REUNION DI KENDURI SAARI

Kenduri Saari di Dewan Bistari telah berjaya mengumpulkan ramai rakan Munshi 78. Md Jadi paling awal tiba dan Aziz orang terakhir sampai.

Mansor, Md Jadi, Basir, Zulkaply, Zaini Samani, Rosnah Mohd Isa, Mokhtar Ahmad, Mokhtar Salleh, Norsir, Karim, Mohd Han, Mohd Han, Maria, Hayati, Mastura, Sharifah Nuri, Sahara, Jaamat, Hasnah, Marhamah, Suhdi, Aziz dan Kamarudin tidak menghampakan jemputan Saari. Cemburu sekali saya kerana tak dapat hadir.

Dalam gambar tu macam ada Zaharah Ismail. Betul ke?

Ini komen Mansor melalui emelnya kepada saya sebentar tadi:

Assalamualaikum Li,

Aku doakan kau sihat sentiasa... Tadi kita orang gi kenduri Shaari. Ramai jugak geng-geng Munshi '78 yang datang. Cuma aku nak tabik dua belah tangan kat geng Kl, kerana sanggup turun ke Melaka berturut minggu kerana meraikan kekawan. Syabas dan tahniah..

Basir, Mastura dan Sharifah mengunjung saya selepas kenduri Saari. Jam 4.30 mereka sampai pejabat saya. Kita orang dok bertanya dimana Dr Majezan. Kok beliau ke Mekah pula tetapi selepas saya taliponnya, beliau berada di Melaka. Melawat kawasan, katanya. Ha ha.

Si Zakaria Osman pula tersilap hari. Dia ingat hari Ahad. Ya le, orang sibuk dengan ramai ahli keluarga. He he.

2 comments:

saari md jelas said...

salam untuk semua sahabat,

Saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meraikan majlis perkahwinan puteri saya pada 20 feb yang lalu. Jika ada kekurangan dari segi layanan, maaf dipinta.

kepada saudara moderator, saya doakan semoga cepat sembuh. semoga bertemu di lain kali. begitu juga dengan rakan2 yang lain.... Insya'Allah tahun depan ada lagi....kot

Wassallam - Sa'ari dan keluarga.

Anonymous said...

Guru besar Yaakop & isteri datang, cuma tak sempat nak bergambar.