KAWANKU OFFICE BOY

Tahun 1986 saya dipindahkan 24 jam ke Ibu pejabat JPK Kuala Lumpur dari Jitra, Kedah.

Seronok bertugas di Ibu Pejabat JPK kerana ramai pegawai besar dan staf sokongan di sini. Saya pun suka berkawan dengan beberapa orang budak pejabat. Bila saya berbual dengan mereka, perlahan-perlahan saya masuk jarum dan menghasut mereka - buatlah niaga kecil-kecilan dan jika berjaya, eloklah berhenti kerja kerajaan. Entah macam mana ada seorang budak pejabat tu memonteng kerja dan terus berhenti. Ha ha. Namanya M.

M mulakan kerja mengedar biskut Shah. Hanya biskut Shah sahaja biskut kering Melayu pada masa itu. Lepas itu M buat kilang baulu dan kek pisang. Ada 20 orang pekerjanya. Beliau letih membuat kerja pemasaran. Pelan-pelan beliau buat rumah sewa pula diatas tapak tanah milik ibunya di Greenwood dan Kg Sg Ara, Damansara. Rumah sewanya berkos rendah, maka kadar sewa rumah sewanya agak murah - antara RM 200-300 sahaja. Kini beliau telah ada 200 buah rumah sewa. Pendapatannya antara 20ke 30 ribu sebulan, mengalahkan pendapatan kita. Ha ha.

Setiap kali saya berjumpa dengan M dan bersembang dengan kawan-kawan lain, maka beliau akan mengulangi ayat - En Alilah yang mengahasut saya berhenti kerja kerajaan dahulu. Dan setiap kali kami berjumpa, cepat cepat beliau belanja saya. Dia kata - cukuplah En Ali belanja saya ketika di JPK dahulu. Ha ha.

3 comments:

mastura said...

Salam geng2 semua, Maznah dah berpindah ke sekolah baru dengan kenaikan pangkat sebagai CC . Patutlah senyap tengah kira duit tunggakan, bila pulak nak belanja? Sambal ikan bilis dan asam pedas dah tak berbau lagi dalam blog ni... He he Pah bila nak jalankan projek kita nak berehat sesama pompuan? Ali tak payah hairan nasib kawan tu.. Hidup akan rasa bahagia bila kita nak kita dapat nikmatinya.Kekayaan adalah milik Allah sahaja...

syarabul asyiqin said...

Bgus cerita Ali tu,kalau boleh kena juga kita kurangkan beban negara nak bayar gaji berikutan dgn jumlah kakitangan awam yg paling tinggi didunia katimbang perkapita negara.
Bila ramai org berhenti kerja,maka cita2 1Malaysia akan tercapai,iaitu tinggal 1 org saja yg kita kena bayar gaji.

Sahara said...

Salam, pagi tadi semasa menghantar saudara untuk berangkat menunaikan rukun ke5 di Kelana Jaya berjumpa Rosnah Md Isa bersama suaminya juga menghantar kakaknya. Beliau kirim salam pada semua. Katanya dia baca blog cuma belum ada masa nak lahirkan katanya di blog ,sibuk.