AHAD INI PENENTUAN

Alhamdulillah nampak semuanya aktif dalam blog ini. Hanya ramai yang pakai nama anon, maka payah nak tahu siapakah gerangan. Macam gadis sunti lak.

Insyallah, saya dan Basir akan ke Pengkalan Balak berjumpa Mansor di hujung minggu ini untuk menentukan tempatnya secara muktamad. Kalau sapa-sapa nak joint pun boleh juga. Saya belanja asam pedas di Pengkalan Balak, kok ada. Orang pompuan jangan mai fasal kami nak merapu. Ha ha.

Saya tiba di KL semula jam 12 malam hari Sabtu. Naik kejang kaki kerana panjat bukit dan lama memandu. Manja sungguh saya ni. Ketika nak menunaikan fardhu haji dulu, saya berjoging di Titiwangsa supaya boleh tahan apabila berjalan kaki selepas bermalam di Muzdhalifah dan saei. Selepas tu kasut joging pun entah ke mana dan pasti dah berlapuk. Ha ha. Ketika menunaikan ibadah haji, macam-macam analisa kita boleh buat, tetapi eloklah kita pendam sahaja dalam hati supaya hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu.

Ini emel Mansor yang melapurkan intaiannya di Pengkalan Balak:

Assalamualaikum sahabat,

Bersama ini disertakan gambar-gambar yang berkaitan ngan lokasi reunion Munshi 78 bagi tahun 2010. Tarikh yang difikirkan sesuai adalah 15-16 Mei 2010 (Sabtu-Ahad). Cuba kau buat survey ttg tarikh dan tempat.

Aku rasa tempat yang paling sesuai kali ini ialah di Pengkalan Balak. Satu kelebihan di Pengkalan Balak ialah sesiapa yang bawak anak kecil macam Karim; ade swimmimg pool untuk mereka. Lagi pun di Pengkalan Balak ade banyak warung untuk kaki ngeteh macam kau Li.

Lagi satu...Sebenarnya untuk reunion kali ini cadangnya tak mau bagi makcik-makcik Munshi memasak. Nak bagi mereka rilek sambil berehat sesama kekawan atau keluarga. Itulah sebab pilih tempat tsb.


Walaupun ada cadangan untuk di buat di Kuala Linggi.. aku rasa..tempat-tempat tu kita 'reserve'kan untuk perjumpaan tahun 2011. Tentang bayaran terpulang..kalau nak datang ngan famili better book satu bilik.. dan kalau nak kongsi ngan kekawan lagi murah. Tentang rate bilik di Kamunting Beach Resort ialah Standard - RM 100.00, super Standard - RM 110.00 (boleh muat 5 orang), Superior - RM 120.00 (boleh muat 5 orang),Deluxe - RM 130.00, Famili - RM 150.00 (boleh muat 5 orang).

Manakala di Seraya Pantai Chalet pula.. Bilik Famili - RM 130.00, bilik Air Cond. - RM 85.00 dan bilik berkipas RM 65.00.

Sekian untuk makluman awal.

6 comments:

anak tupai naik perahu said...

klu nk wat kt tu,mk buk awai sikit,Mansor ke sesape ke kena wat block booking.Yg aku tahu,memang takada bilik dah pada hari 15 dan 16 Mei,Kalau KM kau org booking tentu boleh dpt kot?

Anonymous said...

tengiling kampung said: kalau 30 org aktif, sekurangnya 15 bilik..nk kasi sorg satu, dah tua2 ni tknk share la katil..chalet tu bnyk bilik ke?kalau kt lewat, nanti full pulak..suruh pak ali buat tawaran booking dalam blog..

Mansor said...

Jumlah bilik yang terdapat di KBR - 44 buah, campur ngan D'Nelayan Beach Resort - 26 ialah 70 buah. Kedua-duanya dibawah pengurusan yang sama dan terletak berhampiran. Rasanya masalah kekurangan bilik tidak timbul. Yang penting promosi mesti baik punya.. macam kite punya 1st reunion tahun lepas. Kalau ade penajaan lagi cantik...

ank tupai dayung perahu said...

Tuan Mansor,bilik memang banyak,cuma tak pasti vacant atau tidak,takut dikebas org.Adalah amalan biasa tempat ni penuh klu hujung minggu.

Mansor said...

Insyaallah, hari Ahad ni Ali n Basir akan turun ke Pengkalan Balak dan keputusan akan ditentukan.

Ab.Karim said...

Saya rasa sambutan kali ini kurang kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu kalau semua orang ada respon lagi baik.Z mesti nak 3 bilik kot.