AKSI DI RUMAH MARIA - 14 FEBRUARI

Ini emel Mansor yang melapurkan perjumpaan di kenduri kahwin rumah Maria/Mohd Han, Ahad lalu:

Assalamualaikum Li,

Syukur alhamdulillah kerana kau dah merdeka dari kepungan nurse-nurse yang cun kat hospital. Walaubagaimanapun aku doakan agar kau cepat sembuh agar dapat berjumpa di kenduri Shaari pada sabtu 20/02/10 nanti.

Bersama ini aku attachkan gambar yang sempat diambil pada kenduri dirumah Md Han dan dirumah Rosnah pada hari Ahad semalam. Antara yang hadir ialah Aku, Noorsir, Yati, Hasnah, Juwita, Hidayah, Jaamat, Kamarudin, Md Jadi, Karim, Aziz, Suhdi, Shaari (setakat yang aku ingat). Mokhtar dan geng KL tak jumpa sbb mereka terperangkap dek trafik jam.

Cuma yang aku heran kenapa aku tak nampak orang kampung Mariah ... sapa lagi kalau bukan si Razak... tapi aku rasa kalau musim-musim macam ni Razak pun tentu sibuk jugak ....ya tak?.. ada saham geng..



1 comments:

tampin said...

salam seronok dpt jumpa kawan-kawan di rumah member 78. jangan lupa pada 20/2/10 di rumah saari janji berkumpul jam 2.00 pm.