MINDA MELAYU SINGAPURA

Saya membelek akhbar bahasa Melayu Singapura, Berita Minggu pada Ahad lalu. Tajuk besar muka hadapan tentunya menggambarkan prioriti Ketua Pengarangnya. Tajuk utamanya ialah - PASAR GEYLANG - SYURGA PENGEMIS. Tak ada langsung isu politik dan ekonomi orang Melayu Singapura di muka hadapan akhbar ini.

Kena melawat Singapura lagi nampaknya supaya tahu apa main stream minda Melayu di sana. Nampaknya Datuk Muhammad Taib kena hidupkan semula gagasan Melayu Nusantara semula.



TV SINGAPURA

Ahad lalu, saya makan tengahari di rumah sahabat lama saya di Singapura. Sambil tu menonton TV Singapura stesyen Melayu. Siarannya diselang seli dengan rancangan drama dan nyanyian. Saya pun bertanya - adakah ini sahaja rancangan berbahasa Melayu di TV Singapura. Jawapannya ialah YA.

Apa komen anda?

46 HADIR

Alhamdulillah sehingga hari ini, 46 orang telah mengesahkan kehadiran di Pengkalan Balak pada 15 Mei nanti. Jika mengambilkira suami, isteri dan anak - mungkin lebih 60 orang yang hadir agaknya. Ada beberapa orang tak nyatakan samada datang dengan suami/isteri atau tidak. Ramai yang tak bermalam nampaknya.

Bagi sesiapa yang telah menempah bilik, eloklah dibuat bayaran penuh kepada Mansur supaya beliau bereskan bayarannya.

Insyaallah program kita akan dimulakan pada jam 8.30 malam dengan sedikit bacaan tahlil, doa arwah dan doa selamat. Lepas tu makan BBQ. Satu hari nanti kita akan berqasidah istighfar pula. Pelan-pelan le.

Sambil makan, sesiapa nak berucap dibenarkan selama 5 minit seorang seramai 6 orang. Lepas tu acara bebas.

Elok juga bawa tikar lebar, supaya pada pagi 16hb boleh dibentangkan di tepi pantai untuk kita berbual panjang sambil makan kacang kuda yang akan dibawa oleh Karim. Dr Majezan akan bawa muruku katanya. Ha ha.

Yang sedihnya Mokhtar dan Sahara tak boleh hadir program ini kerana ada urusan rasmi lain.

Ok, jumpa di sana.

ZIARAH MASTURA SEBENTAR

Petang semalam saya dan isteri, Sharifah Nuri dan suaminya menziarahi Mastura di rumahnya di Kajang.

Alhamdulillah, walaupun Mastura masih dalam kesedihan tetapi sudah boleh bercerita dengan baik. Banyaklah flashback kesah Mastura dan arwah suaminya sejak 3 bulan terdahulu yang semacam memberi isyarat yang pepisahan abadi ini akan berlaku.

Arwah suami Mastura meninggal jam 7.35 pagi Ahad lalu bersamaan dengan masa kematian ayahnya, jam 7.35 pagi beberapa tahun lalu. Arwah suami Mastura dikebumikan bersebelahan pusara ayahnya sendiri di Kuala Sg Baru. Suatu kebetulan yang ditentukan oleh Alllah jua.

Maznah pun nak menziarahi semalam juga tetapi tak berkesampaian kerana kena menjemput anaknya di IKBN.

Petang ini saya ke JB. Esok masuk Singapura. Isnin ke Tg Pial, Pontian. Petang Isnin balik KL. Jumpa semula Selasa.

YANG BERMALAM DI D' NELAYAN, PENGKALAN BALAK

Berikut nama yang bermalam di D'Nelayan, Pengkalan Balak pada 15 Mei nanti.

  1. Ali dan isteri- Teratak Desa
  2. Darussalam dan isteri - Teratak Desa
  3. Basir dan isteri - Teratak Kayu
  4. Rosnah Md Isa dan suami - Teratak Kayu
  5. Hayati dan keluarga - Bilik Superior
  6. Shaari berkongsi dengan Md Jadi - Bilik Standard.
  7. Mastura berkongsi dengan Sharifah Nuri- Bilik Standard
  8. Dr Majezan dan isteri - Bilik Standard
  9. Karim Harun dan keluarga - Bilik Superior
  10. Zolkapli Yunus dan isteri - bilik Standard
  11. Juwita Hassan dan Hasnah Mohd - Bilik Superior
  12. Jamilah Jamiaan dan suami - Bilik Superior
  13. Mohd Amin dan keluarga-Bilik Superior
  14. Marhamah Ab Rahim - berkongsi dengan Juwita
  15. Yahya Ab Ghan dan isteri i - Bilik Standard
  16. Razak Husin - Bilik Superior
  17. Jaamat dan isteri - Bilik Standard
Yang tertinggal namanya sila hubungi Mansor.

(Foto istimewa Zakaria dan Mokhtar di dalam Masjid Lubuk Redan pada Ahad lalu).

46 SAH HADIR PERJUMPAAN DI PENGKALAN BALAK

Sehingga hari ini, mereka yang telah mengesahkan kehadiran dengan menempah bilik penginapan adalah seperti berikut:

1. Ali dan isteri- Teratak Desa
2. Darussalam dan isteri - Teratak Desa
3. Basir dan isteri - Teratak Kayu
4. Rosnah Md Isa dan suami - Teratak Kayu
5. Hayati dan keluarga - Bilik Superior
6 Shaari berkongsi dengan Md Jadi (7) - Bilik Standard.
8. Mastura berkongsi dengan Sharifah Nuri(9) - Bilik Standard
10. Maznah Asnawi - tanpa bilik
11. Maimunah - tanpa bilik
12. Dr Majezan dan isteri - tempah sendiri
13. Mansor Kassim - tak tau - samada tidur sini ke balik rumahnya.
14. Karim Harun - tempah sendiri Bilik Superior
15. YB Dato Mat Sirat Abu
16. Mat Aris Bakar - tidur chalet lain
17 Rani Embi- setakat ini ok, tak mau comfirm bilik.
18. Suhdi - akan jadi setinggan dengan sapa-sapa
19. Zolkapli Yunus - bilik Standard
20.Norsir - datang tanpa bermalam
21. Aziz Mat Yasin- datang tanpa bermalam
22. Juwita Hassan dan Hasnah Mohd (23) - Bilik Superior
24. Zakaria Osman - Bilik Standard
25. Hamidah Daud dan suami - tanpa bilik
28. Mokhtar Salleh - tanpa bilik
29. Yaakob Othman - tak bermalam
30. Jamilah Jamiaan dan suami - Bilik Superior
31. Zaini Samani - ada tempat free.
32. Mohd Amin -Bilik Superior
33. Kamarudin Arshad - tak bermalam
34. Johari Mohd - tak bermalam
35. Yahaya Ab Ghani - bermalam
36. Mohd Razak Kanapiah - tak bermalam
37. Razak Husin - Bilik Superior
38. Mohd Han - tak bermalam
40. Maria Ibrahim - tak bermalam
41. Marhamah Abd Rahim - bermalam - sama bilik dng Juwita
42. Norlida Baba - tak bermalam.
43. Jaamat dan isteri - Bilik Standard
44. Khatijah Kassim - tak bermalam
45. Razali Baharum - tak bermalam
46. Yusuf Che Mat - tak bermalam

SAHKAN SEBELUM JUMAAT INI

Tarikh terakhir pengesahan kehadiran perjumpaan tahunan kita ialah pada Jumaat ini kerana Mansor nak comfirmkan dengan pihak chalet pada Sabtu ini. Yang komfirm chalet direct pun akan dimasukkan dalam list Munshi 78 juga.

Setakat ini saya dan Mat Aris akan sponsor makan malam. Minum pagi belum ada sponsor lagi. Jika tak ada sponsor, maka kos minum pagi RM 8.00 seorang. Kira makan beratlah tu, boleh menampung perut sehingga tengahari. Ha ha.

Harapnya semua dapat hadir sebelum maghrib. Jika suasana sesuai, kita buat majlis tahlil ringkas. Itu pun jika Imam Besar Mohd Razak Kanapiah tak menguzurkan diri. Namun, imam lama, Zolkaply tetap ada. Nak bertahlil, sambil berdiri pun boleh kan...

Saya tak follow up sesiapa pun tentang progam ini. Memadai dengan blog ini dan sms pukal yang saya kirimkan awal dahulu. Dah tua-tua ini, malas nak memaksa. Sendiri kena ingatlah ya. Jangan pula ada yang kata, mengapa tak bagi tau lak. Bagi kawan yang sentiasa menyepi diri, insyallah saya akan menziarahi tuan apabila mahu disolatkan, membaca doa terakhir. Maaf.

Kalau tak tau tempat D'Nelayan ini, tanya terus ke Mansor. Jangan tanya saya, wajib tambah sesat lagi. Ha ha.

Ok jumpa pada 15hb Mei.

TIDAK MUDAH SEPERTI BERKATA....

Memang payah saya nak berkata-kata untuk menyabarkan sahabat wanita Munshi yang kematian orang tercinta. Dah dua kali saya mengalaminya. Pertama ketika Juwita kehilangan Tajuddin. Semalam Mastura pula. Memang longlai habis tenaga kedua-dua insan ini apabila melalui peristiwa ini. Air mata tak habis-habis mengalir setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan yang datang menziarahi.

Bak kata isteri saya semalam semasa perjalanan balik - "Dengan ibu ayah pun kita hidup sebumbung sekadar 20 tahun sahaja. Tetapi sebagai suami isteri kita hidup lebih lama lagi - mengharungi kapal kehidupan bersama, pahit manis dan suka duka lebih dari 20 tahun lagi."

Hayati pun pernah menceritakan kesah pemergian anaknya pada 1996. Dia "berjumpa" dengan anaknya semula di hadapan kaabah ketika menunaikan umrah. Hayati bertafakur dan berjaya "berkembara minda" berjumpa dan berbicara dengan anaknya di hadapan kaabah. Perjumpaan antara dua "roh" antara Hayati dan anaknya memberi kepuasan kepada Hayati selepas ia sedar semula dari tafakur dan kembara mindanya itu.

Dalam sebuah buku yang saya baca "Makna Kematian," mencatatkan bahawa dailog kita masih boleh didengar oleh roh yang telah pergi. Maka teruslah memberi motivasi yang baik-baik dan berdoa kepada arwah yang telah yang meninggalkan kita. Moga kita berjumpa mereka dalam mimpi indah kita sebelum kita berjumpa di alam kekal nanti.

Saya rasa Juwita menulis comment atas nama 'pujuk-pujuk hati' yang mencatat antara lain: "Tutupilah kesedihan dari teman2, Kerana diantara mereka ada yang senang dengan penderitaan mu". Memang benar statement itu. Lantaran itulah Rasullullah berpesan supaya kita berhati-hati dengan mukmin yang hasad. Dan berdoa supaya kita jangan menjadi pendengki kepada orang lain.

Ya, seperti kata Juwita - mudah berkata sabarlah kepada sahabat kita tetapi kita juga belum tentu kuat bersabar apabila mengharungi peristiwa ini.

Hanya ingatan saya kepada semua sahabat sepertimana saya ucapkan di rumah Sharifah pada tahun lalu bahwa hubungan kita dengan roh yang telah pergi terus bersambung. Maka ingatlah akan mereka dengan menziarahi tanah pusaranyanya, memberi salam kepadanya dan berdoa untuknya.

Ini pesanan khas Juwita kepada Mas atau sesiapa sahaja yang melalui peristiwa ini:

Jika diri mu dilanda kesusahan,
Bisikkanlah harapan yang
menjanjikan kepadanya.

Tutupilah kesedihan dari teman2,
Kerana diantara mereka ada yang
senang dengan penderitaan mu.

Buangkan fikiran buruk terhadap
sesuatu, kerana hal ini akan
membuat yang bersangkutan akan
mati sebelum waktu.

Kecemasan tidak selamanya
mengongkong seseorang,
sebagaimana kegembiraan pun
tidak selamanya menghias diri.

Andai kata jiwa tidak menyalahi
'akal, nescaya terasa tidak
jernih kehidupan ini bagi
orang2 yang BERWASPADA..

SUAMI MASTURA KEMBALI KE RAHMATULLAH

Al Fatihah. Dari Allah kita datang, kepada dia jua kita kembali. Suami Mastura, Tuan Hj Abu Bakar meninggal dunia pada jam 7.30 pagi tadi.

Jenazah beliau dijangka di bawa ke rumah kampongnya di Kuala Sg Baru, Melaka.

Rumah Mastura di Kajang ialah No 8, Jalan Maju 1/5, Taman Maju 1, Sg Jelok, Kajang.

ESOK JAM 5 DI KAJANG

Esok petang jam 5 saya akan ke Hospital Kajang. Sahara pun ada. Kabarnya Mansor pun nak datang juga. Maznah mungkin datang tengahari.

Sesiapa nak datang eloklah time ini. Anda boleh jamak solat dahulu. Ikutlah Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq. Ha ha. Tapi kalau nak bertengkar bab ini, buat apa sahaja yang sedang anda amalkan. Pokoknya solat!!!!!

RAMAI DI JALANAN

Ramai kekawan Munshi di tengah jalan minggu ini. Semalam Hayati dan Sahara di JB. Mazlan di Perlis. Masing-masing ada tugas rasmi. Dr Majezan pula ke Tg Malim, cari projek apa tak tau.

Hari ini Zakaria Osman dan ASP Adam ada di Tronoh, Perak menghantarnya anak masing-masing masuk Universiti Petronas.

Petang ini - Karim, Jaamat, Juwita dan Mokhtar ke Kajang melawat suami Mastura. Selepas balik dari Hospital Kajang, mereka di jamu dengan Sate Kajang oleh Sharifah Nuri di rumahnya di Sg Ramal. Baik punya kawan tu. Kalau tak, orang Melaka balik dengan berlapar.... Maznah pun datang meramaikan makan sate tu. Maznah sentiasa mengupdate berita suami Mastura. Sesiapa nak berita, tanya Maznah direct, tak payah menggusarkan Mastura.

Begitulah kehidupan...

MOGA SEGERA PULIH

Sebenarnya suami Mastura, Hj Abu Bakar terpaksa dirawat di wad ICU sejak Ahad lalu. Walaupun tiada kesan fizikal yang teruk akibat jatuh dari motor, tetapi ada kesan terhadap sistem saraf otaknya.

Hj Bakar dibantu dengan oksigen sejak Ahad lalu. Sehingga pagi ini, menurut Maznah, Hj Bakar mungkin sedikit pulih dan tidak memerlukan sokongan oksigen lagi. Kemungkinan akan ditempatkan di wad biasa pula. Sumber rasmi dari hospital masih ditunggu. Lazimnya Dr Majezan yang call direct ke Hospital Kajang.

Saya, Dr Majezan dan Basir sempat menziarah pada Isnin malam lalu. Maznah dan Sharifah pula pada petang Isnin lalu.

Mari kita doa bersama agar suami Mastura segera pulih sedia kala.

SUAMI MASTURA DI HOSPITAL KAJANG

Tengahari semalam saya merancang makan mee bandung special di sebuah restoran berhampiran pejabat saya di Jalan Pahang, KL. Dijangkakan Mastura, Sharifah Nuri,Maznah, Basir, Sahara dan Dr Majezan akan hadir.

Tiba-tiba pada pagi Ahad semalam, suami Mastura kemalangan, terjatuh motor berhampiran di rumahnya. Pemeriksaan dan rawatan lanjut dilakukan di Hospital Kajang dan di HKL. Kini berehat di Hospital Kajang. Setakat ini dilapurkan tiadalah kes berat, hanya kesan luka sedikit di lehernya sahaja. Walau bagaimanapun suami Mastura perlu di beri perhatian oleh pihak hospital.

Maka yang dapat hadir hanya Dr Majezan dan isteri serta Sahara, suami dan anaknya. Basir pula tersangkut di program perkahwinan anak saudaranya di Selayang.

Marilah kita doakan agar suami Mastura, Tuan Hj Bakar segera sihat kembali.

JALAN JANGAN TAK JALAN

Dunia ini satu perjalanan. Perjalanan ke akhirat atau perjalanan dalam dunia ini sahaja.

Yang Melaka pi KL Yang KL pi Melaka. Yang KL pula pi utara. Sahara merayau kat Seremban dan Tampin sejak semalam hingga hari ini. Sempat dia menjengah kilang mee Juwita. Entah berapa kilo mee dibawa balik agaknya. Ha ha. Si Zakaria Osman pula dah ada KL pada hari ini sampai esok. Bolehlah saya mengeteh dengannya pada malam ini sambil menuntut beberapa petua dari dia. Wooo.

Shamsudin Yusof secara senyap sudah pi Penang beberapa minggu lalu dan sempat mengeteh dengan Razak Husin. Tak patut depa berdua tak bagitau saya sehinggalah saya berborak dengan Razak semalam dalam talipon. Saya risau akan Razak tu di negeri orang. Entah makan ke tidak. Entah seorang ke dah berdua di sana. Ha ha.


JOM MINUM KOPI DENGAN RAZAK HUSIN

Razak Husin ikut sunnah Mazlan Ahmad, membujang di tempat kerja. Isteri dan anak tetap tinggal di rumah asal di Serdang, Selangor. Ha ha. Kalau Razak, setiap petang Jumaat atau pagi Sabtu dah cabut ke Serdang. Hal Mazlan tak taulah kerana beliau selalu out station.

Kalau sesiapa nak minum kopi dengan Razak di Airport Penang, kosnya RM 53 sahaja. Tempah tiket sebulan dari sekarang. Barulah berlagak sikit, bak kata Mastura - pi Penang untuk secawan kopi sahaja dan merayau sekejap di Pantai Feringgi.

Jika ada geng nak pi, jom kita jalan-jalan ke Penang. Kita dera Razak, jangan bagi dia balik Serdang pada hujung minggu untuk bawa kita jalan jalan di Penang. Ha ha.

TAWARAN MENANGKAP MAZLAN

Antara kawan kita yang tak dapat hadir pada reunion tahun lalu ialah Darussalam (6 Sains), Ishak Omar (6 Sastera 1) dan Mazlan Ahmad (6 Sastera 1)

Darussalam dah janji nak datang kali ini di Pengkalan Balak. Siapa boleh pujuk dan heret Mazlan Ahmad ke program kita pada 15hb Mei nanti, kira hebatlah.Bukan mudah nak tangkap Mazlan kerana tugas beliau sentiasa di luar KL. Bukan sahaja di Semenanjung tetapi sampai ke Sabah dan Sarawak. Kalau Mazlan hadir kali ini, kita minta beliau berucap dan bercerita panjang hal ehwal kehidupannya yang "membujang" di KL selama ini. Ha ha.

Tawaran 10 ribu dinar kepada sesiapa yang dapat mengheret Mazlan ke Pengkalan Balak pada 15 Mei nanti.

Mazlan cuti sakit selama 4 hari sejak Isnin lalu akibat kari di Penang pada Ahad lalu.

SUHDI DI KL

Suhdi Abdullah kini sedang berseminar di Hotel Grand Season, Jalan Pahang, KL. Beliau dah tiba sejak malam tadi dan akan habis seminarnya pada esok petang.

Malam tadi, Basir dan saya menjamu beliau di Anwar Tomyam, Kg Baru, KL. Banyak cerita misteri dari Suhdi. Kalau nak tau kena datang ke Pengkalan Balak pada 15 Mei ini.

Kalau Mazlan Ahmad ada pada petang ini, kami akan mengeteh pula. Si Mazlan tu bukan mudah dicekau. Dok round Malaya aje. Wooo. Petang semalam ada di Butterwoth.

Razak Husin di PP apa khabar kau?

30 dah sahkan hadir

Sehingga hari ini, mereka yang telah mengesahkan kehadiran dengan menempah bilik penginapan adalah seperti berikut:

1. Ali dan isteri- Teratak Desa
2. Darussalam dan isteri - Teratak Desa
3. Basir dan isteri - Teratak Kayu
4. Rosnah Md Isa dan suami - Teratak Kayu
5. Hayati dan keluarga - Bilik Superior
6 Shaari berkongsi dengan Md Jadi (7) - Bilik Standard.
8. Mastura berkongsi dengan Sharifah Nuri(9) - Bilik Standard
10. Maznah Asnawi - tanpa bilik
11. Maimunah - tanpa bilik
12. Dr Majezan dan isteri - tempah sendiri
13. Mansor Kassim - tak tau - samada tidur sini ke balik rumahnya.
14. Karim Harun - tempah sendiri Bilik Superior
15. YB Dato Mat Sirat Abu
16. Mat Aris Bakar - tidur chalet lain
17 Rani Embi- setakat ini ok, tak mau comfirm bilik.
18. Suhdi - akan jadi setinggan dengan sapa-sapa
19. Zolkpali Yuus - tanpa bilik
20.Norsir - datang tanpa bermalam
21. Aziz Mat Yasin- datang tanpa bermalam
22. Juwita Hassan dan Hasnah Mohd (23) - Bilik Standard
24. Zakaria Osman - Bilik Standard
25. Hamidah Daud dan suami - tanpa bilik
28. Mokhtar Salleh - tanpa bilik
29. Yaakob Othman - tak bermalam
30. Jamilah n suami - Bilik Standard

Yahya Ghani macam nak datang tapi belum comfirm katanya. Sejak akhir ini beliau macam tak menjengah blog aja. Nak kena rotan ni...

15 bilik pertama adalah diparas bawah. Selepas itu di Tingkat Atas. Eloklah buat tempahan awal. Kalau otot masih kuat lagi, tak mengapa buat-buat lewat menempahnya.

Setakat ini saya tak menalipon pun sesiapa tentang program ini. Saya dan update blog serta membuat pesanan melalui sistem sms secara pukal kepada semua rakan Munshi 78. Jika mereka bertukar no talipon, nasib le. Saya harap masing-masing tidak perlulah dipujuk dan diingat berkali-kali. Tak respon maknanya tak akan hadir. Kita buat setakat yang ada sahaja. Ha ha. Cukuplah sudah Hayati, Basir dan rakan-rakan lain bekerja keras melaksanakan reunion tahun lalu. Tahun ini just bagi tahu sekali je.

Rasanya Maimunah dan Maznah akan hadir tanpa menginap. Rumah Maimunah dan rumah ibu Maznah berhampiran sahaja dengan Pengkalan Balak.

Bab makan kalau setakat 50 orang yang hadir, saya belanja. Jika lebih, kena ada sponsor lain. Kalau tak ada sponsor, akan dikenakan tol. Ha ha. Saya tak risau, fasal Md Jadi ada bawa kad kredit. Wooo.

Yang tak syoknya, Sahara tak boleh hadir kerana beliau bertugas sempena Hari Belia. Alahai, mengapa saya dan Mansor tak perasan hari tu... Sori Sahara....

ROHANA MD DALI DAN FAMILI

Ini gambar Rohana Md Dali yang saya cilok dari FBnya. Dia tak hadir reunion tahun lalu. Namun kenduri rumah Rohana Hashim pada awal 2008 beliau datang.

SAH ROSNANI YUS TUUU

Hairan juga saya, bagaimana Juwita yang kenal gambar Rosnani Yus yang dah berubah 200% tu.

Tak silap saya keluarga Rosnani 'berhijrah' ke Batang Melaka. Katanya ada upacara masuk suku. Bukan kerana nak kahwin orang Batang Melaka tetapi bagi membolehkan ibu bapa Rosnani Yus membeli tanah adat di Batang Melaka. Ha ha. Kalau silap fakta, harap Rosnani betulkan. Saya hanya dengar cerita dari jauh melalui arwah ibu saya.

Yang kelakarnya, setiap kali saya balik ke asrama Munshi pada 1978 dulu dari kampong BM, maka Rosnani pun akan naik bas yang sama. Dia buat tak nampak saya je. Salam pun tak bagi tau. Ha ha ha. Saya naik bas dahulu dari Rosnani kerana bas lalu rumah saya dahulu. Mat Jadi tak naik bas kerana mungkin ayahnya hantar dengan volvo agaknya. Kalau Mat Jadi naik bas dengan saya sekali, tentu Rosnani kena raging agaknya. Ha ha.

Masa berselisih kat lobi kelas dulu pun, kami buat tak tau je. Alahai, orang Batang Melaka ada 3 orang je di Munshi pada 78 pun jadi macam tu ye.

Tau-tau selepas 31 tahun berpisah, Rosnani kerja di Kemas Selandar. Itu pun Basir yang dapat menjejaknya.

Bukan mudah Rosnani nak joint kita di Pengkalan Balak. Siapa boleh pujuk dia, saya bayar 10 ribu dinar Iraq. Wau.

No HP Rosnani Yus 019-6348454. Tel segera ya.

SAH 15 MEI DI D'NELAYAN, PENGKALAN BALAK

Semalam petang saya, Suhdi dan Mansor melawat Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Maka kami telah memutuskan Perjumpaan Tahunan Munshi 78 akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 15 - 16 hb Mei, 2010.

TEMPAT: D'NELAYAN BEACH RESORT, PADANG KEMUNTING, PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH, MELAKA. TEL: 06-384 8777

AGENDA:

15 hb Mei:

2 - 7 petang : Pendaftaran

8.30 Malam : BBQ dan bersantai

16 hb Mei :

8 pagi : Sarapan pagi dan bersantai

12 Tengahari: Bersurai

PENGINAPAN:

Kami telah booking 15 bilik pelbagai kategori seperti berikut:

1. Teratak Desa - 2 unit. Harga sewa RM 110.00. Sesuai yang datang suami isteri. Saya dah ambil satu. Baki satu lagi.

2. Chalet Kayu - 4 unit. Harga sewa RM 90.00. Sesuai yang datang suami isteri.

3. Bilik Standard - 8 unit. Harga sewa RM 100.00. Sesuai yang datang seorang, maka berkongsilah dengan kekawan lain. Harga berkongsi setiap orang RM 50.00.

4. Bilik Superior - 1 unit. Harga sewa RM 120.00. Sesuai yang datang suami 1steri bersama anak kecil. Jika datang seorang, berkongsi dengan rakan lain dengan kos seorang RM 60.00.

Sila sahkan kehadiran anda dengan membuat bayaran ke akaun May Bank Mansor bin Kassim - 1040 3023 2417 sebelum 25 hb April 2010. Elok disahkan segera, agar mudah bagi kami membuat tindakan untuk menambah booking bilik jika ramai yang hadir dan membatalkannya pula jika semua pakat-pakat tidur kat tepi pantai sahaja. Ha ha.

Selepas bank in, bagi tau Mansor melalui tel atau sms - 019 663 3461.

Kos makan malam secara BBQ sedang dicari tajaannya. Harap berjaya.

Kami booking bilik dengan andaian 30 orang yang bakal hadir. Jika ramai, kami buat booking tambahan. Maka respon segera dari kekawan amat diharapkan.

Ok, petang ini saya bertolak ke Kota Bharu lagi. Mak oi, mentang-mentang dah sihat, merayau je. Kata orang Kelantan ada bas SKMK. SKMK - Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan. Yang masyurnya ialah Sampai Kelantan Mesti Kahwin atau Sudah kahwin Mahu Kahwin. Hanya Karim kita aja tak buat macam tu ketika bertugas di Kelantan dulu. Ha ha. Baik punya kawan...

SIAPA INI?

Sabtu, petang semalam saya menghadiri kenduri kahwin di Batang Melaka. Ada seorang perempuan menegur saya. Saya tak kenal pun. Nasib beliau pakai name tag, maka segeralah saya membalas sapaannya.

Ini gambarnya. Siapa agaknya. Tekalah. Mastura kata Cikgu Kamisah agaknya.

Hari ini, Ahad, Basir berada di Lumut, Perak, urusan rasmi. Mokhtar di Hospital Klang melawat abangnya kot. Rosnah Isa pula sedang fly dari Surabaya ke LCCT. Saya, Suhdi dan Mansor melawat Pengkalan Balak, sempat makan mee mamak masakan Melayu. Ha ha. Maznah pula sedang memantau kita orang yang sedang lalu lalang di kampongnya....

ROSNAH DI SURABAYA

Petang semalam saya terima sms dari Surabaya, Indonesia.

Menurut empunya diri, Rosnah Mohd Isa, beliau dan suaminya akan berada di kemuncak Gunung Bromo Surabaya pada jam 3 pagi tadi untuk melihat keindahan matahari terbit.

Ketika saya ke Surabaya dahulu untuk menziarahi makam wali songo, tak tahul pun kesah keindahan melihat matahari terbit dari Gunung Bromo ini. Kalau tahu, memang takkan dilepaskan peluang itu.

Jika kekawan Munshi nak ke Indonesia, tempah tiket Air Asia sebulan awal, dapatlah tiket murah sekitar RM 150 ke RM 200 sahaja. Jom ramai-ramai ke Gunung Berapi Bandung hujung tahun ini. Sapa nak pi?




JUWITA DI KL 5 HARI

Tauke mee kuning kita Juwita Hassan berkursus 5 hari di KL sejak Isnin lalu sehingga tengahari esok. Tadi, saya, isteri dan emak mertua saya berjumpa Juwita dan sempat makan kebab bersama di The Mall, KL.

Juwita selalu berkursus. Sekejap anjuran Jabatan Pertanian. Sekejap anjuran Risda. Sekejap Mara pula. Puas Juwita berkursus. Jika jumlah jam kursus dicampurkan, layak dapat ijazah rasanya.

Latihan - adalah satu kemestian dalam hidup ini. Geng pekerja kerajaan pun tak sudah-sudah dengan kursus. Tak percaya, tanyalah dengan Yati atau Zaini. Orang Kedah kata - dah mangli dengan kursus.

Ketika saya berkhidmat dengan kerajaan dulu, memang saya suka berkursus, walaupun tak relevan dengan kerja saya. Ha ha. Banyaknya kursus di Intan. Paling lama 11 bulan, kursus Diploma Sains Management. Kuliah bahasa Inggeris, jawab dalam Bahasa Melayu. Terasa Bahasa Melayu bukan Bahasa Ilmu. Walhal yang diajar semuanya dah ada pun dalam Bahasa Melayu. Ha ha.

YAAKOB DI JEPUN

Yaakob Othman sekeluarga bercuti di Jepun. Sikit pun dia tak khabar kat kita. Saya dapat info dari facebooknya. Dah balik baru saya tau.

Kejam sungguh dikau wahai sahabat ku tak bagi tau daku ye.. ha ha.

Rupa-rupa anaknya ada di Jepun.

Tunggu Mansor pi Perancis bulan Jun ni lak...wauuuu

AHAD INI PENENTUAN

Alhamdulillah nampak semuanya aktif dalam blog ini. Hanya ramai yang pakai nama anon, maka payah nak tahu siapakah gerangan. Macam gadis sunti lak.

Insyallah, saya dan Basir akan ke Pengkalan Balak berjumpa Mansor di hujung minggu ini untuk menentukan tempatnya secara muktamad. Kalau sapa-sapa nak joint pun boleh juga. Saya belanja asam pedas di Pengkalan Balak, kok ada. Orang pompuan jangan mai fasal kami nak merapu. Ha ha.

Saya tiba di KL semula jam 12 malam hari Sabtu. Naik kejang kaki kerana panjat bukit dan lama memandu. Manja sungguh saya ni. Ketika nak menunaikan fardhu haji dulu, saya berjoging di Titiwangsa supaya boleh tahan apabila berjalan kaki selepas bermalam di Muzdhalifah dan saei. Selepas tu kasut joging pun entah ke mana dan pasti dah berlapuk. Ha ha. Ketika menunaikan ibadah haji, macam-macam analisa kita boleh buat, tetapi eloklah kita pendam sahaja dalam hati supaya hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu.

Ini emel Mansor yang melapurkan intaiannya di Pengkalan Balak:

Assalamualaikum sahabat,

Bersama ini disertakan gambar-gambar yang berkaitan ngan lokasi reunion Munshi 78 bagi tahun 2010. Tarikh yang difikirkan sesuai adalah 15-16 Mei 2010 (Sabtu-Ahad). Cuba kau buat survey ttg tarikh dan tempat.

Aku rasa tempat yang paling sesuai kali ini ialah di Pengkalan Balak. Satu kelebihan di Pengkalan Balak ialah sesiapa yang bawak anak kecil macam Karim; ade swimmimg pool untuk mereka. Lagi pun di Pengkalan Balak ade banyak warung untuk kaki ngeteh macam kau Li.

Lagi satu...Sebenarnya untuk reunion kali ini cadangnya tak mau bagi makcik-makcik Munshi memasak. Nak bagi mereka rilek sambil berehat sesama kekawan atau keluarga. Itulah sebab pilih tempat tsb.


Walaupun ada cadangan untuk di buat di Kuala Linggi.. aku rasa..tempat-tempat tu kita 'reserve'kan untuk perjumpaan tahun 2011. Tentang bayaran terpulang..kalau nak datang ngan famili better book satu bilik.. dan kalau nak kongsi ngan kekawan lagi murah. Tentang rate bilik di Kamunting Beach Resort ialah Standard - RM 100.00, super Standard - RM 110.00 (boleh muat 5 orang), Superior - RM 120.00 (boleh muat 5 orang),Deluxe - RM 130.00, Famili - RM 150.00 (boleh muat 5 orang).

Manakala di Seraya Pantai Chalet pula.. Bilik Famili - RM 130.00, bilik Air Cond. - RM 85.00 dan bilik berkipas RM 65.00.

Sekian untuk makluman awal.

KE GUA MUSANG

Sabtu ni, sebelum Suboh saya akan ke Gua Musang, Kelantan. Bukan kerana nak jumpa Ku Li atau nak masok gua mencari musang. Saya berhajat melawat ladang castor. Kalau ok, nak pakat dengan Yahya Ghani buat kilang minyak castor. Kalau tak nanti, Yahya akan sibuk buat emel palsu. Ha ha.

Nampaknya kaki saya semacam sihat 100%. Dah boleh pakai kasut. Boleh berlagak sikit macam pegawai kali ini. Boleh pandu kereta 120km/jam.

Bila sihat otak mula berjalan. Fikir sana fikir sini. Jalan sana jalan sini. Ha ha. Bila ajak Basir, beliau sentiasa ada misi khas. Nak ajak Dr Majezan, kok kena tutup klinik pula. Nak ajak kekawan di Melaka, tentu tak ada harapan. Akhirnya isteriku menjadi mangsa, kena ikut sama. Kalau tak, basilah mulut selama 6 jam berkereta seorang diri.

Ok, jumpa lagi Isnin hadapan. Dan harap sangat Mansor dah tetapkan tarikh dan tempat kita berjumpa di Pengkalan Balak. Anta bincanglah dengan Tuan Lft Kolonel Basir tu. Maznah tak sabau nak bawa sambal bilis dengan ubi rebus untuk disantap pada petang perjumpaan tu nanti. Saya setakat menengok ajalah ubi tu. Ha ha


YAHAYA KECURIAN

Hari ini ada cerita kelakar.

Kononnya Yahya Ghani berada di kota London. Dia kecurian. Jadi orang papa kedana. Dia pun hantar emel ke kawan-kawannya untuk minta bantuan wang beribu paun. Wau. Emel dalam bahasa omputih lak tu. Ha ha.

Rupa-rupanya emel Yahaya dah diceroboh. Yahya dah buat lapuran ke pihak berwajib.

Nasib baik tak ada orang yang percaya. Kalau tak, tak fasal-fasal lesap duit geng kita. Woooo.

SABTU DAN AHAD YANG SIBUK.

Sabtu, 13 Mac, saya dan adik bongsu saya Jamal, ke majlis kenduri kahwin rakan separti di di Tabuh Naning pada jam 1.30 petang. Selepas itu melawat projek ikan keli adik ipar Samiah Salim. Jam 5.30 petang minum teh bersama kekawan lama di Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Jam 8.30 malam ke Seremban pula untuk bersama dalam majlis kenduri sempena "masuk rumah baru" sahabat separti juga. Jam 11.30 malam baru sampai ke KL semula.

Pepagi Ahad saya dan Jamal mendengar taklimat projek baru. Petang Ahad, saya sekeluarga balik rumah mertua saya di Felda Bukit Rokan. Balik kali ini kerana mak mertua nak sangat anak cucunya makan buah durian yang terakhir gugur. Seulas pun saya tak menjamah. Kalau menjamah, alamat berdenyutlah kaki saya. Nasibnya badan. Bermalam di rumah mertua.

Hari ini baru balik KL dan tiba di opis jam 4 petang. Banyak kerja yang mahu dibuat sebelum ke Kelantan pada jumaat ini. Ada peluang baik di tapak projek tembikai dan labu yang mahu ditentukan. Jika baik, saya akan hantar lapuran khas ke Basir, Hayati, Maznah, Sharifah dan Sahara.

Harap Sharifah dan Sahara akan beri emel personalnya bukan emel @ opis masing-masing. Payah nak masuk ke peti emel jika @ emel opis. Jika projek ini benar-benar bagus, saya akan buat presention khas kepada semua geng Munshi sambil makan-makan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Sabau le...Yang pasti tak perlu susah buat koperasi, memadai anda tanam sendiri dan buat duit tiap bulan. Boleh pencen segera jika siapa berhajat. Ha ha.

Yang boleh ligat ini fasal luka dipeha dah mengering dan mengecil.

Mansor ke Kelantan pada jumaal lalu kerana majlis kahwin anak saudaranya. Entah bila dia nak umumkan tarikh dan tempat perjumpaan kita tu pun tak tau. Cepatlah Mansor oi.

Sahara pun berada di Kelantan pada khamis lalu. Sempat shoping di Rantau Panjang. Urusan rasmi atau urusan keluarga, tak taulah saya.

Maznah dan Mastura berkumpul di rumah Sharifah meratah ubi rebus dan sambal bilis pada jam 5 petang semalam. Entah apa diumpatnya kita tak tahulah. Ha ha.

Zek, awat mogok tulis blog u?

ANAK ZAKARIA 9A

Semalam, keputusan SPM keluar.

Anak perempuan Zakaria Osman dilapurkan dapat 9A. Alhamdulillah.

Saya dah cadangkan anak beliau ambil bidang perubatan selanjutnya. Baik untuk kaum perempuan, fardhu kifayah, dan meramaikan profesional Melayu.

Mungkin ada anak kekawan lain yang cemerlang, tapi tak dimaklumkan kepada saya. Kalau result sederhana pun, masa depan tetap ada. Hanya kena pandai mencari dan meneroka hidup....

KESAHNYA AMIN DAN ZAINI

Yang lama menghilang dari blog ini ialah Cikgu Amin kita di Jasin tu. Tak dengar komennya. Tak taulah pula kalau-kalau dia tetap mengintai blog tetapi tak mengomen atau menyamar dalam mengomen.

Amin tu banyak jasanya kat Shamsudin kita tu. Beliaulah yang memberi inspirasi kepada Sudin untuk ambik exam STP lagi. Dibaginya duit yuran exam kat Sudin sebagai tanda sokongan. Kalau saya jumpa Sudin, cerita inilah yang dingatnya sangat. Penuh nostalgia. Itulah kawan sejati.

Yang saya ingat kat Amin ini fasal beliaulah yang mengofferkan dirinya menjadi Juri Hakim ketika Majlis Perandingan Perbahasan Sekolah Se Melaka. Ketika tu saya tercari-cari siapa yang patut jadi juri hakim. Saya mana kenal bebudak Tk 6 kelas lain selain 6 Sastera 1. Bila Amin sanggup jadi sukarelawan, maka lega amat sangat saya.

Yang Zaini Samani pula, bila saya keluar UKM dapat kerja di JPK, KL dan kena cari rumah hinggap. Entah macam mana saya ada no telepon pejabatnya. Saya pun hairan kini, macam mana saya boleh dapat no telepon tu walaupun telah berpisah dengan beliau dari Munshi pada 1978. Maka saya menumpang rumahnya semalam di Kg Baru, KL sebelum berangkat ke Kedah.

Yang saya marah kat Zaini ni ialah ketika beliau bertugas di Jabatan Orang Asli Gombak sekitar tahun 1990an dan ulang alik melalui rumah sewa saya di Kg Chubadak tetapi beliau sekali pun tak singgah. Baik punya kawan kan. Beliau sendiri yang pecah rahsia ulang alik depan rumah saya tu pada tahun lepas. Macam ini punya kawan pun ada ye. Apa boleh buat. Oh ya, hanya rumah orang tua Zaini sahaja saya pernah bermalam di kalangan bebudak Tk 6 Munshi Abdullah78. Sempat meratah rambutan gadingnya. Dan mengulangi makan rambutan gading tu semula pada akhir tahun lalu bersama Suhdi di rumah orang tua Zaini di Alor Gajah tu. Bukan mudah sejarah nak berulang semula tau.

Tahun-tahun 1986 hingga 2004 saya aktif dan sepenuh masa dengan politik, tak ada masa menjejak semula sahabat Munshi 78 kecuali jika bertembung aja. Ha ha.

Sekadar ingatan lama di pepagi ni.

2 KALI KE MELAKA

Saya ke bandar Melaka pada Jumaat dan Ahad lalu. Saya minta panduan jalan dari Zaini dan Hayati pada hari Jumaat tu. Maklomlah dah tak ingat nama-nama jalan di bandar. Rupa-rupanya kini banyak jalan sehala. Nasib tak sesat di negeri sendiri.

Kali ini saya jadi penumpang 100%. Maka dapatlah saya menghayati perubahan keindahan Melaka.

Saya hanya berurusan selama 3 jam sahaja setiap kali ke bandar Melaka. Tak nyaman nak memanggil kekawan Munshi untuk mengeteh. Kawan-kawan politik pun saya tak jumpa. Ini khas urusan juta-juta sahaja. Ha ha.

Rasa tak puas pula meronda sekejap di bandar Melaka tempohari. Kami suami isteri bercadang bermalam di bandar Melaka untuk merayau habis-habisan di dalam bandar yang kini berubah wajah berbanding 10 tahun lalu. Yang duduk Melaka, memanglah tak terasa kerana hari-hari pandang bandar Melaka. Bila agaknya kami dapat bermalam ya. Kalau boleh bulan ini juga.

JUMPA DI PENGKALAN BALAK

Mansor dah bersembang dengan saya. Nampak bagus idea tentang perjumpaan tahunan kita di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kos menginapnya murah, mudah nak bakar kambing jika Samiah bagi kambing, mudah Maznah nak balik kampong dan berbagai lagi le hujah kebaikannya.

Acaranya hanya sembang-sembang sahaja. Tetapi kita tak menghalang jika Mat Aris nak bersajak, Rani nak berqasidah, Razak K nak bertahlil dan Zek nak berrselawat. Kalau Dr Majezan nak check gula dan tekanan darah semua orang pun boleh juga. Baru kita tahu siapa bakal umur panjang. Ha ha. Saya harap sangat Dr Majezan buat perkara tu sambil kita sembang-sembang dan makan-makan nanti.

Basir jangan lupa bawa laptop untuk ajar mana-mana kawan yang tak reti beremel, facebook, twitter dan komen di blog.

Norsir dan Sahara siapkan teka teki baik punya. Saya siapkan hadiah biskut kering.

KITA JUMPA RAMAI-RAMAI MEI INI. Mansor akan mengastrologi tarikh terbaik.



JUMPA DOKTOR

Pagi tadi ada temujanji dengan doktor di HKL. Ada cadangan nak menjahit peha saya tetapi doktor lain kata tak payah, biar baik sendiri. Bila saya kata, saya dressing sendiri, maka doktor pun membekalkan saya sebeban bahan untuk dressing. Kalau dah habis boleh ambil lagi di HKL. Bagus punya hopspital. Woo.

Sempat berborak dengan pesakit lain tadi. Macam-macam cerita ada. Yang syoknya kesah seorang Cina yang kemalangan lori 24 tahun lalu dan akibatnya terpaksa berkaki palsu. Sejak itulah beliau menjadi pekerja di kedai yang membuat kaki palsu di Kg Pandan, KL. Gaji beliau ketika mula bekerja ialah RM 500. Kini gajinya RM 2,500.00. Begitulah, walau pun kaki sebelah, tetapi dengan kemahiran yang sentiasa meningkat, maka gajinya juga menaik. Lebih tinggi jika berbanding jadi Pak Pacak, setakat RM 800 sahaja.

BASIR JUMPA DAYAK.

Hari ini saya cuba memandu kereta sendiri. Nampaknya boleh tetapi setakat 50 km/jam. Ha ha. Kalau tekan minyak deras lagi, ada sikit susahlah. Itu pun ok dah. Boleh menyertai borak-borak politik dengan kekawan KL di restoran mamak. Wooo.

Basir diam-diam dah sampai Kucing, Sarawak. Faham-fahamlah apa dia buat di sana tu. Jangan bawa balik mek Dayak sudah le. Mengamok darling u nanti. He he. gurau aja.

Maznah dok batuk-batuk lagi. Klinik bagi ubat batuk yang tak ori kepadanya. Kesian, baget dah kurang bib. Harga tak ori RM 6 je. Yang ori RM 20.

Sharifah Nuri tengah pulun pungat cukai 2009 da 2010 sekali gus. Ha ha. Tau tau le duit negara tengah susut ni. Nasib bilik Maznah boleh pakai air con lagi. Sekolah lain dah stop. Wooo. Dugaan, dugaan.

Agaknya Hayati pun kurang bikin kursus tahun ni. Kalau sama macam tahun lalu, kira hebatlah.

Rohaya yang kerja di HKL kata baget ubat macam tahun lalu juga. Yang kurang, baget kursus.

Kalau baget kursus kurang, saya khuatir Zaini Samani tarak kerja di BTN tu. Saya risau body dia tambah naik lagi. Ha ha.

Si Karim katanya dah tanam keledek mengganti tembakau. Ada butul ka?

Diramalkan tahun 2011, ekonomi meningkat semula. Janganlah risau. Hidup ini roda. Bergilir atas ke bawah dan ke atas semula.


DRESSING SENDIRI

Mulai hari ini saya dressing sendiri luka bekas bedahan pada 7 Februari lalu. Hospital Tawakkal dah beri lampu hijau untuk saya buat sendiri. Tak dapatlah saya jumpa para nurse Tawakkal lagi. Ha ha. Sejak berulang 2 minggu di Tawakkal, semua nurse kat situ dah jadi member.

Saya rasa dalam sebulan lagi bercantumlah daging dan kulit di peha saya ni. Selepas tu bolehlah saya meronda dunia, selepas tergendala beberapa perancangan bisnes dalam bulan Februari lalu.

Kalau anak dan isteri saya free dalam bulan Mac ini, saya bercadang ke Melaka. Kali ini nak ajak khusus Rani, Norsir, Ishak dan Anuar bersantap di mana-mana di Kota Melaka. Saya belanja. Kalau RM tak ada, saya guna Dinar Iraq. Katanya nak naik ke USD 0.85 bagi setiap Dinar. PM Iraq yang dah tak sabar Dinar naik. Ha ha. Yang lain kita jumpa di PD pada Mei nanti jika tak ada kenduri kahwin dah di Melaka dalam beberapa bulan ini.


PERJUMPAAN TAHUNAN 2010 MUNSHI 78

Dengar khabar perjumpaan tahunan Munshi 78 bakal diadakan di PD pada Mei ini. Katanya nak sewa Rumah Peranginan Persekutuan.

Agenda perjumpaan pun mudah je. Malamnya makan-makan dan borak-borak. Esok paginya minum pagi dan borak-borak juga. Nampak gaya Sahara dan Norsir kena siapkan banyak teka teki tu. Kalau tidak jenuh dengar sembang dan loyau buruk Mokhtar Ahmad. Ha ha. Sesiapa nak berqasidah pun boleh juga. Rani dah joint group tu sekarang. Berdengung kita nanti.

Bila tarikh tepat dan tempatnya ya? Kali ini Zakaria Osman cadangkan Mansor Kassim jadi chairman penyelaras. Tak payah mesyuarat-mesyuarat persiapan. Tak ada siapa yang kita nak raikan lagi dah ya. Masing-masing tempah dan bayar tempat tidur sendiri. Mansor totapkan tompek yo. Wooo.

Siapa nak bermalam sila daftar nama kat cooment untuk mudah Mansor tempah tempat tidur. Insyallah saya orang pertama setuju bermalam. Saya nak goda Mat Aris belanja BBQ pada malam tu. Saya belanja sate arnab. Rasa macam sate ayam je, janganlah risau. Ha ha.

MAIMUNAH DAH BALIK LE

Maimunah Baba sudah kembali dari Mekah tengahari semalam. Sesiapa nak merasa kurma dan air zam-zam, silalah ke rumahnya sementara stok masih ada.

Lapuran hal Maimunah ini ditaja oleh Maznah, sekutu rapatnya sejak sekolah lagi. Ha ha. Maznah dok semput sampai dapat MC. Kesian dia di musim panas ini.

Yahya Ghani dok menyorok kat makmal mencipta minyak hitam paling murah agaknya. Kalau kau jemput makan gear box, bertongkat, ku datang jua. Wooo

TEKA TEKI HARI INI

Pepagi lagi saya dan Dr Majezan bersms antara satu sama lain. Ada satu sms yang menariknya. Beliau berhajat bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU akan datang.

Sila teka beliau nak bertanding atas parti apa. Siapa betul saya belanja Fish n Chip di Restauran Haslam, dekat pejabat saya. Ha ha.

Puan Jamilah Jamian sudah mula bertugas selepas kena demam denggi. Namun masih keletihan dek serangan demam itu. Maznah pula dok diserang asma ketika musim panas ini. Macam-macam dugaan ya.

AZIZ NAK BERBESAN DENGAN GENG MUNSHI

Rupa-rupanya Juwita, Sahara dan Aziz adalah kumpulan terakhir geng Munshi 78 di majlis kenduri Saari, Sabtu lalu.

Dengar khabar hebat boraknya Si Aziz kita tu sehingga nak berbesan dengan Sahara dan Juwita. Gelak besau Juwita dan Sahara. Aziz mencadangkan buat kenduri bersama di dewan sekali. Ha ha. Emak bapak dok berangan bermacam-macam. Entah-entah anak kita mencari jodoh sendiri. Ini bukan zaman mak pak kita dulu. Ha ha. Apa pun niat Aziz tu murni sekali.

Tahun ni ramai geng Munshi akan menerima menantu. Aziz pada bulan Jun ini. Hidayah pada bulan Oktober. Lft Kolonel Rashid pada Disember. Anak Mastura akan bertunang dalam masa terdekat juga. Wau.

Reunion 2009 lalu adalah satu event yang tepat sekali kerana selepas itu menyusul 100 perjumpaan lagi. Yang gerentinya ialah kenduri kahwin.

Syabas Aziz yang nak berbesan dengan geng Munshi. Woooo.

REUNION DI KENDURI SAARI

Kenduri Saari di Dewan Bistari telah berjaya mengumpulkan ramai rakan Munshi 78. Md Jadi paling awal tiba dan Aziz orang terakhir sampai.

Mansor, Md Jadi, Basir, Zulkaply, Zaini Samani, Rosnah Mohd Isa, Mokhtar Ahmad, Mokhtar Salleh, Norsir, Karim, Mohd Han, Mohd Han, Maria, Hayati, Mastura, Sharifah Nuri, Sahara, Jaamat, Hasnah, Marhamah, Suhdi, Aziz dan Kamarudin tidak menghampakan jemputan Saari. Cemburu sekali saya kerana tak dapat hadir.

Dalam gambar tu macam ada Zaharah Ismail. Betul ke?

Ini komen Mansor melalui emelnya kepada saya sebentar tadi:

Assalamualaikum Li,

Aku doakan kau sihat sentiasa... Tadi kita orang gi kenduri Shaari. Ramai jugak geng-geng Munshi '78 yang datang. Cuma aku nak tabik dua belah tangan kat geng Kl, kerana sanggup turun ke Melaka berturut minggu kerana meraikan kekawan. Syabas dan tahniah..

Basir, Mastura dan Sharifah mengunjung saya selepas kenduri Saari. Jam 4.30 mereka sampai pejabat saya. Kita orang dok bertanya dimana Dr Majezan. Kok beliau ke Mekah pula tetapi selepas saya taliponnya, beliau berada di Melaka. Melawat kawasan, katanya. Ha ha.

Si Zakaria Osman pula tersilap hari. Dia ingat hari Ahad. Ya le, orang sibuk dengan ramai ahli keluarga. He he.

BERBONDONG KE MELAKA LAGI.

Hari ini gerenti highway KL Melaka sesak dek geng Munshi 78 yang hadir ke majlis kenduri Saari Mat Jelas di Air Keroh Melaka. Ha ha.

Pepagi lagi Sahara dah bergerak. Katanya mengangkut Sharifah Nuri dan Mastura di Kajang.

Makanlah ye puas-puas sementara boleh. Kalau dah jadi macam saya dan Mansor yang gula dah tinggi, dok menjamah sikit aja le nampaknya. Wooo.

Mat Jadi boleh melantak habis fasal dia sentiasa kerja kuat keluar peluh di tengah padang di Putrajaya. Ha ha.

Kepada Zek, jangan lupa bawa orang sebelah.

PERGI SELAMANYA

Bila petang menjelang maghrib di UKM pada 1980an dulu, rakan sebilik akan membuka kaset Al Suraya dan Ahmadi Hasan. Kira-kira dia nak ambil hati saya le tu. Ha ha.

Semalam Ahmadi Hasan telah meninggalkan kita selamanya. Sedih pula rasa hati kerana perintis lagu dakwah sudah tiada lagi. Dengarkan lagu rintihannya di sini dan ingatannya kepada kita di sini.

RAZAK HUSIN OK

Oleh kerana Mansor sedih teramat sangat fasal Razak Husin tak turun ke Kg Kandang pada Ahad lalu, maka saya pun menalipon Razak Husin. Beliau segar bugar di Pulau Pinang menemankan Lim Guan Eng makan limau. Ha ha.

Razak balik Serdang sempena Raya Cina lalu tetapi ada kenduri di kampong isterinya di Rembau. Maka tak sempat menjengah Melaka, katanya. Begitulah nasib orang bersemenda, kono balik kampong bini yo... Wooo.

Si Jamilah Jamian kita tu apa cerita ye. Dah ok ke dari demam denggi? Nak kena hantar spy meninjau....

AKSI DI RUMAH MARIA - 14 FEBRUARI

Ini emel Mansor yang melapurkan perjumpaan di kenduri kahwin rumah Maria/Mohd Han, Ahad lalu:

Assalamualaikum Li,

Syukur alhamdulillah kerana kau dah merdeka dari kepungan nurse-nurse yang cun kat hospital. Walaubagaimanapun aku doakan agar kau cepat sembuh agar dapat berjumpa di kenduri Shaari pada sabtu 20/02/10 nanti.

Bersama ini aku attachkan gambar yang sempat diambil pada kenduri dirumah Md Han dan dirumah Rosnah pada hari Ahad semalam. Antara yang hadir ialah Aku, Noorsir, Yati, Hasnah, Juwita, Hidayah, Jaamat, Kamarudin, Md Jadi, Karim, Aziz, Suhdi, Shaari (setakat yang aku ingat). Mokhtar dan geng KL tak jumpa sbb mereka terperangkap dek trafik jam.

Cuma yang aku heran kenapa aku tak nampak orang kampung Mariah ... sapa lagi kalau bukan si Razak... tapi aku rasa kalau musim-musim macam ni Razak pun tentu sibuk jugak ....ya tak?.. ada saham geng..



14 FEBRUARI YANG MANIS

Seperti dijanjikan kekawan Munshi 78 berrombongan ke kenduri kahwin di rumah Maria Ibrahim dan Rosnah Md Isa pada Ahad 14 Februari.

Zakaria paling awal sampai ke rumah Maria - lebih kurang jam 11.15 pagi bersama buah hati kesayangannya. Rugi sapa yang tak dapat jumpa tau.



Selepas tu group Mansor, Hayati, Hasnah Mohd, Mohd Nor, Suhdi, Karim, Kamarudin Arshad, Md Jadi , Jaamat, Saari, Aziz Mat Yasin, Norsir dan Hidayah agaknya.

Group terakhir ialah Mokhtar Ahmad dan keluarga, Mohd Amin dan keluarga, Sharifah Nuri dan suami, Sahara dan suami , Mastura, Hj Rani Embi dan YB Datuk Mat Sirat.

Menurut Hidayah, Juwita tiba ketika Hidayah nak balik dari rumah Maria.

Mansor dok mencari hero Kg Kandang, Razak Husin. Ke mana kau Razak oi. Ha ha.

MERDEKA DARI WAD

Genap seminggu saya beriktikaf di HKL akibat pembedahan di peha kanan saya. Petang semalam, Ahad, saya dilepaskan dari wad dengan berat hati oleh para doktor. Mereka mahu luka di peha saya tu benar-benar bersih dari sebarang anasir yang tak diingini sebelum dilepaskan dari wad.

Sabar - itulah modal utama duduk di wad. Tugas utama di wad tidak sampai beberapa minit sahaja iaitu menanti sessi lawatan doktor melawat pesakitnya pada jam 9 pagi. Lepas tu tunggu time makan tengahari, makan ubat, minum petang, makan malam dan minum malam.

Kalau kita rajin pergilah melawat rakan senasib dalam wad. Oleh kerana saya di wad ortopodik, maka pelbagai aksi dapat dilihat. Semuanya kes kemalangan jalan raya dan kes jatuh. Tak terfikir saya ada pelbagai tragedi berlaku di dunia ini yang anih dan pelik.

Dr Majezan melawat saya awal, Ahad lalu, 7 Februari dan pada masa itu saya belum pulih dari bius pembedahan. Maka tak dapatlah bersembang puas rasanya. Manakala Mastura dan Sahara datang pada Sabtu, 13 hb - dalam keadaaan saya telah pulih dan sedia menanti keluar wad. Maka rancaklah kami bersembang pelbagai kesah dunia ini. Ha ha.

Rohaya yang bertugas di HKL menjengah saya dua kali. Kali pertama saya tidur sehingga tak sedar beliau datang.

Si Mokhtar, Zakaria Osman dan Maznah rajin sms bertanya khabar ketika saya dalam wad.

Tugas saya sekarang ialah membuat aktiviti dressing setiap pagi di klinik kerajaan atau swasta sehingga luka di peha saya ni bercantum semula. 4 inici panjangnya dibelah. Saya pun tak gamak melihat dalamnya luka ini. Ha ha.

Tak tahulah adakah saya mampu menghadiri jamuan Saari pada Sabtu 20 hb ini. Kalau kuat dan sihat, saya pi fasal nak jumpa Zakaria yang ada cerita best darinya. Woooo.

Terima kasih atas doa sahabat supaya saya segera sembuh. Makbul doa anda semua

Jamilah Jamian pun ditahan wad di PP Kg Baru disyaki denggi pada Ahad lalu.

MAIMUNAH BUAT UMRAH

Menurut sms Maznah, Maimunah Baba bersama suami dan seorang anaknya akan menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada 10 hb Februari 2010.

Kita ucapkan selamat pergi dan balik kepada beliau sekeluarga.

Kos umrah zaman la ni taklah semurah era dulu. Kalau pernah ke Mekah dan Madinah. kekadang terasa kerinduannya. Maka, walaupun kosnya mahal, tetap hendak pergi lagi.

(Saya kurang sihat kerana peha kanan kena "bentan". Tertangguh pi Jambi Indonesia)


MINGGU DEPAN YANG SIBUK

Hajat di hati, pada hari Ahad ni nak ke rumah adik saya di Felda Serting Hilir 7, NS sekaligus menziarahi kubur ibu saya. Apabila saya masuk wad pada 30hb September lalu sehingga kini, saya belum kesempatan menziarahi semula adik saya serta kubur ibu saya. Dah sihat ini, kenalah menziarahinya.

Hari Isnin pula saya akan ke rumah ibu bapa saya di Kg Hilir Batang Melaka. Rumahnya dah diruntuhkan selapas raya lalu dan kini tinggal tapaknya sahaja. Sambil tu akan menziarahi rakan-rakan ibu saya yang masih hidup lagi.

Pada Rabu hingga Ahad pula, berhajat ke Jambi, Indonesia jika flight clear. Kononnya nak meninjau peluang bisnes cepat kaya. Ha ha. Kalau betul, hanya geng pompuan sahaja boleh ikut serta lawatan ini pada akan datang.

Nak tau ceritanya kenalah datang ke rumah Mariah pada 14 Febuari 2010 jam 1 petang.


KAD JEMPUTAN ROSNAH MOHD ISA

Klik imej sebelah untuk melihad kad jemputan perkahwinan anak Rosnah Mohd Isa pada 14 Februari 2010.

Selepas makan di rumah Maria Ibrahim, kita berarak ke rumah Rosnah.

Sejak ada jalan baru Melaka- Muar, saya pun tersesat di mana jalan lama Melaka - Muar. Ha ha.

Kali ini Mansor jadi pemandu jalan. Saya belanja labu masak lemak. Ha ha.

BILA PERJUMPAAN TAHUNAN

Hai, undian sebelah menunjukkan majoriti mahu diadakan perjumpaan tahunan Munshi 78.

Yang membuka blog ini pun sekitar 30 orang aja. Tak susahlah nak menempah tempat bermalam nanti. Yang kerja kerajaan tu bolehlah menempah mana-mana rumah rehat kerajaan di tepi laut.

Acaranya ialah makan dan sembang sahaja di malam petama. Pagi esoknya bolehlah diadakan ceramah kesihatan dan tazkirah mati. Ha ha. Ceramah kesihatan oleh Dr Majezan dan tazkirah mati oleh Aziz atau Amin. Mudah aja. Takkan nak adakan ceramah cara menjadi jutawan - dah lewat dah. Ha ha.

Tarikhnya bila? Beri idea anda.

KAD JEMPUTAN SAARI MAT JELAS


Klik imej di sebelah untuk melihat kad jemputan kahwin Saari Mat Jelas dan pelan ke dewan jamuan pada 20hb Februari 2010:

TERKENANG FEBRUARI 70AN

Kini, cuaca panas. Minggu ini minggu terakhir bulan Januari 2010. Sekejap sahaja telah berlalu satu bulan dalam tahun 2010. Apabila masuk bulan Februari, saya sentiasa terasa "cuacanya" dan "suasananya" sama seperti zaman persekolahan dan di kampus dulu. Ketika cuti Raya Cinalah, kami akan sibuk dengan pelbagai program jamaah tabligh, tamrin anjuran Arqam dan ABIM.

Masa tu keluar ikut jamaah Tabligh, kos makan sehari hanya RM 1 sahaja. Sekarang RM 7 atau RM 10. Bab kos makan ni kenalah tanya Aziz atau Mohd Amin. Saya seronok dengar ucapan pandakwah dari luar negara khususnya bab akhirat. Lain macam umphnya. Rugi kau Dr Majezan tak ikut tabligh. Ha ha.

Program Darul Arqam pun saya ikut. Oleh kerana kumpulan penyokong Darul Arqam masih kecil pada awal 70 an, maka saya agak rapat dengan pimpinan utamanya. Ishh, kalau istiqamah dengan Darul Arqam, mungkin saya dah jadi As Syeikh Ali agaknya, itu pun jika tak kena ISA. Woo.

Dalam masa yang sama, saya pun ikut program Abim. Saya pernah ke Dewan Bandaran Jasin pada tahun akhir tahun 1978 atau awal 1979 untuk mendengar pidato Anwar Ibrahim, sejurus beliau keluar dari ISA.

Hubungan awal saya dengan sahabat Abim, Arqam dan Tabligh ketika Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan di kampus itu terus bersambung sehingga kini. Lain sekali rasa ukhwahnya dengan mereka ini. Mungkin persahabatan ini kerana Allah semata-mata, bukannya kerana mencari projek agaknya. Ha ha.

Sekadar kenangan dan coretan di pagi hari, hari ini...

KAD JEMPUTAN MARIAH IBRAHIM

Untuk melihat kad jemputan perkahwinan anak lelaki Mariah Ibrahim pada 14 Februari 2010 dan pelan ke rumahnya, sila klik imej di bawah. Harap semua sahabat tak sesat sehingga kelaparan nanti.
























SEKITAR LAWATAN KE RUMAH NORSIAH WAHAB

Baru dapat gambar lawatan ke rumah Puan Norsiah Wahab di Klang pada 11 Disember 2009. Walaupun gambar tu dari hp isteri saya, asyik terlupa je nak menyambarnya. Ha ha. Kalau tak kenal, tanyalah ye dalam komen.















HI TEA 30 JANUARI

Bulan Feb ini ada kawan kita nak ke Umrah. Manakala bulan Nov nanti, ada lagi kenduri kahwin.

Tunggu pengumuman apabila dah sampai ketikanya. Sementara itu bolehlah kita berdiet sebelum kita makan- makan-makan pada 14 dan 20 Februari.

Siapa nak merasa Hi Tea saya, sila hadir ke pejabat saya pada Sabtu, 30 hb Januari, 2010, jam 2.30 petang. Ada sembang bisnes di kalangan pengedar kumpulan saya. Geng Munshi datang makan sambil pasang telinga aja. Dah 50an, dah lewat untuk mulakan bisnes. Ha ha.

Ini Hi Tea qadha jamuan Hari Raya tahun lalu yang tak jadi buat fasal masuk wad. Apa boleh buat. Wooo.

Hi Tea ini tak ada tembikai dan labu tau. Ha ha.


LAGI GAMBAR DI RUMAH JUWITA

Lagi gambar lawatan ke kilang mee Juwita tempohari. Melihat pakaian 4 Mak Dara tu, macam pi beraya kan...

Kalau klik gambar, nampak Suhdi relax habis. Wooo

KENDURI SAARI 20 FEBRUARI

Saari Mat Jelas menjemput semua sahabat Munshi 78 ke jamuan perkahwinan anak perempuannya pada Sabtu, 20hb Februari 2010 di Dewan Tamng Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Air Keroh, Melaka mulai jam 11 pagi hingga 4 petang.

Saya cadangkan kita hadir jam 1 petang bagi mudah berjumpa semua sekali serentak.

Bulan Mac ini nampaknya beras di rumah lambat susut yee.

JUMPA DI SANA LAGI...

GENG MELAKA LAWAT KILANG MEE

Tak fasal-fasal, tak ada angin ribut, tiba-tiba geng Melaka menggempur rumah dan kilang mee Juwita Hassan di Kg Kemuning, Tampin.

Siapa yang datang, ini lapuran oleh Juwita sendiri melalui emelnya kepada saya. Sapa kata Juwita tak reti emel. Ha ha. Emelnya:

Assalamualaikom:

Tak terucap rasa gembira bila Pn Hasnah call menyatakan nak datang kerumah bersama Pn Hayati dan cikgu Marhamah Sabtu ini (siang tadi).

Saya khabarkan pd saudara terdekat (Suhdi), dan dia suruh saya beritahu En Mokhtar. Alhamdulillah...rupanya ramai lagi kawan2 lain yang turut serta.

Tuhan saja yang tahu betapa gembira dan seronoknya saya hari ini, terharu pun ada! Boleh juga saya katakan hari ini hari pertama saya merasa bahagia sekali setelah ketiadaan orang tersayang.

Terima kasih pada semua..kehadiran kalian memberi semangat, menambah keyakinan dan menjadi satu motivasi dalam diri saya yang selalu rasa terpencil ini.

Antara yang hadir Hayati, Hasnah, Marhamah, Sudhi, Zaini, Alias, Muliati, Mokhtar n isteri, Karim, Mansor, Jaamat, Mohd Han dan Maria. Menu saya untuk mereka hanyalah mi kari dan cendol. Mereka pulang pun saya bekalkan mi kuning (itu saja yang ada).

Juwita

Moderator: Kekadang program tanpa perancangan awal lagi menjadi. he he.

UNDI JANGAN TAK UNDI

Tahun 2010 akan menyaksikan banyaknya kenduri kahwin di kalangan sahabat Munshi 78. Jika diatur dengan baik, maka kita bukan sekadar datang makan kenduri sahaja tetapi dapat bersilatur rahim antara kita dengan mudah.

Maka saya cadangkan tidaklah perlu dibuat perjumpaan Munshi 78 pada tahun ini.

Namun, saya buat undian di tepi blog untuk mendapat respon dari anda semua.

YANG TAK ADA FOTONYA

Berikut insan Munshi Abdullah Tingkatan Enam Atas 1978 yang belum diperolehi gambarnya:

Tingkatan 6 Sastera 1

Ishak Omar-013-693 7337
Arbaeyah Yusof - 012-6583306
Badariah Lajis - 06-6512566
Kamisah Ibrahim - 012-3805107
Norjan T.Mohd-012-3635991 - hanya ada dalam gambar ramai-ramai, kecil sangat.
Norsiah Wahab- 03-38840788 - dah ada dalam talipon isteri saya.
Rohana Mat Jais - 019-2133793
Salamah Nekmat- 019-6266731.
Fauziah Hashim - 07-8911837

Tingkatan 6 Sastera 2

Leele Ghani - 017-6296467
Rosnani Yus - 06-525 2425.
Faridah Ngah - 013-5103212
Fauziah Ayub - 019-2712501
Rashidah Rashid - 013-3744629.


Tingkatan 6 Sains

Ramlah Jaafar 013-745 2933
Yahya Sharif -012-6433962
Razali Baharom - 012- 6398059
Ramli Ahmad - 014-6079607
Rohizan Ab Rahman - 012-9080301
Nor Rohizah 013-6085908.

Sesiapa kawan rapat bolehlah minta mereka kirimkan gambarnya ke emel saya alifx59@gmail.com.

Yang hilang dari pemantauan kita ialah Hawa Baharom, Salamah Nekmat dan Zaleha Abu - kesemuanya 6 Sastera 1.

SUAMI ROHANA HASHIM DI WAD

Kadang-kadang saya merasakan adakah patut saya melapurkan berita kurang baik dalam blog ini. Biasalah dalam hidup ini, ada kalanya ayah, ibu, adik beradik dan anak kita meninggal dunia, sakit, kemalangan dan lain-lain.

Dua hari lalu, suami Rohana Hashim yang pernah mengalami stroke masuk wad Hospital Seremban kerana paru-parunya dimasuki air dan mengalami masalah bernafas. Kini sudah dalam proses ke arah lebih baik.

Kita harap Zahar, suami Rohana akan sembuh segera. Suami Rohana tu orang Tampin Jaya setaman dengan ibu ayah Hasnah Mahfiz.

Kesihatan suami Rohana ini menyebabkan Rohana sukar memenuhi program rakan-rakan Munshi atau pun jika dia datang terpaksa solo sahaja.

Nasib kita ini berbeza. Bersyukurlah bagi yang sentiasa sihat. Doakan yang baik kepada sahabat kita yang diuji dengan pelbagai. Giliran kita entah bila agaknya.

No Tel Rohana 012-6976897.

ISHAK DAN NORJAN DATANG YE

Saya sedang mengemaskini gambar rakan Munshi 78 di sebelah kanan blog. Bagi sesiapa yang merasakan perlu ditukar gambar lain, sila maklomkan kepada saya. Kekadang saya tak terjumpa posting gambar yang terbaik. Ha ha. Eloknya gambar suami isteri.

Pada kenduri Maria nanti, saya harap dapat berjumpa dengan Ishak dan Norjan untuk merakam gambar mereka yang terbaru. Ishak tak dapat datang ketika reunion lalu dan Norjan pula terlambat datang, maka gambarnya tak dapat dirakam oleh sang juru gambar.

Ada beberapa orang rakan 6 Sastera 1 yang masih gagal dikesan. Antaranya Zaleha Abu, Hawa Baharom dan Salamah Nekmat. Kemana mereka menghilang. Bagi sesiapa yang sekampong, rasanya boleh ditanya dengan adik beradik atau saudara mara mereka. Tolonglah.

Rohana Mat Jais ada di DBKL, tetapi siapa yang sanggup berjumpa dengannya. Jamilah Jamian boleh kot...

KENDURI ROSNAH MAT ISA PUN 14 FEBUARI

Rosnah Mat Isa, 6 Sastera 1 akan mengadakan jamuan perkahwinan anak perempuannya pada Ahad 14 Febuari 2010, mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di No JA 8728 Taman Pahlawan Umbai, Merlimau Melaka.

Nampak gaya berarak habislah kita pada tarikh berkenaan kerana kenduri Mariah Ibrahim pun pada tarikh yang sama.

Makan di rumah Maria jam 1 dan makan di rumah Rosnah jam 4. Apa macam?

Kepada Rosnah dan Maria, tolong bagi pelan rumah ya. Walau pun saya orang Melaka, boleh sesat juga nanti. Ha ha.

Tahun 2010, tahun geng Munshi berlumba-lumba jadi datuk dan nenek agaknya. Woooo. Setahun dua ini, nampaknya jika geng Munshi 78 berjumpa, maka perjumpaan itu adalah antara tuk-tuk dan nenek-nenek. Apa boleh buat, dah sampai masanya.

Namun apabila jumpa rakan sekelas, rasa macam umur 18 je....Tak caya cuba borak dengan Suhdi dan Zakaria Osman. Gelak habis bib. Ha ha.

Kenduri Shaari bila pulak?

KENDURI MARIAH 14 FEBUARI


Pasangan bahagia sejak 1978, Mohd Han Hassan dan Mariah Ibrahim, 6 Sastera 1 dengan suka citanya menjemput semua sahabat Tingkatan 6 Atas, SMMA, 1978 ke majlis jamuan perkawinan anak lelakinya pada Ahad, 14 Febuari 2010 di No 1092-1, Kg Kandang Bakar Batu, Melaka.

Jamuan bermula jam 12 tengahari.

Saya cadangkan semua sahabat Munshi hadir antara jam 1 hingga 2 petang supaya dapat kita berjumpa beramai-ramai sekali.

Razak Husin - anta kena balik lewat Penang hari berkenaan. Warismu ini kan...

Norsir, Rani dan Hayati bolehlah jadi penyambut tetamu. Teh tarik jangan lupa!!!! Kok tak berbaloi mai dari KL....

Maria kena talipon Rani tu fasal dia anti dengan blog. Ha ha.

JAMUAN PERTAMA 2010



Malam semalam geng KL beramai-ramai ke jamuan perkahwinan anaknya Jamaliah Hj Yusof di Dewan Zenterum, Taman Setia Wangsa. Kita orang terdiri dari Yahya Ghani dan isteri, Basir dan isteri, Shamsudin dan isteri, Redzuan dan isteri, Sahara dan suami, Jamilah Jamian dan suami, Mastura, Sharifah Nuri dan Rohaya dengan anaknya memenuhi ruang dua meja makan khas untuk geng Munshi 78 sahaja.

Nak jadikan cerita, rupa-rupanya ayah Jamaliah tu, saya kenal sejak 1990 lagi kerana beliau orang kuat Pas di Masjid Tanah. Tak tahu pula saya bahwa Hj Yusof ini ayahnya Jamaliah. Ha ha.i

Kocik jo dunio ni.

Kami sempat bergambar dengan ayah Jamaliah. Jamaliah dan suami sibuk melayan tetamu hampir 500 orang.

Orang Melaka dengar kita makan aje le nampaknya.

Saya akan meletakkan semua gambar sahabat Munshi di bahagian kanan blog. Harap emelkan gambar ukuran paspot anda ke emel saya alifx59@gmail.com.

KENDURI SIAPA LAGI?

Insyallah pada Isnin hadapan saya akan test sistem sms melalui internet terus ke hp anda untuk mempastikan semua sahabat Munshi 78 dijemput ke jamuan perkahwinan seorang sahabat kita lagi pada bulan Febuari ini.

Ramai rakan kita tak upadate maklumat melalui blog ini. Redzuan dan Baharudin baru saja tahu kenduri Jamaliah hari ini. Ha ha.

Nampak gaya, tahun ini banyak sekali kenduri menyambut menantu. Tahun hadapan kenduri akikah pula. Ha ha. Jenuhlah kita makan kambing. Kegemaran saya tu.

Oh ya, saja nak bagi tau, Razak Husin kita yang berpindah kerja di Pulau Pinang, rupa-rupanya balik ke KL setiap minggu. Hebat tu. Jangan reput badan sudahlah. Harap beliau berhati-hati jika merempit dengan motornya.

KE PENANG SAT

Petang ini saya akan ke Pulau Pinang. Petang esok balik semula ke KL.

Yang dah berjanji berkumpul di pejabat saya pada Sabtu ini, jangan buat lupa pula. Saya hanya siapkan teh kosong sahaja, sebab nak melantak kat kenduri Jamaliah pada malamnya. Ha ha.

Yang pi terus ke Dewan Zentrum, Taman Setia Wangsa janganlah tersesat. Lokasi tu dekat dengan Giant, SK Titiwangsa, stesyen minyak Petronas dan Bank CIMB. Tanyalah Basir atau Jamaliah jika tersesat jalan. Yang penting tepat jam 8.30 malam saya nak makan. Mana boleh tunggu orang yang sesat jika ada pada hari itu. Wooo

Alamak, tak fasal-fasal ada orang kena penggal kepala di Gemencheh, tompek ese bertanding pilihan raya. Kepalanya masih hilang lagi. Mengalahkan kes Saidina Husin di Karbala pula. Ontahlah. Katanya kes dadah. Pandai-pandailah Adam menjejak kepala tu. Wooo



SABTU INI KENDURI JAMALIAH

Jangan lupa Sabtu ini jam 8.15 malam, jamuan makan sempena majlis perkahwinan anak Jamaliah Mohd Yusof. Saya diberitahu sudah 20 orang sahabat Munshi mengesahkan diri untuk hadir. Jamaliah dah siapkan 2 meja khas untuk geng Munshi. Mesti riuh meja Munshi agaknya nanti.
Bulan Febuari nanti di rumah Rosnah Mat Isa di Merlimau pula. Tarikh sebenar belum dibagi tau.
Basir, hang siap kamera baik punya pada Sabtu ni. Geng pompuan nak melaram dengan baju baru. Wooo.

KENDURI RUMAH MOKHTAR SALLEH





















































Kenduri kahwin anak Mokhtar Salleh selamat berlangsung tengahari tadi.

Antara yang hadir dan sempat di ambil foto ialah YB Datuk Mat Sirat, Shaari Mat Jelas, Mansor, Mastura dan Sahara beserta suaminya.

Mansor menjadi juru fotonya.

YB Mat Sirat baru kembali dari Mekah pada Khamis lalu.

Hamidah Daud pun hadir tetapi tak sempat bergambar dengan rakan lain.

Yang hebat ialah Sahara dan Mastura - dari jauh mampu hadir.

Saya ada program kahwin juga di Masjid UIA, KL