Saya ke Afrika Selatan dua kali. Kali pertama pada 1997 kerana menghadiri seminar anjuran akhbar Crescent International. Sempat ke Cape Town, melihat dua laut bertemu dan makan kambing bakar dijamu oleh rakan-rakan dakwah di sana. Saya juga sempat berjumpa dengan seorang tua keturunan Melayu yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
Yang saya kagum ialah kebersihan dan keindahan kawasan taman perumahan mereka. Dan tambah mengkagumkan saya ialah kawasan perkuburan muslimnya begitu bersih dan ibarat taman bunga. Kalau dibandingkan dengan kubur di Batang Melaka, jauh sekali perbezaannya.
Apabila saya mendengar ceramah sesiapa yang menceritakan kemunduran Afrika Selatan, tentu orang tu tak dapat fakta sebenarnya kerana Afrika Selatan adalah pengeluar emas terbesar dunia. Negaranya kaya tetapi kes apartheid telah memburukkan nama Afrika Selatan.
Jika ada kesempatan lawatlah Cape Town - satu tempat yang indah, melihat laut dari kaki bukit sepanjang jalan. Jangan ada yang nyanyi hindustan sudahlah. Wooo.

3 comments:
Episod Terkenang ni dituju khas buat Mastura kerana kwn yang berjaya menghidupkan blog Munshi 78.
M - MANISNYA PERTEMUAN 10 MEI
A - AKAN KU INGAT SEHINGGA KINI
S - SAAT BERJUMPA HANYA ALLAH YG TAHU
T - TITISAN AIR MATA JATUH BERDERAI
U - UNTUNG ADE SAHABAT YG DATANG MEMUJUK
R - RASA LEGA RESAH DI JIWA
A - ANTARA KITA INSYALLAH DAPAT BERJUMPA LAGI
untuk makluman MUNSHI ABDULLAH 1978 Cikgu RASID akan ke Mekah pada 16.11.09
Wahai rakan sejawat siapa gerangan , saya nak menitis air mata ni ... Terharu saya bila ada yang menghargai komen2 saya.. Saya pernah berbincang dengan Ali tentang sukarnya nak mengumpul kawan untuk reunion. Ali mencabar kalau ada 5O baru boleh buat.. Allah memberi kekuatan dengan segala rahmatnya.. kita berjumpa dengan kehendaknya. Bila kita sudah bermula lukanya hati jika ia tidak bertetusan. Berblog lah dengan rasa iklas kerana persahatan. T kasih wahai rakan sejawat.. Cikgu Rashid sahutlah panggilan Tuhan yang ia sudah tau siapa yang akan di pilihnya. Pada rakan yang bercita-cita ke sana tidak ada satu alasan pun untuk menemui Tuhan jika kita sudah memulakannya. Letakkan keutamaan menunaikan haji di atas yang lain akan selesailah..
Post a Comment