PERGI SELAMANYA

Bila petang menjelang maghrib di UKM pada 1980an dulu, rakan sebilik akan membuka kaset Al Suraya dan Ahmadi Hasan. Kira-kira dia nak ambil hati saya le tu. Ha ha.

Semalam Ahmadi Hasan telah meninggalkan kita selamanya. Sedih pula rasa hati kerana perintis lagu dakwah sudah tiada lagi. Dengarkan lagu rintihannya di sini dan ingatannya kepada kita di sini.

3 comments:

sahara said...

Salam Jumaat
Begitulah hakikatnya kehidupan. Allah jadikan kejadian ada pasangannya. lelaki perempuan , susah senang,tua muda dlll akhirnya hidup/ mati (pergi tak kembali).AL- FATIHAH UNTUK YG TELAH PERGI TERUTAMA KEDUA IBU BAPA KITA/KAUM KELUARGA...... MUSLIMIN MUSLIMAT.
RENUNGAN " JIKA KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGEMBIRAKAN ORANG JANGAN PULA KITA MENAMBAH KEDUKAANNYA. WALLLAHHUALAM

Sharifah Nuri said...

Salam,Saya pun macam Ali juga dlm kesedihan sbb rakan di pejabat saya pun meninggal, sorang meninggal pukul 3.20 pagi tiba2 semput tak sempat nak ke hospital sorang lagi semasa bercuti di kampung.Yg meninggal di sini saya sempat gi melawat.Tak taulah sama ada esok saya dpt hadirkan diri atau tidak badan lain macam aje sejak hari Selasa yg lepas.

mastura said...

Kalau tak sihat tak payah lah pergi. Tapi kalau nak sihat pergilah.. Mungkin jumpa kawan2 terus baik. He he saya pun begitu baring je cuti raya cina ni. Sedap sungguh bergolek2 tak sedar nak buka sekolah lagi. Pada yang sihat pergilah gumah kawan2 yan wat keduri . Itulah peluang kita nak berjumpa pun..Razak hoi cubalah kau jampi2 kawan2 kita yang sakit2 asyik kau mejadi wali hakim je.. Macamlah pengantin tu tak ada mak bapak..He he