Menurut sms Maznah, Maimunah Baba bersama suami dan seorang anaknya akan menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada 10 hb Februari 2010.
Kita ucapkan selamat pergi dan balik kepada beliau sekeluarga.
Kos umrah zaman la ni taklah semurah era dulu. Kalau pernah ke Mekah dan Madinah. kekadang terasa kerinduannya. Maka, walaupun kosnya mahal, tetap hendak pergi lagi.
(Saya kurang sihat kerana peha kanan kena "bentan". Tertangguh pi Jambi Indonesia)
Kita ucapkan selamat pergi dan balik kepada beliau sekeluarga.
Kos umrah zaman la ni taklah semurah era dulu. Kalau pernah ke Mekah dan Madinah. kekadang terasa kerinduannya. Maka, walaupun kosnya mahal, tetap hendak pergi lagi.
(Saya kurang sihat kerana peha kanan kena "bentan". Tertangguh pi Jambi Indonesia)
19 comments:
Peringatan Untuk diriku
"Andai hidup punca perpisahan , biarlah mati menyambungnya semula. namun seandainya mati punca perpisahan , biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beoleh bahagia."
'Kehidupan ini dipenuhi dengan sebiru macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" . Semngat uuntuk kita sama-sama fikrkan Manasor , Basir dan sesiapa pun untuk kata-kata semangat. saya macam biasa ingat kawan,ingat kenangan sementara menunggu hari.......
Bila dengar tuan moderator kurang sihat, terfikir jugak bhw dalam usia sebegini betapa kita perlu menjaga kesihatan. Harap-harap tuan moderator dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus mengendalikan blog munshi ini. Bagi saya, saya minta maaf kerana lama tidak menghantar komen, walaupun blog dibuka setiap hari. Bukannya ape.. cuma sejak akhir-akhir ini badan rasa kurang sihat. Selepas turun dari Gunung Kinabalu, keupayaan saya benar-benar menurun... kalau dulu setiap hujung minggu paling kurang tujuh pusingan Taman Rekreasi Bukit Beringin di Masjid Tanah, boleh dihabiskan, tetapi mulai Januari yang lalu nak abiskan dua pusingan pun terasa amat penat sekali. Dan paling tak sangka pada Isnin yang lepas terasa amat sukar untuk bernafas.. dada terasa amat sakit .. hinggakan nak tolong isteri goreng karipap pun tak terdaya. Malamnya gi jumpa doktor.. Terkejut bila doktor bagi ubat untuk dihisap bawah lidah bila sakit... tanda-tanda ada masalah pada jantung. Dan doktor refer ke poliklinik Peringgit. Esoknya bila buat check-up kat dan buat ECG doktor kata ada masalah pada jantung... apa lagi seperti biasa dibekalkan ngan segala jenis ubat. Dan tadi ada staf Yayasan Jantung datang kat maktab... biase le saya pun pergi buat pemeriksaan darah... result BMI ok, kolestrol 4.48, tekanan darah 131/71, tapi yang tak seronoknya kandungan gula 21.1 .. tinggi jugak. Tak pe le mungkin ujian Allah keatas hambanya.. Ingatan kepada kekawan jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan kerana kekadang kita tak jangka yang kita ada masalah sehinggalah kita sendiri menghadapinya..
Kawan-kawan disayangi,
terharu dengan kata-kata Sahara. bimbang dengan kesihatan moderator dan terkejut dengan cerita Mansur. Diri terpanggil menaip di ruangan ini dengan perkara2 tersebut. Memang dah umur2 begini kesihatan amat penting. Bagi yang sihat di saat ini sesungguhnya ia anugerah tak terhingga daripada tuhan. Pakar2 kesihatan selalu mengatakan bersenamlah selalu untuk kesihatan tetapi saya selalu melihat orang yang selalu bersenam tetapi mendapat penyakit tidak kurang seperti orang yang tidak peduli dengan senaman. Ada kawan saya tersungkur di gelanggang badminton,pengsan di trek joging.Badan saya ni terasa naik sikit walau selalu berjoging dan jaga makanan. Saudara Mansor dah tak terdaya joging walau sebelum ni 7 round takde hal..Macamana tu doktor Majizan,tolong beri pendapat sikit..
adab berubat,langkah2 berubat.
1.Mandi Fajar
2.Tahajjud
3.Baca Quran
4.Sedekah
5.Memberi makan ahli ibadah
lepas itu barulah mula makan ubat.
P.S utk pesakit diabetes,bacaan tekanan normal <125/80,berbanding populasi lain <140,85.
Bacaan kolesterol yg penting ialah nisbah trhdp total,bukan nilai yg total tu.
Bila guna GTN,klu dah terasa sakit kepala,maka ludahkan luar.
Sahara,
Sedap bunyinya madah u. Pada fahaman saya, ialah maksud u jika pasangan kita nak kawin lain redha je,jangan marah2. Itu tanda kita sayangkan dia,biarkan dia bahagia mengikut kehendaknya.Betul ke?(gembira zek membacanya). Mungkin juga benar kata-kata itu. Dah umur2 ni apa nak dikejar lagi kan,buat ibadat selagi mampu,biarlah org lelaki nak dua ke tiga,bila dah sakit nanti balik ke kita juga,begitulah selalunya. Betul tak sahara..Jangan mare org lelaki,lumrah kehidupannn...
Salam Jumaat semua.
Buat anonymous saya tulis dlm skop blok kita bila Basir kata dah tak meriah, suka menyamar, mood nak tulis dah menurun bukan perkara peribadi.Tapi tafsiran manusia itu berbeza-beza.Sebab ramai yg kata suka baca saja tak suka komen. Jadi jika ada kesempatan berilah sedikit ruang waktu., itu juga dikira sedekah. DR M , YAG, Basir dulu suka beri kami ubat sekarang stok dah habis ke, bajet tak cukup.Kasihan juga Mansor dlm kurang sihat pun ada kesempatan.
atau dah bersara awal.
RENUNGAN KITA BERSAMA
" MANUSIA TAK AKAN TAHU SEMUA PERKARA.JESTURU TAHU BANYAK PERKARA LEBIH BAIK DARI TIDAK SUKA MENGAMBIL TAHU WALAUPUN SATU PERKARA"
KIta fikirlah sendiri kalau baik ambik , tak baik org Mka buang kat dataran Satu Malaysia yg PM rasmi semalam.
Pembetulan . coratan pagi jumaat itu saya yang komen. SAHARA
Semalam lepas check, ramai kekawan yang bagi nasihat dan cadangan. Terima kasih diucapkan. Balik terus puasa sbb tadi nak buat follow-up test. result masih tinggi 12.9. Tak pe lepas ni kontrol makan. Bak kata Ali .. geng ngeteh memang tinggi paras gulanya. Dah pun beli ekstrak peria. Tak taulah lepas badan terasa sakit ni, pantang ada cadangan yang baik; pasti 'on' punya... itu pasallah banyak syarikat MLM jual produk kesihatan. Betul tak tuan moderator... Ok lah, kepada kekawan yang telah memberikan idea, nasihat dan cadangan, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Sesungguhnya saya tidak berniat untuk meraih simpati kekawan sekelian. Sesungguhnya niat ikhlas saya adalah untuk mengajak semua sahabat munshi melakukan pemeriksaan kesihatan, menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar reunion yang akan diadakan nanti (entah bila..) dapat diadakan dalam keadaan yang penuh ceria tanpa masalah-masalah yang boleh menjadi penghalang...
Saudara Mansor,
Bacaan gula 12 tu pun kira masih tinggi tu. U kuat bersenam tapi kurang jaga makan pun tak boleh tu. Masa muda dulu kita telan ikut selera tak jadi apa2 pun tapi dah umur begini sebelum makan kena pilih2 dulu,elak lemak dan minyak.Dr.M kena selalu beri nasihat kesihatan kat blog ni,bukan apa sekadar mengingatkan kawan2.Bukan tak tahu perkara2 begitu tp kadang kala kita mudah leka..
Salam, semuga Guru Besar Maimunah Baba dan keluarga selamat pergi dan kembali. Mansur hadapi lah ujian ini, kita hanya boleh merencana. Kami mendoakan semuga sihat selalu dan ikuti nasihat DR dan rakan2.Aku dah singgah di Tiang 141 tapi sayang tuan rumah tiada, mungkin lain kali kot. Untuk anonymous stok ubat dan bajet kami banyak lagi, kami simpan sebagai War reserve. Teruskan memeriahkan blog ini
Dugaan sakit semua ada pada usia begini. Cuma bagaimana kita menanganinya itu berbeza. Sakit bermula dari fikiran kita.. Ia akan menjadi teruk apabila di layan penyakit tu. Selalu berfikiran positif apabila berubat. Ia akan bertambah teruk kalau fikiran negatif. Itu sebabnya reunion, blog, kenduri kenara, kunjung mengujungi dapat meghilangkan rasa sakit yang dialami.. Mansur memang elok jika sakit mengadu dengan kawan2 yang suka mendengar.. Kadangkala baik penyakit bukan kerana ubat yang di jual oleh kawan tetapi sambil doa kawan2..Tidakkah Allah sentiasa mendengar ? Jangan biarkan diri terlantar meratapi nasib atau penyakit tetapi berusaha dan berbaik sangka dengan Allah, dia tidak duga lebih dari kemampuan manusia...Amin.
Sahabat2 kalau berkesempatan ziarahilah moderator kita. Petang tadi saya singgah sebentar dan lihat beliau agak lemah,masih demam, peha kanan lebam (macam bentan).Masih tak tahu apa penyakitnya, mungkin DR M yang lebih arif. Kita doakan beliau cepat sembuh.
Maklumat kawan2 semua saudara Ali Maidin Admited di Wad 4 HBKL. Mungkin Operation malan ni(ketumbuhan/bisol). Kita doakan keselamatan beliau
Salam,
Pagi td Maznah sms suruh buka blok dan terkejut juga dengar cerita moderator bentan.Entahle diusia-usia 50an ni memang terasa kelainannya. Saya merancang sungguh nak berjumpa kengkawan di majlis moderator tp tiba2 batuk dan selsema pulak tu kepala rasa berat jd terpaksa batalkan rancangan.Kita cuma boleh merancang tetapi ketentuan takdir illahi.Maznah pun pagi td beritau kurang sihat. Harapan dan doa saya semoga Mansor dan moderator kembali pulih.Untuk Cikgu Maimunah selamat pergi dan selamat kembali doa-doakan rakan2 kita supaya cepat sembuh.
Salam kawan2 Ali selamat buat minor ops mungkin 2-3 hari dalam wad. Hari ni hari jadi Ali, mungkin dah takdir Bday ke 51 di sambut di hospital. Mungkin juga ada hikmat disebalik dugaan ini.
Pertama nak ucapkan syukur kerana saudara Ali selamat menjalani pembedahan kecil. Kedua nak ucapkan selamat hari lahir ke 51 kepada Ali. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik agar boleh terus mengendalikan blog Munshi. Semalam masa telefon, dengar suara Ali tetap ceria walaupun sedang menunggu masa untuk dibedah. Kepada kekawan sama-sama lah kita berdoa agar sahabat-sahabat munshi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik olehNya.
Ali dlm kesakitan tapi lawan tetap....lawan.
Utk peminat kencing manis,harap jaga kaki,elok kalau berkesempatan,
berjumpa dgn podiatrist,klu takda kita jaga sendiri saja pun OK.
Assalammu'alaikum..
Dah banyak hari blog munsyi cerita pasal kesihatan. Itu tanda masing2 ada kesedaran..alhamdulillah.. Tapi ingat..tak semua yang sakit akan terus sakit dan bukan pula yang sihat tu betul2 sihat.Yang pasti kedua2nya ada hikmah yang ter sirat dan tersurat.
Saya bagai dipanggil untuk menaip diruang ini cerita pasal sakit...bukan raih simpati..., sekadar renungan saja..
Diawal perkahwinan dan diawal kehamilan anak pertama saya disahkan pengidap jantung berlubang.Terasa kehidupan saya terlalu singkat...Alhamdulillah.. selepas mejor operation saya sihat walau banyak kali tak sihat.. Kasihan suami..tapi dia tak pernah mengeluh..dia redha..sentiasa beri semangat pada saya, dia selalu cakap kerana saya sakitlah kasih sayangnya pada saya semakin teguh. Pn Robbaniah bolehlah ucapkan kata2 ini pada Ali, ok? InsyaAllah Ali pasti cepat sembuh!
Kami diuji lagi,putera bungsu pula jantung berlubang. Umur 6thn buat mejor operation. Tak bermaya badan ketika meninggalkannya dibilek pembedahan...syukur..ada suami yang tabah, redha dan tenang. 8jam kemudian..sekali lagi hati kami bagai dirobek2 bila doktor kata putra kami masih ada lagi satu masalah..injap jantungnya bocor..doktor tak boleh repair... Tunggu umur tinggi sikit lagi kita ganti..tapi risikonya tinggi...
Hakikatnya kini..,yang sakit maseh sihat..tapi yang sihat sudah meninggalkan kami ketika dia sihat2...Al fatihah...buat arwah Tajudin Othman.
Salam geng2.. Kalau kita sakit ada orang yang sudi medengar dan ziarah sudah cukup baik..Rasa lega. Kadangkala sakit juga nak menduga orang yang hidup, kalau mansor sakit dugaan pada isterinya.. Menjaga makan minum kerenanya. Saya da alami anak Telesimia 24 tahun dengan segala dugaan dan kekuatan zahir dan batin menjaga anak sebegitu. Sabar pada kawan2 kita seperti Juwita. Rob isteri Ali membalas sms saya dan menberitahu kalau ada kelapangan lawatlah Ali untuk beri semangat dan kekuatan padanya. IsyaAllah esuk baru saya berkesempatan ke Wad 4. Begitulah kawan2 Re union yang kita tanya apa faedahnya? Kita tidak merasa sakit keseorangan...
Post a Comment