2 KALI KE MELAKA

Saya ke bandar Melaka pada Jumaat dan Ahad lalu. Saya minta panduan jalan dari Zaini dan Hayati pada hari Jumaat tu. Maklomlah dah tak ingat nama-nama jalan di bandar. Rupa-rupanya kini banyak jalan sehala. Nasib tak sesat di negeri sendiri.

Kali ini saya jadi penumpang 100%. Maka dapatlah saya menghayati perubahan keindahan Melaka.

Saya hanya berurusan selama 3 jam sahaja setiap kali ke bandar Melaka. Tak nyaman nak memanggil kekawan Munshi untuk mengeteh. Kawan-kawan politik pun saya tak jumpa. Ini khas urusan juta-juta sahaja. Ha ha.

Rasa tak puas pula meronda sekejap di bandar Melaka tempohari. Kami suami isteri bercadang bermalam di bandar Melaka untuk merayau habis-habisan di dalam bandar yang kini berubah wajah berbanding 10 tahun lalu. Yang duduk Melaka, memanglah tak terasa kerana hari-hari pandang bandar Melaka. Bila agaknya kami dapat bermalam ya. Kalau boleh bulan ini juga.

2 comments:

tinggi mna pun kita ngaji nk wat prahu mesti tok jdi said...

Kalau rajin,kau merayau jer tepi pantai dari bandar Melaka ke Klebang terus ke Tg Bidara.Pantai dah takda lagi.Pelancung dah kurang.Program M2H{Melaka my second home} dah tak berlaku lg.Pakcik dan makcik yg berjualan ditepi pantai,pelanggai,penyauk geragau dah takda,bot2 kecil dah takda lg.
Cuma aku cadang nak simpan satu perahu di sg Klebang,berdekatan rumah adik aku,nak tunjuk anak cucu mcm mana rupa perahu datok moyang mereka guna pergi kelaut.

tgi mne pn kte ngji nk wt prhu mst tkjd said...

ini tulisan kawi bebudak skrg