Seperti dijanjikan kekawan Munshi 78 berrombongan ke kenduri kahwin di rumah Maria Ibrahim dan Rosnah Md Isa pada Ahad 14 Februari.
Zakaria paling awal sampai ke rumah Maria - lebih kurang jam 11.15 pagi bersama buah hati kesayangannya. Rugi sapa yang tak dapat jumpa tau.
Zakaria paling awal sampai ke rumah Maria - lebih kurang jam 11.15 pagi bersama buah hati kesayangannya. Rugi sapa yang tak dapat jumpa tau.
Selepas tu group Mansor, Hayati, Hasnah Mohd, Mohd Nor, Suhdi, Karim, Kamarudin Arshad, Md Jadi , Jaamat, Saari, Aziz Mat Yasin, Norsir dan Hidayah agaknya.
Group terakhir ialah Mokhtar Ahmad dan keluarga, Mohd Amin dan keluarga, Sharifah Nuri dan suami, Sahara dan suami , Mastura, Hj Rani Embi dan YB Datuk Mat Sirat.
Menurut Hidayah, Juwita tiba ketika Hidayah nak balik dari rumah Maria.
Group terakhir ialah Mokhtar Ahmad dan keluarga, Mohd Amin dan keluarga, Sharifah Nuri dan suami, Sahara dan suami , Mastura, Hj Rani Embi dan YB Datuk Mat Sirat.
Menurut Hidayah, Juwita tiba ketika Hidayah nak balik dari rumah Maria.
Mansor dok mencari hero Kg Kandang, Razak Husin. Ke mana kau Razak oi. Ha ha.
11 comments:
Bukan aje Razak Husin, Razak Kanapiah (jiran sekampung Maria) pun tak nampak batang hidung...
Razak K tu berzuhud dekat bukit kajang... Pahala lebih maaa.
Razak Husin sedang sibuk nak berarak Maulud kat Penang kot. Ha ha
aku datanglah ooii.... Tapi kul 4 petang baru sampai. Jem kat Seremban 2 jam. Lagi pun itu kan kampung aku, suka hati aku le nak balik kul berapa. Maria dengan Md Khan tak kisah pun.......
Maria dan Md Han memang le tak kisah. Tapi kekawan yang lain, yang dah lama tak jumpa tu yang kisah.. tak bole ke... blog pun dah lama tak nampak komen kau... ingatkan kau dah tak ade kat M'sia..
Hei Mansor! Aku kat Kajanglah.... Aku sekarang ni tenggelam sebab Razak Husin dah lansung tak timbul. Agaknya kat Penang tu tak dapat internet kot. Kat Rembau pun tak dapat.... Aku ingat nak ulang tengok F1 lagi tahun ni, dah dia cabut pulak ke Penang.
Razak... kalau kau berani, esok turun. Aku & geng-geng Melaka akan tunggu kau kat kenduri Shaari di dewan Bestari, MPMBB, sebelah Jusco. Kau ajak le geng-geng KL seberapa ramai yang ade.. amacam... ada brani..
Ala Mansor, engkau ada Hang Tuah boleh le cakap.... Geng Kolumpo ni nak harap Ali, kaki dia pun dah 4 inci bertoreh, belum baik lak tu. Tapi kalau kau nak bertikam dengan aku juga, dengan lidi satay bolehla... Amacam ada brani????
Mansor , si Razak tu gamaknya salah baca doa kot. Dia asyik baca doa naik pangkat, banyak duit, kawin le.. Kot ye pun baca lah doa Allah permudakan urusan di dunia.. jangan kena jem kat jalan raya.. Geng kita orang lagi best sampai guma Maria kul 3 sampai gumah Rosnah kul 4 . Tapai pun da habis .. kemah da tercabut. He he kematu ponggong dalam kereta hari itu. Singgah RR beli panadol.. Kawan punya pasal. Esuk jumpa di dewan kenduri Saari. Mansur kau jangan habiskan tapai ye...Tunggu saya n Basir datang.
Rabbana atina minladunka rahmah, wahaiyyi'lana min amrina roshada. amin....
Kau jangan risau Mas... nanti aku minta Shaari bungkuskan tapai untuk kau... lagipun aku dak tak boleh makan tapai banyak, sebab malam tadi gi test gula masih tinggi 16.2. Dan aku rasa hari ni kita boleh kumpul ramai-ramai, sbb rasanya hari ini x jem. Lagipun Razak K dah baca doa. Rasanya hari ni Razak yang sampai dulu kot....
Post a Comment