SELAMAT TINGGAL SYAWAL

Bulan Syawal dah habis. Kalau nak berjamu juga lagi - carilah sebab lain pula. Jangan kerana tambah cawangan sudah le. Mengamuk geng pompuan nanti. Ha ha.

Kurang lebih tinggal 70 hari lagi berakhir 2009. Tentu banyak agenda yang perlu dihabiskan. Eloklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

Kini masuk musim haji. Kenduri haji pula kita. Makan lagi. Hantam saja le...


4 comments:

mastura said...

Yang da mersa dok kat hospital tu berhati-hati lah itu warning kecil dari Allah. Jangan ada isu mengeteh lagi . Minum banyak air zam2 kalu boleh penawar segala penyakit. Kesabaran isteri, anak, sahabat menziarahi kat hospital itu juga satu ujian.. Saya dah 24 tahun menjaga anak yang berpenyakit Thalesimia setiap bulan ke hospital masuk darah . Saya bersyukur saya tak serentak sakit.. Hari tu saya berbuka di Wad bersama anak saya.. Ali baru 7hari dan gelisah tak dapat teh dan bereani gam .. Allah tau pada siapa yang Dia uji.

majezan said...

Jarang-jarang kita dengar pesakit Thallasaemia melewati usia duapuluhan dan kadang-kadang saja mereka berdikari.
Pastinya,kes ini mendapat jagaan ibubapa yg baik,semoga dianugerahi pahala setiap hari.

sahara said...

DR M, saya juga ada anak saudara pesakit Thallasemia yg sudah melewati usia 24 tahun spt Mas .Zahirnya masih nampak sihat, dah great dan berkerja Alhamdullillah ,tapi masih masuk darah. Adik perempuannya 21 tahun juga bagitu.Tapi badannya tak berapa naik.

mastura said...

Dr Majezan. Dr Jamal tau penyakit anak saya . Dia merawat anak saya sejak kecil sehingga 24 tahun. Semasa di Ukm kita sama dengan Dr Jamal dan Dato Dr Makmor dari Melaka. Dr Jamal dah dr pakar sekarang. Saya berulang alik ke Hospital Besar Kl pas tu berpindah pula ke Hukm sehingga lah sekarang. Hospital da jadi rumah ke dua anak saya. Suami saya berkerja sendiri sekarang kerana mudah berurusan. Saya tak pernah menganggap penyakit itu untuk saya bersedih dan putus asa. Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Malahan ujian Allah terhadap wang ringgit lebih hebat dari dugaan penyakit.