinggalkan rumah dan orangnya sekali. Nak buat macamana, tugas dan amanah... Kadang-kadang bila fikir-fikir, sesekali elok jugak tinggalkan orang sebelah tu... betul tak Mas. Tadi ada jugak kontek Ali... tapi biasalah Tuan LensaPR kita sentiasa sibuk. Dah dekat pukul 6.30 ptg pun masih lagi handle meeting.

hayati said...

Mas, si Mansor tu sebenarnya seronok bila outstation, buat2lah cakap terpaksa tinggalkan org rumah sebab keja. Lainlah kita org perempuan, kalau boleh taknak outstation. Tapi program hujung minggu ni, Insyaallah saya dtg, dah dapat kebenaran bermalam diluar. Cuma si Senah je tak dpt kontek, hp tak jwb, tel opis pun tak jwb. Dah email kat dia, lagi tak jwb, tahun depan kot baru dia buka email.

mastura said...

Salam , Mansor dan Basir, isteri da di tinggalkan jangan ambik kesempatan pulak.. He he Iman kena kuat jugak walaupun jaket tebal hoi. Berhati2 musim hujan ni semuanya luar dugaan. Saya pernah naik puncak Larut balik ada tanah runtuh trpaksa bergelut dengan lumpur 7km . Pengalaman itu semua menjadikan kita tabah. Yati jangan tak jadi ke PD , saya akan bawa periok serbaguna saya.. Menu baik punya!. Senah tu tengah dok memujuk suami dia ..

basir said...

Aku gi pulau Kapalai/Sipadan ni satu family le keculai anak lelaki aku tak mahu ikut. Insyallah tahun depan hajat Pak Ali ke pulau2 ini akan ku uruskan.Sesekali kita santai melihat laut yang membiru,bersih dan deruan ombak ciptaan ALLAH.

mastura said...

Sorilah Basir ingatkan pergi bertugas jumpa Mak Hitam. He he Eloklah tu kalau bole re union tahun depan atau perjumpaan tahun depan kita buat kat tempat ada ombak2.. Dah tak larat duduk dalam dewan banquet.. Kematu ponggong. Santai2 . Rasa kurang pulak Basir tak sama kat PD .. Kita orang nak buat Lamb cop lah...Tak main sambal2 tumis. Mak dara ni nak resipi westd Pah siapkau punya spgeeti, saya bawa makroni tau...

noorsir said...

Hai bang Mansor.. sejuk-sejuk ni( musim monsun)
daki juga gunung kinabalu.Wa tabiklu.Teringin juga nak ikut tapi bab daki aku dah pencen.Ingat rain kot. bawalah.kalau hujan tak sejuk sangat tapi tak apa kalau minum kopi tok ali atau kopi jantan.Semoga sukses....

Sharifah Nuri said...

Mas,
Sarah pun dah confirm ikut kita dari KL.Dia kata kita gi majlis jamie dulu pas tu dia ikut kita ke PD.Jd campur tolak dah ada lima orang.Macam mana dengan program Ali jd ke pergi Kg Gelam atau Norsiah ada di Klang.Mas pastikan makoroni kau tu siap dgn kuahnya nanti nak makan macam mana.Spageti jgn susah hati ditanggung beres.Yati nanti bawak serunding ngan nasi impit.Jawabnya tak bersaunale kita sebaliknya kelah makan biar Lensa PR terlior.