YB DATUK MAT SIRAT KE MEKAH

YB Datuk Mat Sirat Abu akan berangkat ke Mekah menunaikan fardhu haji pada 18hb November jam 7 pagi. Beliau akan berada di Kelana Jaya pada jam 3 pagi. Sesiapa yang nak hantar sambal ikan bilis dipersilakan.

Kita doakan beliau selamat pergi dan balik, sihat walafiat sehingga berjaya mendapat haji yang mabrur. Amin.

15 comments:

mastura said...

Selamat berangkat Wahai Dato. Sampaikan salam kepada Rasul.. Serulah rakan2 kita ke sana. Penghujung kehidupan dan bermula keinsafan tak dapat digambarkan kecuali empunya diri ke sana. Nabi Ibrahim pernah berdoa agar Kaabah sentisa di kunjungi dengan apa cara sekali pun. Apabila urusan kita dengan Allah selesai akan
selesaikan masalah kita di dunia.. InsyaAllah.

ltc bba said...

Maznah Asnawi ( CC ) plse provide special sambal bilis to supply for a month. Do not forget 3 x canned milk Alpha Lipid. We all pray 4 Dato Mat Sirat and families safe and secure to go n back.

maznah said...

Slm, ngape le kwn2 kita suka guna nama samaran. Guna le nama sebenor, seronok rasanye. Itu le sbb saya dah tak berapa minat nak berblog...Jadi le diri kita sendiri, tak kan dah umor 50 tahun masih tak ada keyakinan diri.
Maaf le ye klu kata2 saya menyentuh perasaan.
Pada kwn2 yg bakal ke Mekah, selamat dlm semua urusan. Semoga di permudahkah. Saya pun dapat calon menunggu tahun ni, tapi belum diizinkan. Insyallah.. tahun hadapan

sojar sg besi said...

Jangan mareh CC nanti kena jual atau cepat tua. Saje2 buat tukar angin bahasa. Mastura je yang melawan sebab dah nak cuti sekolah kot. Mansur Kasim pun samarkan diri MBK. Cuma Ct noor aku tak tahu siapa sampai sekarang. Bba tu basir bin amit, ltc tu kau cari sendiri, kan aku ni sojar. Aku sekali lagi mohon maaf niat aku hanya untuk terus menceriakan blog ini supaya kawan2 yang dah lama membisu bangun kembali. Macam biasa nanti kau kirim alpha lipid pd aku. Mungkin awal tahun depan aku berpindah lagi off berdekatan JJ.

maznah said...

Sojar Basir.. dah berapa kali kau pindah.... bila le nak ajak kami makan kat villa Kem Sg Besi tu. Susah2 kau order aje sop tulang kat Desa Tasik tu, mee nya kau sediakan, jimat masa dan tenaga. Atau pun mee dan ramuan2nya aku, Mas dan Che Pah boleh sponsor. Pak Ali menu lain, khas utk dia akan disedia oleh Bba.

Anonymous said...

SALAM SEJAHTERA BUAT TEMAN2.
MAAF BEGITU LAMA MENYEPI KERANA KEKANGAN TANGGNGJAWAB YANG TAK BERKESUDAHAN NAMUN AMANAH TERPAKSA DIDAHULUKAN.SAYA SENANTISA MENRINDUI KALIAN.SETIAP HARI JIKA ADA KESEMPATAN PASTI BLOG INI AKAN SAYA BACA.CORETAN ANDA BEGITU MEMBANGGAKAN DARI MEMBICARAKAN ISU YANG REMEH-TEMEH HINGGA ISU-ISU GLOBAL BEGITU INTELEKTUAL.MASTURA SETIAP KALI KAMU MEMBERI PANDANGAN TERSERLAH KEINTELEKTUALAN ANDA SAYA SANGAT BANGGA ADA KAWAN SEPERTI INI.

mastura said...

Siapa ni? Pengalaman hidup menjadi kita matang dan berilmu. Saya seorang guru je . Setiap hari saya melayani manusia. Ilmu kena di manafaatkan. Ali banyak mengajar saya.. Saya banyak belajar falsafah dari dia. Bila kita berumor 5O ni baru sensitifnya kita bila anak2 meninggi suara, kawan2 tak menyapa... Saya melangok di blog ni kot2 ada sajak2 maut di muara, pantun gila2, resepi makcik2.. Apa lagi yang kita harap dari blog ni? kita semua da bersetuju kita adalah diri yang dulu seperti 78..

maznah said...

Slm, betul kate2 mu Mas, dulu masa kita remaja selalu kita kata pada mak, sikit2 nak merajuk, tapi bila kita dah usia sebegini..sensitifnya lagi teruk. Sabar je le.

Pasal kau nak pantau, aku beri...

Md Jadi, apa dah jadi,
Sehingga kini menyepi diri,
Pucuk betik, pucuk keladi,
Nanti aku berblog lagi,

Cantek sungguh rumah Cik Tipah,
Dekat dengan rumah cik Tini,
Pertemuan kita dng Che Pah,
Di Jaya Jusco Balakong Jumaat ini,

Minta maaf tak jemput Pak Ali,
Sebab nak baca khutbah jumaat ini,
Klu geng perempuan nak join sekali,
Jln lupe sms atau phone kami.

wassalam.

mastura said...

Anak punai anak merbah,
Terbang tinggi buat sarang
Program kita jangan berubah
Tak pasal2 kena serang.

maznah said...

Slm, Mas....

Program kita mungkin berubah,
Kita tukar ke tarikh lain,
Memang dah dijangka akan berubah,
Cik Pah ade program lain.

Lepas Isnin hari Selasa,
Hari Ahad pergi berkelah,
Lebih cantik, lebih selesa,
Kita tunda masa cuti sekolah,

Sharifah Nuri said...

Amboi Cik Nah oi melejeh air lior teman dengor seloka mike kalau tak tau bahasa ni tanya pak Usop dia boleh translate.
Teman mewakili mak dara era 50an menjemput maknye maknye yang baca blog keprogram kami di JJ Balakong tempatnya teman baru nak survey hari Ahad ni takut koma tunggu teman tak tiba minggu depan.Agendanya CC dgn Cikgu yamg lebih arif.

Anonymous said...

cikgu RASID pun akan ke Mekah pada 16.11.09

mastura said...

Pada mak2 dara yang membaca blog ni kami bertiga
akan berbincang program masa cuti panjang yang santai je . tujuan nya nak relise tension supaya semua yang berkadar bahaya akan turun sperti kadar gula, kalestrol, darah turun naik..Dr Majezan tolong bagi idea.. Sesiapa yang nak joint boleh hubungi pah, maznah atau saya.. Kita akan bok baglo or condo .. Makan2,borak2, aktiviti kecil2an . Tempat dekat2 dan pasti tak sesat.. Tunggu. Memang tak de paksaan pun...

majezan said...

Aik!!!!Aku jadi mak dara?

mastura said...

Ala minta pendapat apa program untuk mak dara yang da terlebih gula, lemak, darah tinggi dan rendah..Dr Majezan kan pakar dalam kesihatan...he he