BERBONDONG KE MELAKA LAGI.

Hari ini gerenti highway KL Melaka sesak dek geng Munshi 78 yang hadir ke majlis kenduri Saari Mat Jelas di Air Keroh Melaka. Ha ha.

Pepagi lagi Sahara dah bergerak. Katanya mengangkut Sharifah Nuri dan Mastura di Kajang.

Makanlah ye puas-puas sementara boleh. Kalau dah jadi macam saya dan Mansor yang gula dah tinggi, dok menjamah sikit aja le nampaknya. Wooo.

Mat Jadi boleh melantak habis fasal dia sentiasa kerja kuat keluar peluh di tengah padang di Putrajaya. Ha ha.

Kepada Zek, jangan lupa bawa orang sebelah.

1 comments:

sahara said...

salam saya kat K/Terengganu . Tak taulah ada kesempamtan atau tidak ,cadang nak jumpa Azizah Yunus.Tapi ada call dia jumaat lalu.Semasa jumpa Juita di Mka sempat dengar bisnessnya. Hai cekal dan tabah betul dia mengharungi kehidupan.