Dihadapan saya penuh pelbagai ubat moden dan herba/alternatif. Ramai kawan, maka banyaklah ubat yang disyorkan makan. Ha ha. Ini belum termasuk yang Maznah, Mastura dan Rohana suruh makan lagi. Esok ada pula kawan nak bawa garam buluh ajaib pulak. Susu yang Dr Majezan bagi pun saya tak larat makan. Manisnya. Ha ha.
Di era banyaknya syarikat MLM ini, pelbagai produk yang dijual. Semuannya ada testomoni yang hebat-hebat.
Di era banyaknya syarikat MLM ini, pelbagai produk yang dijual. Semuannya ada testomoni yang hebat-hebat.
Saya memang kaki makan ubat alternatif. Kekadang tak tahu mana satu ubat yang berkesan. Yang penting jangan ada jari atau kaki saya kena potong dek kencing manis. Setakat ini jika terluka, ianya baik. Ketika di hospital minggu lalu, pemeriksaan menunjukkan jantung, darah tinggi dan buah pinggang saya ok. Mata dah mula terang semula. Pada 2 hari terakhir bulan Ramadan lalu, saya balun cendul, terus kabur mata dibuatnya. Padan muka. Taubat dah.
Katanya orang barat buat pemeriksaan kesihatan sebulan sekali. Kita nak periksa setahun sekali pun payah kan.
Setakat ini yang saya lihat, Basir cukup jaga makan minum. Payah dia nak menyentuh teh tarik. Mana nak umphh berborak kalau tak pekena teh. Kaki rokok macam kekawan kita tu, memang syok dengan teh tarik. Ikut masing-masinglah ye. Kalau minum bersama Z dan dia isap udang garam, saya pun tumbang sekali. Tetapi jika ada geng pompuan, saya warak bukan main. Woo.
Katanya orang barat buat pemeriksaan kesihatan sebulan sekali. Kita nak periksa setahun sekali pun payah kan.
Setakat ini yang saya lihat, Basir cukup jaga makan minum. Payah dia nak menyentuh teh tarik. Mana nak umphh berborak kalau tak pekena teh. Kaki rokok macam kekawan kita tu, memang syok dengan teh tarik. Ikut masing-masinglah ye. Kalau minum bersama Z dan dia isap udang garam, saya pun tumbang sekali. Tetapi jika ada geng pompuan, saya warak bukan main. Woo.
4 comments:
Kalau da bertaubat tu eloklah. Kaki kena potong tak pe lagi, kalau jari dan tangan kena potong sapa pula nak menguruskan blog ni... Tak kan nak menaip pakai kaki pulak. Jangan mengeteh je , minumlah macam orang Arab Mekah, jus limau, mangga or air kosong.. Kaki tu kena sentiasa bersih, kencing manis memang suka kaki..He he
Salam , Pak Ali
Saya nak kongsi idea yg saya dengar di IKIM, yg mencadangkan kita kena pakai RATU. Fikir punya fikir rupanya singkatan kpd Perkataan RAWATAN TANPA UBAT iaitu dengan zikir, solat malam ,berbuat baik dan berfikiran positif.
Salah tafsir rawatan perubatan.
Rawatan cara nabi adalah rawatan tradisional badwi.Nabi menggunakan qaedah tersebut sbb belum ada lagi konsep penyelidikan saitifik dizamannya.Rawatan perubatan moden, dipelopor oleh Ibn Sina(Ahli falsafah yg terpaksa menjadi bapa perubatan moden sbb kurangnya ahli2 yg berfikiran kritis dizamannya,beliau juga panglima perang),diperkayakan dari sistem rawatan Galen(Jalinus),India,Parsi dan semenanjung Arab.
Sistem Ibnu Sina berbentuk rawatan yg menggunapakai aspek Biologikal,Psikologikal dan Sosial,dan di gunakan sejak abad 10 hingga sekarang.Cuma yg menjadi masalahnya,selepas zaman pertengahan(madieval)abad ke16,sistem perubatan eropah mula menolak konsep ketuhanan dlm perubatan; menjadi asas perubatan masyarakat Eropah,menjadikan org Islam terikut2 dgn sentimen mereka sampai sekarang.Org Islam lupa yg perkataan Moden ITUPUN SEBENARNYA BERASAL DARI MADAIN,MADINAH,MADYAN.
Jadinya,sbg org Islam,kita wajib berbangga bahawa sistem perubatan moden itu sebanarbenarnya ialah sistem perubatan Islam dgn menggunakan 3 aspek bio,psiko,sosial.
Rawatan tanpa ubat,saperti zikir,solat,berbuat baik dan berfikiran positif,itu cuma menggunakan 1 sahaja aspek perubatan Islam. yang moden sbb perbuatan2 itu hanya termasuk dlm aspek psikologikal,dgn meninggalkan 2 aspek lain,iaitu biologikal dan sosial,dan ini menjadikan ianya sbg anasir (diservis) dan misnomer kepada konsep perubatan islam yg moden itu.
WallahuAlam. Islam
Biar apa pun yang pasti Tok Ali hendak baik saperti sediakala.Kalau rasa ubat tu bagus makanlah.Rawatan Doktor itu penting, Dr Majizan banyak pengalaman tentang pesakit ambilah nasihat beliau.Rawatan tradisional pun jangan lupa tapi utamakan rawatan sains saperti kata Dr Majizan.Bagi saya yang utama ialah petua.Bangun pagi ambil segelas air masak menghadap matahari terbit dan selawat 3x dan minum satu nafas disamping berdoa untuk baikkan segala penyakit.Sekian terima kasih.
Post a Comment