Salam, uncle2 dan auntie2 semua.. ni Fatimah yg menulis..
Abah pesan, beberapa hari ni moderator berehat dari mengupdate blog. Abah sekarang di HKL Wad 26. Doakan supaya abah segera sembuh dapatlah kembali jarinya menari di atas keyboard ni lagi untuk tatapan semua..
Terima Kasih.
-Fatimah-
20 comments:
SAYA DOAKAN AGAR CEPAT SEMBUH DAN SABAR LAH HADAPI SEMUA INI ..SETIAP SESUATU YG BERLAKU ,ADA HIKMAHNYA...W SALAM
Aku dah lawat Ali, Dia ok.Dr kata dia ada septicaemia (kuman dalam darah)akibat jangkitan luka dikakinya.Bukan jangkitan H1N1. Ali kata bagus juga sesekali admited sbb di bayar cukai RM 5000 setahun utk perubatan dan dah tua2tua ni dapat diurut oleh B1N1.. Kemungkinan dia di wad 3-5 hari. Sme2 kita doakan dia cepat sembuh
Aku dah tel dr yg menjaga si ALI,OK dia setakat ni.
Kurangkan contact utk elak kuman masuk kebadan dia,sbb pelawat biasa bawak bnyk kuman,nanti dia akan cpt sembuh bila kuman dlm badanya tiada lg.
Lepas discharge nanti aku belanja dia makan tairu di TAIRU BAR,ada sijil KKM,baik punyer
jgn lupe belanje anak die sekali :)
tq uncle basir for the term 'septicaemia'. puas saya fikir ape maksud kuman dalam darah. sebut septicaemia, faham lah saya. hehe..
dulu belajar lab tak blajar bahasa pasar. tu yang abah marah bila sains tak di ajar dalam b.melayu.
Salam , Rohaya kalau ada kesempatan lawatlah lah kau kan kerja di HKL dan boleh tolong apa yang perllu. Sesekali Allah memang nak uji kita samada sanggup terima dugaannya. Tapi syukur setelah dia dapat mengurskan Arwah ibunya.
Salam, thari tadi saya dah lawat Ali. Nampak dia lemah sikit saya nak pastikan kenapa nampak dia lemah. Ali kata sbb pagi tadi tak dapat kopi O... Dia pesan sapa2 kawan teh tarik yg datang tolong bawa teh tarik `kau 1 cup besar' dan Md. jadi pula ada kt wad pesan suruh tlg bawakan Nasi briyani gum special utk Ali... sampaikan pesanan..........
amboi macam2 nak..
makin naik la gula dalam darah..
Asslmkm Ali , Sabarlah menerima dugaan dari Allah Yang Maha Kaya.Bagi mereka yang bersabar ganjaran di "sana" amat besar. Saya doakan U cepat sembuh. U x ada blog kita tak bermaya.Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri". Kalau dah sembuh nanti jemputlah beraya di rumah saya.Begitu juga kepada semua member MA78.
Saya dan keluarga berdoa kepada allah semuga saudara Ali akan cepat sembuh.Saya harap Dr Md Jizan selalu lah pantau saudara Ali.Jangkitan kuman pekara biasa HKL ramai pakar yang boleh membantu.Inilah nekmat merdeka banyak kemudahan dan keistimewaan yang kita dapat.Terima kaseh kepada Tuan Bashir kerana cepat SMS perkara ini kepada kekawan .Selamat Hari Raya Maaf dari saya & Keluarga.Orang yang sakit adalah orang yang di Sayangi Allah.
terima kasih kerana sudi melawat abah. :)
doa dari semua membantu penyembuhan.
Dr Majezan ... Ali kata demam nya on n of . Kalau ikut kata orang tua2 le.. kalau deman camtu, rindu namanya . Maklum le Ali kan baru kehilangan orang yang paling disayanginya. Tapi kalau dari segi perubatan moden rasanya Dr ..boleh tengok2kan
Salam,
Saya dpt sms Bashir dan terkejut juga bila dengar moderator kita masuk wad,tp ujian Allah siapa yang tau.Kalau sampai esok Ali masih kat wad saya dengan Sara kenale cari beriani gam dan teh tarik lepas gi rumah Ida baru ke HKL.Nanti kempunan pulak member.Itu perancangan awal tak taulah perancangan akhir.Moga cepat sembuh nanti kita semua boleh berpakat raya rumah Ana,Hanim dan Sara.Selepas bulan raya pun tak pe yang penting ziarah menziarahi.Mas kenapa silent aje?
Jaga kesihatan tu jangan merepek nak makan macam-macam.Bila baik nanti gajah pun boleh disembelih.
Slm, anakanda Fatimah,
Apa khabar abah, moga cepat sembuh dan sihat. Bila agaknya abah akan keluar dari hospital. Sampaikan salam auntie maznah sekeluarga kepadanya.
salam buat pakcik ali....syafaka Allah.....mudahan disembuhkan penyakit tersebut dan dapat berbakti pada masyarakat dan bangsa.....mak doakan pakcik cepat sembuh...
Salam , Esok saya akan ke Perlis urusan kerja dan balik pada hari Jumaat. Insyallah saya akan ke Rumah Terbuka Metro Cuma tolong beri alamatnya pula . Apa pun saya harap ramai kekawan yg sudi datang terutama namanya Sudi haaa. Semuga Sdra Ali cepat sembuh dan dpt datang sama Insyallah.
Sahabat2 semua Saudara Mat Aris Bakar sekali lagi menjemput semua bekas penuntut MUNSHI 78 ke majlis Rumah terbuka METRO DRIVING DI Puchong. Katanya seramai 2500 jemputan untuk majlis tersebut dan 300 dikhaskan kepada sahabat2 Munshi semua mulai jam 1300 hingga 1500 di METRO DRIVING LOT 3579 JALAN MERANTI, JALAN AKADEMI, PULAU MERANTI 47120 PUCHONG.Tel Metro Driving 03 80618989 tel Mat Aris Bakar 0196626866
Salam anakanda Fatimah. Apa khabar ayah? Masih belum keluar lagi ke ? Apa2 pun auntie doakan semuanya baik2.Kalau pergi melawat ayah sampaikan salam auntie.Sabarlah dengan segala dugaan dan semoga cepat sembuh.
by : fatimah
abah dah berpindah wad. sekarang di wad 8, tingkat 3. masih belum boleh keluar. naik bosan kat wad tu agaknya.
duduk lama-lama kat hospital, dari sakit fizikal, boleh jadi sakit psikologi sebab letih dgn aura sakit kat keliling.
terima kasih atas doa semua ya.
Post a Comment