AZIZ NAK BERBESAN DENGAN GENG MUNSHI

Rupa-rupanya Juwita, Sahara dan Aziz adalah kumpulan terakhir geng Munshi 78 di majlis kenduri Saari, Sabtu lalu.

Dengar khabar hebat boraknya Si Aziz kita tu sehingga nak berbesan dengan Sahara dan Juwita. Gelak besau Juwita dan Sahara. Aziz mencadangkan buat kenduri bersama di dewan sekali. Ha ha. Emak bapak dok berangan bermacam-macam. Entah-entah anak kita mencari jodoh sendiri. Ini bukan zaman mak pak kita dulu. Ha ha. Apa pun niat Aziz tu murni sekali.

Tahun ni ramai geng Munshi akan menerima menantu. Aziz pada bulan Jun ini. Hidayah pada bulan Oktober. Lft Kolonel Rashid pada Disember. Anak Mastura akan bertunang dalam masa terdekat juga. Wau.

Reunion 2009 lalu adalah satu event yang tepat sekali kerana selepas itu menyusul 100 perjumpaan lagi. Yang gerentinya ialah kenduri kahwin.

Syabas Aziz yang nak berbesan dengan geng Munshi. Woooo.

2 comments:

Anonymous said...

Anak moderator bila agaknye, tahun 2010 jugak ke. Mesti hebat majlisnya, maklum le puteri kesayangan - seorang pulak tu...

hasnah Telekoam said...

Kabar terbaharu dari Saudara kita En Alias dan Mulayati.. belaiu berdua akan menyambut menantu pada 05 JUN 2010 ni. Apa lagi kekangkawan semua bersiapsedia lah dari sekarang... dengar kabar ada juga geng-geng yang lain akan mengadakan majlis kahwin pada bulan tu..

Mul kirim salam pada kawan-kawan semua terutama pada Saudara Ali. Semuga beliau cepat sembuh hendaknya.

Tu le untungnya saya bertugas kat TMpoint ni ..selalu boleh jumpa rakan-rakan...