MERDEKA DARI WAD

Genap seminggu saya beriktikaf di HKL akibat pembedahan di peha kanan saya. Petang semalam, Ahad, saya dilepaskan dari wad dengan berat hati oleh para doktor. Mereka mahu luka di peha saya tu benar-benar bersih dari sebarang anasir yang tak diingini sebelum dilepaskan dari wad.

Sabar - itulah modal utama duduk di wad. Tugas utama di wad tidak sampai beberapa minit sahaja iaitu menanti sessi lawatan doktor melawat pesakitnya pada jam 9 pagi. Lepas tu tunggu time makan tengahari, makan ubat, minum petang, makan malam dan minum malam.

Kalau kita rajin pergilah melawat rakan senasib dalam wad. Oleh kerana saya di wad ortopodik, maka pelbagai aksi dapat dilihat. Semuanya kes kemalangan jalan raya dan kes jatuh. Tak terfikir saya ada pelbagai tragedi berlaku di dunia ini yang anih dan pelik.

Dr Majezan melawat saya awal, Ahad lalu, 7 Februari dan pada masa itu saya belum pulih dari bius pembedahan. Maka tak dapatlah bersembang puas rasanya. Manakala Mastura dan Sahara datang pada Sabtu, 13 hb - dalam keadaaan saya telah pulih dan sedia menanti keluar wad. Maka rancaklah kami bersembang pelbagai kesah dunia ini. Ha ha.

Rohaya yang bertugas di HKL menjengah saya dua kali. Kali pertama saya tidur sehingga tak sedar beliau datang.

Si Mokhtar, Zakaria Osman dan Maznah rajin sms bertanya khabar ketika saya dalam wad.

Tugas saya sekarang ialah membuat aktiviti dressing setiap pagi di klinik kerajaan atau swasta sehingga luka di peha saya ni bercantum semula. 4 inici panjangnya dibelah. Saya pun tak gamak melihat dalamnya luka ini. Ha ha.

Tak tahulah adakah saya mampu menghadiri jamuan Saari pada Sabtu 20 hb ini. Kalau kuat dan sihat, saya pi fasal nak jumpa Zakaria yang ada cerita best darinya. Woooo.

Terima kasih atas doa sahabat supaya saya segera sembuh. Makbul doa anda semua

Jamilah Jamian pun ditahan wad di PP Kg Baru disyaki denggi pada Ahad lalu.

5 comments:

mastura said...

Allamdulillah Ali dah merdeka dari wad 4. Bila kitaorang melawat polis jaga tu kata wad 4 wad dasyat.. Apa tidaknya semua macam ninja, oku, zoro, patah sana sini. Nasib Ali nampak siuman sakitnya.. Memang kesian disekitar katil Ali. Pastikan kesihatan tu benar2 pulih baru boleh merayau.. Saya pun seram tengok kaki Ali. Tapi saya sempat buat dia masak cili api ayam kampong .Sahabat punya pasal. Seronok tengok Ali makan dengan selera kueh maslodeh yang saya beli . Kata isteri nya Rob, Ali terus baik bila kitaorang datang.. Itulah persahabatan yang tidak boleh terdapat dalam mana2 drama dan filem...

Anonymous said...

Slm, bagi kwn2 yg tak sempat melawat ali dihospital, mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan dan cepat sembuh,,,,,,,,
Ali, Rajin2 mkn ubat, nanti boleh pergi ke majlis Saari... Insyallah

maznah said...

Ali, Hari ini ada kenduri aqiqah cucu abang aku di kampong, Melaka... gulai kambing. masa makan teringat Pak Ali..... telan air liur aje le ....nanti dah sihat kau cari gulai kambing kedai mamak mkn dengan roti canai dan teh tarik.

ALI MAIDIN said...

Maznah, sedap lagi kari kambing orang kampong masak dari mamak tau.

maznah said...

Slm,
Ali, Mastura..sorry le tak bagi gulai kepala kambing kat hang. Memang sedap kari org kampong yang masak. Malam tadi aku hantar kari kepala kambing yg aku bawa dari kampong kerumah Pah. Menurut Pah sedap pulak makan dengan nasi beriani yang dibekalkan oleh Rosnah. Terima kasih untuk Rosnah/Penghulu Lazan dan Maria/Han yang mengirimkan cenderahati untuk saya. Tahniah dari saya dan suami kerna dapat menantu.